Tuesday, May 4, 2010

Selain mengumpul jam....

Kalau baca artikel pengenalan (artikel pertama blog Dunia Jam), aku ada cerita pasal buku skrap yang aku pernah ada. Buku skrap pertama tu masih lagi aku ingat & sangat sedih kerana membuangnya. Ini adalah buku skrap kedua aku buat... nak memujuk hati yang sedih.... Kali ni aku buat dalam bentuk fail.


Segala keratan, iklan, artikel dalam majalah aku kumpul & dimasukkan ke dalam clear holder. Segala keratan tu sebenarnya aku dah mula cari & simpan... seingat aku lepas SPM. Kebanyakan keratan aku dapat dari majalah. Habis majalah mak abah aku potong. Aku susun keratan ikut jenama & abjad dari A sampai Z. Sekurang-kurangnya dapatlah juga melihat model-model lama jam yang sudah tiada lagi sekarang.... Walaupun tidak sebanyak buku skrap dulu, sekurang-kurangnya memori dulu kembali bertahta...

Untuk maklumat.... fail ini aku buat lepas dapat kerja. Mujur juga aku tak buang semua keratan-keratan yang tersimpan bertahun-tahun tu. Bila semngat nak mengumpul jam datang kembali.... terhasilkan buku skrap kedua ini...


Selain minat mengumpul jam, aku juga suka umpul katalog, brochure yang diambil di mana-mana kedai jam. Ada juga katalog yang aku minta, malah ada juga katalog yang diberi oleh taukeh jam. Terima kasih... Setakat ni, aku tiada katalog jenama mahal sebab selalu minta pun tak dapat.... Hehe... Alasannya, semuanya untuk simpanan kedai.


Ada juga katalog yang aku cuba minta dari internet. Dalam semua-semua yang aku minta, hanya satu saja... 'Maurice De Mauriac' yang memberikan aku response yang positif dengan menghantarnya melalui pos. Katalog juga disertakan dengan surat khas untuk aku... boleh baca surat tu. Terasa diri dihargai betul dengan layanan yang sedemikian.


Katalog dengan kulit tebal mempunyai nama mareka yang dibuat embosed. Pelbagai model mereka dipaparkan di dalamnya & ada diantaranya sangat memikat hati.

Diharap dengan sedikit paparan ini dapat mengubat hati anda yang menanti update terbaru dari Dunia Jam. Artikel ringkas dibuat khas sempena minggu sibukku.....

2 KOMEN ANDA:

SUHAIDA said...

bagusnye...

duniajam said...

Terima kasih...