Sabtu lepas (17.10.2009), aku & isteri pergi repair aircond Beetle. Awal pagi dah keluar dari rumah ke kedai aircond di Sungai Petani (SP). Risau juga sebab takut kedai tutup sempena Depavali. Lega, sebab kedai buka & aku pelanggan pertama pula. Dah lama berpanas dalam kereta tu, nak jalan-jalan ada aircond rasa seronok skit. Tapi kalau naik Beetle, buka tingkap lebih seronok sebenarnya & thrill serta lebih nikmat... lebih 'feel'. Akan rasa lebih dekat dengan environment & feel lebih best dapat hirup udara sesuatu kawasan yang dilalui. Susahnya nak cerita....
Lepas settle bab aircond, kami tak tau nak ke mana. 'Pekena' nasik dulu di Restoran Ikan Bawal (destinasi pilihan utama untuk makan tengah hari kalau ke SP), atas dari kawasan Bakar Arang menghala ke Butterworth & tak jauh dari simpang ke Tikam Batu. Aku sangat syorkan kepada kawan-kawan yang berkesempatan ke SP untuk menikmati kelazatan nasik di restoran ni. Restoran ini menyajikan pelbagai makanan & kalau ke situ, orderlah set nasik ikan bawal. Sedap beb! Diorang jual set ikan bawal (nasi putih, ikan bawal goreng, kari kosong + ulam) mengikut bilangan tukang makannya. Harga berpatutan. Kalau dah order, jangan lupa order sekali kari ayam kampung. Pergh! Walla....!!!
Tanya isteri nak ke mana lepas tu, dia tak tau... aku pun tak tau. Nak pusing SP, dah macam kampung sendiri. Kami ke Megamall Penang. Selam sambil minum air sebenarnya.... nak ushar jam sekali. Kompleks besar & agak memeningkan kepala cara susun atur kedai-kedai dalamnya. Tak tau nak ke mana dulu sebab banyak lorong. Cari kedai jam tak jumpa yang best. Telefon kawan tanya kat mana, dia bagi guide.... jumpa juga akhirnya. Jumpa 4 kedai saja. 1 kedai jual jam yang agak berjenama. Tapi boleh nampak macam-mana sales kedai-kedai jam kat situ bila masuk & tengok jenama yang ada, susun atur jam & kabinet serta layanan. Nampak seperti sales di kedai mereka tak begitu memberangsangkan. Ada kabinet Oris, tapi di gantikan dengan jenama lain. Ada juga kedai yang jual macam-macam model sampai penuh display. Tapi harga mahal dari kebiasaan. Layanan?... aku tak terima langsung di semua kedai aku pi. Failed!
Kesimpulannya.... mungkin depa dah banyak duit & tak mau duit aku kot... mungkin depa menilai orang dari segi material (mungkin pakaian aku macam orang miskin kot. Aku tengok bila orang yang berpakaian 'cantik' skit masuk, punyalah layan. Orang tu tak beli pun. Akibat merajuk, aku tak pi dah kedai sombong camtu. Umph!)... mungkin juga sales depa sangatlah bagus sampai mencukupi untuk hari tu & mungkin juga depa hanya layan orang yang memang betul-betul nak beli jam & soal itu ini kat depa. Kedai camni, aku hanya pi sekali saja. Ada kedai yang aku pi jual jenama biasa-biasa ja & model yang ada pun sikit ja, tapi layanan... Best! Kedai camni, walau aku pi banyak kali & tak beli, depa tak jemu layan aku. Orang camni, best buat kawan. Aiseh, tersasar jauh dari cerita yang sepatutnya pulak. Bukan apa, saja nak bangkitkan kejadian yang mungkin menimpa kawan-kawan lain juga.
Lepas takda arah tujuan, kami keluar dari kompleks tu & mencari arah baru. Nak test aircond sama. Masa pun dah pukul 5, kami memacu roda Beetle ke Pantai Merdeka pula. Tapi ubah plan bila teringat aku pernah ke Kg Kuala Muda suatu ketika dulu.
Disember 2005 menyaksikan suatu peristiwa yang sangat mengejutkan dunia apabila tsunami melanda Asia Tenggara. Takziah aku ucapkan kepada semua mangsa yang terlibat termasuklah ahli keluarga aku di Acheh. Al-Fatihah untuk mereka....
Walaupun tempias ke Malaysia tak begitu teruk, namun cukup memeritkan kepada mereka yang terlibat. Salah satu tempat yang terjejas teruk ialah di Kuala Muda. Kuala Muda terletak berdekatan dengan laut. Ya la, dah nama pun kuala.... tapi tak semua tempat yang bernama kuala tu 'kuala'.... Kg Sungai Muda & Kg Tepi Sungai merupakan penempatan yang betul-betul berada di sekitar laut lepas di kawasan tu. Kedua-dua kampung ini terjejas teruk apabila tsunami melanda di mana rumah-rumah penduduk hanya berada dalam 100-200m dari laut. Banyak rumah rosak teruk & kenderaan hanyut. Aku pernah ke sana dengan keluarga untuk melihat dengan lebih dekat. Ramai rakyat Malaysia yang bersimpati datang menziarahi mangsa. Bantuan kerajaan dari segala segi termasuklah rumah, datang tanpa putus-putus. Terima kasih semua....
Tak beberapa lama lepas aku melawat ke kampung tu..... semasa aku & kawan serumah Cikgu Rodi berkonvoi motosikal untuk ke kampung dari KL, kami bertembung dengan sekumpulan konvoi motosikal besar dari Singapura di R&R Tapah. Kami bertolak dalam pukul 5 pagi & sampai R&R dalam pukul 6. Aku tak pasti pukul berapa depa bertolak dari S'pore sebab dalam 10 minit lepas kami sampai, depa pun sampai. Tak pelik, sebab ada seketul moto, Suzuki Hayabusa depa boleh cecah 320kmj. Perkenalan yang singkat telah membawa kemesraan walaupun pertama kali berjumpa. Ini adalah perkara biasa untuk mereka yang pakai moto besar. Yang ada tu, akan faham maksud aku ni. Dulu aku minat gila dengan moto besar & pakai gak lah beberapa ketul dulu. Tapi semuanya 400cc saja. Takda rezeki untuk melonjak yang lebih besar.... sekarang, tiupan angin dah beralih arah kepada jam (minat aku yang paling lama) setelah kecewa dengan moto....
Geng S'pore ajak kami untuk ke Kuala Muda. Depa nak tengok keadaan selepas tsunami di sana. Kawan aku (Cikgu Rodi), bersetuju untuk jadi tour guide depa. Aku tak ikut pasal ada sebab musabab yang tak dapat elak. Depa jalan dulu sebab nak ke Perak & akan telefon Cikgu Rodi bila sampai di SP. Tengah hari tu, Cikgu Rodi call, minta tolong aku cari spark plug untuk moto member S'pore yang bermasalah. Susah juga sebab hari jumaat kedai di Kedah tutup. Cari punya cari, akhirnya jumpa, Lepas bagi plug, aku pun ikutlah sekali konvoi depa ke Kuala Muda.


4 tahun selepas itu....


















Perjalanan & perziarahan yang singkat ini telah membawa aku berjumpa pelbagai kisah suka duka penduduk di sepanjang laluannya. Corak kehidupan juga berbeza. Boleh nampak perbezaannya apabila menyusuri jalan ni. Pelbagai onak & duri serta linangan air mata mereka yang terlibat dengan tsunami telah pun dirasai.... kehidupan perlu diteruskan juga.... Moga kalian semua dimurahkan rezeki & dirahmati-NYA. Moga kita semua boleh mengambil iktibar & melihat hikmah di sebalik yang berlaku...
3 KOMEN ANDA:
Salam tuan blog Asmar..
Artikel yang menarik. Ada pengajaran dan kenangan yang boleh dikongsi bersama. Walaupun blog jam tapi cerita yang menarik berkenaan MASA dan PERISTIWA juga menarik utk dikongsi. Bukan semua orang sebertuah kita utk merasai atau melihat semua peristiwa ni.
Lepas hampir 5 tahun berlalu peristiwa tsunami ni masih melekat dalam jiwa saya. salah satu sebabnya, sebab korban yang ramai. hampir 300,000 mangsa kalau tak silap. Dan saya hampir2 jadi mangsa yang ke 300,001.
Tapi umur masih panjang. Syukur... Masa kejadian saya berada betul2 di tepi pantai... lebih kurang 50m dari pantai cuma bezanya pantai tu terletak lebih kurang 50km dari pantai Kuala Muda. Pantai Ayer Hitam. Walaupun Pantai Ayer Hitam pun terkena sedikit kesan tsunami tapi tak sehebat Pantai Kuala Muda. Klau tak... saya dah arwah dah...
Marilah kita bertafakur seketika dan sedekah Al-Fatihah utk mangsa2 yang terlibat.
Sempena mengingati peristiwa ni saya terpaksa menghadiahkan sebijik jam yang ada logo tsunami kat casebacknya utk diri sendiri... hehehe
jangan marah tuan blog... tumpang lalu... tumpang lalu... nak buat blog sendiri tak reti hehe
ex001
Sdr Asmar,
Satu imbasan untuk peringatan bersama. Sesungguh setiap peristiwa yang diturunkan Allah swt ada hikmahnya.
Kita di Malaysia masih beruntung kerana proses pemulihan agak cepat dengan bantuan kerajaan.
Baru minggu lalu saya bertemu seorang rakan dari Sri Lanka. Dia menceritakan kampungnya, Kinniya yang dilanda Tsunami di Daerah Trancomalee,Sri Lanka masih belum pulih sepenuhnya.
Banyak keperluan seperti perumahan, bekalan air, latihan semula pekerjaan perlu disediakan. Kebanyakan nelayan di kawasan tersebut adalah Melayu Sri Lanka.
Masyarakat Kinniya, mengikut rakan saya, amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang telah memberi banyak bantuan makanan, perubatan, pakaian, perumahan,peralatan termasuk sumbangan tunai RM3.5 juta untuk program pemulihan.
Sesungguhnya nikmat yang kita perolehi terlalu banyak.
Terfikir juga, mungkinkah kunjungan rakan saya dari Sri Lanka sebagai petanda saya juga perlu lebih berperanan membantu golongan yang memerlukan seperti mangsa Tsunami.
BTW That's a heck of a nice beetle, bro!
Alhamdulillah, nikmat Allah berikan pada kita sangat melimpah ruah. Tiada kata yang mampu terucap melainkan bersyukur kapadaNYA.
Bro ex001, patutlah minat diver. Rupanya ada udang di sebalik batu. Hahaha...
Saudara Limau Tambun, Beetle tu akan jalan jauh tak lama lagi. Dulu berkonvoi ke T'ganu. Disember ni akan ke Putrajaya. Konvoi lagi... Sekarang tengah upgrade skit2. Its not a car, its a Beetle. Ekekeke...
Post a Comment