Monday, October 12, 2009

US Submarine

US Submarine adalah satu jenama buatan Malaysia. Gambar atas adalah gambar hiasan. Sekarang boleh diperolehi model US Submarine yang berkualiti dengan design yang sangat menarik serta harganya juga berpatutan. Ada juga model yang dikeluarkan mempunyai fungsi chronograph. Movement yang digunakan pula adalah dari Jepun & ada di antaranya menggunakan movement Swiss. Kesemuanya adalah quartz. Namanya langsung tidak menunjukkan jam itu buatan Malaysia. Mungkin ada lagi jam buatan Malaysia, namun tak diketengahkan dalam media.

Info dari seller yang menjual US Submarine.

14 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

erm....penah dgr seiko monster pakai malaysia movement x??
Kalo tgk kek webiste nic country japan..bilo zoom gambar jam mga do tulis malaysia kat muko dio...

http://www.righttime.com/rt/seiko/snm037.htm

duniajam said...

Landmonster. Pernah. Dia mmg pakai Malaysia punya enjin. Kat dail pun tulis Malaysia. Tapi untuk pasaran US. Susah nak jumpa kat cni.

Thanks for the info bro. At least kwn2 kat ni tahu kewujudan jam buatan Malaysia. Mungkin kena tunggu jenama Dunia Jam keluar plak pasni. Ekekeke...

Anonymous said...

Rupa jam US Submarine ni sebijik macam Tag Heuer Professional series 2000... ke Tag yang tiru dia???...

Selalunya jam jam Jerman yang biasanya ada gambo2 kenderaan perang kat dial... gambar zappelin, submarine, tank... mcm brand vostok.

ada influence jam jerman ni.

ex001

Suka Jam said...

Tq bro, baru aku tau ada Malaysia Movement kat dunia nih.. Selalu dgr swiss, japanese, Germany, Russia bla bla..

duniajam said...

Tu wa. Sebijik lak tu. Tag tiru dia kot. Hahaha... Date jalan tu. Dah 10 tahun dah rasanya jam2 tu. Tak sangka lak buatan M'sia ingatkan Jerman

ayisy said...

Salam bro. Aku minat baca blog bro ni. Banyak ilmu tentang jam aku dapat. Kalau dulu, perkataan quartz pun aku tak tau apa maksudnya. hehehe..

Kat forum jam luar negara, aku pernah nampak perkataan "Made In Malaysia" di belakang penutup jam G-Shock. Hehehe... Mat Saleh yang pakai. Hehe..

duniajam said...

Bro sukajam. Aku pun baru tau je baru-baru yg ada jam buatan Malaysia. Saudara detik dua belas ada jam Seiko buatan Malaysia. Untuk dijual plak tu...
http://detikduabelas.blogspot.com/2009/10/seiko-diver-rm1500.html


------------------------------------------

Salam ayisy. Terima kasih atas sokongan. Apa yg aku dapat, aku kongsi dengan semua. Banyak benda baru, kawan baru sejak aku buat blog ni. Terima kasih semua...

Rasa bangga je bila dapat tengok orang asing pakai barang buatan Malaysia... Best je... Hehehe...

Anonymous said...

aku bely jam digital us submarine yang digital..seronok.bangga memiliki produk malaysia.

Anonymous said...

tunggang langgang ayat aku..dah post br bace..biar ar..

duniajam said...

haha... tak pa bro. Janji faham. Byk design US Submarine yg best2. Harga pun sangat mampu milik.

El said...

Dari sudut kualiti camne bro?

duniajam said...

Unknown said...
Dari sudut kualiti camne bro?

Jawapan:
Kualiti buatan. Kalau tengok gambar tu adalah jam lama milik keluarga. Kualiti buatan sangat teruk. Jika dibandingkan dengan jam terkini memang jauh bezanya. Buatannya lebih baik.

Unknown said...

aku ada 1 jm ni. ada sape2nk bli?

Blukang said...

Tak silap aku 'army tech' pun buatan malaysia gak... 'Naviforce' pun kalau x silap...