Monday, October 19, 2009

Junkers JU52 6612-4


Volkswagen.... sebuah pengeluar kereta keluaran Jerman. Junkers juga sama dilahirkan di sana. Yang tak sama, satu kena pakai di tangan & satu lagi kena paut stering.

Junkers... satu nama yang jarang kita dengar. Namanya tak sama dengan sebutannya. Sebutan yang betul ialah "yoon-kers". Namanya sangat sinonim dengan pengeluar kapal terbang Jerman iaitu Junkers & Co. Namun, bukanlah syarikat ini yang mengeluarkan jam. Syarikat lain yang diberi lesen untuk mengeluarkan serta meneruskan sejarah hebat penerbangan Junkers dalam dunia horologi pula.



Setiap model jam keluaran Junkers mempunyai kaitan dengan dengan kapal terbang ciptaan Hugo Junkers terutamanya pada meter kokpit kapal terbangnya. Dengan harga yang berpatutan, dengan kualiti yang setanding jenama lain serta rugged... tidak hairanlah mereka menjadi pilihan mereka yang sukakan kelainan. Dengan perkembangan teknologi dunia horologi, penciptaan jam mereka juga sangat reliable & jarang sekali untuk jam Junkers mengalami masalah. Setiap pengumpul jam patut mempunyai sekurang-kurangnya satu jam Jerman atau Rusia ni.

Movement yang mereka gunakan pula adalah samada mekanikal (automatik & kunci) ataupun quartz yang buatannya dari Rusia, Swiss & beberapa movement Asia. Untuk pengumpul jam macam aku, aku suka jika enjin yang digunakan adalah buatan mereka sendiri. Kurang minat kalau enjinnya dari Swiss ataupun Asia. Pada aku, dengan enjin mereka sendiri, aku akan rasa keunikan, stand-out, lain dari yang lain & aku akan rasa ke-Jerman-an atau ke-Rusia-an jam tu.


Semasa buat pertama kali aku masuk ke butik Red Army Watches di Tropicana City Mall, dalam banyak-banyak model yang aku tengok, mataku tertumpu pada jam ni. Dengan perasaan yang amat teruja ("wahhh".... tak tipu, itu yang keluar dari mulut secara spontan) melihatkan bentuk, design dail yang mengancam dari kebiasaan aku tengok, aku mohon Mr Danny untuk keluarkannya. Hanya terdapat 2 varian iaitu marker biru & oren, model ini adalah koleksi terbaru yang di bawa masuk mereka & hanya ada 2 jam ini saja. Model chronograph ni, adalah jenis kunci. Ya, memang aku cari sangat jam camni. Banyak ciri-ciri jam idaman aku ada padanya. Enjin pula buatan Poljot, Rusia.... menambahkan markah padanya. Beberapa model selain ini menjadi perbandingan pada masa tu, namun juara tetap juara...


Aku sukakan design Pilot camni. Nampak begitu cantik, sporty tanpa hilang ciri-ciri aviation padanya. Simple tanpa dekorasi atau info yang semak pada dail. Model chronograph ni memunyai 2 sub-dail. Sub-second pada pukul 9 & subdail masa 30 minit pada pukul 3. Tarikh tertera pada pukul 6 di bawah lambang segitiga bersejarah Junkers. Jam ni juga adalah water resistant sehingga 50 meter. Tak perlu gusar kalau terkena air.


Jam yang sangat berbeza dari design Swiss atau Jepun. Memang menampakkan ke-Jerman-an pada jam ni. Lihat saja bagaimana susun atur dail, design jarum serta markernya. Diperbuat secara keseluruhan dari stainless steel. Lihat bagaimana brush finishing jam ini. Sangat halus & cantik, tidak seperti brush finishing pada jam Jepun & Swiss yang nampak lebih kasar dengan alur yang jelas kelihatan (bukanlah tak cantik, cuma nak tunjukkan perbezaannya saja). Cantik. Mereka agak teliti buat jam ni & nampak kehalusannya juga.


Dari banyak pandangan, jam ni memang berlainan. Casing yang besar barsaiz 41mm (tidak termasuk crown) ini stand-out & memberi tarikan tersendiri. Reaksi yang aku dapat juga sangat berbeza. Kawan-kawan yang melihat seperti tak puas melihatnya & ada juga seller yang jeling-jeling pandang tapi tak berani tanya. Mungkin takut kantoi kot...


Dua bangsa yang berlainan. Tampat lahir juga berlainan, tapi dah jadi warganegara Malaysia. Konsep & design juga berlainan. Satu penyelam, satu juruterbang. Saja aku bandingkan dengan Epos untuk menunjukkan saiznya yang hampir sama dengan Epos.


Crown unsign yang agak besar ini memudahkan penentuan waktu serta menguncinya. Aku macam semakin suka dengan jam kunci. Syok pula kunci jam ni. 'Feeling' yang dapat masa mengunci jam ni yang aku suka. Sukar untuk aku gambarkan kat sini. Salah satu sebab lain aku minat jam kunci ialah aku boleh kunci sampai ke tahap maksimum. Jadi aku boleh tahu berapa lama ia akan bertahan memandangkan power reserve jam ni ialah 42 jam. Bila dah sampai maksimum, aku dah tak risau akan 'kematiannya'. Kalau tengok jam-jam luxury bukan mampu milik pun kebanyakannya ialah kunci.

Crown
diapit oleh 2 button chronograph, setiap jam mekanikal chronograph hendaklah digunakan dengan betul. Jangan sesekali menekan button reset semasa jarum saat bergerak (dalam mode chronograph). Hendaklah stop dahulu jarum saatnya & barulah reset. Sila patuhi jika tidak mahu jam mekanikal anda mengalami sakit sendi yang mungkin akan menyebabkannya masuk hospital.


Ramai orang memujinya & aku pula tuannya. Memang satu kepuasan kalau jam yang kita miliki menjadi pujaan orang juga. Orang yang tengok pula keracunan walau tak berkata-kata.


Pandangan yang telah memukau aku. Satu keadaan yang jarang sekali berlaku kat aku bila tengok jam walau berpuluh ribu ringgit. Kalau perasaan camni timbul, itulah jam yang perlu aku miliki. Kalau bukan waktu tu juga, angau akan menimpa.... bila dah angau, susah pula nak buat kerja... untuk tidak membiarkan aku bertambah parah (macam Epos... seminggu teringat... tapi takpa la dekat Penang saja....), terpaksalah hadiahkan diri sendiri sempena hari jadi aku beberapa bulan lagi. Hadiahkan siap-siap.... Bagusnya alasan....


Salah satu sebab terbesar aku beli jam ni, adalah ni...... Markah terbanyak disumbangkan oleh movementnya yang dibuat sebegini rupa. Dengan caseback cermin yang menampakkan enjinnya yang cantik & complicated ini, ditambah pula dengan warna keemasan enjinnya serta skru yang berwarna biru gelap... telah membuatkan aku tergamam sekejap melihatnya. Aku memang sukakan enjin sebegini yang membolehkan aku nampak komponen kerjanya. Sangat sesuai untuk mereka yang suka perhatikan & appreciate jam dengan lebih mendalam. Setiap pergerakan dapat dilihat dengan jelas. Apabila fungsi chronograph digunakan, boleh nampak bagaimana ia memulakan tugas mencatat waktu. Best? Memanglah!

Ia menggunakan movement buatan Poljot 3133 dengan 23 jewelsMovement ini banyak digunakan dalam koleksi jam chronograph mereka samada jenama Jerman ataupun Rusia. Hanya design casing & dail saja yang berbeza. Namun, model 6612-4 ini menjadi pilihan hatiku. Pergerakan movement sangat lancar & fungsi chronograph juga lancar. Segala-galanya akan kembali normal apabila button reset ditekan. Tiada yang terlebih atau terkurang. Yang dapat hanyalah ketepatan saja. Caseback jenis skru & tertulis (print) maklumatnya di sekeliling caseback tu. Risau juga lama kelamaan tulisan tu akan semakin kabur...



Menurut Mr Danny, movementnya mempunyai persamaan dengan Brietling. Gambar di atas merupakan perbandingan dengan movement yang digunakan pada Tissot. Lihat saja susun atur komponennya. Persamaan itu ada, namun harganya jauh berbeza. Jika di sebelah kanan, memerlukan perbelanjaan besar (lebih RM10k ja... ekeke....)..... movement yang sebegitu rupa boleh diperolehi kurang RM3k pada jam Jerman & Rusia. Kualiti & reliability usah diragui lagi kerana, Poljot memang menghasilkan enjin yang sangat reliable sejak berpuluh tahun yang lalu.

Movement Poljot 3133 ini merupakan jelmaan semula Valjoux 7734. Betul ke ni? Ya. Tahun 1970an syarikat Valjoux telah menjual mesin yang membina movement 7743 ini kepada syarikat Poljot. Beberapa pembaharuan dibuat sedikit pada movement lama tersebut seperti peningkatan jewels pada movementnya yang boleh dilihat pada gear-gear chronograph, yang meningkatkan bilangan dari 17 jewels kepada 23 jewels. Peningkatan jewels & penggunaannya pada gear chronograph sekaligus dapat meningkatkan reliabilitynya. Selain itu saiz balance wheel Poljot 3133 juga adalah kecil sedikit diameternya, yang mana ini menyebabkannya bergerak lebih pantas dengan kelajuan 21600bph.... kelajuan standart kebanyakan jam kini.



Ciri standart jam chronograph, didatangkan dengan bezel dalaman tachymeter. Memudahkan bacaan waktu & pengiraan dilakukan dengan lebih mudah. Tertera 'Made In Germany' dengan jelas pada pukul 6. Jarang sekali jumpa jam baru camni.


Perhatikan corak yang terdapat pada subdail. Halus & cantik. Bila terkena cahaya, reflektif yang dihasilkan sangat indah dipandang mata. Emblem lambang Junkers diletakkan pada posisi yang sangat sesuai. Lambang yang penuh maksud ini menyimpan sejarah yang sangat besar dalam dunia penerbangan. Jika dulunya lambang ini dipakai diatas kapal terbang, kini ia dipakai di pergelangan tangan.


"Yoon-kers".... Marker biru sedikit timbul & sebenarnya ia adalah luminous marker. Ya...


Marker biru memberikan warna biru. Jika oren, warnanya juga oren. Tapi biru ni, penyejuk mataku, cantik juga.... + markah lagi..... Setelah lume di charged dengan cukup, beginilah rupanya. Tidak seterang Superluminova Monster, tapi cukup membuatkan hati tertawan. Epos kalah dalam permainan ni. Lume bertahan agak lama. Sampai pukul 8 pagi (dari masa ambil gambar ni) ianya masih boleh kelihatan terutama jarumya. + markah lagi....


Cantik dipandang apatah lagi memakainya. Cermin sapphire kristal ini tidak disaluti bahan anti-reflektif. Boleh nampak jurukamera amatur mengambil gambar.


Rekaan lug bersaiz 22mm yang condong ke bawah seperti memaut lengan menambahkan keselesaan jam yang sedia cantik ni.


Besar & tebal, menaikkan rupanya dengan lebih jelas. Brush finishing yang hampir licin ini, mencantikkan rupanya lagi dengan biasan cahaya matahari.


Tali kulit yang tebal & berkualiti tinggi ini sangat selesa dipakai. Ciri-ciri Pilot sangat terserlah pada talinya & menaikkan rupanya sebagai juruterbang Jerman. Tidak seperti kebanyakan jam, namanya tertera pada tali & bukannya buckle.


Di bawah terik mentari, keberaniannya lebih terserlah. Jam ni dah memebuhi permintaan hati dengan ciri-ciri idaman yang memang aku mahukan. Selama ini hanya nampak ciri-ciri idaman ni pada jam Swiss, tak sangka pula aku menjumpainya pada jam Jerman ini yang harganya jauh lebih murah. Tersangatlah aku berpuas hati....

Tidak seperti jam Rusia, Jerman klasik sebelumnya, jam buatan mereka kini jauh lebih baik & setanding jam hebat masa kini. Jika dahulunya jam mereka comel-comel belaka, kini mereka berbangga dengan penciptaan horologi mereka yang cukup berkualiti. Dengan saiz yang besar, design yang sangat mengancam serta harga yang sangat berpatutan, ia kini menjadi sebuah watchmaker yang semakin disegani di saantero dunia.... Cubalah, mungkin ada di antara koleksi mereka yang menjadi pujaan anda pula...



4 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

kalau jam2 seiko ada nickname... contohnya samurai, monster, knight, sumo... jam swiss terkenal dgn speedynya, moon watchnya, jam jerman ada nick tak?? kalau belum ada rasanya Junkers "Hooters" sesuai kot... sebab jam 'pilot' kena sgt la dgn 'bird of prey'... burung hantu

lagipun 2 subdial dgn logo tiga segi tu sekali tgk mcm burung hantu pun ada hahahaha

apa apa pun jam ni memang lawa dan review pun menarik... berjaya menimbulkan nafsu utk memiliki satu, satu hari nanti... ish bahaya nafsu ni... kena istigfar byk2... astaga...

ex001

ahmad norman said...

berapa harga ni bro?

Anonymous said...

haha..kelakar weh :)

selamat hari jadi utk ko utk beberapa bulan lagi.
(tp jam hari jadi dh pakai dh?)

junkers mmg antara yg affordable auto chrono.
mmg dia byk design flieger (pilot)
dlm bahasa german, fliegen ialah katakerja (verb) bg fly (terbang).
so flieger = flyer = pilot..

ni yg bli kt pavilion KL tu ek?
cantik~

duniajam said...

Bro ex001,

Ok gak nama tu. Subdail jadi mata, lambang segitiga jadi paruh. Hahaha.... Junkers Hooters! Pergh!

Jangan bro.... jangan tak beli!!! Hahaha...


-----------------------


Bro Ahmad Norman,

Rega jam ni RM2.3k. Ada banyak lagi model yang pakai enjin yang sama. Rega juga berbeza.


-----------------------


Bro farghmee,

Teng kiu2. Hahaha... Dah tua dah aku rupanya... Ehehehe.... Jam ni beli kat Tropicana. Aku suka design dia. Tertawan hati hendaknya.... Muahaha...