Sunday, October 25, 2009

Akan datang.....

Suatu kepuasan bila dapat tengok jam-jam ni depan mata sendiri. Berikut jam-jam yang bakal di review mengikut pengetahuan aku yang tak seberapa ni. Saja letak Casio tu, nak tunjuk betapa besarnya jam tu.


Masing-masing ada pasangannya. Mungkin tak adil untuk aku review. Sebab aku bukanlah professional. Bukannya nak pilih sapa yang menang, sapa kalah.... Semuanya tu, anda nilai sendiri.... Sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat tahu ciri-ciri jam-jam ni...

Junkers vs Fortis
Orient Sub vs Rolex Sub vs Omega Seamaster
Epos vs ??? ..... mula-mula nak gandingkan dengan Rolex, tapi nampaknya Submariner bukanlah dalam liganya..... ada jam lain yang paling sesuai..... tungguuuuu.....

8 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

orange monster tu takda pasangan ke?

hehehe...

ex001

duniajam said...

Aiseh.... Monster kesunyian la plak.... Mungkin dgn Samurai kot. Wakakaka....

sukajam said...

Apa maksud ROTOMATIC tu hek?
Selalu je tengok PAGOMATIC utk Pagol,
TITONI rotomatic la..
Apa beza enjin rotomatic ngan automatik & manual hek? confius!! ekekeke!! nampak sgt old school!! kui3!!!

duniajam said...

Ni pendapat aku la. Aku pun tak tau maksud sebenarnya. Aku rasa tu nama syok2 diorang bagi kot. Psl enjinnya sama. Nak bezakan antara jenama lain, nampak lain skit, boh la nama unik skit. Layout enjin automatic sama ja.

Macam shock resist dgn incabloc. Sama je. Nama je lain. Chewah... ye la kot. Wakakaka....

Anonymous said...

rasanya pun mcm tu jugak... mcm honda iVTEC, toyota VVTi, bmw VANOS,
semua function sama ja. nama ja ikut pengeluar.

semua jam auto lebeh kurang saja jadi nak sedapkan bunyi boh la rotomatik, pagomatik, buleh juai mahai sikit hehehe

yang tak sama enjin manual la sebab kena kunci. lagi satu yang tak sama kat rotor dia ialah jam yg guna enjin MICRO ROTOR. yg ni rotor dia kecik.

bro DJ... orange monster kena pasangkan dgn penyelam bermuka oren jugak hehehe

sukajam said...

Ada Orange Diver bleh la buat pasangan

duniajam said...

Kena cari gak pasangan dia.... tapi apa ya? Hehehe....

Anonymous said...

Pasangan Orange Monster dah sampai dari kampung... merantau... boleh kot bagi chance beraksi depan lensa... mana tau kot2 ada bakat jadi model hehehe

ex001