Thursday, October 29, 2009

Seiko Prospex Diver Scuba


Pernah tengok tag camni? Mesti ramai tak pernah tengok. Aku pun tak pernah tengok tag jam yang ada tulisan Jepun camni. Hmmm... Jam apakah ini? Diver Scuba pulak tu. Tag camni anda tak akan dapat pada jam Seiko pasaran kita. Jam ini didatangkan khas dari Jepun. Dibeli sendiri di Jepun & dibawa balik ke tanah air kita. Adoi.... Susahnya.... Kalau dah berkehendak tu, semua halangan takda masalah. Usaha tangga kejayaan... Semoga kalian semua berjaya...


Inilah Seiko Sumo! Jam yang tak jumpa di pasaran kita & hanya pada pasaran Jepun ataupun Japan Domestic Market (JDM). Inilah pertama kali aku tengok jam ni depan mata. Masa aku tengok ni, jam baru saja sampai semalam. Setelah hiruk pikuk kesusahan di alami dengan pelbagai emosi tercipta, sampai juga jam ni dengan jayanya & selamat. Jarang sekali kita tengok buku manual & warranty dengan bahasa Jepun.


Konichiwa! Itu ja yang tahu pun. Manual yang 100% bahasa Jepun ni sekadar boleh tengok sajalah. Tapi jam automatik mana-mana pun sama ja penjagaannya. Seronok juga simpan jam ada manual tak faham camni. Boleh baca bagi orang confius...


Bukan selalu dapat beli jam berbahasa camni. Kebanyakan manual jam ada pelbagai bahasa di dalamnya. Tapi ini hanya 1 bahasa saja. Dasar pandang ke timur....


Tag harga masih terselit bersamanya. Tengok harganya... Lebih kurang RM2.3k bila ditukar ke matawang kita. Sayang sekali, jam ni tiada dalam pasaran kita. Banyak model JDM yang hebat-hebat. Jepun tak sama macam kita. Mereka lebih pentingkan produk untuk rakyat. Produk JDM pula tak sama & jauh lebih baik dari produk untuk eksport.... tapi kita pula terbalik.... Hmmmm..... Tak payah bagitau la apa, contoh banyak....


Nama Sumo sangat sesuai dengan jam ni. Tengok sajalah bentuknya. Saiznya yang besar, tegap & membonjol di banyak tempat memberikan impak yang bermakna pada namanya itu. Tergolong dalam keluarga diver, ia menjadi idaman setiap pengumpul jam diver. Terima kasih kepada saudara Zahir kerana bagi peluang untuk aku merasai keseronokan dapat jam ni bersamanya. Mungkin Marine Master bakal ada dalam koleksinya nanti. Boleh aku review lagi... Hehehe...



Akibat terlalu asyik melihat jam ni. Ambil gambar view sana sini, rasa kenyang walaupun makanan depan mata. Perut lapar, tapi kehendak naluri yang terlalu seronok ni memaksa aku untuk memenuhi tuntutan mata & hati berbanding perutku yang sedang berbunyi tu.


Jam yang tak pernah aku lihat ni, ditatapi dari segenap segi. Rekaan Sumo yang agak berlainan dari kebiasaan diver, membuatkannya unik & tersendiri. Kombinasi di antara brush finishing & polished finishing yang dibuat begitu baik ini, membuatkannya sedap dipandang mata. Cara nak dapatkan jam ni samada order dari internet (kena rajin surf cari web yang jual) ataupun beli sendiri di Jepun. Susahkan? Ya. Bila dapat..... puas hati pengarang jantung.


Homage Rolex Sea-Dweller? Mungkin tak. Tapi jam ni memang dalam liganya. Ciri-ciri hampir sama tapi Seiko ni bukanlah homage kepada Sea-Dweller. Sama cantik, sama taraf walau tak sama harga & kualiti juga memberangsangkan. Sebelum ni, Epos takda pasangan. Nampak gayanya, jam Jepun ini adalah jawapan kepada jam Swiss tu.


Di bawah sinaran matahari, kelihatan marker dail berluminous bersaiz besar itu. Lume jam Seiko yang besar camni tak perlu disangkal lagi tahap keterangannnya. Superlumoniva Seiko sangat terang. Biasan cahaya matahari, memberikan sinar bahawa ia datang dari negara matahari terbit. Ciri-ciri ke-Jepun-an boleh dilihat padanya. Entah mengapa, memang jam ni nampak Jepun betul.


Jarum yang berbentuk dagger ni mempunya luminous marker yang besar, disokong oleh dail yang juga mempunyai marker luminous yang besar... memberikan impak yang cukup besar pada jam diver ni. Sangat jelas dipandang membaca waktu walau di mana sekali pun. Walau betapa telitinya manusia, tetap ada sedikit kekurangan. Boleh lihat bezel yang mempunyai luminous tu berada tidak tepat pada pukul 12. Tak boleh adjust tepat pukul 12. Buatlah macammana pun, indeksnya akan lari sedikit camni. Kedudukan nombor tarikh juga tidak centre di tengah, tapi ke atas sedikit. Takpa... small matter..... dia Sumo la....


Diver sejati perlu ada crown besar & skru macam ni. Putaran crown skru ni sangat meyakinkan & smooth ketika buka/tutup crown.


Bezel hitam dengan kontras silver mempunyai font yang besar & gemuk. Rupa Sumonya banyak disumbangkan oleh font yang sebegitu rupa. Memang nampak betul-betul ke-Sumo-lannya. Ia mempunyai 3 pilihan warna dail & bezel iaitu hitam, biru & oren. Oren? Hmmmm... Orange Monster vs Orange Sumo... Molek tu...


Dail yang ringkas tidak sempurna tanpa nombor enjin yang tertera pada pukul 6. Tengok betul-betul nombor enjinnya, 6R15. Markah terbesar disumbangkan oleh enjin ni. Suatu enjin yang jarang kita jumpa pada jam diver. Enjin ni boleh hack & wind & mempunyai power reserve 50 jam. Superb!


Posing maut skit. Sekali imbas, rupanya tak ubah macam adik beradik diver yang lain. Hampir serupa ja. Tapi jam camni, perlu dipegang, dibelai & tengok dekat-dekat sebab takkan nampak kelainan, keunikan jam ni dari jauh. Aku jatuh cinta dibuatnya... kata kaum hawa.... gila jam takpa.... jangan gila pompuan sudah.... Ekekeke....


Posisi ini memberikan gambaran yang lebih jelas. Bracelet solid mempunyai pin di setiap link. Bracelet agak longgar skit, tapi selesa dipakai. Rupa clasp tak tumpah macam adiknya.... Monster.


Extension clasp juga menyamai Monster. Adik-beradik memang macam tu. DNA tak lari punya...


Perhatikan design casing & bezel yang seperti 'masuk' ke dalam casing. DNA bezel begini boleh dijumpai pada Monster & Tuna Can. Unik kerana jarang jumpa jam dibuat camni, kabanyakannya hanya 'straight forward'. Bezel camni, perlu dipusing pada satu posisi saja. hanya bahagian bezel atas & bawah saja terdedah. Lekuk bezel yang simple itu juga menambah grip pada jari.


Macam mahkota raja pula tengok bezel dia dari view ni. Crown keramat bertanda 'S' yang jarang sekali jumpa pada jam Seiko. Sekali lagi, DNA Monster boleh dilihat padanya. Nak buka bracelet amat mudah dengan adanya lubang pada lug. Perfect!

'S' = Seiko
'S' = Sumo


Sesuai sangat la tu.


Caseback yang tegap dengan brush finishing, dilindungi oleh casing yang polished finishing memberikan kontra yang jelas. Nampak tegap. Buatan yang sangat berkualiti.


Bezel yang sangat unik & tersendiri.


Perhatikan curve tepi casing. Nampak macam aerodinamik yang boleh merentas arus. Macam percikan ombak yang memukul batu.... macam gelombang ombak tsunami pun ada.

Curve sisi yang dibuat sebegini rupa bukan saja pelik, tapi selesa pulak tu.


Brush finishing bracelet yang dibuat amat baik ini mempunyai 2 garisan polished finishing di bahagian link tengah. Nampaknya setiap mm bahagian jam ni dibuat dengan baik oleh designer Seiko & mereka tak lupa apa yang patut dibuat untuk menambahkan kecantikan jam ni. Setiap bahagian diperincikan dengan begitu baik sekali. Memang sangat berbaloi betul beli jam ni.


Jangan jeles wahai jam dua ketul yang dok nampak tu... lupa pulak jam apa kat situ... Eheheheh... Cermin yang agak cembung skit menggunakan bahan carbhardoreccs/hardflex. Tebal & berkualiti tinggi.


Bersaiz 45mm, nampak seimbang juga dengan tangan aku ni. Kalau pakai, orang pun pandang.... hensemkah aku ni?.... Rupanya jam ni.... aiseh... Kalau nak rasa hensem, boleh pakai jam ni. Hahaha... Orang yang tahu, mesti tanya pasal jam ni. Mana nak cari jam ni kat sini? "Takdok bang oi"....


Sumo bergandingan dengan datuknya 6309-729A. Mungkin tengah dapat nasihat tunjuk ajar camno nak jadi penyelam terhandal...


.... dengan confident, Sumo mengangkat dirinya tinggi. Jam tidak dapat 'tidur' flat seperti kebiasaan jam. Bila letak camni, jam akan terangkat macam ni.



--------------------------------------------------


Epos vs Sumo

Akhirnya Epos dapat juga pasangan lawannya. Kedua-dua jam penyelam hebat, dari negara asing yang berlainan. Sukar nak gandingkan Epos dengan Rolex Submariner sebab tak sesuai. Nampaknya Sumo paling layak dengannya baik dari segi saiz mahupun harga. Harga kedua-duanya hampir sama. Memang kedua-duanya dalam liga yang sama.


Epos dari Swiss, Sumo dari Jepun. Ciri-ciri yang berbeza namun saiz hampir sama. Boleh nampak ketara perbezaan design jam Jepun dengan jam Swiss pada kedua-dua jam. Epos bersaiz 44mm, manakala Sumo 45mm. Dari segi saiz casing dengan bracelet, nampak Sumo agak gemuk disebabkan saiz braceletnya yang lebih kecil berbanding Epos yang nampak selari dengan saiz casing. Design bracelet juga menampakkan designer Sumo lebih rajin dengan link yang berlekuk disulami dengan polished finishing di tengah & tepi link, manakala bracelet pada Epos ke semuanya brush finishing tanpa design yang fancy. DNA diver SKX pada Sumo boleh nampak dengan posisi crown pada pukul 4.


Epos menggunakan cermin sapphire, Sumo pula hadir dengan cermin hardflex yang cembung sedikit. Design bezel Epos hampir menyamai Sea-Dweller manakala Sumo tersendiri. Finishing Sumo yang diselang seli dengan polished & brush serta bahagian-bahagian yang melengkung di sisi & lug menyebabkannya berlainan sekali bukan saja dengan Epos, malah dengan jam diver lain juga. Design Epos yang sederhana ini datangnya dari Rolex yang sudah membuktikan bentuk sebegini tidak ketinggalan zaman & tak ditelan masa. Evergreen sampai bila-bila & tak jemu dipandang.


Epos dipacu dengan enjin ETA 2824-2, manakala Sumo dengan 6R15 adalah keluaran mereka sendiri. Kedua-dua enjin sama hebat, sangat reliable. Boleh nampak perbezaan ketebalannya. Epos lebih slim berbanding Sumo. Ok la tu. Nama dia pun Sumo. Memang kena besar pun. Tidak seperti Sumo yang mempunyai lubang pin pada ke semua link, Epos hanya mempunyai lubang pin pada link yang boleh 'dipotong' saja. Nak buka bracelet pada Sumo senang dengan adanya lubang pada lug.


Saiz caseback hampir sama. Tengok tu, plastik biru pun belum buka lagi. Nak tunjuk betapa barunya jam ni. Masih bau Jepun lagi... Hehehe...


Sambungan link pada lug Epos sangat kemas & padan dengan elok. 'Cun-cun' saja. Berbeza skit dengan Sumo dimana ia sedikit longgar terdapat sedikit ruang.


Kedua-duanya adalah penyelam handal sehingga 200m. Lebih dari tu, dua-dua akan lemas. Mereka mempunyai warna bezel yang sama & dail hitam flat yang sama. Luminous Epos tidak setanding Sumo yang aku boleh katakan... memang terang! Info pada kedua-dua dail hampir sama dengan info yang minimun. Elok macam ni, jam diver tak perlu semak dengan pelbagai info.


Kedua-dua jam sangat selesa dipakai. Terima kasih kepada bracelet solid, design lug melengkung ke bawah & caseback yang tidak terlalu tebal. Sumbangan mereka ini telah memungkinkan jam ni di pakai dengan selesa.


Macam lipan pun ada. Clasp Epos yang lebih besar nampak solid. Clasp pada Sumo sama seperti Monster mempunyai push button untuk buka clasp.


Kedua-duanya mempunyai safety clasp yang meyakinkan.


Jarum Sumo yang lebih gemuk menampakkan ketegapan & kesasaannya. Epos merendah diri dengan jarum yang slim, sesuai dengan casingnya yang slim juga.


Sama hebat, sama cantik. Mana lebih baik? Anda tentukan sendiri. Aku bukan nak pilih pemenang. Mana satu pilihan bijak? Tepuk dada tanya selera.... Kalau tanya aku.... aku pilih dua-dua. Tak salahkan? Hehehehe...


15 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

Review yang menarik... panjang lebar dgn gambar2 dari pelbagai sudut.. dah tahap journalist majalah jam ni... nak tukar profesion ke?...

Seiko memang dah ada sejarah tersendiri dalam dunia horology ni... kemunculan jenama ni berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan pengeluar jam2 swiss... membuktikan jenama asia bukanlah boleh dipandang enteng. Seperkara yang menarik tentang seiko ialah jam2nya tak memerlukan pengiktirafan dari badan2 seperti COSC atau Geneva Seal untuk membuktikan ketepatan dan ketahanan.

Satu lagi perkara menarik yang disentuh dalam review bro DJ ialah polisi Jepun yang lebih mengutamakan barangan kegunaan rakyat berbanding barang eksport. Kita patut belajar dari polisi ni. Buktinya byk jam2 JDM yang cukup hebat (Marine Master, Grand Seiko, Seiko Ananta dsb) dihasilkan khas utk pasaran Jepun sahaja. Pengguna dari negara lain boleh telan air liur ja tgk gambar2 dalam internet... termasuk saya hehehe

Sumo memang cukup popular dalam forum2 internet. Dah menjadi salah satu collectors items. seperti jugak seiko monster. Sebab utama ialah harga yang mampu milik dan movement yg baik. Bagi peminat jam2 diver sumo dicari sebab dia mewarisi sedikit sifat diver 6105. (tang jarum saat tu).

Epos pulak satu lagi jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Byk siri2 keluarannya yang berbaloi untuk disimpan. Juga sebab harga yang kompetitif serta design yang menarik. Tourbillon Epos adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan.

Pertembungan dua jam diatas umpama pertembungan dua jaguh dari dua benua. Sumo lawan Barbarian. Masing2 ada kekuatannya. Bagi sapa2 yang sedang mencari jam diver utk koleksi, 2 jam diatas adalah calon yang bagus. errr nak p kedai jam sat...

ex001

Anonymous said...

satu lagi... selamat menjelajah 1 MALAYSIA bro... sambut seruan PM ke apa ni???

ex001

Narong said...

org tua2 cakap tak bagus simpan sumo nih...sbb ada badi n penunggu hantu jepun....oleh sebab tuh>>>> meh jual ngan aku...orange monster n skx011j aku tuh dah lama takde adik....kalau ada samurai n sumo untuk dijual roger2 la aku ekkk....

Anonymous said...

wah~~~ dh beli sumo!
aku mmg ske sumo, tp saiz dia xmasuk wrist aku..
tahniah bro.! :)

@narong, aku rs ada org nk jual sumo kt forum lowyat.net >> thread garage sale rasanye..

duniajam said...

Bro ex001, satu penerangan yang cukup jelas. Boleh jadi journalist tu. Hehehe... Sambut seruan PM sambil berjalan2. Hahaha...

Narong, bahaya la kalau camtu. Kena tanya tuan dia dulu. Mau juai ja bro Sumo tu? Hahaha... Bro, kasi no fon ko...

farghmee, itu jam kawan aku. Aku pun teringin nak beli gak. Nak cari sumber yang boleh dapatkan satu. Huhuhuhu.... Beberapa model JDM jadi sasaran aku. Cuma duit ja asyik tersasar. Itu yg lomah....

ahmad norman said...

meleleh air liur aku tgk sumo tu...ada plan nak let go ker? aku rasa ramai berani letak duit deposit termasuk aku...JDM is the best...dia anak tirikan orang luar tapi manjakan rakyat mereka sendiri....sepatut nya ada yang berani import these watches macam grey import lah same like kereta subaru skyline dll...

duniajam said...

Tu wa bro. Aku dok cari jalan nak dapatkan satu ni. Banyak lagi model JDM yang amat berlainan dari jam kita. Cis! Jeles aku... Ada fund banyak, boleh order JDM banyak. Geram aku..... Iyaaaahhhh.....

Anonymous said...

Rasanya takda yang berani import sebab model JDM ni tak diberi waranty oleh seiko utk negara lain selain jepun... jadi pengimport kena tanggung risiko kalau jam ada masalah (kalau ada la sebab biasanya jdm model kurang bermasalah).

Dan lagi satu kalau nak import kena keluar modal untuk beli dulu jam2 ni, lepas tu jual balik. risiko tak laku jugak kena ambil kira. model rare ni hanya org tertentu saja yang tau (macam kita semua). bagi kebanyakan pengguna lain, tak ubah mcm diver2 7s26/4r15 lain. berbeza dgn model2 utk eksport, takyah keluar modal sebab dijual secara consignment.

Ni aku rasa la. Bro DJ kalau beli byk2 dr jepun pun nanti problem dgn kastam pulak kot hehehe.

ex001

duniajam said...

Lepas tu jam tak sampai, dok kat tangan orang lain lak. Hahaha.... Berkenan dengan Alpinist. Tp Samurai nak gak... Tolong....

Nak gerak dah ni. Doakan selamat hendaknya....

Narong said...

no fon aku kosong satu tiga tiga lima empat sembilan satu kosong satu.....jgn kasik kat mana2 awek....nanti bini aku marah...haha...ko dah tak pakai lg nombor 0194254*** ke???....sumo n samurai.....mmg idaman hatiku....arrrggghhh....mana nak cekau duit nihhh...

Farghmee - thanx...tp aku tak bleh register kat lowyat.net tuhh.tak tau kenapa..so tak dapat la nak mengontek mamat tuhh...

Anonymous said...

Aku pun dah check kat LYN tu. SBDC003 Sumo Biru... lawa. Rasa mcm nak ambik jugak tapi dah dua bulan mamat yang nak jual tu tak online... tak tau status jam tu. Harga menarik tu.

Kalau kat KL mau aku p COD sekarang jugak ni. Nasib baik jauh di utara la ni. hehehe

ex001

ahmad norman said...

kalau korang nak beli jam seiko prospex boleh direct beli dari site ni..harga dalam usd

http://www.seiyajapan.com/

duniajam said...

Narong.... aku tak pakai nombor tu dah. Ni dia 012-3512591. Boleh la ko mengayat aku nanti.... Hahaha...

Ahmad Norman, memang boleh beli jam-jam dari web tu. Banyak jam yang menarik. Aku berkenan dengan Alpinist tu. Tp harga lebih tinggi dari Sumo. Kena sabo lagi....

Untuk pengetahuan semua.... aku dah angkat SAMURAI! Muahahahaha..... Tengah pakai masa taip komen nih. Wakakakaka....

Narong said...

keji sungguh perilaku tuan hamba memakai samurai...waaaaa.....ko beli katnerrr...????

duniajam said...

Bro... inilah yang dikatakan selam sambil minum air.... Round semenanjung dengan niat murni.... munjodohkan aku dengan The Last Samurai..... Hahaha... Aku jumpa kat Kota Tinggi.... Seken hand ja. Wakakaka....