Thursday, October 22, 2009

Casio Edifice EFE500D

Bagi peminat Casio, Edifice adalah model yang tidak asing lagi dalam warga Casio. Bermula hanya dengan jam analog yang ringkas, Casio telah mengeluarkan model Edifice yang agak complicated untuk memenuhi permintaan, bersaing di peringkat gelobal & sejajar dengan arus permodenan dunia jam...

Yang aku perhatikan, model Edifice didatangkan dengan jam analog yang mempunyai beberapa subdail di dalamnya. Namun ada juga model Edifice yang ana-digi (analog-digital). Model analog tanpa subdail bukanlah Edifice. Bermula dengan subdail kalender (hari/tarikh/bulan) kepada stopwatch mereka telah menghasilkan complication alarm, perpetual calender, world time dan sebagainya. Casio telah mengorak langkah untuk terus maju ke depan dengan model-model yang agak sporty. Mungkin mereka mensasarkan golongan muda memandangkan harganya yang berpatutan.

Casio Edifice EFE500D, adalah milik kawan, saudara Syawal yang memohon aku belikan untuknya memandangkan jam ni adalah jam impian yang agak mahal di tempatnya. Untuk tidak mengecewakannya, aku berunding dengan saudara Anazuhud (Koleksi Jam Harga Patut) untuk dapatkan seketul. Kebetulan jam ni hanya tinggal satu dalam stoknya & kebetulan warnanya pula adalah pilihan kawan aku tu. Aku buat review ringkas pasal jam ni memandangkan ia tak lama berada di tangan aku sebelum aku pos kepada tuannya.


Jam dibungkus dengan cukup meyakinkan. Bagus cara ko bungkus ni. Good job bro!


Casio Edifice EFE500D adalah antara keluarga baru dalam Edifice. Dengan bentuk yang sangat mengancam, tak hairanlah, kawan sukakannya. Saiz yang besar & berat, tak sesuai dengan tangan kecik.


Mengikut spec, cermin yang digunakan adalah saphire dengan coating anti-reflektif. Jam cantik dengan 3 subdail.


Nampak cantik & sporty walau dimana berada. Gagah walau hanya statik, kalau tuan pakai, terus gagah jadinya...


Kalau takmau pakai di tangan, boleh juga dijadikan hiasan sebab jam memang cantik. Pasti orang akan bertanya...


Mempunyai 3 subdail yang berbeza. Subdail flyback di pukul 9 seperti rotating disc pada Tag Heuer Carrera tu adalah masa 24 jam. Subdail pada pukul 3 aku rasa la ialah dual time/alarm. Manakala subdail di pukul 6 adalah jarum saat, yang boleh juga ditukar kepada penunjuk hari & on/off alarm. Inner bezel pula terdapat nama bandar di seluruh dunia. Jam ni ada fungsi world time. Tapi mohon maaf pasal aku taktau camna nak operate jam ni. Agak complicated & malas pula nak baca manualnya yang tebal tu.


Bezel luar tachymeter adalah PVD coating... aku rasa la. Sangat berkilat & menaikkan rupanya yang sedia garang.


3 subdail ni nampak macam enjin kereta pula. Dekorasi dail yang menampakkan buatan mereka yang semakin halus & baik. Cuma mereka perlu perbaiki lagi cara buatan casing agar lebih halus & bermaya.


Casing tebal, mempunyai 2 button di sebelah kanan. 'Crown' besar di atas tu sebenarnya bukanlah crown. Rupa macam crown... telah berjaya menipu aku & kawan aku. Ingatkan 'crown' tu untuk adjust jarum, rupanya hanya sebagai penambah 'kemanisan' pada jam ni. Sebenarnya ia adalah button juga. Punyalah pusing 'crown' tu... tapi tak bergerak-gerak. Ingatkan skru down, pusing lagi, tak gerak juga..... Tipah tertipu... oh..... Nak adjust masa kena adjust dengan button. Oh tidak.... bukan untuk orang yang malas baca.... Nasib baik saudara Anazuhud dah adjust masa jam ni. Kalau tak, terpaksalah merajinkan diri baca manualnya... Ekekeke....


Terdapat 2 button di sebelah kiri & bahadian tepi casing very well polished. Bracelet solid & mempunyai lug yang mempunyai skru di bahagian tepi. Nampakkan?


Push & release clasp dengan safety clasp menambahkan keyakinan memakai jam ni.

Satu perkara untuk pemilik Casio yang perlu diambil perhatian. Setakat ni, ada 3 kes jam Casio yang pakai bracelet putus pada linknya. Pin bracelet mudah untuk berkarat. Mungkin Casio nak kurangkan kos, mereka menggunakan bahan yang murah & tak kalis karat. Jadi, lama-kelamaan pin tu akan berkarat & akan menyebabkannya putus. Hati-hati.... takut-takut jam anda boleh terlucut dari tangan akibat link bracelet yang terputus...


Caseback jenis skru dengan info yang sangat jelas & terang. Tak perlu bimbang kalau terlupa button ni untuk apa, ini untuk apa. Tengok pada pin lug tu, aku tak pasti samada skru pada lug tu berfungsi ke tak atau hanya nak tambah perisa...


Sangat tak sesuai dengan aku. Besar. Tapi sesuai juga kalau aku nak workout besarkan tangan pasal jam ni memang berat.... Aku suka cara diorang design jam ni. Hebat & ganaz....


Disebabkan lug & link bracelet rapat & fit, bracelet tu seperti lebih mengangkang & nampak terlebih besar dari tangan. Kalau link dia macam kebiasaan jam, tak la nampak jam ni oversize. Rupanya sangatlah sporty & aku cukup suka susun atur dail & dekorasi dalamnya. Aku tak dapat buat review dengan lebih detail memandangkan aku tak berapa tahu fungsi jam ni. Tapi cukup untuk anda menilai jam ni sendiri...


Casio Edifice telah memberikan peluang & pilihan untuk penggemar Casio merasai kelainan & kehebatan seperti jenama yang lebih mahal. Lihat saja design jam ni, memang menampakkan betapa seriusnya Casio berusaha ke arah itu & mengekalkan statusnya dalam pasaran dunia.

Untuk penggemar Casio & yang mula meminatinya, jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat model ini. Mungkin anda akan jatuh hati bila melihatnya secara live. Pelbagai model dengan pelbagai harga dapat dilihat. Buatlah pilihan bijak. Mungkin salah satu model Edifice dapat menambat hati anda pula.


Specifications EFE500D:
  • Non reflective coating on sapphire glass. Partial ion plating
  • 1/20-second stopwatch, Measuring capacity: 23:59'59.95" Measuring mode: Elapsed time
  • Daily Alarm
  • Full auto-calendar to 2099
  • World time 29 time zones
  • 100 Meters water resistant
  • Regular timekeeping
  • Analog: 3 hands (hour and minutes, seconds), 3 dials (24 hour, day, date)
  • Accuracy: ±20 seconds per month
  • Approx. battery life: 2 years on SR927W
  • Size of case: 55.8 x 47.5 x 14.6 mm
  • Total weight: 236 g

Harga pasaran jam ni +/-RM1.2k.

Untuk yang berminat, bolehlah hubungi saudara Anazuhud untuk harga yang jauh lebih menarik... Cantik menarik... tertarik... kau memang da bom.....

4 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

Jam casio dah makin naik harga... ada yang dah cecah ribu-ribu... biasanya macam ni la bila satu-satu jenama tu mula melabur lebih kat penjenamaan semula dalam bentuk sponser atau advertisng.

sekarang casio dah mula menaja pelumba F1... mengiklankan jenamanya kat perlumbaan berprestij macam ni tentunya memakan belanja yang tinggi... jadi peningkatan harga akan dilihat dalam masa terdekat.

Macam Orient... selepas menaja marcus gronholm kat perlumbaan WRC harga jamnya sedikit meningkat... terkejut juga bila tgk jam diver orient berharga RM4ooo lebih... pergh.

Jadi sebelum harganya terus meningkat naik mencanak2 baik sapa2 yang ada niat nak angkat jam casio ni sambar cepat2 barang seketul dua. Nanti boleh buat pelaburan macam beli saham. Beli waktu murah jual bila mahal hehehehe... mcm remiser plak..tak gitu bro DJ??

ex001

duniajam said...

Betul tu bro. Sementara boleh dapat murah ni, sambar la seketul. Mana la tahu, lagi 10 tahun pelaburan sekarang boleh buat duit plak satu masa nanti. Hehehe...

ps: Nak cari gak GShock DW5600 bracelet. Kalau takda, angkut ja la yg tali getah tu...

ayisy said...

Salam. Bila baca tentang jam Casio, sekarang aku tengah cari jam digital Casio model lama-lama. Setakat ni tak jumpa lagi beberapa model yang aku nak. Pergi kedai jam tokey tu bagi tengok kat catalog jelah. Hehe.. Nasib baik ada sesetengah model tu masih dikeluarkan lagi sampai sekarang. Hehe...

duniajam said...

Salam ayisy, aku pun suka Casio digital. Lebih suka digital berbanding dengan analog. Lom ada dalam koleksi yg analog semata2. Yg ada pun ana-digi. Aku masih simpan elok Casio Databank aku sampai sekarang.