Suka jam pelik? Unik? Lain dari yang lain? Warna terang & design yang berbeza dari kebiasaan? Mungkin jam dari negara Soviet (Germany, Rusia) paling sesuai untuk anda. Sekarang mungkin ramai dah tahu jenama-jenama di bawah ni:
- Aviator
- Buran
- Dennissov
- Junkers
- Moscow Classic
- Nauticfish
- Poljot International
- Schaumburg
- Soyuz
- Sturmanskie
- Vostok
- Zeppelin
Jenama-jenama tersebut adalah jam buatan Russia & Jerman. Sebahagian besar jenama-jenama ni boleh dilihat di butik pertama mereka di Malaysia iaitu di Red Army Watches, Tropicana City Mall, Petaling Jaya. Cawangan kedua sudah pun di buka di Pavilion, Kuala Lumpur telah mula beroperasi 5 Oktober baru-baru ni. Untuk peminat jam sekitar Kuala Lumpur atau berdekatan amat bertuah kerana mudah untuk ke butik mereka. Untuk mereka yang jauh seperti aku di hujung benua Perlis ni, agak sukarlah. Tapi jangan lepaskan peluang untuk singgah ke butik mereka jika berkesempatan ke Kuala Lumpur.
Dulu aku cuma dengar ura-ura yang kedai ni akan di buka di KL. Selama ni hanya buka website mereka saja. Cuma tak tahu bila & lepas tu aku dah tak terfikir dah pasal Red Army Watches hinggalah aku bertemu dengan saudara Detik Dua Belas. Beliau banyak koleksi jam Soviet. Selalu juga beliau 'bakar' aku dengan jam ni. Hehehe... Kebetulan raya pertama beliau balik beraya di kampung isteri dekat dengan kampung aku sendiri. Apa lagi, pi jumpalah. Banyak koleksi jam yang ada.... orang pi beraya tanya khabar, aku pi beraya tengok jam. Wakakaka.... Salah satunya jam yang turut beraya, jam Aviator. Menarik juga jam ni. Sebelum ni, aku hanya tengok jam-jam Soviet di internet. Kali ni dapat tengok live depan mata. Lepas tu, aku bertekad untuk singgah ke butik mereka di Tropicana City Mall, PJ yang telah mula beroperasi pada Disember 2008. Petang tu lepas beraya, aku terus balik ke Johor beraya rumah isteri pula.
Salah satu koleksi terbaru saudara Detik Jam Dua Belas. Ter-racun sendiri lepas belek jam ni. Hmmm....
Mataku tertumpu di sini..... lama juga belek jam ni. Macam kena renjatan elektrik bila ada kat tangan. Wajib untukku singah ke Red Army Watches.
Balik dari beraya di kampung Johor, aku singgah ke destinasi yang wajib aku singgah.... Tropicana City Mall, PJ. Kalau tak kerana Red Army Watches, aku takkan singgah ke situ sebab aku jarang sangat singgah mana-mana tempat tanpa tujuan. Lebih-lebih lagi kalau ke shopping kompleks. Pergi dengan semangat juang yang tinggi, melangkah masuk ke Tropicana City Mall yang masih baru tu. Banyak kedai-kedai yang masih dalam pembinaan & masih belum beroperasi. Mataku liar mencari di mana koordinat butik tu. Terpandang ke atas, terus nampak Red Army Watches di tingkat 1. Tak sabar rasanya nak masuk. Nampak City Chain, singgah sekejap tapi tak lama. Lepas tu terus ke Red Army Watches.
Aku disambut dengan penuh mesra oleh sales rep mereka Mr. Danny. Perasaan teruja sangat bila dapat tengok pelbagai koleksi/model jam yang sebelum ni hanya tengok di internet, kali ni live depan mata. Aku kagum dengan sales rep mereka yang begitu sabar, mesra & sangat knowledgable. Tanyalah apa pun, pasti akan di jawab mereka. Pasal sejarah jam Rusia/Jerman, model-model klasik & terkini hinggalah perkara-perkara yang aku tak terfikir sebelum ni diterangkan. Belum pernah jumpa sales rep yang sangat knowledgable seperti mereka & aku ucapkan syabas kerana memberi servis yang terbaik untuk setiap pelanggan yang datang. Anda tak semestinya perlu beli jam untuk masuk ke kedai mereka. Datang & lihatlah koleksi jam yang belum pernah anda lihat sebelum ni & pasti anda akan terasa ke-Rusia-an & ke-Jerman-an bila masuk dalam butik mereka. Suasana, susun letak display kabinet, warna serta dekorasi yang sangat membangkitkan suasana memberi erti ia sebuah butik jam Soviet. Perasaan ni takkan dapat di kebanyakan butik lain.
Jam Rusia yang banyak mempunyai ciri-ciri Rusia padanya. Sarat dengan sejarah yang dibawa bersamanya.
Mr Danny & Miss Julianna sangat memberi kerjasama & tak lokek berkongsi cerita serta maklumat mengenai koleksi-koleksi yang mereka ada. Pelbagai model-model unik dikeluarkan untuk tontonan aku walaupun aku hanya ingin melihat (bukan nak beli..... pada mulanya.... heeeee....). Kalau sebelum ni hanya lihat di internet, kali ni aku berpeluang untuk melihat dengan dekat & pegang jam tu. Barulah boleh appreciate denga jayanya. Ke semua koleksi yang di tunjukkan pada aku adalah unik, serta tersendiri & ada di antaranya sangat menarik minat aku & mengejutkan aku juga. Bibir ni sentiasa tersenyum lebar sebab belum pernah tengok jam sebegitu rupa. Beberapa gambar sempat aku snap & ada juga jam yang aku terlupa nak ambil gambar. Contohnya jam yang diperbuat dari titanum yang sangatlah ringan. Lupa pula jenama apa. Menurut Mr Danny, ia diperbuat dari bahan titanum peluru berpandu nuklear. Wah! Peluru nuklear yang sudah tak digunakan lagi itu telah pun dineutralkan radiasinya. Tak sangka pula casing jam tu guna bahan peluru tu. Kagum aku. Istimewa betul!
Alih bahasa, ia adalah Sturmanskie.
Warna biru dengan bentuk klasik serta ejaan Rusianya sangat menarik minat aku. Chronograph pula. Lagilah minat.
Aviator. 24 hours watch.
Jam ni kepunyaan Mr Danny. Terima kasih kerana beri peluang tunjuk keunikannya. Jam ni adalah Limited Edition sebanyak 999 & sudah pun sold out! Mr Danny bertuah kerana berpeluang memilikinya. Pelik juga pada mulanya sebab kedudukan jarum jam ni tak sama dengan jam aku. Mula tengok ingatkan Mr Danny salah waktu atau jam 'mati'.... tapi jarum saat bergeraklah pula. Mr Danny lupa nak adjust masa kot... Lama juga tengok sebab rasa pelik tapi tak tau apa dia yang tak kena. Lepas tu barulah perasan. Jam ni tak seperti kebanyakan jam yang masa 24 jamnya memerlukan 2 kali pusingan jarum. Jam ni hanya memerlukan 1 pusingan jarum saja untuk melengkapkan masa 24 jam. Menarik betul. Waduh...
Schaumburg Gnomonik.
Jam satu jarum ni adalah jam pertama aku tengok secara live. Sebelum ni tengok kat internet ja, itupun jenama Swiss. Pelik juga sebab terfikir pasal apa orang sanggup perhabis beribu-ribu ringgit untuk beli jam yang hanya ada satu jarum minit? Nak tau 'jam' berapa mungkin kena tengok kedudukan matahari la kot. Soalan cepu emas Mr Danny bagi aku untuk teka waktu jam ni. Jenuh aku fikir sampai kesudah tak tau baca.... Dengan selamba Miss Julianna bagi tau 7.45... Ish la... tak dapat fikir lagi.... lepas tu Miss Julianna ajar...
Satu section bersamaan dengan 15 minit. Jarum sudah pun melepasi pukul 7 & kedudukan jarumnya berada pada section ke-3.
15 x 3 = 45
Jadi waktunya ialah 7.45.... wahhhh!!! Gelak sakan aku dibuatnya... Hahaha....
Dengan penuh sabar meraka layan karenah aku yang tak tau langsung dengan jam-jam pelik ni. Lama juga aku di butik mereka. Tu pun tak semua model aku sempat tengok satu persatu sebab nak kejar masa balik ke Perlis semula. Dalam banyak-banyak jam yang aku tengok, jam yang mula-mula aku nampak masa sampai di kedai ni tadi yang paling mengujakan aku kerana saiznya yang sangatlah besar.
Tengok saja perbezaan saiznya. Sebelah kiri adalah model Sturmanskie yang digunakan oleh salah seorang angkasawan Rusia ketika naik ke angkasa lepas. Ini adalah model re-edition yang serupa dengan jam angkasawan tersebut. Sebelah kiri adalah Moscow Classic Amphibian. Ia adalah jam diver yang mempunyai ciri-ciri diver sejati Rusia.
Saiz yang besar ni sudah tentunya berat. Sangat solid & mempunyai polished finishing di keseluruhan casing. Cantik juga & aku ter-minat pula dengan jam ni.
Menurut mereka, jam ni agak popular & banyak orang beli disebabkan keunikannya. Ada sorang pembeli yang datang beli jam ni & beliau ada model klasiknya, lebih kurang seperti gambar atas. Kagum juga orang tu ada simpanan jam klasik model ni.
Mempunyai saiz 50mm. 'Cage' yang ada padanya itu boleh dibuka seperti dalam gambar. Boleh ubah kepada 3 jenis rupa. Movement winding. Sangat berat. Jam ni bukanlah dipakai pada pergelangan tangan macam jam biasa....
yang macam robot tu. Kena jam sebesar ni baru boleh pakai bersama suit tu.
Tempat yang betul untuk pakai jam ni adalah di lengan seperti ni. Kepada yang belum jumpa aku, inilah rupa paras aku. Walaupun hensem skit (kembang hidung dibuatnya), tapi manis tu ada lah juga. Hahaha... Kalau jumpa aku di mana-mana tegurlah aku ye...
Red Army Watches
L1-07 1st floor, Tropicana City Mall,
3 Jalan SS20/27,
47400 Petaling Jaya,
Selangor
Tel: 03-77100218
Email: malaysia@redarmywatches.com
Cawangan kedua:
#P4.04.00 Level 4, 168
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 21450218.
6 KOMEN ANDA:
Anonymous said...
ish kena beli tiket bas g PJ nih!!!
ex001
Irhomdeys Vintage Watches said...
Salam Asmar, jam Russia ni banyak yg mempunyai kualiti tinggi tapi sayangnye byk org x mengenalinye sbb dulu USSR perang dingin dan USA buat perang saraf menyebarkan propaganda barangan USSR tak berkualiti. Byk negara anti komunis dan mengharam barangan USSR. Setetalah blok Komunis Eropah Timur roboh barulah jam-jam ini masuk pasaran dunia.. Hensem juga kamu ye! Kalau tengj gambar mengiring dlm blog lain benor rupenye. Mcmnana Johor? Dah lama aku tak balik Johor... rindunye Labis, Segamat, dan kg aku Wadihassan dan ranap jd lebuhraya hehehe
duniajam said...
Salam Tuan Syed. Terima kasih. Kembang hidungku seketika. Hahaha.... Saja boh gambo sendiri. Jelas skit kawan2 tengok. Nanti kalau jumpa, kenal la saya. Ekekeke...
Sekarang jam USSR sangat baik buatannya. I can't help myself to buy one. Hehehehe... Saya kerap juga balik Johor. Walaupun jauh, tapi seronok. Perjalanan tu yg seronok. Rasa 'balik kampung' betul. Ehehehe...
Bro ex001..... Jangan! Jangan tak pi! Muahahaha...
wah...kagum dan jeles...
hehhee
best best, aku pun ada pergi kedai nie last week
hehehhe, memang jam Moscow Classic Amphibian tue memang lawa...super besar...ingat nak pakai kat kaki jer
tapi masa aku datang, ada satu model, identical dengan yang besar tu...size kecik sikit...kalau tak salah 44mm
anyway layanan kedai nie memang mesra...bagus sangat...at least merasa la aku masuk kedai besar mcm nie...kalau tak nak peri kedai jam kat starhill and Garden midvalley ....rasa takut nak masuk....
hehehehe....anyway, lawa jam junkers nie....salute la...
Aku memang suka cara diorang layan client. Kita pun rasa selesa.
Mula-mula masuk, aku terus berkenan dengan Junkers Chrono... dari aku tak dapat tidur malam... terpaksalah aku angkat seketul. Wakakaka...
☺👌🏻 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا..
!!Thank you❤️
Dah tau mana nak pergi utk cari hadiah utk Mr Husband
Post a Comment