Wednesday, October 7, 2009

Teh Tarik Session (TT)

Istilah Teh Tarik Session rasanya hampir semua orang tau. Banyak juga diguna pakai dalam banyak web/forum di Malaysia ni. Semalam ada sejarah bagi Dunia Jam kerana buat pertama kalinya aku berjumpa dengan geng pengumpul jam di Perlis. Seramai 4 orang pengumpul termasuk aku berjumpa di sebuah restoran di Seriap, Perlis. Beberapa orang lagi tak dapat dihubungi, mungkin perjumpaan seterusnya mereka dapat hadir.

Walaupun ini adalah perjumpaan pertama aku, sebenarnya kawan-kawan yang lain sudah lama dok buat perjumpaan ni. Aku ja yang baru join depa ni. Petang tu aku buat satu tindakan drastik juga. Aku tukar tali Epos kepada kulit. Hasilnya...


Menarik juga aku tengok. Nampak sporty. Jam pun ringan skit.


Rasa macam kereta yang tukar sport rim plak. Rupa terus bertukar...


Smart juga di tangan. Tapi jangka hayat tak lama... hanya pakai seluar baru ni beberapa jam saja. Lepas tu tukar ke bracelet balik. Aku lebih suka jam ni dengan bracelet.


Masuk semula ke cerita TT. 4 orang dari pelbagai latar belakang & usia hadir. Rasanya aku yang paling muda antara semua. Paling otai, sorang tuan Haji pun mai. Beliau adalah pengumpul jam lama. Rasanya beratus-ratus dah jam dia ada. Sorang lagi adalah seorang pendidik di IPTA bahagian engineering, seorang yang sungguh knowledgable & boleh jadi watchmaker pasal semua benda beliau tau. Sorang lagi rakan seperjuangan adalah seorang usahawan yang mempunyai koleksi jam yang hebat-hebat. Sorang lagi.... aku lah....


Tak banyak jam hadir dalam perjumpaan ni memandangkan keadaan hujan yang lebat. 11 ketul jam ada pada malam tu. Ini adalah sebahagiannya. Bila campur semua jam yang ada malam tu.... dekat RM20k dok atas meja tu. Huh!

Perbincangan semuanya berkisar pasal jam. Jom kita tengok sebahagian yang sempat aku snap gambar.

Panerai!


Sebenarnya ini replika. Replika dengan dail sandwich ni susah nak jumpa. Sebenarnya jam ni dah refurbished dail oleh tuannya sendiri. Sebelum ni, terdapat tulisan Panerai dan lain-lain pada dail. Tuannya yang aku rasa boleh jadi technician jam ni, DIY sendiri pimped dail jam ni kepada yang sekarang ni. Nampak lawa pula jadinya. Rupa macam model klasik Panerai. Nampak macam original. Cantik.


Crown sign dengan lambang Panerai.



Movement kunci. Tak sangka aku, replika boleh dibuat sebegini rupa. Sekali imbas memang ingat betul. Cantik juga buatannya walaupun nampak kasar. Nak buka lug, kena buka skru pada lug tu. Menarik betul.



Beginilah penglihatan tukang jam dengan eye loop. Aku cuma cuba ja dengan eye loop tu. Tak sangka boleh snap dengan sharp. Guna kamera HP ja.


Lawa! Lama juga aku belek jam ni.


Tali & buckle macam original. Tulisan Panerai dibuat dengan baik sekali.


Jacques Lemans F1.
Movement quartz. Fungsi chronograph, alarm, dual time. Selesa betul jam ni. Bentuk yang sungguh sporty dengan dail merah 'menaikkan' rupanya yang garang. 3 subdail yang berbeza saiz & design menampakkan seperti belting enjin kerata yang bersambung pada pully enjin.


Tali getah yang selesa dengan engraving buckle yang cantik.


Seiko Turtle.
Seiko diver yang sangat rare & sukar didapati sekarang. Bentuk yang bulat seperti penyu tu menyebabkan namanya sebegitu. Casing jadi body & bezel jadi cengkerang... serupa la tu... Bantuk unik seperti ni one of a kind. Tak sama seperti kebiasaan. Umurnya hampir 30 tahun tapi masih gagah menyusun waktu.


Zaman dah berubah tapi jam tak berubah. Ciri-ciri diver sejati ada padanya.


Selesa beb. Best pulak aku rasa jam ni kat tangan aku. Mau juai ka? Hahaha...


Casing slope yang nak meleper ni seperti ingin melayang dalam air. Macam mana ntah....


Omega Seamaster vs Epos Sportive.
Dua-dua sama sama cantik, sama gagah. Yang tak sama harganya.... yang kiri tu 3 kali ganda mahal dari kanan. Hahaha...


Cun betul. Pinjam jam buat review boleh bro? Hahaha...


Seiko chrono ni. Salah satu jam yang agak rare sekarang ni. Susah nak jumpa model yang mint camni. Running very strong.

Perjumpaan hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Insyaallah akan berjumpa lagi di episod akan datang.... Jom join ramai-ramai....

2 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

hahaha!!! kalau dah gila jam tetap gila jam. Dengan khabar angin taufan parma nak melanda tetap sanggup redah demi jam. macam takda ubat dah penyakit ni. pakai bawak mati rasanya hahaha.

Ni baru 4 orang jam dah penuh meja. kalau join 2 3 org lagi yang otai mesti jadi mcm kedai jam. nanti kita set ajak yg taiko lagi bawak koleksi diorg. gerenti gempak.

Seiko 6309-7040 tu dipanggil cushion case. nak cari doxa sub T series takda. dpt seiko tu pun dah casing ala ala doxa la tu hehe.

sessi racun meracun dah berhasil. Penyelam russia target seterusnya.
nak pinjam buat review?? buleh no hal punya.

ex001

duniajam said...

Hahaha.... Best jumpa geng yang sama. Macam2 info dpt. Macam2 cerita dengar. Hehehe...

Seiko tu minta kwn kita pimp jadi Doxa. Sure cun. Seikoxa jadinya. Wakakaka... Bentuk dah serupa. Skit lagi ja tu. Ekekeke....

Nanti nak shot cantek2 jam tu. Baru terbakar orang yang bat review tu nanti. Muahahaha....