Tuesday, October 6, 2009

Jam Soviet

Pernah dengar nama Junkers, Moscow Classic, Sturmanskie, Buran, Nauticfish & Soyuz? Kepada yang belum tahu, semua tu adalah jenama dari Germany & Russia. Kepada yang tak pernah tengok rupa jam-jam ni, bolehlah layari website ni:



Ramai yang tak tahu kewujudan jenama-jenama ni. Kurang popular di Malaysia mungkin disebabkan tak banyak atau hampir tiada kedai jam yang berani bawa masuk jam-jam hebat ni. Tapi usah khuatir kerana kini sudah ada butik Red Army Watches di Malaysia. Satu-satunya terletak di Tropicana City Mall, Petaling Jaya. Setelah beberapa bulan beroperasi, kini cawangan kedua telah pun di buka di Pavilion, Kuala Lumpur.

Aku syorkan kepada sesiapa yang berpeluang ke sana untuk tidak lepaskan peluang ke butik mereka yang mempunyai pelbagai model & jenama dari negara Soviet ni. Jangan malu & segan untuk bertanyakan soalan kepada sales rep mereka yang cukup ramah & knowledgeable. Maklumat lanjut aku akan cerita di artikel akan datang mengenai butik pertama mereka di Tropicana City Mall.

0 KOMEN ANDA: