Friday, October 2, 2009

Bosan dengan rupa lama?

Buka gerobok.... jumpa jam lusuh. Mungkin dah berabuk... punyalah lama simpan. Bila tiup, berterbangan semua debu.... Kalau itu yang berlaku, jam mungkin terlalu banyak. Punyalah banyak sampai tak sampat nak peduli pun. Kalau koleksi yang tak seberapa banyak macam aku ni mungkin takkan jadi camtu kot... Kalau tak pakai, mungkin dah boring dengan rupa yang sedia ada... rupa yang kurang bermaya perlu dikembalikan ceria padanya. Macam kita yang suka ber'make-up', cuci itu ini untuk 'menaikkan' wajah.... agar berseri sentiasa... sejuk je orang pandang...

Pernah tak terfikir, dengan sedikit pengubahsuaian pada jam yang kita ada boleh mengubah nasibnya? Sekali tengok sama tapi tak serupa. Kos pula tak mahal tapi mampu nak mengubah wajahnya yang sudah lama itu kepada rupa yang baru. Perasaan pula macam mula-mula dapat jam tu. Punyalah seronok masa mula dapat.... itulah yang berlaku...

Macamnana tu? Senang ja.... dengan modal cuma RM20-30 sudah boleh buat.... hanya dengan tukar tali baru pada jam anda.... Senangkan? Kalau jam bertali kulit hitam, apa kata tukar ke coklat. Main-main warna. Kalau yang pakai bracelet, tukarlah kepada tali kulit. Nescaya anda sudah berikan nyawa baru padanya. Terutamanya jam-jam lama. Design bracelet yang klasik ni, sudah agak ketinggalan & mungkin ada yang sudah lusuh. Kalau dibandingkan dengan jam sekarang, jam lama agak 'tertunduk'.... tapi jangan hampa kerana 'seluar' barunya sudah boleh smack down mereka yang terkini.


Seiko Actus
Bracelet original padanya menampakkan jam ni memang sudah cukup lama & tua. Lebih tua berbanding aku yang tak berapa tua ni....

Akibat tak mau nampak tua, tukar tali kulit... Bling! Terus nampak eksklusif & muda pulak tu...



Seiko Hijau

Bracelet masih cantik & berkilauan. Tapi aku kurang minat dengan rupanyanya yang lama...

Tali kulit coklat ni bukan saja sangat sesuai, tapi sudah menyebabkan fenomena 'wow' padanya...

Sama, tapi tak serupa.... Dah tua, tapi nampak muda...



Seiko Orange Monster
Kalau kebiasaan jam diver bertali getah. Aku sengaja tukar ke tali kulit sport. Tali pinjam dari Titan Fastrack. Saja tukar sebagai ujikaji...

Jam bukanlah tua, tapi terus tukar status kepada jam sukan pula. Nampak sporty jadinya...



Titoni Airmaster
Jam ni aku beli new old stock. Akibat rupanya yang begitu bling, bling & kawan aku kata menampakkan aku macam gangster & ah long.... menyebabkan aku jarang sangat pakai jam ni. Ditambah dengan rupa aku yang agak 'ganaz' (kot la...), jam ni boleh buat orang ramai bertempiaran lari.... Mungkin betul gak pendapat mengatakan jam yang kita pakai menunjukkan sifat tuannya... Ada kebenarannya juga... tapi dalam kes ni tak lah, pasal confirm aku bukan ah long... Muahahaha....

Rupanya yang 'bling' tu, dilembutkan skit setelah aku tukar kepada tali kulit camni. Jadi 'slow tone' & merendah diri...

Dengan rupa baru ni, jam nampak sesuai dengan jiwa aku & tak begitu garang... Tapi bagus juga nampak garang, baru depa tau... Hehehe...


Mungkin sedikit pengubahsuaian camni, boleh mengubah persepsi & pandangan kita pada jam yang sudah kita tak 'sayang' & rasa nak jual tu. Modal yang sedikit ini mungkin juga boleh menyelamatkan poket kita dari terus bocor beratus, beribu RM beli jam baru. Sekurang-kurangnya dapat bertahan sebulan dua la kot untuk mereka yang mempunyai tuntutan beli jam setiap bulan...

Jam yang sudah tak bermaya, perlu diberi nafas baru... sekurang-kurangnya jam tu kita pakai juga sekali sekala sebab kalau tak pakai langsung untuk jangka masa yang terlalu lama, kemungkinan boleh merosakkan komponennya. Macam kereta juga.... tak pakai bertahun, nak jalan semua pun susah. Kenalah hantar servis... Aplikasi sama untuk jam, lebih baik jam diservis akibat selalu pakai dari diservis akibat langsung tak pakai...

6 KOMEN ANDA:

Timur said...

dgn rantai kereta kebal jam hijau tu nmpk lawa pulak...

duniajam said...

Cantik juga sebenarnya. Bini pun suka... tapi aku la yang kureng minat. Suka tali kulit lagi. Try dengan tali kulit hitam pun cun juga.

paulie said...

kalau tali kulit yang kaler coklat utk seiko hijau yg cun tu brapa kos dia hah?

duniajam said...

RM 40. Tali sport water resistant. Lembut. Made in Germany. Kalau jenama whale boleh dapat dalam RM20-30.

Anonymous said...

banyak jam baru aku yg asalnya bertali bracelet sengaja aku tukarkan dgn tali kulit...sebabnya nampak lebih eklusif dan selesa dipakai...kecuali jam Tissot PRS 516 kerana huruf 'T' dan lubang2nya pada bracelet menyebabkan aku terpaksa gunakannya kerana itu adalah identiti Tissot. Pandai sungguh org2 Tissot mereka cipta bracelet mereka....diletakkan identiti jam pada bracelet menyebabkan pengguna memikirkan dua kali untuk menukarkan tali jam Tissot mereka...

duniajam said...

Biasala tu. Salah satu cara diorang buat duit. Mungkin boleh tukar, tapi kena beli Tissot punya jugak. Strategi pemasaran yang cukup bagus. Hehehe...