Friday, December 24, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian Terakhir)

Agak lama projek ni baru dapat dihabiskan... maksud aku cerita mengenai projek ni sebab nak bagi laluan & tumpu hal perjumpaan tempoh hari. Bahagian terakhir ni aku nak tunjuk jam terakhir aku buat untuk projek ini. Mangsanya Timex Ironman Triathlon keluaran tahun 1990an. Model ini sudah tidak dikeluarkan lagi & merupakan model popular sekitar tahun 1990an. Keadaan jam masih baik & tulisan pada bezel masih jelas kelihatan. 


Movement dikeluarkan & dapat dilihat keadaannya masih cantik & nampak macam baru.


Seperti projek lepas, filem di atas LCD itu ditanggalkan & hasilnya jam seperti kehabisan bateri.


Bila diletakkan semula filem itu, boleh nampak penomborannya dengan jelas (kiri) & 
apabila filem itu diterbalikkan, segalanya berubah (kanan). 


Ini aku cuba pula dengan filem polaroid yang aku beli tu pula. Bileh lihat keadaan display agak suram & apabila ianya diterbalikkan, keadaan nombor kurang jelas... Nampaknya filem asal itu lebih baik untuk digunakan.


Kali ni aku buat lain skit dari jam-jam yang sebelum ni. Disebabkan bahagian gam filem itu telah bertukar ke bahagian atas, aku nak cuba lekatkan filem itu pada cerminnya.


Filem dilekatkan perlahan-lahan supaya tidak ada bubble.


Inilah hasilnya apabila movement dipasang semula.


Rupa sebelum & selepas...


Hasil projek ini amat memuaskan hati. Nampaknya perlekatan filem itu pada cermin memberikan hasil yang mengujakan. Anda boleh cuba cara ini sekiranya ingin membuatnya pada jam anda. Cuma perlu diingatkan sekali lagi agar berhati-hati semasa membuka filem LCD tu supaya tidak menjadi seperti projek yang lepas dengan Casio G-Shock. Boleh layari link di bawah untuk maklumat lanjut.... 

Sekarang aku akan cari filem yang elok untuk gantikan filem Casio yang telah renyuk itu. 

Untuk melihat projek pertama, layari link di bawah ini:

6 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

Salam

Apa motif utama tampal filem pada glass ? untuk elak rosak screen atau tujuan lain

duniajam said...

Bukan. Bila terbalikkan filem tu, bahagian gam dia akan berada di atas. Nak lekat kat LCD dah takleh... Jadi tampal kat cermin je la. Hehe

ayisy said...

Ohhh.. Macam tu rupanya. Dulu kalau nak beli jam digital mesti nak yg reverse dial. Nampak lg mahal kononnya. Hehe. Tp skrg lebih suka dial biasa sbb mudah dibaca dan lebih jelas.

duniajam said...

Dial hitam nampak cool.. tp susah nak baca sebenarnya.... hehe

azizi said...

salam, tuan beli di mana polarizing film. Saya nak repair lcd meter utk superbike saya.

duniajam said...

Salam tuan Azizi...

Sy beli dari eBay filem tu... Boleh google kat eBay 'digital polarizing film'