Tuesday, November 2, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian 2)

Untuk projek seterusnya, aku nak buat pada Casio G-Shock DW5600E ni plak.... Projek pertama berjalan dengan cukup baik & meyakinkan aku untuk buat pada jam lain pula. Memandangkan dalam link yang sama juga menggunakan model DW5600 juga. Aku yakin boleh buat.....



Perlahan-lahan movement dibuka.



Keadaan movement masih baik & bersih. Dengan jelas, boleh nampak filem di atas LCD tu.... Namun, LCD Casio ni agak tebal & keras pula. Gam punyalah kuat sampai filem asal tu dah jadi tak sekata.... Risau juga takut tercabut pula LCD sebab gam memang kuat betul.


Satu kelegaan bila dah keluar semua filem tu.... yang tertinggal hanyalah sisa-sisa gam pada LCD. Cuci sampai bersih dengan perlahan-lahan.....



.... namun.... kecewa menanti aku sebab tak dapa keputusan seperti yang diharapkan... Kedua-dua belah filem tidak menjanjikan keputusan yang aku harapkan tu.... Aku tak tahu kenapa sebab bila aku cuba dengan filem asal pun sama. Bahagian belakang  filem tu tidak memberi kesan reverse pun.... hadoi...


Maka dengan itu, aku terpaksa memasang kembali filem asal sebab filem polaroid itu tidak memberikan imej nombor yang jelas.... 



Filem itu bukan saja telah terenyuk malah tak dapat lekat dengan sempurna pada LCD kerana gamnya telah hilang... apakan daya... sekurang-kurangnya nombornya dapat dilihat dengan jelas berbanding filem polaroid yang aku beli tu... Aku nak cuba cari & tanggalkan filem asal dari mana-mana Casio yang telah rosak. 



Setelah dipasang kembali, boleh nampak juga sikit-sikit kesan renyukan tu. Tak apalah asalkan dapat memberi bacaan waktu yang jelas. Mungkin kegagalan ini disebabkan dari LCD itu sendiri memandangkan filem asal tu sendiri pun tidak memberikan kesan reverse....

Walaupun begitu, artikel pertama sebelum ini berjaya memberi inspirasi kepada adik Adib untuk membuatnya pada jam Casio F-91W miliknya & berjaya pula. Tahniah Adib! Boleh layari blog miliknya untuk projek yang telah dilakukannya ini...


.... nantikan sambungan terakhir projek ini untuk jam lain pula dengan cara yang lain pula.... 

6 KOMEN ANDA:

zuhaimie said...

okeh la tuh bro..
Sekurang2 nya bro berani mencuba. Teruskan usaha lagi. Usaha tangga kejayaan.hehehe

duniajam said...

Tq bro,

Frust gak tak jd buat kat jam ni. Takpa, aku dah buat kat jam lg satu. Hehe

Our Places said...

tq bro...

duniajam said...

Ada projek best, boleh buat lg Adib. Hehe

hadi_8149 said...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Hehe....aku timbul kat sini bukan sebab nak komen tapi nak menyatakan kegembiraan aku sebab ni lah kali pertama aku visit website DJ sejak lebih sebulan yg lalu. Komputer rosak lah sepanjang masa tu.....

duniajam said...

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...

Haha... lawak tul ko ni. Terharu aku dibuatnya. Huhu...