Friday, October 29, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian 1)


Beberapa bulan lalu, saudara Nazri TimeAsItIs bertanyakan aku tentang suatu projek D.I.Y pasal mereverse display jam digital..... atau juga dipanggil reverse dial ataupun negative display.... Apa yang dimaksudkan itu adalah seperti jam di atas. Jika kebiasaan jam digital nombornya hitam dengan membelakangkan display cerah, reverse display pula adalah sebaliknya. Tertanya juga macam mana nak buat sebab selama ni aku ingatkan, LCD tu sendiri yang hitam, sebenarnya ia bukan seperti yang aku sangkakan. 

Berkekalkan link yang diberi Nazri pada ketika itu, kami berdua bersepakat untuk membuatnya. Berikut merupakan link tersebut:



Apa yang diperlukan untuk projek ini hanyalah jam digital sebagai mangsa & filem polaroid. Tq bro.



Projek ini dibuat setelah beberapa bulan aku mendapatkan filem itu (kiri). Untuk projek pertama ini, aku menggunakan jam Timex Ironman yang telah rosak kosmetiknya sebagai mangsa pertama. Kalau rosak pun tak kisahlah. Jam ini masih berfungsi dengan baik, cumanya casing saja yang mengalami kerosakan. 



Movement dikeluarkan mendedahkan ia cukup bersih & masih elok jika dibandingkan dengan casingnya itu.



Filem polaroid itu agak tebal sebenarnya & mempunyai satu lapisan stiker yang melapisi bahagian gamnya. Aku mengenakan filem itu pada bahagian ini & nombor masih kelihatan....



Apabila diterbalikkan filem itu, keseluruhan display menjadi gelap sepenuhnya.... Terfikir juga aku bagaimana nak menampakkan nombor-nombornya pula? Hmmmm.....



Filem itu dipotong sedikit mengikut saiz display. Sampai tahap ni, aku masih terfikir lagi bagaimana membuatnya.... Pada saat ini masih belum terdetik untuk membuka link yang pernah aku baca dulu tu.... mungkin filem itu kena letak di belakang LCD tu kot..... 



Aku ingat-ingat lupa sebenarnya cara pembuatannya... sebab dah lama baca artikel tu & aku buat terus tanpa menggunakan artikel itu sebagai panduan. Akibat tidak melihat semula artikel inilah hasilnya.... aku leraikan semua komponennya... Cuba letak filem belakang LCD tp tak berjaya.... Lepas tu barulah aku buka link artikel itu sebab fikiran buntu..... 

Rupa-rupanya..... aku tak perlu leraikan begini pun sebenarnya... menyusahkan diri sendiri.... suatu pengajaran buat diri sendiri untuk memastikan caranya terlebih dahulu supaya tidak membuat salah seperti ini lagi. Sengaja aku tulis apa yang terjadi ini supaya kawan-kawan tak buat begini.... hasilnya... Tipah tertipu jua....



Movement dipasang kembali & setelah membaca semula artikel itu dengan teliti barulah aku nampak jalan penyelesaiannya... Di atas skrin LCD itu sebenarnya terdapat satu lapisan filem yang nipis (bulatan merah). Filem ini tidak akan nampak jika tidak lihat betul-betul. Aku tak perasan ia sebenarnya adalah filem kerana merasakannya adalah plastik sebahagian dari LCD itu sendiri.



  1. Perlahan-lahan lapisan filem itu dicungkil
  2. Filem ditarik perlahan-lahan. Lihat, nombor sudah tidak kelihatan lagi.
  3. Jika dilihat dari sebelah ini, nombor-nombor masih kelihatan.
  4. Setelah filem dikeluarkan, inilah hasilnya. Tiada nombor kelihatan... seolah-olah kehabisan bateri.



Filem polaroid yang aku beli itu kini dicuba pula pada displaynya. Dua permukaan filem akan menghasilkan dua rupa yang berbeza. Kali ini, projek reverse display hampir berjaya.



Dengan menggunakan filem LCD asal, aku cuba terbalikkannya & hasilnya.... reverse display juga! Hmmm... Kalau aku tau, rasanya filem polaroid itu tak dibeli pun tak apa.... tapi filem asal itu pula dah renyuk & tak boleh lelekatkan pula memandangkan bahagian gam filem itu berada di bahagian atas. Banyak pengajaran yang aku terima & dapat mahal harganya.... banyak duit dikeluarkan sebelum ini sebahagian dari ujikaji... segala kesilapan yang berlaku selama ini dibayar dengan kos.... dengan penyampaian ini & sebelum-sebelum ini diharapkan dapat menjimatkan wang anda & beli serta buat benda yang perlu sahaja & tidak mengulangi apa yang telah aku buat. Anda pun tahu apa yang perlu dibuat....



  1. Stiker yang melapisi filem polaroid itu dibuka.
  2. Filem polaroid diterbalikkan & stiker dibuka perlahan-lahan sambil menekan filem itu supaya tidak wujud bubble.
  3. Hasilnya memuaskan.... reverse display/dial berjaya dilakukan.
  4. Rupa jam dengan lampu indiglo dipasang.


Movement dipasang kembali. Dalam cerah, penomboran display sukar dilihat. Kena on lampu indiglo untuk melihat masanya. Hasilnya berjaya & akan dibuat pada jam lain pula... 


.....nantikan sambungannya di bahagian 2.

4 KOMEN ANDA:

Our Places said...

wow...
cmne nk bwat kt casio f-91W??

-adib

duniajam said...

Caranya sama gak. Kalau boleh guna balik lapisan filem atas LDC tu balik. Tp untuk Casio kena hati2 pasal lapisan filem tu lebih tebal & keras berbanding Timex.

Tarik2 slow2 filem tu jangan sampai terenyuk. Bila dipusingkan filem tu, bahagian gam akan berada di bahagian atas. Cara aku buat, aku lekatkan filem tu kat cermin jam tu.

Kena hati2 buat jgn tekan kuat LCD tu masa tarik filem tu. Kena buat hati2 supaya filem tu pun tak rosak sebab aku buat kat jam Casio aku tak jadi reverse display.

farghmee said...

mmg cool diy nih :)

ktne nk cari polaroid tu?

duniajam said...

Aku beli dari eBay. Mahal gak. Dalam RM30. Aku rasa try guna filem asal yg kat atas LCD tu dulu. Aku buat kat Timex aku satu lg guna yg asal balik sbb lebih cun & terang berbanding yg aku beli tu. Hehe