Pengembaraan diteruskan lagi & kali ini kami bertemu di suatu booth yang terletak di sebelah butik JLC. Suatu yang menarik mengenai jam-jam yang ada dalam display ni... bukan sebab diskaun yang tinggi... tapi jam tu sendiri... Kalau tengok harga tu... 40% diskaun pun aku tak mampu beli lagi... hmmm....
Tu dia... aik! Mana movementnya? Jam ni lutsinar.... ini betul-betul magik! Misteri sungguh...
Quinting merupakan antara jenama yang menghasilkan jam yang transparent.... Buatannya kemas & boleh memeningkan kepala... siapa terpandang pasti ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut & ingin melihatnya dengan lebih jelas. Jam ini dijual pada harga RM25k. Model chrogograph dalam RM78k.... penambahan 'batu' padanya?
Aku tengok jam ni dengan eye loupe.. sebab nak tengok & kaji mana hilangnya movement tu... canggih, kreatif & genius! Cuma nampak tiang jarum jam saja... Bila dah lama tengok, baru dapat idea di mana movementnya sebenarnya...
Kalau 2 jarum dah pening.. bagaimana pula jam chronographnya? Hehe...
Dalam semua jam yang aku pegang, jam ni paling lama aku pegang... Penelitian & penerangan dari Shidi buat aku terfikir sejenak & dapat merungkai seribu persoalan sebelum ni. Nampakkan gigi gear tu? Movement jam ni terselindung di tepi casing... jarum-jarumnya digerakkan dengan beberapa lapisan cermin yang disusun dengan cukup bijak... dimana setiap lapisan itu menggerakkan jarum tertentu dengan sambungan gear di bahagian tepinya.... Hasilnya... movement jam tidak akan kelihatan. Movement yang digunakan untuk jam ini adalah quartz. Agak mustahil sekiranya ia automatik.
Maklumat lanjut mengenai jam ini, layari web official mereka.
Breitling Superocean... model diver terbaru diperkenalkan mereka. Menggunakan movement Caliber 17 yang berasaskan ETA 2824-2. Movement Breiling semuanya mempunyai standart COSC. Kualiti buatan jam ini sangat mengagumkan. Aku sukakan cara buatan hour marker yang embosed dengan kualiti brushed finishing padanya. Ia mempunyai beberapa warna chapter ring.... merah, kuning, biru, putih & hitam. Menurut seller warna kuning yang paling menarik & striking.
Bell&Ross... jenama yang aku suka....
Model terbaru yang berwarna hijau tu... BR03-92 Military Ceramic.
Ia perkenalkan pada Besel World 2010.... diperbuat dari seramik. Warna hijau memberi kelainan & rupa yang berbeza dari jam-jam buatan mereka sebelum ini.
Nubeo.... pernah dengar jenama ni? Terkesima aku dibuatnya kerana jam ini dipaparkan bagaikan jam-jam Swatch di butik. Boleh pegang & belek puas-puas. Cara persembahan mereka cukup menarik.. jangan tertipu kerana mungkin anda beranggapan ianya lebih murah dari jam-jam dalam display itu... Kalau tak salah aku, harganya RM40k+...
Corum Admiral Cup....
Antara Corum Bridge yang kelihatan...
Corum Golden Bridge... dalam RM400k je....
Model terlaris mereka... Admiral Cup.
Girard Perregaux... dua-dua jam ni aku admire... & kedua-duanya juga berharga lebih RM50k...
Model di sebelah kirinya itu pernah digunakan oleh hero filem '12 Rounds'.
Sea Hawk II Pro... model diver dengan kekutan selaman 3000m. Dah tahap kapal selam dah. Jam yang cukup besar & tebal. Buatannya cukup solid & memerlukan lebih kurang RM30k untuk memilikinya...
Panerai juga dipamerkan. Model yang menggunakan in-house movement dijual berkali ganda lebih tinggi dari yang menggunakan ETA. Model yang menggunakan Cal. P2005, movement yang mempunyai tourbillon dijual pada harga setengah juta RM.
Keluar satu butik nampak pula butik lain.... ternampak Audemars Piguet la pulak... Aku ajak Shidi masuk. Tapi terasa segan. Takda orang dalam butik melainkan sorang seller & guard. Hmmm... mula-mula aku & Shidi malu-malu kucing... tapi aku gagahkan juga masuk. Beberapa minit aku masuk, barulah Shidi masuk. Waktu tu Nazri hilang entah ke mana...
AP merupakan suatu jenama mewah... tak perlu aku cakap berapa harga setiap satu ni... kenyang tengok harga jam-jam ni...
Royal Oak...
Jam yang mempunyai tourbillon kebanyakannya dijual lebih RM100k tak kira jenama...
Model diver yang menduga hatiku...
Nampak butik Tag Heuer.. Aku ajak masuk tapi Nazri & Shidi takmau... "Tag pun nak tengok gak ke? Tak payahlah"... Tak kira aku nak masuk jugak!... Pelbagai model yang dipamerkan & model Aquaracer terbaru ini yang menarik hari. 3 versi dipamerkan, hitam, silver & biru... Hitam itu elegant & yang hitam itu yang kami teliti dengan lebih dekat...
Tu la, tadi takmau masuk sangat tadi... hehehe.. Nazri sudah keracunan....
Model Grand Carrera...
Keluaran semula Heuer... sesuai betul untuk isteri aku tu...
Selain jam & aksesori pakaian, Tag Heuer juga mengeluarkan produk telefon bimbit.
Tak sampai RM20k ja kot...
Model Monaco ni merupakan salah satu idaman & merupakan satu-satunya model Tag Heuer yang aku minat.
Ini pula model-model quartz....
Seterusnya kami ke butik Graham... jenama idaman Nazri. Inilah pertama kali aku melihatnya secara live & dekat. Memang cantik-cantik belaka rupanya. Oversize & solid buatannya... Entry level jam Graham dijual lebih RM20k kalau tak salah aku...
Tak kenal maka tak cinta....
... aku jatuh hati dengan yang ni.... hadoi... Aku salahkan Nazri kali ni.. hahaha...
Sedar tak sedar, kami dah berada di sini beberapa jam. Masih banyak butik tak pergi lagi.. Tapi kami dah kesuntukan masa...
Blu.... Ya. Jenamanya Blu...
Antara jam yang aneh & paling mahal di sini.... Menggunakan lebih 700 komponen. Agak pening nak servis kalau aku watchmakernya... mujur juga bukan... tak pelik kalau harga servisnya membolehkan kita membeli sebuah kereta!
Mempunyai 5 complication padanya... kalau tak silap aku... Globe di atasnya itu bukanlah sekadar hiasan... ianya berfungsi & berputar ikut sistem 24 jam! Suatu hasil seni horologi yang hebat!
Cabestan Winch Tourbillon ... Dah lama aku perhatikan gambarnya di internet & akhirnya bersua muka juga dengannya. Suatu ciptaan yang mengagumkan! Ia mempunyai pelbagai versi & versi ini sengaja dibuat seperti ia berkarat. Jam ini pada ketika aku melihatnya bergerak! Boleh tengok bagaimana gerakan putaran saatnya itu. Gerakan wheel disambung dengan rantai. Ia menggunakan lebih 1000 komponen di dalamnya!
Untuk maklumat lanjut, layari:
Speake-Marin.... suatu jenama independence yang menghasilkan jam dengan hasil seni tangan yang mengagumkan... dialnya dibuat sendiri dengan tangan... dihasilkan sendiri oleh penciptanya Peter Speake-Marin. Jam 3 jarum jual dengan harga itu? Jika anda tahu kisah buatan jam ini, memang patut harganya setinggi tu... lama juga aku lepak dengan seller yang cukup friendly & very knowledgeable. Pelbagai input & aku dapat mengenai jenama ini & pelbagai jenama lain.
Layari web official mereka
Layari web ini pula untuk kisah Peter Speake-Marin
Perjalanan A Journey Through Time kami sudah hampir ke penghujungnya... Hari sudah semakin lewat... kelam kabut juga cari surau. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan satu butik yang hanya menjual tempat simpanan jam & juga almari winding begini. Sangat sesuai untuk mereka yang memiliki banyak jam & berkemampuan...
Selepas berpisah dengan Shidi dengan penuh hiba... kami meneruskan perjalanan... tak habis lagi bro... Sebab Nazri dah berjanji nak bawa aku ke Sungei Wang Plaza pula... Tapi takda gambar aku ambil sebab orang terlalu ramai. Risau pula nanti ada orang dok ingat ambil gambar candid orang sesuka hati.
Beberapa kedai jam kami masuk, tak sangka aura jam grail aku kuat rupanya.... Tujuan utama ke situ ialah untuk melihat Citizen Autozilla secara dekat. Tiada gambar diambil sebab hari sudah lewat. Tapi kami terbuang masa yang agak lama juga di suatu kedai jam yang menjual Ball.
Ball Engineer Master II. Jam yang dalam pemerhatian aku. Nampak sama tapi sebenarnya sedikit berbeza. Ianya berbeza bukan saja warna insert bezel, ia juga berlainan saiz & movement. Sebelah kanan bersaiz 40mm & kiri 42mm. Movement sebenarnya sama iaitu ETA 2836, namun yang sebelah kiri mampunyai pengiktirafan COSC. Bila ada COSC, harganya terus bertambah RM2k+.
Model pilot yang turut mengancam jiwaku...
Sepasang Engineer Hrdrocarbon... menarik juga jika dijadikan hadiah hantaran...
Nazri, jam ni memang best la bro... hehehe...
Baru je nak balik, Nazri minta keluarkan model ni plak... Chronograph + GMT = terbaik!
Bila dah keluarkan, maka terpaksalah aku ambil gambar pula...
Malam semakin lewat... mata semakin merah & badan semakin penat... Dok dalam bangunan bukan nak sedar yang hari dah semakin lewat malam. Sedar tak sedar sudah lebih 12 jam kami pusing tengok jam. Dari 9 pagi sampai lebih pukul 9 malam. Perjalanan seterusnya ialah pulang ke rumah. Sampai di rumah pun sudah lebih pukul 10 malam.
Walaupun tidak membawa balik apa-apa jam walaupun nafsu membuak-buak, pengembaraan kami memberi banyak input & kesedaran. Belum pernah aku seharian begini sebelum ni... begitu juga Nazri. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nazri kerana tak jemu melayan aku & terima kasih kepada Shidi dengan hadiah topi Graham kepada aku. Korang berdua memang best. Insyaallah kita akan berjumpa lagi...
Semangat Horology For Unity tidak terpadam begitu saja. Segala kenangan, perkenalan, informasi yang telah kita kongsi bersama akan diteruskan lagi untuk perjumpaan akan datang... Pelayaran DJ sudah sampai ke perlabuhan.... sampai di sini dulu... insyaallah kita akan berjumpa lagi pada perjumpaan akan datang... HOROLOGY FOR UNITY!!!!!
13 KOMEN ANDA:
Bro, an impressive coverage!
Tuan Asmar, saya nampak sampah dalam photo ni semua kecuali Ball Pilot dan AP. Saya tak pasti watchmaker kat Europe sekarang punya fikiran mcm mana nak jual jam. Kalau nak banding dgn Japanese Domestic Model, clean and fine design lebih baik dari jam sampah kat pameran tu. Honest !!!. Ketepatan masih tak tahu, org Jepun buat jam sampai +3/-1 saat sehari, lebih baik. Org Jepun buat jugak buat jam sampai 43,200 BPH tu patut lebih kena puji. Bukan apa, design kat dalam gambar tu entah apa2, tak ada solid principal. Itu pandangan aku.
Pencinta Masa,
Tq bro... buat takat mampu ja. Hehe
kuncijam,
Hehe... lain org lain cita rasanya. Mmg Jepun punya ketepatan buat lg hebat. Kita tgk GS zaman dulu pun boleh beat beribu jam Swiss.
Tp tu la bang, org terlalu pandang Swiss sampai membelakangkan Jepun tanpa ambik tahu sejarah horologi Jepun. Pameran ni mmg takda satu pun jam Jepun. Tak banyak jenama ada masa pameran tu. Semua lebih kepada high-end luxury watch.
Pemeran ni saya nampak lebih menonjolkan seni pembuatan jam. Seni horology yg susah nak buat. Design artistik yang lari dari rupa konventional jam. Bg saya suatu yg mangagumkan. Hehe
Dulu sy ada baca suatu artikel, byk pengeluar Swiss berlumba2 buat jam tourbillon... Pastu nak jual susah & ada syarikat yg diambang kemerosotan sbb harga terlalu mahal... org tak mampu beli. Harga tu melampau mahal sgt....
Betul tu, tuan. Ada jam rupa lumut, cicak, kudis, aku tak boleh baca artistry yang ada dlm pemikiran European watchmakers. Rasanya Purple Horse aku hak umur 30 tahun lagi lawa.
Back to basic, tengok model SARA, SARB, SARC, SARL....etc. Simple saja.
Keluaran semula Rado tu lawa gak bang. Movement ja lain. Yg baru tu pakai ETA 2824. Yg lama kalau tak salah pakai 2836
Tahniah sekali lagi. semoga semangat horology for unity ni berterusan untuk tahun2 akan datang.
aku kagum dgn semangat Horology For Unity yg ditunjukkan. hebat2!! & tahniah kerana ekplorasi yg hebat seperti ini.
ex001,
Tq bro atas sumbangan bro tempoh hari. Moga2 lepas ni bro boleh join perjumpaan akan datang.
myself,
Tq bang. Insyaallah ada peluang kita bersua muka nanti. hehe
Assalamualaikum.
Saya ada jumpa jam jenis TISSOT T-Touh. jenis Sapphire Crystal, Case Material & Bracelet Titanium. Dial warna Hitam n 42MM Gent n Touch Screen.
Mahal ke jam ni..???
tak tau nak buat apa dgn jam ni. dah 6 bulan simpan sampai bateri habis la.
Waalaikummussalam...
Harga pasaran T-Touch lebih RM2k. Jam tu punya fungsi menarik. Kalau takmau pakai jam tu boleh la simpan buat koleksi ataupun jual.
Post a Comment