Epos Grande Date Verticale merupakan salah satu model dalam koleksi Sophistiquee mereka. Jam yang sangat dressy ini telah ditinjau beberapabulan yang lalu semasa membuat 'bancian' di Penang dahulu. Ciptaan tarikh secara vertikal ini merupakan ciptaan pertama dunia! Ia mula diperkenalkan di Basel World 2009.
Seperti mana gelaran 'Artistry In Watchmaking', kualiti buatan jam ini mengagumkan sesuai dengan gelaran yang diperolehi mereka. Aku jatuh hati sebenarnya dengan ni semasa mula melihatnya.
Hour marker Roman digabungkan secara harmoni dengan penomboran Arabic.... Sub-second terletak pada kedudukan nombor 3 & saiznya agak besar. Dialnya besar, nampak penuh & gah. Crown terletak pada kedudukan pukul 12 di antara lug.
Dial dengan tekstur sunray memberikan rupa yang cantik & dibuat seolah-olah 'cahaya' datangnya dari penunjuk tarikh vertikal itu.
Kualiti yang ditampilkan oleh jam ini sangat bagus & bagi aku setanding jam-jam yang lebih mahal darinya malah lebih baik dari beberapa jenama yang lebih mahal.
Disebabkan crown terletak pada pukul 12, bahagian lug atas dipanjangkan dengan extension supaya tidak mengganggu 'kerja' crown... Crown ditanda dengan logo 'e'....
Movement kunci (winding) ini dikenali sebagai EPOS GDV yang mana ia diasaskan dari Unitas 6498. Lihat saja kualiti finishing yang ditampilkan. Sungguh cantik & yang paling menarik... ianya buatan tangan! Finishing jam Epos dibuat dengan tangan & mereka mempunyai watchmaker yang pakar dalam kerja-kerja halus ini. Dengan harga yang ditampilkannya.... boleh dikatakan berbaloi jika dibandingkan jenama lain yang jauh lebih mahal.
Mereka pandai dalam menunjukkan hasil seni buatan jam mereka. Caseback see-through dengan cermin sapphire ini memberikan rupa yang penuh. Puas betul tengok! Ada jam yang 'kedekut' nak tunjuk movement.... buka 'tingkap' sikit saja... bagi mereka yang suka tengok & appreciate movement, pasti model ini akan disukai mereka.
Epos adalah jenama yang cukup bagus dalam pembuatan jam tangan mereka. Kualiti yang ditampilkan bagus & setanding harganya... Dalam kategori jam Swiss yang setaraf dengannya, jam-jam mereka boleh dikatakan murah & berbaloi untuk dibeli. Namun tidak ramai yang mengetahui kewujudan jenama ini & ramai juga yang ragu-ragu. Mungkin disebabkan Epos kurang promosi seperti jenama lain. Tapi bagi mereka yang tahu akan jenama ini pasti akan menyukai jenama ini kerana kualiti hasil kerja tangan yang ditampilkan itu sangat bagus & harganya juga berpatutan.... kerana dijual lebih murah dari jenama yang menggunakan mesin...
4 KOMEN ANDA:
Nampak dial dia guilloché decorated. An elegant dress watch. Berapa ongkosnya Pak?
Dlm RM7k+ pak sebelum diskaun. Hehe...Minat gak sebenarnya... tp nak cuba pertahankan dulu kehendak tu... haha
Kena simpan dulu tu ... buat hantaran Speedy Pro
Speedy kena mai dulu... haha... Target 3 tu bang... haha
Post a Comment