Di kala peserta Horology For Unity telah sampai rumah, aku masih lagi berada di Putrajaya melayan semangat aku yang masih berkobaran... Jika diikutkan perancangan asal... hari Ahad (5 Disember 2010) aku nak balik utara.... Tapi atas semangat saudara Nazri & Shidi aku gagahkan untuk tidak balik tapi membuat bancian jam sampai muntah....
Perancangannya.... jumpa saudara Hassan di rumahnya. Kemudian rombongan Cik Kiah diteruskan ke Amcorp Mall... kemudian ke Starhill Gallery (A Journey Through Time) & akhirnya ke Sungei Wang Plaza. Dalam blog & semasa perjumpaan aku war-warkan juga & mengajak rakan-rakan yang berkesempatan untuk join kami ke sana. Beberapa rakan berhasrat untuk ke Amcorp Mall. Jadi hala tuju pertama kamu ke situ juga. Aku ajak Hassan join sekali....
Pagi tu dalam pukul 9 pagi aku dah bersiap menunggu jemputan Nazri. Perjanjiannya jemput Hassan di rumahnya, kemudian ke Armcop Mall sekejap & terus ke Starhill Gallery jumpa Shidi di situ. Nazri datang dengan semangat juang yang tinggi & semangat api yang aku turut bawa.. selama ini aku selalu dibakar depa ni nak bawa aku pi kedai-kedai jam di KL.... jadi inilah masa yang paling sesuai!
Sampai saja di rumah Hassan.... kami di jamu sarapan pagi dengan koleksi jam-jamnya yang boleh gigit jari.... Cadangan 'hanya sekejap' menjadi 'hanya beberapa jam saja' sebab banyak sangat jam-jam yang best untuk dilihat & tak puas kalau cuma pegang satu jam 30 saat saja... Kena ambil aura, feel & posing maut sehabis baik... tu pun tak puas sebab waktu tu kami berjanji untuk berjumpa saudara Adr Lee di Amcorp Mall... matahari pun dah makin meninggi, kami meneruskan perjalanan ke Amcorp Mall & akan berjumpa dengan Hassan di sana juga.
Beberapa tahun lalu, aku selalu juga datang ke sini samada pada hari sabtu ataupun Ahad. Pada waktu tu, minat aku terhadap jam tak tebal macam sekarang... banyak jam-jam lama yang terpapar, tapi waktu tu aku tak tahu menilai jam lama... & pelik buat apa beli jam lama! Masa tu aku tak reti tengok apatah lagi membeli jam lama.... tu waktu zaman jahiliah la.... Selalu aku pi dulu beli untuk beli barang sebab tak ramai orang hari biasa, tengok wayang (dulu ada panggung wayang, sekarang dah takda) ataupun beli majalah-majalah backdated. Sayangnya kedai tu dah takda sekarang... frust betul aku....
Bila datang balik dengan Nazri waktu tu, kenangan lalu kembali bertaut... maklumlah zaman bercinta selalu gak ke situ dulu. Haha... Cumanya kali ni aku dating dengan Nazri... ekekekeke.... Setiap Sabtu & Ahad, Amcorp Mall bagaikan flea market di tempat lain, cumanya ia berbumbung & sejuk pula tu.... Banyak barangan pelik-pelik boleh dilihat & ada yang boleh buat kita terkejut...."ini pun orang jual?".....
Banyak juga seller jam. Macam-macam jam ada.... nak taraf mana pun ada sama dari taraf jam pasar malam, replika, rojak & hig-end. Kena pandai tawar & biasanya harga jauh lebih tinggi dari harga yang ditawarkan blogger. Sebenarnya harga jualan/pasaran semasa jam bukanlah terletak dalam blog.... ianya di luar sana! Nak tengok harga semasa sesuatu jam ialah di sana. Jangan terkejut jika Seiko 6309-7040 Turtle dijual RM800! Bellhead dekat RM2k! Itu adalah harga yang sebenarnya..... Jadi beruntunglah anda dapat deal jam dengan harga yang murah dari blog.... sementara harga blog masih murah & tak ikut harga pasaran... kemungkinan besar harga di blog akan naik seperti mana pasaran tak lama lagi... sapa tahu kan...
Setiap Sabtu & Ahad memang ramai yang berkunjung... mencari khazanah, ilham, nostalgia....
Lain orang lain minatnya... lain juga yang dicarinya... kalau mencari sesuatu itu, berjalanlah, jenguklah, tengoklah ke semuanya dahulu kerana peniaga yang berlainan menjual barang yang sama dengan harga yang berlainan juga.
Bagaikan pameran.... tengok ja bang... tak perlu bayar... kalau kena bayar baru boleh tengok, kena bawa duit banyaklah....
Pengumpul syiling mesti suka bila tengok ni...
Peniaga yang sama juga menjual jam... hmmmm... cair juga aku... mujur juga tokey baik hati bagi ambil gambar.... tq bos!
Boleh main bowling... berat beb! Ada yang menjualnya RM2k.... Hmmm.... tapi bukanlah jam original Omega... google tengok, pernahkah dalam sejarah Omega keluarkan jam jenis ni? Unik juga... tapi kalau harga RM2k jangan beli la paklong... takat RM200 ok la lagi...
Koleksi jualan Mr Andy, pakar & sifu jam chronograph.... aku berkenan betul dengan Seiko Liner dia... hadoi... hampir saja aku keluarkan duit... tapi aku dah berjanji untuk tahan nafsu..... Tengah lepak-lepak sembang dengan Mr Andy, Adr Lee datang menyapa... terkejut beruk juga aku... maklumlah tak pernah bersua muka.... hanya di alam maya saja... Hehe... Nice meeting you bro! Beberapa rakan jam juga menyapa aku, tak sangka depa kenal aku... Isk....
Kami lepak di kedai mamak di sebelah meja Mr Andy... makan tengah hari... dah tengahhari dah! Janji dengan Shidi nak pi Starhill pukul 10-11 pagi... sorry bang... magnet sini kuat sangat.... Seperti yang dijanjikan saudara Adr Lee bawa dia punya Google Oakley... rare beb topeng ni. Kulit... Apa lagi, pakat-pakat posing la.... Rasa macam watak filem Predator pun ada... rasa macam kapten Zappelin pun ada... Shidi panggil aku Kapten Lalat... ok juga... Hehe
Pelbagai reaksi aku dapat tengok... Adr Lee gelak sakan dah bila Nazri mula pakai.... perasan tak muka aunty belakang tu? Hehe... Aku pun try la juga.... dengan posing bersama grail....Aik! Awat tak nampak? Sori bang, aku pelik la setiap kali nak tunjuk jam, mesti kelabu jadinya... Hmmm... hanya mereka yang datang perjumpaan semalam saja yang tahu.... nantikan reveal jam ni.... Hassan bersama Seiko 40th Anniversary juga takmau lepaskan peluang beraksi dengan Oakley yang julung-julung kalinya kami tengok. Jakun juga tengok...
Terima kasih bro kerana ingat perjanjian mu.... Hadoi... ini nostalgia masa aku sekolah rendah ni..... Huhu... Zaman sekarang dah tak sehebat zaman ni... klasik! Tengok keluarannya bila.. Aku tak berani main lama-lama, nanti habis bateri.... hehehe.... Tq bro!
Tengah jalan-jalan tadi, kami terjumpa Ustaz Dzul & saudara Azri... tak sangka jumpa depa kat situ. Terkejut juga aku bila dapat tahu Ustaz nak balik Sabah pukul 5 petang tu juga. Terima kasih kerana meluangkan masa & wang datang dari Sabah semata-mata perjumpaan semalam....
Sambil berborak tu, pakat keluar henfon.... aku ingatkan aku ja pakai HP zaman hitam putih... rupa-rupanya.... mak oi.. aku tak keseorangan hendaknya.... haha....Tak kisah la HP apa, janji jam kat atas tisu tu...... Mr Andy pun kagum....
Punya lama kami lepak kedai tu sampai mamak tu sound dia nak berniaga... sebab yang lain tak order... berkira betui....
Tu dia... koleksi mantap.. semalam aku tak puas tengok. Hari ni aku dapat puaskan hati nuraniku...
Katanya Titoni tu dah jual.... beberapa ternakan berkembang biak dapat dilihat pada hari tu....
Ternakan terbaru! Camno nak sebut jenama ni? Li Ko.... Li Ko... serba salah aku nak sebut... tak baik sebut benda tu.... hehe.... indicator merah tu adalah power reserve... gempak!
Salah satu model rare yang baru dapat...
Gambar-gambar jam diambil atas permintaan Ustaz.... Bracelet Mido ni sangatlah selesa.
Rasanya tak puas bersembang dengan kawan-kawan terutamanya Ustaz Dzul, Azri & Adr Lee.... masih banyak yang ingin dikongsi, bertanya.... namun masa terhad & perjalanan masih jauh hari ni... kami bersurai & teruskan perjalanan...... moga-moga kita dapat berjumpa lagi....
...ikuti sambungannya....
----------------------------------------------------------------------
Terlebih dulu aku nak mohon maaf kerana ambil masa yang lama untuk update blog pasal aku agak sibuk sekarang... makan masa sikit bila nak update blog. Makan masa sebab aku perlu edit & pilih gambar yang bersesuaian & masa pula tak mengizinkan....
12 KOMEN ANDA:
nengok gambaq2 jam yang lepa juai aku buleh bagitau sapa taukeh dia dan kat mana lepa punya meja... cuma apek gemuk pakai baju batik tak meniaga. dia ada kencing manis teruk... patut dia tak meniaga. yang jam bola bowling omega ciplak tuh tauke muka tak mandi punya... he he
Hehe.... otai2 mesti kenai depa ni. Sy pi tak kenai sapa melainkan Mr Andy... tu pun psl dia pi perjumpaan. Kalau tak tak kenai jugak. Hehe...
Sy jumpa Omega bowling tu kat mudah ada org juai 2k. Huh....
Pembetulan fakta :
Ustaz Dzul bertolak balik kelate jam5.55pm. Bukan balik Sabah..cuti sekolah maa...hehe
Katanya hari tu blk Sabah... mmg terkejut beruk aku... manalah tau kan, skrg ni cuti sekolah pun cikgu sibuk buat keje. Hehe
Lucky i chat dgn Nazri kat fb pagi, kata asmar going amcorp, 1st time jumpa, best otak sempoi & gua enjoy (thx for meeting guys)
panggung wayang tingkat 3, rm8 per show, sometimes rm6 & biasa bukak hingga midnight show. noon shift wife & me tgk movie decent, cuma 2 kita dlm panggung tu. (macam you punya cinema) haahahah..
10 tahun lepas (late 90's) amcorp terkenal dgn fled market hari ahad only, berbagai brg power, dijual harga let go. piring hitam, toys figurines, antik, star wars, buku, cd's, video games set, toys, brg lama, brg promo.etc... kira baloi shopping. setiap ahad satu mamat, buat open auction kat ground floor... skrg dah xder, lum sempai aku feel open auction nie..
kebykan brg dibeli diebaykan, yg paling ingat nintendo classic game catriges, rm2 seketul, rm 20 darth maul burst, rm5 game goldeneye, turuk, etc. semua game lama2, sapu & rolling mmg busy sabtu pun msk keeja..buat posting kat office
hehehehe...
skrg amcorp dah lain, sabtu pun ada fled market, kfc, pizza hut, a&w, hotdog 1901 semua sudah bungkus.. dulu ada 1bundle kedai, brg best, murah & seller nice..
dr.marteens 1st shop kat sana, bungkus also. dulu tops then now giant. skrg byk npk brg sama boring. mgt amcorp categorikan penjual brg sama setempat & melarang setengah brg yang patut dijual band. complain otai, dia dpt booth the mall ground floor, fled market 3bulan free sewa.
dulu siap kena sound ngan cina (muda+spek)psl tnya bola kaca omega tu ori ke oro.mntg2 aku bongok jam time tu (skrg pun 9/10 bongok lg).trasa nk sumbat bola kaca tu dlm lubang...er hidung dia.malu siot
wahh 10 thn dulu ada flea market auction kat situ??? rugi tak tau. 10 thn dulu wa tinggal situ, SS14. Selalu pergi tasik dekat amcorp jogging petang2 lepas kerja. dan 10 thn dulu masa Cash Converter taman megah baru buka wa sempat sambar 1 2 jam, cd dan ray ban. those were the days man...
Adrlee,
O... masih ada rupanya panggung wayang tu. Ingatkan dah takda. Dulu pernah layan Kungfu Husle kat situ... gelak sampai krem perut. Haha...
Best gila zaman dulu bro... mmg rajin aku pi dulu tp masa tu student lg... takda duit nak beli... just tgk & cuba tak create perasaan nak beli... sbb takot jd addicted plak. Haha
Mohd Nor,
Hadoi, kesiannya... Mau sumbat je jam Omega tu dlm mulut dia. Haha... Dia ingat kita taktau kot.. ish2...
ex001
Dulu lepas dating... dating.. haha... petang2 kat tasik tu, pi masuk Armcop mall plak.... indahnya alam percintaan.. haha
hebat2 lah otai2 jam nih...
tanpa perancangan pun bleh jumpa lagi..mmg satu kepala lah..terbaiK!!
Alhamdulillah.... satu geng semua satu kepala.... HOROLOGY FOR UNITY!!!! Hahaha...
Post a Comment