Kami bertolak keluar dari Amcorp Mall agak lewat. Tak sangka pula hari tu jalan jem sungguh. Jarang benar hari Ahad KL jem teruk sangat macam hari tu. Dari maklumat yang aku dapat setelah balik, rupa-rupanya pada hari tu ada demonstrasi... banyak jalan ditutup.... patutlah jem... Tapi kalau tanpa Nazri, rasanya aku dah patah balik rumah sebab aku tak pandai jalan KL. Banyak jalan short cut Nazri bawa... Fuh! Pertama kali dalam sejarah... Nazri bawa aku masuk Smart Tunnel.. jakun gak sebenarnya.... ekekeke....
Dalam perjalanan aku call Shidi bagitau yang kami dah nak sampai.... Dia masih di rumah. Wah! Walaupun dah dekat dengan Starhill Gallery, masa nak sampai agak lama sebab jalan jem. Bila sampai, sekejap saja Shidi sampai. Cepat betul!
Pengembaraan A Journey Through Time bermula....
Aku agak terkejut & teruja sebenarnya apabila aku dihadiahkan sesuatu oleh Shidi... buka plastik tengok, ada topi Graham. Wah! Terima kasih bro! Itulah masa yang paling sesuai untuk aku bergaya dengan topi Graham. Hehe... Seperti yang dijanjikan Shidi, karpet merah menyambut aku... sob sob...
Selain jam, Starhill Gallery juga menampilkan banyak jenama-jenama fesyen terkemuka dunia. Galeri agak lengang mungkin sebab ramai tak berani masuk.... ataupun mungkin ramai yang tidak tahu. Kalau tak salah aku, pameran ini diadakan setiap tahun & ini merupakan kali ke-4 ia diadakan. Ia dikelolakan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Omega jenama pertama menyambut kehadiran kami....
Errmmm... kalau aku mampu, akanku hadiahkan isteri, mak & adik-adik aku sorang satu jam ni....
Omega Seamaster Aqua Terra.... lawa betul jam ni!
Jam idaman aku juga dipaparkan... yum....
Aku pernah mempunyai replika De Ville... suatu ketika dulu la.. masa mula-mula 'main' jam. Movement Co-Axial begitu cantik finishingnya... banyak komponen-komponen jam dipaparkan begini dibeberapa display... kanta pambesar membantu melihatnya dengan lebih jelas.
The Model Museum Collection Limited Reedition of the 1949... sepertimana yang tercatat padanya... Kelahiran semula model ini memberi peluang kepada mereka yang mengidamkan model ini mendapatkannya semula...
Omega De Ville Tourbillon... suatu inovasi dari omega yang mengagumkan. Ia diperkenalkan pada tahun 1994. Ini pula merupakan model terbaru mereka. Ciptaan tourbillon di tengah itu bertindak seperti gerakan jarum saat... gerakan tourbillon jam ini boleh melekakan jiwa yang memandang.... sesuai sangatlah dengan harganya itu...
Omega Proplof.... suatu model diver yang yang menjadi idaman para penggemar jam diver.... RM27k je bang...
Tebal & besar sungguh buku ni... mau setahun baru khatam kot... pambacaan ilmiah dilakukan tak sampai satu minit di depan kamera.... macam real ja... ekekeke...
Tourbillon + berlian = $$$$$$$$
Jom tengok dekat-dekat.... jam-jam mahal begini biasanya bukannya menjual jam tapi menjual suatu hasil seni yang mengagumkan... ini pendapat aku la... Tapi untuk jam yang penuh berlian ni... lebih kepada jewellery...
Nampak macam kayu betul... memang kayu betul rasanya & memang patut kayu pun...
Galeri banyak tingkat tapi kami haya pergi ke tingkat 2 saja sebab kesuntukan masa. Kena datang dari pagi baru sempat jalan ke semua tempat.
Galeri Richard Mille... kami lalu saja... tak masuk dalam.
Ulysse Nardin... salah satu jenama yang aku admire.... Faktor harga main peranan...
Minute Repeater... kalau nak tahu, bila jam berbunyi 'orang' kat dial turut bergerak mengikut melodi. Ini salah satu model mereka. Bunyi gong beb!
Lihat bagaimana harmoninya dial jam ni....
Antara koleksi Marine Chronometer yang menarik perhatian aku.
Romain Jerome.... model limited edition yang menggunakan bahagian kapal Titanic padanya... bahagian mana? Tengok bezelnya itu... Bezel itu memang dari cebisan kapal Titanic. Siap karat-karat lagi... Ia untuk memberikan kesan & sebagai memperingati peristiwa tenggelamnya kapal Titanic...
Moon Dust?..... kalau model di atasnya menggunakan komponen kapal Titanic... adakah jam ini betul sepertimana namanya? Ya! Memang benar! Debu bulan memang ada pada dialnya.
Menarik tul design jam ni
Antara koleksi Franc Vila yang dipaparkan...
Design mereka tak lari... cuma 'main-main' complication & bahan yang digunakan...
Suasananya...
Hautlence... gerakan jarum gabungan engsel mancengkam jiwaku...
Pernah dengar jenama ni? Ianya dari Germany... Harganya berpatutan setanding kualitinya. Tak la semahal jam-jam lain tu.
Pertama kali aku dengar jenama ni & pertama kali tengok.
Maurice Lacroix Masterpiece Squelette... design skeleton memang cantik jika kena dengan designnya.
Maurice Lacroix Masterpiece Le Chronographe.
Jam ini telah dipertontonkan semasa Besel World 2010 baru-baru ini...
Maurice Lacroix Masterpiece Regulateur Rour Carree
Menarik mengenai jam ini ialah.... ia adalah model prototaip. Menurut seller model jualan mereka telah digantikan dengan model ini. Ia dijual lebih kurang RM27k. Penunjuk jam dibuat dengan gerakan gear pada dial.
Koleksi Jaeger LeCoultre...
Jaeger LeCoultre Compressor Geo 2010 dengan complication dual time.
Jaeger LeCoultre Master Compressor Diving Pro Geographic.... panjang sungguh nama... jangan suruh aku sebut sekali lagi sebab lidah terbelit-belit nanti... Lagi panjang nama jagi gempak agaknya.... JLC genius dalam buatan jam ini dengan memperkenalkan 'depth gauge meter' dalam jam automatik. Hebat bukan? Bezelnya adalah dari seramik (rose gold)... masing-masing pakat-pakat buat jam berbezel seramik dah la ni...
Ni suatulagi model special dengan nombor pelumba MotoGP Valentino Rossi... nombor keramat 46. Namanya? Jaeger LeCoultreMaster Compressor Extreme W-Alarm... model ini mempunyai complication alarm dengan bunyi gong! Harganya tak murah bang...
Jaeger LeCoultre Reverso... yang ni tak penat nak sebut namanya... Model Reverso adalah antara model Jaeger LeCoultre yang paling laris.
Agak-agak malas nak tengok muka depan.. boleh pusing ke belakang pula... Jam ni sangat sesuai untuk mereka yang admire movement jam... Boleh tengok movement tanpa perlu pusingkan jam ke belakang. Idaman Shidi ni...
Jaeger LeCoultre AMVOX 3 Tourbillon GMT.... ia adalah hasil kerjasama mereka dengan pembuat kereta luxury sport Asron Martin.
Mantel clock..... Tuan Syed mesti suka kalau datang sini... macam biasa tengokkan yang sebelah kanan tu? Hehe... Tak mahal... RM16k aje...
Jaeger LeCoultre Master Ultra Thin... memang nipis betul!
Kiri: Jaeger LeCoultre Master Control Perpetual Calendar
Kanan: Jaeger LeCoultre Duometre..... gerakan chronograph menarik perhatian betul... tengok video bawah...
....ikuti bahagian terakhir pengembaraan Horology For Unity....
4 KOMEN ANDA:
Best bro.. tempat yang boleh membuka mata kita tentang tingginya seni horology ni..
Tu la... byk sungguh sampai rambang mata.... Tp harga boleh dpt rumah yg tak tahan tu. Huhu.... Thn dpn aku nak pi lg kalau ada kesempatan. hehe..
Maurice Lacroix Masterpiece Squelette saya ada pakai masa perjumpaan Horology for unity tempoh hari.
Lawa jam tu bro. Hari tu tak sempat belek lama2... ramai kwn2 nak layan. Hehe
Post a Comment