Friday, December 3, 2010

Aturcara Program Horology For Unity

Assalamualaikum & salam sejahtera... 

Terasa cukup lama rasanya aku tak update blog. Mohon maaf kepada semua kerana ada gangguan talian internet di kampung & terima kasih kepada saudara Nazri kerana telah memaklumkan kepada para peserta  sebelum ini.

Esok adalah hari bersejarah untuk semua & paling bersejarah untuk Dunia Jam kerana buat pertama kalinya dalam sejarah kita semua bergabung dalam satu nama.... HOROLOGY FOR UNITY... Terima kasih kepada anda semua yang menyokong perjumpaan ini.

Perjumpaan buat pertama kalinya ini adalah anjuran bersama Dunia Jam, Detik Dua Belas, Time As It Is & The Tick The Tick. Tanpa bantuan mereka perjumpaan ini sukar untuk direalisasikan. Terima kasih.

Perjumpaan ini nanti juga mempunyai acara yang tersendiri. Ini lebih baik supaya perjumpaan pertama kali ini lebih bermakna & berbaloi untuk kawan-kawan yang datang dari jauh. Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir, terima kasih atas semangat & dorongan yang telah anda berikan kerana ia sangat bermakna kepada aku. Insyaallah kita akan berjumpa di lain hari...

Berikut adalah aturcara yang bakal diadakan:

2:00 ptg – 2:30 ptg: Pendaftaran
2:30 ptg – 2:40 ptg: Ucapan Penganjur Perhimpunan
2:40 ptg – 3:15 ptg: Pemilik & Penulis Memperkenalkan Diri (Suai Kenal)
3:15 ptg – 4:45 ptg: Pameran jam koleksi peribadi, diskusi, dan jual-beli
4:45 ptg – 5:00 ptg: Cabutan Bertuah


Memandangkan ini adalah pertemuan pertama, tiada sponsor dari badan-badan besar... namun pihak penganjur & peserta sendiri bermurah hati sponsor beberapa barang untuk cabutan bertuah. Terima kasih sekali lagi.

Para peserta perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 semasa pendaftaran & RM7 kepada yang membawa ahli keluarga ataupun kawan. Hanya para peserta yang mempunyai kelayakan untuk mendapatkan cabutan bertuah & apa-apa yang berkaitan semasa majlis diadakan. 

Silalah bawa koleksi anda.... tak kisahlah jam apa, jenama apa sekali pun... kita semua nak berkongsi saja bukannya nak menunjuk. Janganlah ada yang datang lenggang.... nama pun perjumpaan horologi..... hehe


Para peserta diingatkan untuk memakai t-shirt HOROLOGY FOR UNITY semasa perjumpaan.
Sama-samalah kita memeriahkannya!!!!


0 KOMEN ANDA: