Monday, August 30, 2010

Nafas baru kepada yang lama.... Casio G-Shock


Casio G-Shock tak perlu disangkal lagi ketahanannya & umum sudah mengetahui akan pembuatan, teknologi & ujian ekstrem terhadapnya. Casio DW5600E adalah kesinambungan kepada keluaran pertama mereka pada tahun 1983 iaitu DW5000C-1A. Model DW5600E dipercayai dikeluarkan sekitar tahun 1996. Mempunyai design yang boleh dianggap evergreen,bentuk klasik ini masih dikeluarkan hingga ke hari ini dengan penampilan warna & fungsi yang pelbagai.



Keadaan jam ini sangat daif. Pertarungannya bersama tuan yang ganas telah menyebabkannya cedera parah. Sudah lama ianya tidak menerima sentuhan menaik taraf rupanya.... Model DW5600C adalah model yang terdahulu darinya. Perbezaan hanyalah terdapat pada casing DW5600C yang diperbuat dari stainless steel & caseback jenis skru, manakala DW5600E casingnya adalah dari polimer & caseback kebiasaan Casio dengan 4 skru di penjuru.



Tahukah anda bahawa body/bezel semua G-Shock boleh ditukar? Kalau tak tahu tak apa sebab taukeh kedai jam yang jual G-Shock pun tak tahu ianya boleh ditukar. Jawapannya itu agak mengejutkan aku sebenarnya..... Tali aftermarket & body/bezel baru ini telah dibeli tidak beberapa lama dulu....



Aku cari body dengan tulisan coklat seperti asalnya namun tak jumpa. Jadi beli sajalah yang mana ada.... Terdapat 2 variasi LCD iaitu berwarna coklat seperti ini ataupun yang berwarna kelabu (kebiasaan). Model terkini DW56XX mempunyai beberapa varisi tambahan umpanya reverse dial, merah, oren & sebagainya. Dengar cerita DW5600 dengan reverse dial dengan nombor 1545 pada talinya adalah model limited. Aku tak pasti sejauh mana kesahihan maklumat ini sebab ramai seller sampaikan maklumat yang sama. Ia bukanlah model limited edition.... tapi ia limited... entah la Labu....



Kebiasaan G-Shock hanya ada 4 skru yang 'menambat' body/bezel kepada casing di bawahnya.



Bila dah buka body.... terungkai segala persoalan....



Keadaannya sangat kotor & kekotoran yang aku tak pasti dah berapa lama tu sudah keras.... Jangan mudah terpengaruh dengan rupanya yang buruk itu kerana ia tersimpan sejarah yang tersendiri....


Kikis semua bendasing-bendasing yang terlekat. Paling baik guna pengcungkil gigi sebab takkan mencalarkan casing polimernya. Tempat-tempat halus pun pencungkil gigi tu boleh masuk. Otai jam pun pernah nasihatkan beli pencungkil gigi ini sebab banyak gunanya....



Lepas puas hati mencungkil daki yang ada.... jam dicuci pula dengan sabun.... Hasilnya bukan saja bersih malah wangi pula....



Bila dah bersih, barulah syok skit nak pakai 'baju' baru....



Pasangkan dengan hati-hati. Jangan terus tekan masuk. Nanti patah bula bahagian body/bezel dekat button tu.



Sungguh ketara perbezaannya dari yang sebelum ini.



Setelah dipasangkan dengan tali baru... inilah hasilnya.... Rupa yang sebelum ini tidak bermaya kini menjadi awet muda... Kelihatan seperti jam baru.



Gambar diambil dari http://mygshock.com

Ini adalah model DW5600E untuk pasaran antarabangsa. Tapi yang ingin aku sampaikan dari gambar ini adalah terdapat sedikit perbezaan di antara model ini dengan yang aku punya tu..... kalau perhatikan betul-betul....



.... akan nampak jua bezanya..... model ini (gambar atas) sebenarnya adalah model JDM.... Mengapa? Untuk model JDM model ini didatangkan dengan tulisan 'FOX FIRE' pada dial... dimana pada model pasaran antarabangsa hanya tertulis 'ILLUMINATOR'. Tiada perbezaan pun melainkan tulisan itu saja. Biasalah, kebiasaan Jepun akan buat kelainan untuk model mereka tak kira jenama apa. Polisi mereka yang akan beri layanan istimewa kepada rakyat sendiri harus kita puji.



Design klasik ini sangat mengujakan & pada hemat aku ini adalah a true G-Shock. Ia sangat diminati ramai di seluruh dunia & keluarannya kini sangat pelbagai. Salah satunya dalam gambar katalog tu.... sama saiz dengan yang sebenar bila dibandingkan.... Ia sangat popular di kalangan penggemar G-Shock (kebiasaan mereka akan ada model ini) & bukan saja digunakan oleh ramai bintang filem Hollywood malah tentera juga menggunakannya kerana terbukti sangat lasak, heavy duty dengan banyak keadaan & suasana. Menurut sumber ia juga qualified untuk misi NASA di angkasa lepas.



Mempunyai fungsi asas masa & tarikh... ALARM, TIMER & STOPWATCH. Versi lain mempunyai pelbagai fungsi tambahan. Fungsi asas ini sudah mencukupi untuk pelbagai keadaan & situasi.



Apakah perbezaan lampu FOX FIRE dengan ILLUMINATOR? Lebih terang kot? Tiada perbezaan sebenarnya. Perkataan FOX FIRE hanyalah digunakan untuk membezakan model pasaran antarabangsa dengan model JDM.



Perasaan mamakainya ketika ini adalah seperti mendapat jam baru semula. Rupanya kini berbeza & kembali kacak seperti dulu. Hanya dengan modal yang sedikit sudah mampu menukar keseluruhan wajahnya. Jika anda memiliki jam G-Shock yang sudah lama tersimpan dalam laci... apa kata beri sedikit 'makeover' kepadanya... mungkin sedikit sentuhan anda itu dapat memberikan perubahan yang istimewa seterusnya mengambalikan ingatan bersamanya di masa lalu.....

37 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

aku pun baru baru nie jer tahu yg FOX FIRE tue model JDM...tak salah aku masa aku gila G-Shock sekitar tahun 97 dulu, ada dua tiga kawan aku punya jam ada tulis FOX FIRE, mana dapat ntah, cuma masa tue aku ingat FOX FIRE tue function yg special la...

Satu lagi, aku rasa jam G-Shock nie pun memang pesen senang kotor la...jam aku dulu pakai setahun pun jadi mcm tue, and betul la memamg aku pakai cungkil gigi atau berus gigi lama, basahkan sikit...tapi cari yg lembut...jgn kasar sangat...

mesti seronok kau buat benda mcm nie kan...heheheh

duniajam said...

Syok bro. Enjoy je. Paling enjoy bila tengok hasil akhir.... Hahaha....

Anonymous said...

nk jual tk jam ni..berminat? hrga brpe sms saya 0194498170

duniajam said...

Buat masa sekarang belum lg kot. Ada beberapa jam yang memang nak jual sebenarnya.

zuhaimie said...

salam bro
aku ader sebijik dah rosak.tapi aku ingat bateri jer dah abih tuh.kulit dia dah terkoyak,so aku pakai kulit aku alter sendirik dari jam gshock celup. Nak beli kulit ori kat mana yerk....

duniajam said...

Salam bro.

O. masuk gak ye jam celup pun. Haha... Bro boleh tanya kedai AD Casio. Kalau model yg kita punya tu takda, depa boleh order. Tak sampai RM100.

yusraime said...

Salam bro....
Aku sekarang ni tengah mencari bezel FrogmanDW9900-1D dgn bezel Gaussman AW 571 NK 3AV.Kedai AD Casio tu kat mana ye?Bro boleh tolong tanyakan tak kot2 kat AD Casio tu ada jual 2 bezel ni.

duniajam said...

Salam bro, nak mudah bro cari kat eBay. Aku beli dari eBay sebenarnya bezel ni. Bezel Frogman aku jumpa hari tu. Harga aku tak pasti lak. Harga kat AD agak mahal aku tgk, model aku ni.

Nnt ada kesempatan aku check tgk kat AD sini kalu ada.

yusraime said...

Thanks bro...kat tempat aku ni(Kuala Lipis) takde AD Casio.Yang ada pun kedai jam kecik.Aku try cari dalam ebay.Tapi kalau ada kesempatan bro tolong la check ye mana latau kat AD tempat bro ada bezel yang aku nak tu.Sayang jam2 aku tu kalau takde baju.Dua2nya caseback titanium.

duniajam said...

Insyaallah bro. Aku cuba tgkkan nnt

Unknown said...

bro kdai AD casio tuh kat mne?

duniajam said...

Mana2 kedai yg ada tulis Authorize Dealer utk Casio insyaAllah boleh order bro

Blackcengkarung said...

salam,tp bezel DW-002 ada lg ker?aku punya dah reput,tali pun dah koyak rabak,barang sentimental,ingat nak refurbish balik.

duniajam said...

Salam....

Model ni sgt nostalgik.... Payah bro nak dpt. Aku dok cari kat ebay pun tak jumpa. Apatah lg di kedai2.... satu kelemahan gshock ni, itulah... bila lama, Casio pun stop production sbb keluar model baru... bila bezel pecah, sgt2 payah nak cari ganti

sahnor sabah said...

salam bro, :)
nak tanyer, kat maner nak cari tali jam untuk g shock?.. susah lah nak cari kat kl nih.. :(

duniajam said...

Salam sahnor sabah....

Susah gak nak jawab soalan ni... sbb aku tak pasti kedai mana yg confirm ada jual tali G-Shock. Tp bro boleh cuba tanya kat kedai yg jadi Authorise Dealer Casio.

Unknown said...

bro tumpang tanya. saya baru lagi nak mengenali g shock ni. apa perbezaan g shock china dgn g shock japan. adakah g shock tu tak ori atau gred kureng dari japan. mohon pencerahan bro

Unknown said...

salam bro. saya nak tanya sikit. apa perbezaan casio g shock japan dgn casio g shock china. ada org kata yg china pnya free. dpt lagi murah sbb labor cost sana murah. mohon pencerahan otai2.

duniajam said...

salam bro Faiz.....

Kedua2 G-Shock adalah original. Yg beza hanyalah kilang yg membuatnya. Pada dasarnya byk pengeluar menggunakan China sebagai pengilangnya... tujuannya utk mengurangkan kos....

Tapi utk Casio, byk negara pernah keluarkan Casio... Malaysia pun pernah memasang jam Casio suatu ketika dulu sekitar tahun 90an. Thailand juga memasang jam G-Shock....

Jam2 Casio JDM juga dibuat di China walaupun jam tersebut khas utk pasaran Jepun. Seiko juga demikian... jam2 Seiko JDM juga dibuat di China....

duniajam said...

Lupa pula.... dari segi kualiti buatan, mana2 buatan pun sama sebab Quality Control (QC) selaras.

Dari segi harga pada sy lebih kurang saja. Ni sekadar pendapat sy sajalah... contohnya kalau beli dari internet, eBay sebagai contoh, harga jam yg sama berbeza antara seller tertakluk juga pada kos penghantarannya. Ada seller yg cas tinggi malah ada yg percuma....

Kalau beli kat kedai, harga berbeza berhantung kpd diskaun yg diberi....

محمد هاريت said...

Salam tuan. Mana nak cari body dw5600 1545. Sya punya dh rebut hancur. Banyak terdedah sukam xtrem...kalau ada jual lg bagus...

twentysixten.imagica.studio! said...

Salam.
dekat mana boleh dapatkan replacement bezel DW5600E ni.kerjasama amat dihargai.Terima Kasih.
:)

duniajam said...

Sakan tuan محمد هاريت & twentysixten.imagica.studio!

Bezel yang sy dapatkan ini adalah dari eBay. Untuk model popular masih boleh dapatkan lagi. Untuk model yang dah lebih 10 tahun keluarannya agak sukar diperolehi & agak mustahil untuk beberapa model.

Satu cara lagi tuan-tuan boleh cuba hubungi Marco Corporation untuk stok bezel tersebut. Ada juga kedai jam yang menyimpan stok bezel G-Shock & jangan terkejut juga kalau ada kedai yang tak tahu pun bezel tu boleh ditukar....

Unknown said...

Aslmkm bro,, bly ke kita jdi dealr/pusher casio??
Mcm ne ye cara die n brpe modal yg dprlkn?.
Tmksh..

Unknown said...

Aslmkm tuan, mcm ne ye nk jdi dealr/pusher casio??
Brpe modal diprlkn?
Tmksh

duniajam said...

as salam bro Amen...

minta maaf byk... terus terang sy tak tau cara camno nak jd dealer Casio... modal pun tak pasti berapa. Kena ada lesen & sebagainya lah kot cam buka kedai... wallahualam....

Kong Glove said...

salam bro,
bagus artikel ni..
sy tgh cr band n bezel dw9052 kaler merah tp yg ad cume hitam n biru.
bleh x pakai band n bezel model lain?

duniajam said...

Salam bro Kong Glove

Kalau model lain tak sesuai sebab casing dalaman jam tu tak sama antara model. Kena pakai yg dia punya gak

Unknown said...

salam bro... kalau casing gshock g2000 kat mane senang dapat dan murah...

duniajam said...

Salam azli muhamad,

Sy tak pasti nak rekemen kedai mana & murah. Sy beli dulu dr eBay. Harga masa tu masih murah. Sekarang macam susah pula nak dpt.

Kalau model popular/evergreen rasanya masih boleh beli dr kedai dealer Casio. Tu pun mungkin kena order juga. Cuma masalah gshock yg sy perhatikan & buat sy hilang minat kat Gshock.... kalau model tu sudah lama, lama kelamaan casing/bezel dia akan reput. Malah ada jam kwn sy yg pakai dlm setahun kot.... sudah pecah casing dia.

Yg sy faham, Casio akan hentikan pengeluaran selepas 10 tahun. Memang lah lama kan.... tapi nak dapatkan alat ganti walau tak 10 tahun lg pun sudah sukar.... Kalau model lama Gshock, nak jadikan koleksi pun agak bimbang sebab walau tak pakai, proses pereputan akan berlaku perlahan-lahan, bilanya sudah pecah, jam pula sudah dihentikan pengeluaran.... bertambah sukarlah mendapat alat gantinya

Sy cadangkan saudara order casing/bezel kat mana-mana authorize dealer Casio. Tapi jangan terkejut jika ada kedai jam yang tak tahu casing/bezelnya boleh ditukar ganti...

Unknown said...

Assalam bro . Model frogman 8230e-9j market berapa?

Unknown said...

Mencari buckle & screw (set lengkap) utk GX-56KG.. Sedia dihubungi ditalian 010-8424660.. Tq boss

duniajam said...

mohamad hafizudin

Mohon maaf tuan sebab saya tak peduli blog ni lama sangatKebiasaan Frogman dijual sekitar RM1000 ke atas

Terima Kasih



Unknown said...

Boss nk tnya mna nk cri bnb untk dw6900 yg copy ori pnye yee

Unknown said...

salam..sy tumpang btanya yer..kos klau tukar glass 3230 model polis evo brapa eh?? coz bcalar daa..

Unknown said...

saya ada dw5600e madein korea

duniajam said...

Saya beli bezel gshock secara online saja. Kat Shopee ada banyak pilihan juga. Tapi tak semua model ada.

Untuk tukar cermin, rasanya kena bawa jam tu ke dealer jam casio/gshock. Mereka mungkin boleh tukarkan cerminnya. Namun seperkara tentang jam gshock, jika model tu dah lebih 10 tahun, tiada lagi sparepart model tersebut akan dikeluarkan. Jadi, jika kedai tu ada mungkin itu adalah stok lama yang tersimpan di kedai tu. Ni pendapat saya sajalah.