Friday, August 13, 2010

Casio nostalgia....

Kelibat Casio ini sudah tidak kelihatan lagi di pasaran. Model ini pernah aku gunakan... jika tak silap aku sekitar tahun 1994-95. Sebenarnya ini bukanlah jam yg pernah aku pakai dulu. Jam yang pernah aku pakai berwarna kelabu.



Jam ini aku beli dulu dengan harga hanya RM29.90 setelah melihat iklannya di surat khabar. Kawan aku yang beritahu mengenainya & mencari keratan akhbar tersebut. Dengan semangat berkobar-kobar, hujung minggu tu dengan seorang diri aku pergi ke pasaraya The Store Sungai Petani semata-mata untuk beli jam ni. Awal juga aku sampai pagi tu & merupakan antara pelanggan terawal yang masuk. Terus ke kedai jam & pilih jam yang diidamkan tu. Berbekalkan duit simpanan sekolah, aku pun pilih warna yang aku suka. Ada 2 warna, kelabu (lining hijau) & kelabu (lining biru muda).



Ada 2 orang kawan aku yang pakai jam yang sama. Kami 3 orang saja di sekolah yang memakai jam ni. Dengan badan kecik & kurus waku tu, jam kelihatan sangat besar dengan saiz badan aku. Aku pakai jam ni tak lama, aku jualnya kepada kawan cuma RM20. Jam ini kini aku jumpa di internet dijual lebih RM100 & ada juga yang jauh lebih mahal untuk jam terpakai. Menyesal juga jual bila ingat balik....



Aku sukakan designnya yang pelik & tak simetri. Mungkin zaman budak-budak dulu yang sukakan fiksyen sains & suka berimaginasi menimbulkan minat untuk memilikinya..... Namun sebab utama untuk aku mamilikinya adalah dek harganya yang cukup murah.... kerana pada waktu itu tidak ada model Casio yang dijual RM30 pun seperti sekarang. Bila ada peluang begitu, aku tak mahu melepaskannya....



Fungsi yang dimilikinya hanyalah asas.... waktu, tarikh & alarm.


Jam ini bukanlah dibuat di Jepun tapi di pasang di Malaysia. Namun sekarang ini Malaysia tidak lagi memasang jam Casio. Jam Casio yang dipasang di Malaysia suatu ketika dulu, kini telah menjadi salah model yang klasik. Kabanyakan Casio sekarang di pasang di Thailand ataupun China.



Memakainya di tangan kini dirasakan sudah tidak sesuai. Namun ia telah mengingatkan kembali kenangan manis suatu ketika dulu. Cerita & sejarah pada zaman menggunakannya dulu kembali bertaut di hati apabila melihat kelibatnya kembali....

7 KOMEN ANDA:

hadi_8149 said...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Samapai sekarang ni aku belum jumpa lagi Casio bawah RM100. Takda rezeki agaknya.....

hadi_8149 said...

Tertarik tengok mainan kereta dekat jam tu.....nampak comel.....

duniajam said...

Waalaukumussalamwarahmatullahiwabarakatuh,

Ada hadi. Casio digital ada beberapa aku jumpa bawah RM100. Ok juga.

Pasal kereta kecil tu nanti aku cerita. Ada ceritanya jugak. Hehe....

MOHD FAIZAL said...

assalamualaikum.saya tertarik dengan preview saudara tentang jam ni.dah lama saya carik kalo2 ade lg tak org yg simpan jam ni.saya pun ade satu jam cam ni warna kuning dan saya simpan sampai sekarang.dulu masa sekolah saya pakai jam ni.yg buat rare tuh adalah dipasang di malaysia iaitu kilangnya di bukit raja klang.memang nostalgia pakai casio cam ni atau menyimpannya.berbaloi.

ayisy said...

Peh, klasik bentuk jam ni. Walaupun ringkas, tp masa kecik2 rasa dah canggih jam digital macam ni.

Dulu zaman sekolah aku ada beli jam jenama Buffalo bentuk macam Casio F-91w. Mula2 nak cari Casio f-91w tapi tak jumpa2 terus beli Buffalo. Huhu... Beli dgn rm40 tapi rasa mahal giler. Entah ada ke tak jenama jam Buffalo kat dunia ni. Tp kualiti jam tu aku rasa setanding Casio. Hehe..

Last2 dapat beli Casio F-91w tahun lepas. :P Penantian 10 tahun... Hahaha...

duniajam said...

Waalaikumussalam Faizal,

Tu la. Jam2 gini mmg mengingatkan kembali pada masa lalu. Banyak kenangan yg dibawa & hanya kita yg merasainya. Kalau ada lg... tahniah! Kita simpan sampai ke anak cucu. Hehe...

duniajam said...

ayisy, retro klasik jam tu... Ringkas, murah & tahan cukup lama. Hehehe... Tunggu bro episod lepas ni. Hehehe....