Tuesday, August 24, 2010

Cara mengetahui tahun keluaran jam Seiko & Citizen



Aku nak cerita serba sedikit pemahaman aku tentang cara 'membaca' tahun keluaran jam. Beberapa blog sebelum ni seperti Jamkoleksi & Sukajam pernah cerita pasal benda ni & bro Sukajam pun banyak tunjuk ajarkan aku. Terima kasih cikgu.... Hehe.. Sengaja aku hasilkan semula tajuk yang sama sebagai panduan & sebagai sumber maklumat carian dalam blog aku pula.

Aku hanya tahu baca tahun keluaran jam Seiko. Ada juga yang mengatakan bahawa Citizen juga menggunakan kaedah yang sama sepertimana Seiko. Tidak ramai mengetahui caranya termasuklah taukeh kedai jam yang menjual jam Seiko. Boleh cuba tanya & dengarlah jawapan-jawapanya yang pelbagai.... Ada yang melucukan juga... Hehe... Bukan apa... saja nak tengok sejauh mana pengetahuan seller kedai jam, jawapan & alasan yang menyimpang untuk melindungi ketidak-ketahuan mereka itu. Kalau mereka tidak tahu, mungkin sedikit ilmu ini kita boleh sampaikan kepada mereka.

Kaedah yang diguna pakai oleh Seiko agak mudah & cara tersebut diperturunkan sejak zaman berzaman. Aku cuba untuk cari maklumat mengenai jenama lain, tapi tak mampu & tiada maklumat aku berjaya dapatkan untuk jenama lain samada di internet ataupun majalah. Nombor siri Seiko terdiri dari 6 nombor sahaja. Dari nombor tersebut kita sudah boleh mengetahui tahun & keluarannya.

Nombor pertama dalam siri itu menunjukkan tahun. Nombor kedua menunjukkan bulan keluarannya & empat nombor terakhir pula menunjukkan ia keluaran keberapa. Senang bukan? Penentuan tahun adalah berdasarkan rupa jam itu & kita boleh cuba agak tahun keluarannya samada 50an, 60an, 70an, 80an & seterusnya.


Jadual ini menunjukkan ringkasan yang jelas supaya mudah difahami.

Nombor 1 hingga 9 mewakili bulan Januari hingga September. Untuk bulan Oktober, ia diwakili oleh huruf 'O', November adalah 'N' & Disember adalah 'D'. Mari sama-sama kita lihat contoh-contohnya pula.....



Seiko Helmet
6N6962
Tahun keluaran 1976
Bulan November
Keluaran ke 6962



Seiko Actus
7N1099
Tahun keluaran 1977
Bulan November
Keluaran ke 1099



Seiko hijau
4O0511
Tahun keluaran 1974
Bulan Oktober
Keluaran ke 511



Seiko Orange Monster
820707
Tahun keluaran 2008
Bulan Februari
Keluaran ke 707



Seiko Sumo
940013
Tahun keluaran 2009
Bulan April
Keluaran ke 13



Seiko Turtle
473017
Tahun keluaran 1984
Bulan Julai
Keluaran ke 3017



Cara bacaan tahun apa-apa Seiko adalah sama saja tak kira apa model sekali pun. Dalam pencarian aku cara bacaan tahun jenama lain pula, aku hanya terjumpa dengan cara bacaan tahun jam Citizen sahaja. Perbincangan dengan sorang taukeh jam juga merasakan bahawa cara bacaan tahun jam Citizen adalah sama seperti Seiko juga. Beberapa pemerhatian nombor siri jam Citizen milik aku & di kedainya adalah sama seperti Seiko. Namun, ada juga modelCitizen yang jauh berbeza nombor sirinya. Mungkin itu hanya untuk model lama.



Ini adalah Citizen Eagle 7 vintage keluaran tahun 1970an. Boleh lihat betapa panjangnya nombor sirinya. Dari beberapa model tahun 1980an ke atas yang aku lihat, nombor sirinya adalah jauh berlainan berbanding model tahun 1970an ini. Model 1980an menggunakan 6 nombor & susunan nombor adalah sepertimana Seiko. Aku dapat andaikan bahawa Citizen telah menukarkan corak nombor sirinya kepada kaedah Seiko untuk model 1980an ke atas. Kita lihat persamaannya.



Citizen Eagle 7
8N0355
Tahun keluaran 1988
Bulan November
Keluaran ke 355



Citizen Eco-Drive
860068
Tahun keluaran 2008
Bulan Jun
Keluaran ke 68



Citizen Eco-Drive chronograph
890200
Tahun keluaran 2008
Bulan September
Keluaran ke 200



Citizen Crystal 7
632956
Tahun keluaran 1986
Bulan Mac
Keluaran ke 2956



Citizen Oxy
5N0189
Tahun keluaran 1995
(aku agak model ni tahun 1990an)
Bulan November
Keluaran ke 189


Diharap apa yang disampaikan ini boleh membantu anda mengenalpasti tahun keluaran jam Seiko & Citizen. Kepada yang kurang faham, mungkin akan lebih faham dengan pelbagai contoh yang diberikan & kepada yang baru tahu, ini suatu input baru untuk anda. Apa yang disampaikan ini hanyalah berdasarkan pemerhatian, pertanyaan, bacaan & kajian sendiri. Jika ada yang silap, harap dimaafkan....

25 KOMEN ANDA:

Tok Janggut said...

maklumat yg sangat berguna uktuk para peminat jam tgn...

ammar said...

salam, mcm mana nak pastikan tahun jam tu samada 70an, 80an, 90an dsbgnya? sebab kalau refer pada Seiko Helmet 6N6962 Tahun keluaran adalah 1976, mcm mana kita nak tahu jam tu tahun 76? bukan 86 @ 96?

duniajam said...

Tq Tok Janggut. Sama2 kita sampaikan maklumat ni. Hehehe...

duniajam said...

Salam ammar,

Mcm aku ckp sebelum ni, kita samada agak keluaran tahun jam tu & yang paling mudah nak tau, kita study sejarah jam tu keluar tahun bila. Cam jam Helmet tu, kalau ikut sejarah dia keluaran 1970an. Jadi nombor kat siri dia tu menunjukkan tahunnya bila. Dlm kes tu tahun 1976 adalah tahun pengeluarannya.

Jam2 tahun 1970an lebih kurang sama & logo 'S' kat dial terpampang pada kebiasaan jam tahun 1970an. Mudah untuk kita kenal pasti. Satu lagi jam tahun 1990an ke atas, design dia dah berlainan & lebih moden.

orangemonster said...

Jam seiko 7005-8020(pada case back)/7005-7031R pada dail bernombor siri9600603. Maksudnya ada 7 angka lebih satu daripada yang bro DJ nyatakan.

dabu said...

tq bro dj..memang berguna info2 diatas..bg golongan2 mcm dabu ni kena ambik tau hehehe..dabu mcm bro ammar gak confuse dkt tahun dia tu..
tapi dabu kena belajaq lg tau pasai model2 jam keluaran bila..
maklumla budak baru belajar...

duniajam said...

bro orangemonster,

Nombor siri 7 angka aku tak pasti lak. Mungkin caranya sama jugak. 5 angka last tu untuk keluarannya. Lom pernah aku jumpa 7 angka lagi. Dlam semua Seiko yg aku pernah ada semua 6 ja. Dari pemahaman & maklumat otai2 mmg itu caranya.

duniajam said...

bro dabu,

Tq bro. Kita sama2 belajar. Aku pun masih belajar lagi. Kdg2 confius jugak. Ekeke...

zalizalu said...

hahaha.. kuar jugak akhirnya entry pasal nie... nanti tulung laa siasat pasal jam2 lain jugak yer... kekeke

Suka Jam said...

Ish!! Tak pernah lagi aku jumpa seiko ada 7 nomobor siri. Setakat ini, semua model dari thn 1960an hingga sekarang, semua 6 nombor siri. Untuk pastikan tahun sama ada thn 1970an, 1980an dan 1990an, kita kena tau model seiko ini dalam 5-10 thn sahaja keluaran dia. Cth Turtle 6309-7040, cuma dikeluarkan dlm thn 1980an. Tidak ada dlm thn 1970an dan 1990an. Yg ni kena study la model-model tertentu dikeluarkan pada thn 60an, 70an, 80an, 90an, 00an dan 2010an..

duniajam said...

zelizalu,

Setakat ni penyiasatan mampu jumpa 2 ni je. Orient pening aku nak pikir camno. Nak mereka cipta pun tak mampu. Haha... Nnt aku try tgk yg lain kalau jumpa.

duniajam said...

sukajam,

Aku poun tak pernah jumpa. Pelik skit aku. Kot2 depa tertekan nombo lebih kot. Hehe..

Maklumat dari Seiko Corp Japan yg email aku pun sama maklumat. Selepas 10 tahun, Seiko takkan hasilkan lagi part jam tu. Kalau nak beli, kena cari 2nd hand sbb baru dah takda. Itu polisi Seiko

Suka Jam said...

Tu la.. semua model seiko lepas 10thn dah dihentikan. Memang akan keluar model baru. Kita tgk orange monster, rasanya bakal dihentikan. Dengan Thong Sia dah stop import model monster ke Malaysia.. Tanda2 jam ni akan dihentikan la tu.. hehe!! Aku tgh cari camana nak tau maksud nombor siri jam Orient. AKu punya Orient "Sub" 5V0181.. Ntah apa maksud dia tak tau plak.. Aku main agak je.. Thn 2005 bulan November.. Keluaran ke 181.. betui ka bro DJ?r

duniajam said...

Hah.... mungkin jugak la.... V tu untuk no'V'ember... Nnt aaku tgk aku punya lak. Hahaha.... Power tu bro...

mohdyie said...

kwn aku bg tau, masih ada keluaran monster untuk 2010 dan 2011. betul ke?

Unknown said...

Ilmu yg amat berguna...tq

duniajam said...

mohdyie...

Sorry tak perasan komen... Ya rasanya masih ada. CUmanya kini, Monster yg pakai movt 7S26 dah dihentikan pengeluaran & digantikan dgn model baru dgn movt baru.

duniajam said...

Mohd Suhaimi Abdul Rahim....

Terima kasih

Unknown said...

seiko 5 automatic kod 540049 ce kbr thun kluor die kite dok reti nok tngok. .

duniajam said...

Frank Lanks.... penentuan tahun keluaran jam tu kena tgk juga rupa jam tu....

Sebab 540049 bole jadi keluaran tahun 2005, 1995, 1985....
4 = bulan April
0049 = keluaran ke 49

Harga Kambing Guling said...

kl seri seiko 297361 berarti tahun berapa gan? thanks pencerahaannya..

Unknown said...

Citizen eagle 7 kod 619639..acu royak serba sdkit..sy x reti nk tngok..

PawangHitam said...

241021245..citizen eco drive, radio control. Mcm mne nk tau model tahun brape? Nk siri panjang xmcm contoh diatas. Tq

duniajam said...

Agus Nurcholis & grapok graceng II

Mohon maaf sebab saya terlalu lama tidak peduli blog ini. Untuk mengatahui tahun pada nombor paling hadapan adalah perlu agak design tersebut keluar pada tahun bila... contohnya 1960an, 70an,80a, 2000an.... selebih nombornya adalah sama sepertimana yang saya terangkan

Terima kasih

duniajam said...

PawangHitam

Saya tak pasti bagaimana caranya sebab nombornya terlalu panjang. Mungkin Citizen telah gunakan cara baru untuk model baru mereka

Terima kasih