Casio F-10.... Barangkali ramai yang tak biasa dengar nama tu. Tapi biasa tengok sebab model F masih dikeluarkan hingga kini. Legasi siri F diteruskan dengan model Casio F-91W.
Casio F-91W
Melihatkan rupanya itu, pasti ramai yang kenal. Tapi ramai yang tak pasti modelnya. Untuk model F, kebiasaannya modelnya akan tertera di bahagian atas seperti model lamanya. Model retro ini dikeluarkan di pasaran kita sejak 1991 & masih dikeluarkan hingga kini mungkin kerana bentuknya yang klasik ini disukai ramai, terdapat permintaan hingga kini, ringkas, fungsi asas & yang paling penting murah. Dengan mempunyai fungsi masa, tarikh, alarm & stopwatch berserta harganya hanya serendah RM50, ia merupakan model Casio asas paling berbaloi untuk dimiliki.
Tapi tahukah anda, bahawa beberapa negara telah mengharamkan model ini di negara mereka kerana dikaitkan dengan pengganas.... Hmm..... Fikir-fikirkanlah siapa yang pengganas sebenarnya.....
Siri F mempunyai model yang pelbagai. Kalau tak salah aku bermula dengan model F-5 yang dikeluarkan pada tahun 1980, sirinya terus diperkembangkan dengan pelbagai model. Semakin meningkat sirinya, makin banyak jugalah fungsinya.
Casio F-10 ini turut dikeluarkan pada tahun 1980. Tidakku sangka ia masih berfungsi dengan baik hingga kini. Model awal F tidak mempunyai fungsi lain melainkan waktu saja. Button yg ada padanya juga hanya ada 2. Ringkas! Mungkin kesederhanaan padanya ini memenjangkan umurnya kerana otaknya tidak berat dengan pelbagai fungsi.
Walaupun siri berikutnya dibekalkan dengan fungsi yang lebih sedikit dari semata-mata penunjuk waktu, apa-apa model F tidak 'lari' designnya. Kondisi F-10 ini sangat memuaskan hati. Nombor LCDnya kini kelihatan pudar sedikit.... itu tidak menjadi masalah kerana apa saja benda manusia buat termasuklah kita sendiri semakin lama semakin kurang potensi diri. Jadi jika hanya LCDnya saja yang pudar, ia masih ada umph!
Casing resin F awal ini turut didatangkan dengan caseback snap-on yang juga diperbuat dari resin. Model terkini diperbuat dari stanless steel & ditambat dengan 4 skru.
Pemakaiannya kini tidaklah janggal kenara bentuk ini masih diterima hingga kini & nilai klasik jam ini sangat kuat. Dengan umurnya sebaya aku, ia merupakan salah satu koleksi Casio aku yang istimewa. Kadang kala aku pakai ke tempat kerja.... ternyata ada juga mata-mata yang memandangnya & terasa aura kewujudannya di tangan aku....
Casio F jam yang bagus?
Ya....
Berbaloi?
Sudah pasti.....
10 KOMEN ANDA:
casio mmg berbaloi~
Fuh! Caseback resin tu yg rare tuh. Huhu... Jam model F memang sangat selesa dipakai. Ringan. Nak buat lasak2 pun tak risau sebab murah.
Setakat ni aku simpan sebijik F-91w tp made in thailand dan versi stainless steel model a-159w made in japan. Versi s.steel tu nmpak ringkas tp kalau pakai dgn baju formal (kemeja lengan panjang) memang smart dan simple. Huhu..
Hehe.... best bro. Aku pun suka. Hehehe... MUrah lak.. Hari tu aku jumpa F-30. Caseback resin gak. Made in Malaysia. TErasa nak beli lak. Hehehe..
aku pon ad satu casio f91.. tp screen dia kaler kuning... lampu plak pakai led.. klasik2... tp alarm laa pendek sangat.. 20 sec only
casio series F ni mmg alarm 20 sec je.aq pon ada tpi tali da putus..gnti dgn tali s.steel orient..
Kebiasan Casio mmg 20 saat ja. Kita bayar takat 20 saat ja. Ekekeke... Ada gak model yg boleh vibrate.
Best gak pakai jam ni. Simple...
haha, bayar takat 20sec je eh? aiyo...
skang ni susah dah nak cari backcase resin... skang ni, sumer stainless steel jer... f91 yang aku pon same...
T_T
Haha... Kena byr lebih kot baru dpt lebih skit. Hehehe....
Caseback resin tu untuk model lama je. Skrg semua steel. Terasa klasik bila plastik tu. Hehe...
Sedih jam casio model ni telah dikatakan menjadi alat untuk melakukan keganasan. Hanya kerana suspek pengganas memakai jam casio model F ni.. Cis!! Jangan sampai Taufan, kebakaran, kapal tangki minyak bocor yang berlaku di amerika pun depa tuduh al-qaeda yang rancang..
Tu la.... sampai ke situ sekali dea punya pemikiran. Nampak sangat depa takot dengan byg sendiri. Propaganda yg buat untuk porak porandakan orang kembali menghantui diri sendiri.
Post a Comment