Populariti sesuatu jam bukan saja bergantung kepada berapa lama ia berada di pasaran... tapi lebih kepada cara pemasarannya juga. Salah satu cara melalui iklan-iklan di media massa. Pelbagai cara & kaedah yang dilakukan oleh penjual/manufacturer/dealer untuk melariskan jualan. Salah satu contoh, iklan jam Titan ini. Satu muka surat besar dibuat iklannya untuk memperkenalkan jenama mereka kepada orang ramai. Disebabkan iklan ni jugalah, baru aku tahu akan kewujudan jenama ini. Ingatkan jam baru, setelah buat sedikit kaji selidik, dah lama rupanya jenama ini. Kadang-kala ada juga review jam yang dibuat di surat khabar tempatan.
Selain melalui pamphlet & katalog yang boleh kita dapat di kedai-kedai jam, meraka juga membuat kalendar untuk diberikan kepada pelangan atau pengunjung kedai mereka. Selalu yang mudah jumpa ialah Seiko & Citizen. Majalah-majalah tempatan tidak kurang juga memaparkan iklan-iklan jam pelbagai jenama.
Selain cara pengiklanan sedemikian, iklan juga ada dibuat di TV. Namun tidak banyak jenama yang mengiklankan di TV. Jalan terbaik ialah membuat poster besar seperti ini di bangunan kedai ataupun kenderaan awam. Iklan jam di kedai tu (gambar) ada banyak.... tapi aku cuma ambil gambar ini sebab sama model dengan Citizen aku... kembang hidungku seketika... ekekeke... Kedai ni terletak di Padang Besar, Perlis. Menjual pelbagai jenama Jepun & Swiss.
Selain cara itu, ada juga mengiklan jam mereka di papan iklan besar seperti ini. Iklan ini berdekatan dengan Komtar, Penang. Iklan jam kat situ sudah cukup lama. Dah bertahun-tahun.
Selain itu, banyak juga iklan di papan iklan besar di lebuh raya. Setakat ini, aku cuma jumpa Oris, Epos & Titoni. Iklan Titoni aku jumpa di PLUS selatan semenanjung tapi tak berkesempatan nak ambil gambar. Iklan jam Oris seperti ini banyak aku jumpa di lebuh raya sekitar KL. Minta maaf banyak-banyak, aku cuma mampu ambil guna kamera henfon ja.
Aku lupa di mana ni, tp sekitar KL.
Iklan nun jauh di sana adalah iklan yang aku rasa mendapat kontrak yang cukup lama dari pihak Epos.... atau mungkin pengedar mereka.
Iklan ini boleh dijumpai berdekatan Bangi laluan dari Nilai. Lebuhraya PLUS. Agak lama juga model ni diiklankan....
Setelah beberapa bulan kemudian, bila mana aku pulang bercuti dari Johor, iklan Epos sudah berganti dengan model Epos Limited Edition ni. Sampai sekarang (beberapa bulan lepas aku balik Johor), model ni masih diiklankan.
Sejauh mana keberkesanan iklan & penyebaran maklumat jenama mereka kepada orang ramai? Agak sukar dijawab. Rasanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang perasan & membacanya. Sekurang-kurangnya mereka yang kurang minat & arif pasal jam tahu akan kewujudan jenama itu & mungkin juga akan berfikir untuk melihat atau membelinya jika ingin membeli jam suatu hari nanti. Psikologi manusia yang sentiasa mengganggap sesuatu yang terbaik pada perkara yang popular/besar & sentiasa dilihat sedikit sebanyak dapat melariskan jualan jam tersebut. Bagi yang meminati jam macam kita pun mungkin juga akan mempunyai perasaan ingin melihat jam yang diiklankan tu. Sedikit sebanyak.... berjayalah juga kan? Hehe...
9 KOMEN ANDA:
Iklan ni memang byk mempengaruhi pengguna. Aku ms mula2 nak kenal horology ni memang suka jenama Oris, Tissot & Tag Heuer. Semua ni berpunca dari iklan. Tapi setelah kenal dunia horology ni, baru aku tau, bukan mudah nak pakai jam dgn jenama sebegitu. Da kenal, baru aku pandang jenama dari Jepun..
Aku rasa iklan nie memang berkesan...kekadang memang rasa pelik, jumpa iklan di highway yg terletak di tgh tgh hutan....tapi tujuan pengiklanan mcm tue adalah untuk menanam awereness di dalam subconcious mind penguna.
Anyway, banyak papan iklan yg kau amik gambar nie aku pernah nampak...Yg EPOS tue paling selalu nampak...hehehe....
Tapi iklan jam TITAN tue, walau pun dalam bahasa melayu aku sendiri tak aware...tak pernah perasan..mungkin baru di Malaysia?
Iklan jam yg aku nmpak di mana2 kalau sempat aku mmg ambik gambo. Hehe...
Cam bro zhentan ckp tu betul. Org yg terpandang sekali iklan tu.... otak dah dpt 'menangkap' gambar jam tu secara tak sedar. Bila dia terjumpa jam tu di kedai, secara tak langsung, otak akan memproses semula... macam pernah tgk... tp di mana ya? Waktu tu dia akan lebih nak tau, belek sana sini.... & mungkin akhirnya akn beli bila berkenan. Ni secara tak langsung la.
Jam Titan tu aku kenal sebab iklan tu ja. Iklan Metro kalau tak salah. Lps tgk iklan tu jugak la aku pi cari Titan kat kedai... tinjuan yg nak buat membuahkan hasil bila aku pun terbeli 1 Titan. Haha...
Masa lalu highway PLUS mmg selalu nampak iklan Epos. Lg2 yg limited edition tu. Huhu... Titoni pun ada area2 KL. :) Iklan Casio jek mcm tak pernah nampak. :P
Hehe... Balik Johor kali ni aku cuba nak cari gambo lain lak kalau ada.. Hehe..
jam titan...tunjuk la bro
Tunjuk dah bro. Aku pernah review dulu. Bro klik kat lebel Titan. Hehe...
Iklan Seiko dan Casio ada banyak kat tiang monorel depan pudu jail lame..
Dok lalu dulu jalan tu tak perasan lak. Dulu masa dok belajar dulu rajin gak pi Sanpeng.
Post a Comment