Timex merupakan suatu jenama dari US. Jenama yang cukup lama ini bukan hanya mengeluarkan jam-jam mekanikal, malah pertengahan tahun 1980an mereka mula mengeluarkan jam digital dalam line-up siri keluaran mereka.
Jam-jam Timex bukan saja sangat berpatutan harganya malah terbukti lasak tak kira samada mekanikal ataupun quartz. Tahun 1960an mereka sudah mula membuat iklan & ujian di TV sebagai bukti ketahanan & juga sebagai salah satu cara pemasaran mereka.
Tahun 1980an apabila teknologi quartz yang diterajui Seiko sudah mendapat tempat di hati umat manusia seluruh dunia, mereka juga turut mengeluarkan pelbagai model quartz sebagai salah satu jenama pilihan pengguna yang mahukan kelainan, ketahanan dengan harga yang berpatutan.
Timex Ironman Triathlon mempunyai pelbagai model. Ia merupakan siri model yang sangat popular diseluruh dunia. Bermula dari tahun 1980an, ianya masih popular hingga ke hari ini. Sukan Ironman Triathlon telah melonjakkan nama mereka di serata dunia & menjadi pilihan utama untuk sukan berprestij itu. Penggunaan nama Triathlon secara rasmi adalah dengan kerjasama dengan pihak penganjur sukan Ironman Triathlon.... sukan yang memerlukan peserta berenang, berlari & berbasikal...... 3 sukan dalam 1. Kerjasama itu telah berjaya menghasilkan jam yang spesifik dibuat untuk sukan tersebut di awal tahun 1980an.
Penghasilan model Ironman pula adalah berdasarkan model Triathlon. Model Ironman bukan sahaja mempunyai design yang berbeza malah ketahanan kalis air turut dipertingkatkan dari 50m ke 100m. Fungsinya hampir sama & ia juga dibuat khas untuk sukan Ironman Thriathlon.
Untuk melihat model terbaru Timex Ironman, bolehlah layari web di bawah:
Timex Ironman Triathlon Indiglo seperti ini merupakan model terawal siri Timexdengan teknologi lampu Indiglo. Ia mula dikeluarkan pada tahun 1992. Design ini telah dipatenkan & tiada jenama lagi yang boleh meniru bentuk begini. Design Timex Ironman Trialthlon Indiglo ini mempunyai fungsi & design yang sama seperti model lama Triathlon(seperti dalam iklan) yang telah dikeluarkan pada tahun 1986. Tahun 1992, model Timex Ironman Triathlon dikeluarkan dengan peningkatan teknologi lampu Indiglo padanya.
Tahun 1994 semasa aku di tingkatan 2, senior sekolah aku pakai jam ni. Punyalah aku admire jam dia masa tu (rentetan cerita dari PENGENALAN). Masa tu model ni baru saja masuk ke pasaran kita. Iklan jam ni juga banyak didapati di majalah & kalau tak salah, iklan di TV pun ada. Model dalam gambar ini kalau tak salah aku bukanlah model terawal tu, sebab LCDnya berlainan & tidak seperti model klasiknya seperti dalam iklan di atas.
Fungsi yang ditawarkannya sememangnya khas untuk sukan tersebut. Yang paling menarik perhatian adalah lampunya. Di kala Casio masih lagi menggunakan lampu LED, mereka telah menggunakan teknologi lampu Indiglo. Setelah keluaran pertama Timex itu, Casio'menjawab' dengan lampu illuminator.
Teknologi lampu Indiglo bukan saja digunakan oleh Timex, malah turut digunakan oleh jenama Guess. Dimana sebenarnya jam Guess dihasilkan oleh Timex. Banyak lagi jenama turut dihasilkan oleh Timex dibawah Timex Group. Penggunaan teknologi ini bermula pada awal tahun 1992. Timex dengan kerjasama Indiglo Corporation menghasilkan model Timex Indiglo yang mana ia hanya dilesenkan kepada Timex. Casio pula keluar selepas itu pada tahun 1993 dengan model pertama Casio DEP-610 sebagai model pertama Casio dengan lampu illuminator.
Beginilah rupa lampu Indiglo yang terang & merupakan suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh jenama lain yang kebiasaan malap lampunya semasa tahun keluarannya. Keseluruhan LCD bercahaya. Kini kita boleh beli teknologi jam berlampu begini dengan harga serendah di bawah RM50 saja....
Berikut adalah iklan terawal Timex Indiglo....
Model yang akan dipaparkan ini adalah rentetan keluaran terawal model Ironman Triathlon. Kalau tak salah, ia dikeluarkan pada tahun 1994. Mempunyai fungsi yang sama, ia hanya berbeza dari segi saiz (midsize) & design saja. Boleh bandingkan dengan gambar di atas. Lihat saja LCDnya. Ini adalah paparan LCD seperti model old schoolnya. Jam ini aku terjumpa semasa membuat bancian di kedai-kedai jam sekitar Sungai Petani.
Ia mampunyai design yang ringkas, namun tampak futuristic. Aku hanya mampu melihatnya di display kedai jam & di tangan senior aku tu. Syok juga tengok dia pasang lampu Indiglo jam tu. Alangkah tak tertahan jiwa raga pada ketika itu kerana tidak mempunyai sumber kewangan melainkan mengharapkan abah atau mak belikan..... budak sekolah tingkatan 2 masa tu, duit nak dapat mana.... bukannya orang kaya.... duit poket pun 50sen ja sehari berbanding budak sekolah sekarang RM3 yang tu pun masih tak cukup.... Model ini aku masih admire hingga ke hari ini..... jawapannya pula aku terima semasa di tingkatan 4 setelah bersabar 2 tahun dengan hadiah model Ironman Triathlon Shock Resist dari abah.
Model ini tidak jauh berbeza dengan model Ironman Triathlon. Selain warnanya yang sedikit kelabu, casingnya dirasakan sedikit berbeza berbanding Casio. Rasa lebih 'keras'. Namun aku tidak berapa suka tulisan pada bezelnya yang hanya diprinted & bukannya engraving.... sebab dalam penggunaan jangka panjang, geseran boleh menyebabkan tulisannya tertanggal & aku lihat banyak sekali model terawal ini telah kehilangan tulisannya & seterusnya mencacatkan rupanya itu. Namun tidak mengapa kerana 'kelemahan' itu mereka telah perbaiki pada model-model terkini.
8 Lap Memory merupakan suatu keistimewaan kepada fungsi jam ini kerana boleh mencatat & merekodkan lap sebanyak 8 bacaan. Mungkin ia mencukupi untuk sukan itu, namun model berikutnya mempunyai memory yang jauh lebih banyak.
Selain fungsi masa, ia juga mempunyai fungsi chronograph (8 memori), timer (3 jenis kiraan masa) & alarm. Suatu yang buat aku suka pada model ini ialah LCDnya. Kebiasaan LCD jam digital adalah 'licin', namun tidak pada model ini yang nampak teksturnya.
Jam Timex quartz dikilangkan di Filipina. Manakala model automatik dihasilkan di kilang mereka di China bermula pada tahun 1995. Bukti bahawa design ini telah dipatenkan di US dicatatkan pada caseback. Informasi yang diperlukan lengkap tertera pada casebacknya.
Model ini mempunyai saiz midsize. Kalau tak salah, ia dibuat untuk saiz tangan perempuan.... tp aku pakai nampak anggun juga ya?
Timex Ironman Triathlon Shock Resist (kiri) merupakan model yang pernah dihadiahkan abah pada tahun 1996 (review mengenainya DI SINI). Pada ketika pembeliannya, model ini mendapat diskaun paling banyak pada ketika itu dengan 40%. Namun, model impian aku cuma diberi 20%. Lepas diskaun pun masih mahal lagi. Disebabkan harga model Shock Resist lebih murah & pada ketika itu, minat aku pada model Casio G-shock pun bermula, model Shock Resist ini dipilih sebagai gantian untuk kedua-dua model yang tak dapat dibeli.... jadi 2 dalam satulah....
Boleh lihat perbezaan saiznya. Saiz tak sama & tebal pun tak sama.
Design berbeza namun jantungnya sama saja. Fungsi juga sama. Bezel Shock Resist itu diperbuat dari getah. Dua-dua jam ni jarang aku pakai. Hanya dijadikan koleksi mengimbau kenangan lalu....
Satu lagi model nostalgia & kali ini dari jenama Timex sudah masuk ke dalam koleksi. Kemanisan nostalgia lalu telah membenarkan kejadian ini berlaku. Jam yang pernah memberikan kenangan manis sangat aku sayang. Walaupun tidak bermakna kepada orang lain, namun sangat bermakna kepada aku....
6 KOMEN ANDA:
Bila tengok jam Timex Ironman Triathlon ni, teringat pada jam masa aku darjah satu dulu. Bentuk lebih kurang macam ni la, ada 2 button di bahagian hadapan. Tapi bukan jenama Timex, cuma jenama cap ayam dibeli dgn harga rm6. Hehehe... Rasa cukup canggih jam tu.
Bila ingat balik masa tu... manisnya... kedai jam yg aku beli Timex dulu pun dah lebih 10 tahun tutup. Supermarket tu dah bankrup... kedai jam tu skrg dah jd kedai lain... jual wallet & aksesori.... tp banner kedai jam tu masih ada....
Salaam bro dj!
gambaq jam timex yg kat kedai tue bro amik kat kedai mana? di pekan kangaq kaaa??....kalau bro bila tue?... agak2nya ada lagi dak model data-link tue??...
Salam, kedai tu kat Komtar, Penang. Yg Data-link tu kalau tak salah kita boleh transfer data masuk komputer. Canggih. Data apa aku pun tak tau la... tp data la. Ekeke...
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Aku ada satu permasalahan kat sini. Boleh tak guna autosol utk polish casing drpd bahan alloy? Pocket watch US Sub aku nampak macam nak kena polish la.....
Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh....
Guna autosol untuk polish jam takda masalah asalkan cuci bersih sisanya lepas. Kalau dpt bahan yg lebih halus dari autosol, lebih baik. Aku tak pasti boleh ke tak untuk aloy.
Boleh cuba buat. Tp buat skit ja kat satu bahagian yg calar ja. Bahagian lain jgn buat lg. Kalau ok, boleh la secara keseluruhan. Risau juga takot tertanggal tambah2 kalau casing dari basemetal. Finishing yg ada padanya tu kebiasaannya krom atau gold plated. Jenis ni boleh terkopek. Kena hati2. Kalau boleh jgn guna autosol untuk jenis tu. Cukup hanya sekadar guna bedak.
Post a Comment