Walau dah tua.... tapi masih segak.... Seiko 6105 diberi nama....
Ahad lepas (1 Ogos 2010) aku terlibat dengan satu kem kesihatan di Kampung Ujung Bukit, Perlis. Tempat yang belum pernah aku sampai lagi ni disusuri dengan perlahan-lahan... Seperti namanya, memang tempat yang aku pergi ni betul-betul di hujung bukit. Tempat kem diadakan pun memang di kaki bukit.
Tidak aku sangka kampung yang agak tersorok ini, terdapat suatu tempat yang cukup cantik di dalamnya.... Selamat datang ke Kraton Anggerik Jingga, Kampung Ujung Bukit, Bintong, Perlis. Masuk saja di kawasan ini, kita akan bertemu dengan beberapa rumah rehat cantik yang di bina di sekitar kaki bukit ini.
Ke semua rumah-rumah rehat ini (menurut penduduk di sini) adalah milik persendirian & ada yang dibuat untuk di sewa dengan kadar yang cukup murah. Setiap rumah di kaki lima bukit ini mempunyai rupa yang berlainan mengikut citarasa tuannya. Di dataran tengahnya pula, pihak kampung membina dewan orang ramai & di sini turut ada air terjun buatan & juga gua kecil. Suasana di kawasan ini sangat menyenangkan & nyaman. Tidakku sangka di ceruk kampung tersembunyi kawasan yang cantik begini.
Aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama-sama JKK kampung ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Sempena kempen 'Berjalan Seribu Langkah' oleh pihak KKM yang baru saja selesai dijalankan turut di teruskan dalam kem ini. Selain pemeriksaan kesihatan & pemeriksaan pergigian, ceramah turut diadakan. Menteri Besar Perlis turut datang menjayakan program ini.
Sebenarnya aku dalam proses nak belajar bermain-main dengan kamera baru. Dulu pakai Nikon Coolpix... Lingkup dah yang tu... hmmmmm..... Pembelian aku kali ni telah bertukar kepada Canon Powershot A3000 setelah disarankan oleh sahabat Detikduabelas.
Imej yang dihasilkan oleh kamera ini jauh lebih baik berbanding kamera lama walaupun harganya lebih murah. Aku amat berpuashati dengan gambar yang dihasilkannya & aku sangat syorkan kawan-kawan yang ingin membeli kamera kompak untuk membeli jenama Canon. 2 pengalaman tak berapa enak dengan kamera lama sudah cukup.....
Seiko 6105 ini masih cantik bacaan waktunya. Rupanya seperti langsung tidak dimamah usia... terima kasih kepada pemilik lamanya yang menjaganya dengan cukup elok.
Sentiasa segar walau dimana ia berada & dimana ia dilhat. Suatu model yang cukup berbaloi untuk disimpan & cukup selesa dipakai.
Selepas ini....... sneak preview....... lagi???
11 KOMEN ANDA:
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Teringin betul aku nak ada jam Seiko. Tapi apakan daya, tak mampu beli mahal-mahal. Takat ni aku macam biasa cuma boleh beli jam US Submarine yg murah (tapi ori dan berkualiti). Baru-baru ni pun koleksi terbaru aku jam US Sub, jam kedua aku drpd jenama ni. Lepas ni plan nak beli pocket watch US Sub pula yg dah lama aku intai kat kedai tu.
Patutla aku tak dpt teka jam ni masa sneak preview. Tali kulit dia tak sama dgn yg dalam artikel DJ tentang jam ni. Kalau tak silap masa tu tali getah, betul tak?
cantik bro atuk penyu nih~aduhhhh..nmpk macam baru kuar kilang jer..
aku masih menanti grain watch kau....dah la tu....tunjuk je la....
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...
Hadi,
Takpa, beli jam yg kita suka & ikut kemampuan. Itu lebih baik dari kita dok ikut org. Janji kita yg puas hati.. Err.... ini bukan grail aku lagi... tungguuu... Ekekeke....
amer|zhafran'
Aku tgk cantik tu yg terus berkenan. Takpalah walau jam refurbished. Tp aku sgt puas hati. Ehehehe...
Zhentan.... tungguuuuuu...
aku pun macam nak carik la 6105 ni.mcm minat tu dah mai dah..tolong...
Haha.... pada aku la.... jam ni pilihan utama berbanding Turtle. Tapi... harga dia tu la mahai skit. Cuba bro tgk kat Mudah.my. Hashim Seiko ada jam ni. Tak pasti ada lg ka dak
tempat ni memang best. nyaman dan mendamaikan. gambar dari kamera baru pun mengiurkan.
Hehe... tq bro. Tempat tu best. Jalan2 atas batas sawah padi suatu yg cukup mendamaikan jiwa. hehe...
Post a Comment