Saturday, August 28, 2010

Penemuan terbaru pagi kelmarin..... Jumaat (27/08/2010)

Tak seperti kebiasaan, pagi kelmarin aku ke Penang awal. Pukul 8.30 pagi dah bertolak. Semangat berkobar-kobar untuk mendapatkan semula jam aku yang telah diservis & nak beli 'jam raya'. Memandangkan bulan puasa, elok sangatlah bertolak awal & boleh balik rumah awal.

Kebiasaannya aku naik feri. Lebih selesa, tak sesak kat jambatan & boleh rehat @ tidur sebentar atas feri. Hari ni cuaca agak berjerubu. Jambatan Pulau Pinang nampak samar-samar saja. Dari atas feri boleh lihat bandar Georgetown yang sedang pesat membangun. Banyak bangunan didirikan & banyak perumahan & apartment yang hampir keseluruhannya dibina di atas tanah yang telah ditambak. Peta Penang perlu diubah semula kerana tanah ditambak agak banyak & jauh dari tanah asal & semestinya telah mengubah rupa bentuk peta dahulu.

Tersergam indah bangunan Komtar yang suatu ketika dulu pernah menjadi kemegahan Pulau Pinang & merupakan suatu pusat membeli belah paling gempak di zamannya. Aku pernah merasai zaman kegemilangannya suatu ketika dulu .... kini ia sepi dari pengunjung & kontroversi pun wujud....



Ini pandangan di depan feri.... percaya atau tidak jika aku mengatakan 3 ekor ikan lumba-lumba pernah melompat-lompat di depan feri ini. Entah dari mana datangnya, ia melompat-lompat depan feri seperti mana ditayangkan di TV. Aku tak pasti tahun bila sebab aku masih bersekolah lagi waktu tu. Kejadian tu disaksikan oleh ramai orang atas feri. Lama juga mereka berenang berirama depan feri tu. Apa boleh buat, waktu tu takda teknologi HP seperti sekarang yang boleh ambil gambar segera untuk dijadikan bukti....



Aku ditemani dengan Junkers 'Hooters' kegemaranku & isteri dengan Seikodivernya. Perjalanan ke pulau dari Butterworth mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sampai saja di pulau, aku teruskan perjalanan ke kedai favourite aku di Penang Road.... kedai jam Fah Shing. Aku memang syorkan kawan-kawan yang nak cari jam dengan harga berpatutan di kedai ini. Sila klik label KEDAI JAM untuk maklumat lanjut mengenai kedai ni.



Display hadapan menampilkan koleksi Citizen yang terdiri dari model-model Eco-Drive & automatik terbaru.



Model Eco-Drive dengan design klasik.



Ini adalah Citizen automatik terkini. 2 model dari kiri model yang menggantikan model Eagle 7 dengan movement gold. Model di sebelah kanan itu model terbaru yang baru sampai. Model ini sangat cantik & menggunakan movement terbaru & boleh dikategorikan sebagai high-grade.



Design jam casual yang pada mata aku sangat cantik. Dial dengan tekstur dipadankan denganmarker timbul dibuat dengan cukup berkualiti. Finishing padanya sangat baik & cantik.... & seperti biasa bracelet Citizen tidak mengecewakan.



Movement dengan design rotor terkini turut diberi sentuhan cotes de geneve pada movement.Menjadikan movement ini kelihatan istimewa & cantik. Suatu perkara yang mengagumkan aku bila mana hanya dengan sedikit pergerakan saja, sudah cukup untuk menggerakkan rotor dengan sangat laju & cukup lama untuk berhenti. Rekaan terbaru movement ini menjadikannya suatu movement yang berbeza dari movement mereka & jenama lain sebelum ini & dengan harga yang tidak begitu tinggi, menjadikannya sangat berbaloi untuk dimiliki. Harganya lebih RM1k.



Model Eco-Drive ini tidak kurang hebatnya. Istimewanya? Ianya sangat nipis. Lupa pula nak ambil gambar. Tebalnya hanya lebih kurang duit syiling 50 sen sahaja. Keseluruhan jam diberi sentuhan PVD coating. Dial & jarum juga diberi sentuhan warna hitam. Namun dengan cermin adalah sapphire crystal tanpa AR coating... menjadikan agak sukar untuk membaca waktunya. Sukar juga untuk mengambil gambar tanpa menampakkan kamera pada cermin. Jika ada AR coating, glare seperti itu tidak akan kelihatan & seterusnya mencantikkan lagi rupanya. Walaupun begitu ia hanya pandapat & cadangan aku saja. Ia bukanlah suatu masalah kerana ia adalah jam yang cantik dipandang mata. Harganya? RM1.7k



Orient menampilkan semula design retronya. Bersaiz agak besar & nipis. Dengan cermin akrilik cembung, menjadikannya suatu jam moden retro yang cukup indah dipandang mata. Ia menggunakan movement quartz.... sebab tu boleh buat nipis....



Uncle James tunjukkan pula model Seiko yang baru masuk dikedainya. Model Criteria sangat laris di kedainya & model Daniel Wu sudah kehabisan stok. Model dalam gambar adalah modellimited katanya.



Rupanya seperti Seiko Spirit. Cantik juga.



Menggunakan cal.7S36



Jam poket Orient. Jam poket ini menggunakan movement winding. Jarang sekali kita jumpa model terbaru Orient yang diberi movement winding. Harga jam ini RM1k+.

Menurut Uncle James baru-baru ini dia baru saja jual model Orient keluaran khas sempena 60 tahun penubuhan syarikat Orient. Model klasik yang dibangkitkan semula itu menggunakanmovement winding. Hanya terhad untuk di pesan & ia sudah kehabisan stok di kedainya. Tak dapat aku bayangkan bagaimana rupanya.



Suatu model terbaru juga dibawa masuk.... sedang hangat dalam pilihanraya DetikDuaBelas.Dahulunya Fah Shing membawa masuk model OrientStar yang pernah aku review suatu ketika dulu. Kali ini Orient Pro-Diver hitam ini dibawa masuk.... memang patut aku undi jam ni pun..... oopss.... bocor undianku.... Harganya RM4.9k. OrientStar RM6.3k.



Casio G-Shock Mudman adalah model yang aku minat. Ada 3 warna di kedainya. Warna oren tu sangat striking & menarik perhatian...



Ku sangkakan dapat juga jam raya tahun ni... tapi terpaksa membatalkan hasrat bila budgetlari.... tak apalah... bukan rezeki aku....



Ini pula adalah model G-shock terkini. Boleh lihat model ini diiklankan di website Casio.



Tampak gah & warna marker indigo memberikan wajah istimewa & menarik. Tengok rupa saja pun dah nampak besar....



.... memang besar pun. Kurang sesuai dengan tangan macam aku ni.


Ini pula model terbaru Seiko 5 Sport. Design yang sangat sporty & warna merah markerhingga marker 20 minit memberikan wajah yang cukup sporty.



Yang paling menarik perhatian aku adalah model ini. Model design diver ini tampak cukup gagah. Apa yang dibawa pada jam ini sangat menarik perhatianku & hampir saja sambar satu. Ada ciri-ciri diver klasik padanya.



Ada 3 jenis.... & yang paling menarik perhatian aku adalah yang keemasan tu.



Warna emas tu nampak seperti model diver klasik..... Hitam itu elegant.... silver itu sporty...



Bezel kelihatan bersinar & ia dibuat seolah-olah ia bezel seramik seperti Rolex Ceramic Bezel.Menggunakan movement 7S36. Letak di tangan, terus terasa seperti memakai diver klasik. Cantik juga....



Walaupun tak bawa balik jam baru, sekurang-kurangnya dapat bawa balik jam aku yang telah disiap servis. Rindu juga.... Terbeli juga beberapa tali military...... Sebelum balik semula ke Perlis, sempat juga aku singgah ke satu lagi kedai favorite aku di sebelah Komtar.... kedai jamTat Ming.... saja singgah untuk bertanya khabar & melihat satu jam idaman aku di kedainya.....

... tunggu review ringkas mengenainya nanti.....

17 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

rasa nk pergi jer kedai tu nnt..minggu dpn start cuti dah nih..haaaa...jam yg murah2 xde ker bro??semua 1k lebih jer dlm review..telan air liur gak nk beli nnt..huh

duniajam said...

Jam di kedai... camtu la... harga kedai... hehe...

TIMUR said...

Design2 baru CT,Orient dan Seiko tu masih tak nmenggugat iman aku..haha, itulah berkat ramadan aku tahun ni, menahan diri dari lapar dan beli.hehe

Undertypo said...

Hi. Look like you are the one that went to Tat Ming. Is that you the guy that told the boss, you are the blogger? I am at the shop when you visiting.

dabu said...

ya undertypo,that guy la..plz joint us..hehehe
this guy very nice one..

jgn mare Dj..hehehe ada peminat dah

TIMEasitis said...

G-Shock aviation GW3000BD-1A tue memang hebat...yang paling kagum bagi aku dia mampu tahan centrifugal force sampai 12G....memang dashat...sesuai untuk pilot atau org yang nak naik roller coster...kekkeek...bukan apa , aku banyak kenangan pasal centrifugal force nie...dulu masa aku belajar, thesis aku berdasarkan teori centrifugal force...tue aku suka sangat....huhuhuh

tak pernah lagi aku nampak live kat area sini...tapi harga tue nampak reasonable la kan...pasal dia G-Shock...cuba kalau company swiss buat jam teknologi cam nie..mahu harga naik jadi 50,000...minimum....and diaorg tak hebat mcm jepun pun nak buat jam cam nie...

duniajam said...

Undertypo,

O. Yes its me! Hahaha.... I also tough you are also a watch fan.. the way you ask that uncle. Haha... Nice meeting you. I will upload the watch picture that I shot yesterday soon. Really like the watch.... But the price is quite staggering for me. Hehehe...

duniajam said...

Dabu,

Syok bila kawan bertambah. Hehehe....

duniajam said...

Zhentan,

Betui tu bro. Jam tu mmg special. Tahan sungguh. Byk jam jepun kalau Swiss buat sudah tentu harga melambung melampau2 punya. Hahaha....

ayisy said...

Peh! Cantik2 jam dalam entry ni. Bentuk klasik telah menarik minat aku sejak dua menjak ni. Lagi2 yg bernombor roman..

2 model Citizen yg menggantikan Eagle 7 tu berapa harga dia letak? Rasa mcm nak sambar seketul la kalau ada duit lebih nanti. Huhu..

Nak beritahu, tadi aku usha jam. Terjumpa Casiotron. Rupanya masih ada, cuma terselindung. Harga kat tag tak silap RM380. Sory dulu bg info salah sbb tak berapa ingat harganya. Huhu... Masih made in japan, kat bracelet pun ada tulis st. steel japan. Fuhhhh!!! Nasib baik aku tak berapa minat. Hehe.. Klu tak pejam mata beli. :P

duniajam said...

Kalau tak salah aku dlm RM800 Citizen tu. Yg movement cun tu mahal skit. Lom terbuka hari nak beli jam tu lg. Aku suka movement dia. Nak tunggu design lain masuk. Nnt baru pilih. Hehehe...

Casiotron tu kedai di mana?

ayisy said...

Huh~ Mahal gak. Ingatkan harga mcm Citizen Eagle 7. Huhu... Casiotron tu ada jual kat kedai jam di The Summit, Batu Pahat. Namanya Classic Hour. Huhu...

duniajam said...

Ok. Cun tu. Nnt aku pi uhar kalau sempat. Mmmg mahal skit. Ctz yg baru tu. Tp cun!

TIMEasitis said...

Semalam pergi Sunway Pyramid, and mausk butik G-Shock...and ada seketul jer GW3000BD-1A yg warna biru, warna oren tu takder...

Kalau ikut gambar DJ nie, price tag dia letak 15++ mungkin tawar tawar dapat la 12++

Tapi terkejut semalam , kat butik G-Shock opening price 11++ and ada 10% discount...lepas discount 10++
geram pulak rasa tapi tgh takder budget nie....

heheheh...kat penang memang mahal sikit kot compare dgn kat KL...or kat butik G-Shock memang murah...tak tahu la...tapi hari tue tgk yg warna oren tali resin tu kat kedai kat MINES harga dalam 8++ jer pasal tali resin...and yg warna biru tali stainless steel memang lagi mahal harga....heheheh

duniajam said...

Kena buat bancian kat sana nnt. Nnt kita pi dengan bro Shidi skali. Rindu la kat dia. Hahaha...

TIMEasitis said...

rindu...eyyyyy...geli tau...muahhahaha

duniajam said...

Terus aku pun jd geli.... Hahaha...