Saturday, July 31, 2010

Pelik tapi unik...

Casio pelik? Bertambah pelik apabila jam bergandingan dengan buah nanas. Suatu gabungan yang agak pelik. Yang ingin aku ketengahkan bukanlah buah itu, tapi jam di atasnya tu.... hanya review ringkas sempena hari sabtu....



Casio W-91 pelik dek kerana susun atur displaynya yang vertical. Apabila sesuatu yang dilakukan diluar norma kebiasaan.... maka peliklah jadinya....



'Bancian' aku di kedai jam sekitar kampung di Johor tak berapa lama dulu telah menemukan aku dengan mereka. Pepatah pujangga ahli jam antarabangsa ada menyatakan.... "kadang-kala bukan tuan mencari jam.... tetapi jam yang mencari tuan".... Aku rasa ada benarnya apabila aku bertemu jodoh dengan kedua-dua jam ni..... Sudah sekian lama ia berada dalam display mencari tuan, chemistry yang wujud apabila pertama kali terpandangnya telah membibitkan cinta pandang pertama & membuahkan akad yang berjaya.



Jarang sekali melihat jam pada kedudukan ini yang memberikan pandangan yang betul & tegak. Tak perlu kita menyengetkan kepala untuk melihat wajahnya seperti norma jam lain.



Talinya dirasakan sebahagian dari casing apabila ia dibuat sama level dengan casing & sambungannya sangat rapat. Design begini sangat cantik pada sesuatu jam tapi satu masalah jika talinya putus.... Bukan senang nak cari tali yang besesuaian dengan casing begini...



Boleh lihat bagaimana sambungan tali itu dibuat & mengapa dirasakan ia sebahagian dari casing. Bahagian sambungan tali yang tebal di lug menjadi semakin nipis hingga ke hujung tali.... Design begini membantu jam untuk memeluk tangan dengan cukup kemas. Hasilnya jam yang selesa di tangan & melekap dengan cukup kemas. Design yang bijak!



Bukan saja rupanya pelik.... lokasi mengambil gambar juga pelik-pelik...


Rupa alien jam ni mengingatkan aku kepada filem lakonan Tom Cruise.... The Day After Tomorrow... alien keluar dari bawah tanah....



Penampilan jam yang unik ini mempunyai ciri-ciri sport padanya. Jam bukan saja ringan, malah sangat selesa di tangan.



Fungsi yang ada padanya sangat sesuai dengan jiwa sports.



Pemakaian jam sangat selesa & memberikan rupa berlainan dari kebiasaan....
"Pukul berapa paklong?"


"Nah tengok sendiri"....

13 KOMEN ANDA:

zalizalu said...

ringkasnyer... :P

duniajam said...

Hehe..

amer|zhafran said...

mmg pelik dan ajaib..pusing kepala nk tgk pukul berapa..hahaha..

anisyazila said...

Memamg pelik tapi kiut...

duniajam said...

Cara nak tgk masa tu mencabar skit. Haha...

syed said...

bro asl aku rs jam 2 d pki trbalik???

matbond said...

bro dj.ada aku jmpa kat kedai casio yg bole jdi remote tv ngan radio.jam nos siap ada kotak kertas dia lg.ingat nak beli tnya ja hrga 300+...tak jadi..hehe

TIMEasitis said...

wow !!! tue jer nak cakap

duniajam said...

shah, nampak cam terbalik... tp mmg camtu pun. Kekeke....

duniajam said...

Matbond, rega u boleh amik pasal aku tgk kedai jual RM400++

hadi_8149 said...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Aku sebagai peminat blog DJ rasa bertanggungjawab utk memperbetul keralatan fakta (tapi bukan fakta pasal jam laa). Filem lakonan Tom Cruise yg ada alien keluar dari dlm tanah bukan The Day After Tomorrow tapi War of the Worlds yg diilhamkan daripada novel H.G Wells, salah seorang penulis sains fiksyen Barat yg diraikan selari dgn Jules Verne, Isaac Asimov, dll (melalut-lalut la pula, sorry). Tapi jgn risau sebab blog ni pasal jam , bukan pasal sastera.

duniajam said...

Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh...

Tq Hadi. Sebenarnya aku ingat2 lupa nama filem Tom Cruise tu. Haha... Byk kali tgk filem tu pun tak ingat nama dia. Wakaka... tua dah aku rupanya....

Aku mmg minat filem fiksyen. Star Wars favorite aku. Hadi, terer ko ye. Mesti minat filem fiksyen gak ni. Hehe...

Unknown said...

👍