Kalau longgok macam ni, susah juga nak kenal yang mana satu original. Nampak serupa ja... Tapi nak kenal tak susah sebenarnya. Manalah tahu jika ada seller tak jujur bagi tau tali tu original padahal aftermarket... sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat kenal ciri-ciri tali original supaya tak tertipu.
Nak kenal tak susah. Kalau gandingkan macam ni tak susahlah. Tapi kalau satu-satu susah juga kalau tak tahu ciri-ciri original. Dengan perbandingan begini kita susah mampu untuk membezakan kedua-duanya & memilih pemenangnya. Dalam kes ini, tali di atas adalah yang original.
Tali original adalah pendek sedikit berbanding aftermarket (bawah). Dengan warna serta rupanya yang nampak lebih berkualiti, kita sudah tahu jawapannya.
Buatan tali original lebih baik kualitinya & finishingnya juga lebih bagus. Lihat saja 'badan' talinya itu serta tiada lebihan-lebihan terlebih dari tali itu berjuntai berbanding aftermarket (kanan).
Ketebalan keduanya hampir serupa namun lihat bentuk 'wave' itu. Tali original mampunyai wave yang lebih halus & dalam serta lebih cantik berbanding aftermarket (atas). Bahagian bawah tali original juga dibuat lebih cantik.
Lubang untuk buckle original dibuat kemas dengan lubang yang menirus ke dalam. Bukan itu saja, tali original adalah lebih keras & liat berbanding aftermarket yang lebih lembut & mudah lentur.
Bahagian hujung tali original lebih membulat berbanding aftermarket yang lebih boxy. Logo tsunami mempunyai bulatan yang lebih kecil serta ukiran tsunami yang cantik serta kemas. Selain itu, background original logo itu juga adalah berkilat, manakala aftermarket tidak berkilat. Begitu juga di bahagian belakang tali. Font tulisan SEIKO aftermarket tidak kemas & berlainan dari font original. Selain itu 'texture' adalah lebih kemas buatannya.
Buckle original nampak lebih berkualiti (kiri) berbanding sebelahnya. Bahagian belakang menunjukkan perbezaan yang ketara dengan tali aftermarket.... yang kosong tanpa tulisan seperti original (kanan).
Ciri-ciri yang ada pada original sangat berlainan dari aftermarket yang cuba meniru original. Ciri-ciri pada tali original mudah dikenalpasti & diharap rakan-rakan takkan tertipu atau tersilap dengan tali aftermarket. Ada rakan-rakan blogger menjualnya & jangan bimbang... semuanya original.
15 KOMEN ANDA:
banyak gak aku jumpa diver seken hen pakai tali aftermarket nih...tapi aku pejam mata jekk...beli n tukar original kemudian....
Memang biasa jam 2nd pakai tali aftermarket. Murah. Pada aku, dari segi keselesaan, aftermarket lebih selesa sebab lebih lembut
yaaa...betull...yg ori nih keras wooo....
biasanya tali aftermarket tuh aku trim lawa2 kat edges dia yg selebet tuh guna scalpel blade....baru la cun....nak best lagik...dia punya buckle tuh guna balik yg original....huhuhu
Mesti cun potongan ko buat. Doc kena pandai potong... nak potong orang bukan boleh main2. Hehehe...
tu la...ko silap...potong tali jam la kena buat betul2 sebab tali jam tak tumbuh balik....kulit orang bleh heal sendiri beb...huhuhu
Teringat pulak jam seiko diver kesayangan yang dah lama tak pakai. Esok nak pakai balik. Rindu pulak lepas baca artikel ni.
Narong.... tau pun. Hahaha.... Sekali silap potong tali takut terputus terus. Ekekeke...
Muzill, jangan!!!! Jangan tak pak
tali jam kalau keras rendam dalam air suam akan ok jadinya nanti
Ya. Betul bro. Rendam lama skit. Ada yg bgtau rendam dalam air yg menggelegak. Tapi aku tak pernah buat lagi. Tali jam tu pun aku tak pakai.
bro tumpang tanya
berapa harga tali original?
Harga tak tentu. Tengok kedai. Kebiasaannya dalam RM60. Boleh dapat lagi murah. Kena rajin cari skit.
bro saya nk cari tali jam skx007 ada sapa nk jual?saya nk rubber strap
Bro Masri Musa...
Cuba tanya Hassan Detik Dua Belas atau Amar Variasi Jam. Kemungkinan mereka ada stok.
Asslam nak tanya sikit..pada orang lama pasal tali jam ni
Di mana saya boleh dapatkan tali jam ni ya??
Adiirwarna
Minta maaf sy tak perasan komen ni dah lama. Tali jam ni boleh dapatkan di kedai jam. Namun tak semua kedai ada stok tali camni. Kena tanya kedai yang jual banyak Seiko. Kemungkinan ada.
Post a Comment