...itu merupakan tag line Doxa Sub yang sangat digeruni di lautan biru......

DOXA suatu nama yang cukup dikagumi... juga suatu nama yang tidak begitu disebut ramai. Tidak pelik jika ramai tidak mengetahui kewujudan jenama ini. Hanya mereka yang tahu saja, tahu akan kehebatan jenama ini. Penyu... bukanlah nama untuk jam ini.... Penyu (Turtle) adalah nama yang dipinjamkan dari model Seiko 6309-7040 Turtle/Suwa. Seiko yang suka memberi nama kepada anak-anaknya memberikan nama turtle kepada model ini berdasarkan bentuk casingnya itu. Namun bukanlah Seiko yang mengeluarkan cushion case ini, Doxa adalah pencetusnya dahulu....
Seperti gambar di iklan mereka, tahun 1889 merupakan tahun kelahiran syarikat Doxa S.A di atas muka bumi yang ditubuhkan oleh George Ducommun. Hanya melahirkan jam tangan, mereka lebih dikenali dengan jam diver berbanding model lain pada masa sekarang.
Sebenarnya kejayaan Rolex Submariner & Blancpain Fifty Fathoms telah memberikan laluan untuk Doxa serta jenama lain untuk turut serta memasuki kelab menyelam yang sebelum ini mereka hanya mengeluarkan jam dress.... Tahun 1967 telah menyaksikan Doxa bekerjasama dengan US divers co. untuk menggabungkan kepakaran menyelam dengan kepakaran dalam penghasilan jam tangan bagi menghasilkan suatu jam diver berkualiti tinggi dengan kehalusan seni sebuah jam tangan.

Doxa Sub 300T adalah model diver pertama keluaran Doxa pada tahun 1967 untuk bersaing dalam dunia diver. Keluaran model ini adalah seumpamanya di dunia pada ketika itu. Inovasi yang dibuat Doxa adalah suatu yang belum difikirkan oleh watchmaker lain. Ciri-ciri padanya adalah yang pertama & belum ada jam sepertinya sebelum ini. Nampaknya gabungan Doxa bersama US divers co. membuahkan hasil yang cukup bermakna dalam dunia horologi terutama sekali dalam arena di bawah air. Model Sub 300T pertama ini telah dihasilkan semula oleh Doxa dengan edisi terhad 1000 unit sahaja. Mereka yang ingin sekali merasai kehebatan Sub 300T pasti berebut-rebut untuk tidak melepaskan peluang sekali dalam seumur hidup ini. Rasanya kesemuanya sudah habis terjual.
Berikut adalah inovasi yang dihasilkan Doxa yang digabungkan dalam jam hebat ini:
- Pertama dalam penghasilan dail berwarna oren. Suatu inovasi yang cukup baik untuk jam pertama mereka & pertama di dunia. Kajian menunjukkan warna oren lebih menyerlah & lebih mudah untuk dilihat berbanding warna lain. Sesuatu yang membanggakan jika pada ketika itu memakai jam berwarna oren yang mana ia telah menjadi ikutan sehingga hari ini.
- Pertama dalam penghasilan bezel unidirectional yang memasukkan US Navy Air dive table for no-decompression dives telah pada bezel untuk membantu penyelam mengira waktu & kedalaman air ketika menyelam. Ia telah di patenkan oleh US patent office oleh Urs Eshle pada tahun 1968 dengan siri US350508.
- Pertama dalam penghasilan jam dalam pasaran awam dengan Helium Release Valve dengan model Conquistador. Pada tahun 1969 Rolex mencipta & memperkenalkan sistem valve ini & Doxa juga keluarkan jam dengan sistem ini pada tahun yang sama. Namun mengikut iklan & brochures dalam majalah Skin diver, Doxa adalah syarikat pertama yang memperkenalkan sistem ini dalam jam untuk pasaran awam.... yang pada ketika itu, Rolex hanya menjualnya kepada Commercial Diving Companies seperti COMEX. Sebab tu ada model Rolex yang mempunyai perkataan COMEX pada dail. Bukanlah syok-syok ja letak nama tu. Mesti ada sebab untuk sesuatu itu berlaku. Pada tahun 1972 dengan model Sea Dweller, barulah jam dengan Helium Escape Valve ini diperkenalkan kepada pasaran awam. Jenama lain yang turut memperkenalkan sistem ini dalam siri mereka adalah Omega dengan model Seamaster.
Ciri-ciri unik & pertama di dunia ini adalah keistimewaan yang tiada pada jenama lain. Suatu kelainan & istimewa jika memakainya di tangan & rasa sangat berbaloi jika memiliki Doxa Sub dalam koleksi.
Selain model diver, Doxa juga mengeluarkan model dress. Model dress mereka kini mudah di dapati di kebanyakan kedai & butik jam di sini. Siri diver adalah di bawah naungan US & agak terkejut juga apabila ramai mereka di luar negara yang tidak mengetahui kewujudan siri lain selain diver oleh Doxa. Mungkin kerana siri Doxa yang lain ini hanya untuk pasaran Asia... Ini kerana website antara diver & siri lain juga berbeza... Model diver iaitu Sub di pasaran kita sangatlah berlainan bagai langit & bumi... baik dari segi rupa, spec mahupun harganya. Sejarah mereka dengan lengkap boleh dibaca di web mereka itu.
Ini adalah website rasmi mereka:
- Doxa Watches (antarabangsa)
- Doxa In Asia (Asia)
Lihatlah perbezaan antara web rasmi mereka. Aku tak pasti kenapa wujudnya perbezaan samada model untuk pasaran mahupun web mereka ini.
Doxa menampilkan beberapa siri dalam line-up Sub:
- Sub 200T (untuk wanita)
- Sub 600T
- Sub 750T
- Sub 800T
- Sub 1000T
- Sub 5000T

Nilai pada setiap model itu 600, 750, 1000 & sebagainya itu bermaksud tahap selaman yang mampu dicapai untuk setiap jam itu. 5000T = 5000 meter.... Fuh!
Seperkara yang menarik mengenai Doxa Sub, bentuk & design yang ditawarkan untuk setiap siri mereka adalah sama. Tradisi ini tidak berubah sejak kelualan Sub pertama mereka hingga kini. Yang berbeza hanyalah saiznya saja. Bolehlah dikatakan Doxa untuk semua golongan. Semua orang boleh memilih jam yang sesuai untuk diri sendiri.
Selain siri yang ditawarkan ini, mereka juga turut memberi nama untuk setiap siri tersebut. Pecahan-pacahan nama ini bergantung kepada warna dail pula. Setiap model Sub mempunyai siri-siri ini.
Berikut adalah nama untuk setiap warna dail yang ditawarkan.
- Professional - dail oren
- Sharkhunter - dail hitam
- Searambler -dail silver (metallic)
- Caribbean - dail biru
- Divingstar - dail kuning
- Conquistador - jam dengan Helium Escape Valve
----------
Doxa Sub 1000T Professional
Project AWARE DOXA SUB Limited Edition
Project AWARE DOXA SUB Limited Edition

Project Aware merupakan suatu projek pemuliharaan & pemeliharaan alam bawah lautan biru. Sangat sesuai & kena jika Doxa masuk & turut serta dalam projek ini. Project Aware komited dalam melakukan beberapa perkara iaitu:
- Membersihkan dasar laut
- Pencegahan bahan buangan marin
- Pemeliharaan, pemantauan & mengumpul maklumat batu karang
- Pendidikan, penjagaan ikan jerung
- Meningkatkan serta memperbaiki pengurusan polisi & usaha pemeliharaan marin
- Environmental Training untuk Penyelam & Program Pendidikan untuk kanak-kanak yang bernilai USD$2390. Yang mana nilai kos itu adalah harga untuk model Doxa Sub 1000T Project Aware ini.



Casing dengan stainless steel 316L ini dibuat dengan cukup kukuh. Berdiameter 42.70mm (tidak termasuk crown) dengan ketebalan 14.60mm, ia merupakan suatu jam diver yang sesuai dengan ramai orang.
Rupanya itu sangat menarik perhatian kepada yang melihatnya. Bak kata pepatah Inggeris..... 'beauty is on the eye of the beholder'... Kecantikan itu sangat subjektif. Yang menilai juga tidak sama jawapannya. Apa yang dikecapi oleh orang lain, mungkin tidak dikecapi oleh yang lain. Tarikan yang ada padanya mampu membuatkan jiwa yang memandang tertoleh berulang kali. Andaian juga mungkin pelbagai yang tak terungkai dengan kata-kata. Eerrrr.... Um....... Tu.... Hmmmmm....
Bak kata pepatah Inggeris lagi.... 'don't judge a book by its cover'..... Janganlah terus menilai tanpa usul periksa.... tak kenal maka tak cinta.... Marilah kita berkenalan dengannya dengan lebih dekat.... manalah tahu akan timbul bibit-bibit cinta pula....

Tertera logo Project Aware yang jelas pada dail orennya itu.... memberikan makna yang jelas & betapa seriusnya Doxa dalam pemeliharaan khazanah lautan & menunjukkan juga mereka sangat komited dengan usaha yang dilakukan bersama-sama Project Aware.








-----------------------------
Doxa Sub vs Seiko Orange Monster
Ini tidak adil!!!!! Mungkin itu yang terpacul dari mulut-mulut.... gandingan mereka berdua ini sememangnya tidak adil. Bukanlah pemenang yang inginku cari tapi kedua-dua oren ini adalah ikon dari 2 kontinen yang berbeza.
Kedua-duanya mempunyai aura yang berbeza. Seperti yang diterangkan di atas, tiada satu jam pun yang mampu menyamai Doxa. Bukti amat terserlah pada warna dailnya sendiri.
Kedua-duanya mempunyai design yang unik & tersendiri. Design yang ditampilkan sangat memikat jiwa. Setiap mm kedua-dua jam ini dibina dengan cukup baik. Kedua-duanya mempunyai cermin yang cembung. Perbezaan terletak pada bahan yang digunakan padanya. Monster menggunakan cermin hardlex crystal yang tebal, manakala Sub adalah sapphire crystal setebal 3mm yang di letakkan coating anti-reflektif.
Warna oren dail tidak sama dengan tona yang jauh berbeza. Engraving nombor pada bezel kedua-duanya dibuat dengan kemas & putaran kedua-dua bezel juga mudah walaupun Seiko mempunyai binaan bezel & casing yang sungguh berbeza.









Doxa Sub adalah sala satu jam idaman.... perasaan dapat memegang & merasinya adalah suatu yang sangat bernilai buat diri ini. Kredit harus aku berikan kepada bro ex001 kerana menungkinkan ini berlaku. Terima kasih banyak bro...
Sejarah & keunikan yang dibawa Doxa Sub tidak dapat disangkal lagi. Ia sarat dengan pelbagai cerita yang ingin dikongsi bersama. Ia memang sukar untuk didapati & kesusahan untuk mendapatkannya itulah memberi erti yang cukup besar pada tuannya. Barulah dapat appreciate cerita yang terselindung di bawah warna oren & DOXA yang hebat alaf ini...
16 KOMEN ANDA:
Penyu dari Swiss telah tiba di bumi nyata.....
Doxa sub dia Oren latest model ada dijual dalam blog saya. Pelawat daripada blog duniajam dapat diskaun lebih sikit + hadiah misteri...
Wah... satu tawaran yg sangat menarik.
extension clasp dia mcm black wave laaa....
bila la nak dapat sebijik nih..???
Jom kita kumpul duit sama2.... hehehe... jam ni mmg antara idaman aku,.... Sub (Rolex & Doxa), Panerai... wahhhh...
3-3 jam yang dinyatakan Tuan Duniajam ada dijual tapi Pre-ownedlah. Kalau berminat, bagitaulah saje. Boleh bayar pakai credit card atau cheque.
Cun sgt tu.... insyaallah bila sampai masanya nanti.
the world’s first orange face dive watch,
often imitated..
...but never matched
hehehe. tag line yang buat org tido sambil lengan letak kat dahi. mencongak dan mengira-ngira budget.
Jam ni memang unik. Bentuknya yg klasik, bracelet yg lain dari yg lain, dwarf hour hand, NodeCo bezel dan paling penting, muka oren yg original. Pelengkap koleksi diver gua hehehehe
ADoi!! Bro DJ.. Cushion Case tu yang buat aku tak tahan ni. Hmmm... kumpul duit sampai ujung tahun ni pun belum tentu aku dapat beli jam ni. Rm400 X 10 bulan.. dapat la RM4000.. Wow!! kekeke!!!
Salah satu sebab aku suka jam ni pasal warn orennya tu. Moyang segala oren tu.... Hahaha...
RM400 sebulan kira banyak tu. Awal tahun depan ko boleh beli jam nih. Ekekeke...
harga baper wei...??? anggaran jek...bleh jadikan semangat untuk kumpul duit nihh...
DOXA ni lawa, tapi tak boleh pakai...
...harganya tak bagus!tu sebab aku tak bule pakai...huhuhu...
Dalam RM7k je bang. Hahaha.... Erk!
guullppp......perut aku dah tak sanggup nak telan meggi lagik nih...makan mi cintan la plak...tak pun indo mee
Beli doxa sub oren sub 200 pun jadilah... Tak payah makan maggi, cintan atau indomee. Boleh makan spaghetti..
Saya bagi kurang lagi RM50 buat pengunjung duniajam jadi dah kurang RM600. Courier pun free. Dapat hadiah misteri lagi. Mana nak cari...
Hah! Apa lagu tu kwn2. Byk gila dah diskaun tu. Hehehe...
Post a Comment