Monday, February 1, 2010

Panjangkan riwayat tali kulit jam anda

Tali kulit ada pelbagai jenis. Dari kulit halal, tak halal sampailah kulit hidupan-hidupan eksotik digunakan untuk dijadikan tali jam. Kualiti juga pelbagai. Dari serendah RM10 sampailah ribu pun ada dijual. Bila harga tali pun mahal, rasa sayang juga kalau tali tu cepat rosak. Kalau dah rosak, nak beli tali sama mestilah satu masalah jika kosnya mahal. Terpaksalah cari alternatif lain dengan tukar kepada tali yang murah. Jadi apa yang perlu dibuat? Usah gusar, penyelesaiannya mudah saja.... deployant buckle.


Ini adalah contoh deployant buckle yang aku gunakan pada Junkers aku. Nak beli tali original jam ni bukannya murah pula.


Deployant buckle adalah jawapan kepada masalah ini. Dengan buckle biasa, tali jam akan cepat putus di bahagian sambungan buckle. Buka, pasang tali ini akan membuatkan tali tersebut 'berbekas' & merosakkan bahagian itu akibat ia terlipat semasa kita nak membukanya dari buckle.


Ini adalah contoh deployant buckle yang ada pada jam-jam aku. Tali jam yang aku rasa mahal & sayang, aku pasang buckle jenis ini. Tali pun tak cepat rosak.


3 jenis deployant buckle dipaparkan dalam gambar 1. Gambar 2 adalah deployant buckle jenis butterfly. Mungkin push button padanya itu memberi namanya. Gambar 3 adalah jenis klip dengan 2 klip padanya. Gambar 4 pula adalah jenis single klip... jam ni siap didatangkan dengan buckle begini. Best!


Ini gambaran untuk menunjukkan mengapa buckle jenis ini dapat memanjangkan hayat tali jam. Tali jam tidak akan terlipat seperti penggunaan buckle biasa & ia dapat mengunci dengan kemas di tangan. Nak pakai pun senang & rasa unik. Rasa macam pakai jam dengan bracelet pula. Jam pun tak akan terjatuh... andai kata terlepas dari tangan semasa pakai/buka jam.


Butterfly buckle ini adalah dari Orient. Manalah aku nak cari tali ni kalau dah rosak... macam karbon buatan dia.


Deployant buckle ini dijual lebih kurang RM60 hingga RM100+. Apa salahnya beli satu & pasang pada tali jam kesayangan anda. Taklah asyik beli tali baru akibat putus/rosak. Kena rajin skit cari sebab tak banyak kedai jual. Selamat mencari....

16 KOMEN ANDA:

Narong said...

Akhirnya ko menyelesaikan masalah yg terbuku kat kepala aku...hahaha....ujung minggu nanti aku pi jelajah kedai jam beli segengam dua....

duniajam said...

Hahaha... cari wei... best pasang benda ni kat jam. Tali pun tak cepat rosak. 'Feeling' nak pakai tu yang paling best tu. Very emotional.... Pergh!

Suka Jam said...

Ni le salah satu sebab aku cari jam yang pakai bracelet & rubber strap jerk. Kalau terbeli pun jam pakai tali leather, aku pakai sekali sekala jer.. keh3!! Tp ni alternative yang baik bagi yang menggemari tali leather..

duniajam said...

Ya. Memang betul tu. Tali jam yg aku sayang aku pasang bukcle ni. Ni lepas dengar nasihat otai jam aku.

duniajam said...

Kalau jam diver, aku lebih suka bracelet dari tali getah. Kalau pakai tali getah, disebabkan tangan aku comel.... 'lidah' tali tu terlebih terjulur. Pakai dia rasa macam dok jelir kat orang ja.

Narong said...

aku plak mmg suka tali getah kalau pakai diver nih...bracelet berat weii...

duniajam said...

Pakai tali getah boh buckle tu... Pergh!!!

Doc, ake demam la hari ni. Minta MC seminggu...

ayisy said...

Wah! Bagus gak ada benda nih. Tapi lagi bagus kalau ada untuk tali getah. Sebab sy punyer jam yg tali getah memang senang putus. Nasib baik tali jam G-Shock sy tak putus lagi walaupun dah 3 tahun lebih. Kalau putus naya la nak cari sparepart.

Sy kalau pakai G-Shock yg besar (Mudman) mmg lidah tali tu terjulur menjelir jek. Rasa tak best. Kalau ada bracelet utk G-Shock kan bagus... Huhu.

duniajam said...

Aku nak casi G-Shock yg pakai bracelet. Tapi mahal sangat lak. RM1k+. Aduu.... Murah skit, angkat protrek. Bracelet gak.

Narong said...

cittt...demam sket dah nak merengek....rotan kangg.....huhuhuh

skang nih tali getah klon untuk diver byk yg kualitinya bagus2 laaa...dah mcm yg ori beb....idup tali getahhh....

duniajam said...

Demam teruk ni bro. Suhu badan siap naik. 37.8'C oooo... Hahaha... Alhamdulillah, hari ni dah ok skit. Semalam teruk. Rasa macam nak pecah kepala je sakit tu

Aku ada 2 tali getah Z22. Satu ori, satu aftermarket. Tak pakai pun. Nanti nak pasang bila boring dengan bracelet. Tapi 'lidah' dia tu suka jelir kat orang.....

Coach Umi Ukiyah said...

Salam abg duniajam, tlg la bgtau kedai mane yg bole psg deployant buckle ni. saye dah puas carik mostly kdi xde jual sparepart tu. saye area damansara...

duniajam said...

Salam Chi-Q....

Sy tak tau nak cadangkan kedai mana yg ada jual deployant buckle tu. Sy beli di internet buckle tu. Ada juga kwn beli di kedai. Tp payah jumpa kedai yg jual. Memandangkan sy dok di utara, sy minta maaf byk2 kerana tak tahu kedai mana yg menjualnya.....

Tapi kalau nak, sy ada lebih buckle tu. Boleh beli dr sy. Saiz utk jam bertali 18mm.

Coach Umi Ukiyah said...

Berapa harge abg jual? saiz tali sye ni pon 18mm. Bole masuk x buckle tu? sbb jam sye ni Alain Delon ad319-2317(3691 WDSNI). Nk cri kat tenet gmbr die x jumpe

duniajam said...

Chi-Q...


Email sy... kita bincang dlm email.

Unknown said...

Saya nak tumpang tanya. Guess servis centre kat mana di malaysia ni