CABANE de ZUCCA adalah suatu lebel design di Jepun dalam lebel kumpulan Issey Miyake. Okira Onozuka merupakan pengasas untuk nama ini & merupakan seorang designer terkenal di sana. Mereka menawarkan beberapa jam tangan fesyen yang menarik termasuklah Eye Patch.
Jam ini dihasilkan oleh Seiko untuk Cabane de Zucca..... suatu design yang pelik & tak pernah dibuat mereka.
Crown tersimpan di dalam casing. Tak pasti samada casingnya itu stainless steel atau plastik ataupun gabungan kedua-duanya. Aku rasa gabungan kedua-duanya.... boleh nampak sedikit tulisan pada caseback di gambar bawah.
Seperti model Seiko 5, caseback mempunyai exibition glass yang menampakkan enjin. Boleh nampak sedikit engraving stainless steel/plastik. Dashboard... mungkin itu nama untuk model ini.
Pelik & unik... suatu gabungan yang jarang berlaku untuk jam bernama Seiko. Janganlah tak boleh tidur malam kerana jam ini tidak akan didapati dalam pasaran kita.
(Terima kasih kepada bro Ahmad Norman)
ps: review ringkas sempena hari demamku...
7 KOMEN ANDA:
7S26, 21jewels
typical mvmnt dlm seiko5, date&day. ble jumpa dlm basic seiko diver.
7S36, 23jewels
typical mvmnt dlm seiko5 sport (up 1level berbanding std seiko5)
org kata 7S26 & 7S36 ni xbyk beza, cuma kt 7S36 ni ada + jewels.
aku pn xtau fungsi jewels ni..
aku tgk jam ni cm fesyen je?
Aku tak pernah compare lak enjin dua2 tu. Tapi aku rasa ada beza skit dari segi saiz saiz. 7S36 beso skit.
Kalau enjin bellmatic, 17 jewels, 21 jewels, 27 jewels... tiga2 enjin ni sama saja. Hanya berbeza jewels saja.
Jam ni memang jam fesyen. Pereka dia pun designer fesyen.
Jewels tu berguna untuk memberi ketepatan pergerakan jam ke bro? Tapi ada gak jam cthnya titoni, sampai 50 & 99 jewels bro.. Tak pasti sgt la pasal jewels2 ni.. Janji jam aku dpt menyelam sambil minum ayaq.. uhuks!!
Jewel ni berfungsi macam shock absorber. Dia serap gegaran dari pergerakan komponen. Lagi banyak jewels lagi baik. Tapi terlalu banyak jewels tak tentu pasal pun tak guna gak.
Aku rasa jewels titoni tu tak sebanyak tu kot. Mungkin hanya namanya saja. Contohnya Titus..... aku lupa la plak jewels dia berapa puluh. Jewels dia tak banyak tu pun. Hanya nama saja.
bukan nama je,jumlah jewel tu memang seperti yang ditulis di dail...aku ada cuba bukak satu enjin jam swiss 80 jewels dulu,memang ada 80 bijik,tapi yang di pasang di tempat yang sepatutnya tak sampai 30 bijik,yang selebihnya di tempat2 yang tak memberi apa2 kesan pada jam...contohnya di rotor,sekeliling gear...gempak je lebih tu...
Salam semua,
Saya ada tulis artikel pasal kegunaan jewels dalam jam dan mengenai jam yang ada 100 jewels watch dan incabloc. Layari http://irhomdeys.blogspot.com/2009/04/apa-itu-incabloc-ditanda-di-jam-tangan.html
Terima kasih
Syed
O... ingatkan nama je. Tu la yg dikatakan bilangan jewels yang terlalu banyak, tak manusabah. Boh kat tempat yg tak sepatutnya macam dlm artikel tuan Syed.
Mungkin jumlah yang banyak tu hanya salah satu cara markerting ja kot. Hmmm...
Tq
Post a Comment