Sunday, February 21, 2010

Perjumpaan DJ dengan geng jam Perlis


Perjumpaan kali kedua dibuat secara mengejut pada Jumaat lepas (19/02/2010). Last minute aku dijemput untuk menyertai otai-otai jam di Perlis. Perjumpaan kali ni memperkenalkan aku dengan 2 orang otai jam baru & sorang kawan yang telah berpindah ke Lembang Klang. Terima kasih bro Man kerana sanggup berjumpa kami.

Banyak jam dihidangkan atas meja. Hampir keseluruhannya adalah jam vintage Swiss. ada di antaranya aku tak pernah tengok. Itu yang seronok bila buat perjumpaan macam ni. Banyak model-model lama yang belum pernah tengok dipertontonkan oleh kawan-kawan lain.


Aku tak tau yang ada ramai kawan di sini. Aku cuma bawa Seiko Actus, Bellmatic & Mako saja. Dalam semua yang ada itulah jam yang terbaru atas meja. Nun jauh di sana sebelah Mako adalah Epos Heure Sautante yang cukup anggun. Hampir saja masuk blog untuk jualan, namun menarik diri di saat akhir setelah tuannya memberikan seluar baru padanya. Sangar sesuai & menjadi lebih anggun dari tali lamanya.


Beberapa model aku belum pernah tengok lagi. Kondisi jam yang ada juga baik.


Camy Digital. Rare & unik. Aku suka cara pergerakan nombor saatnya itu.


Zenith. Jam ni baru saja dibeli oleh tuannya. Casing jam cembung di bahagian atas saja. Keadaan jam sangat memuaskan


Paul Buhre. Suatu jenama yang rare. Casingnya yang bulat itu terselit crown 'di dalamnya'. Yang menarik perhatian aku ialah jam ni di datangkan dengan power reserve.


Seiko 6138 square. Rare ni. Kondisi jam ni sangatlah memuaskan hati. Keseluruhan jam sangat sempurna. Jarum subdail berfungsi dengan baik & dapat kembali ke pukul 12 apabila reset.


Cyma military chronometer. Cantik betul jam ni. Lug jam ni adalah jenis fixed.


Tak pasti jenama apa. Tak mampu nak mengeja & merekacipta namanya tu. Model chrono ini perlu diperbaiki. Keadaalah jam nampak keseluruhannya berwarna perang. Semuanya nampak sekali termasuklah jari-jemariku itu.


Pocket watch.... ada fungsi stopwatch. Gempak! Cerminnya terkeluar. Namun keadaan jam lama ini masih memuaskan.


Omega Seamaster. Bond.... James Bond.... Tapi ini bukanlah model Bond itu. Idamanku... Tunggu reviewnya....


Ingatkan itu saja yang ada.... rupa-rupanya salah sorang otai ada surprise untuk kami... dia keluarkan 3 jam Rolex ini. Ketiga-tiganya untuk dijual. Kiri sekali tu telah di booked. RM4k+. Dalam ketiga-tiganya, jam tu paling aku suka. Rolex Oyster Royal (tengah) RM3k+ & Rolex Datejust (kanan) RM7k. Hmm...


Ingatkan dah habis.... ada lagi rupanya.... Bahagian atas dihiasi dengan model Omega. Kesemuanya unik samada dari segi design mahupun jenamanya.


Tanpaku sedari ada paparazi snap gambar aku. Wah! Kena beli gambar nih....


Omega Seamaster rosegold ini aku berkenan. Designnya sangat cantik & keadaannya sangat memuaskan.


Titoni Cosmo 88 mempunyai iras seperti Omega Dynamic. Bolehlah dikatakan homage kepada Dynamic. Takku sangka, Omega De Ville itu menggunakan enjin automatik. Ingatkan kunci. Tak mampu aku banyangkan betapa halusnya komponen enjinnya. Menurut tuannya, tak ramai tukang jam sanggup repair sebab komponen sangat halus.


Sebelah kanan tu jenama Zila. Tak pernah dengar lagi jenama tu. Bentuknya tak menarik minat aku pun... tapi bila pusing tengok caseback....


... terpampang dengan besar sekali nama Jarnail Singh. Ini adalah edisi Jarnail Singh dengan emas 14k pada casingnya.


Sebelah kiri itu juga adalah Zila. Bentuk casing hampir sama dengan tadi. Namun ia bukanlah edisi seperti tadi.


Dua-dua model chrono ini menarik perhatian aku. Pada zaman itu, hampir ke semua model chrono mempunyai rupa begini. Mau tak sama, enjinnya pun sama. Hanya jenama & saiznya saja yang berbeza.

Perjumpaan yang singkat ini menemukan aku dengan kawan baru & dapat juga melihat sendiri keindahan jam vintage yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Hubungan sillaturrahim yang telah lama terpisah kini ditemukan kembali & jalinan persahabatan dengan yang sudah kenal menjadi lebih utuh & salam perkenalan dengan sahabat jam baru...

Insyaallah kalau ada rezeki & kesempatan, DJ akan merantau ke selatan bertemu dengan sahabat jam di sana pula...

23 KOMEN ANDA:

Narong said...

pehh...en jarnail singh punya jam pun ada...huhu (saper2 yg nak berkenalan-bleh pi google nama beliau)

semua jam zaman perang tuh beb....susah dah nak jumpa....tapi mcm berkenan dgn seamaster tu la plak...hehehe

duniajam said...

Tu wa. Lawa plak Seamaster tu. Aku & bro ex001 pun berkenan tengok. Rega RM1.8k

timur said...

Ish hebat-hebat koleksi atas meja tu... Ish tak boleh jadi! kalau aku ada situ pasti aku KO semua dengan model aku yang korang tak pernah nampak! Tuan Syed yg beratusan koleksi tu pun tak pernah nampak...

duniajam said...

Haha... kita buat perjumpaan satu Malaya mesti gempak. Pasti jam2 yg pelik2 nanti akan keluar. Koleksi aku biasa ja. Takda yg menarik. Tinggal pun tak banyak dah... lai-lai 3 rm10....

Narong said...

nak tolak 1.8 k ke ??? ko punya statement nih menyebabkan aku tak keruan laaa...adduusss

duniajam said...

Ya. Tapi aku tak sampai terasa nak beli lagi. Pasal aku lebih minat Seamaster baru dari vintage. Lom sampai masa lagi untuk aku cari jam2 vintage yg rare nih. Lom terasa ke situ lagi... Ehehe...

gyan MD said...

ishhkk..

rasa berkenan la pulak dkt omega semaster nih..
camana nak buat yer..? kang x lena tido nih..

gyan MD said...

tuan,

camana nak kontek owner rolex tu tuan? ada sedikit pertanyaan yg bermain di fikiran ni laa tuan.. minta tolong yer tuan.

t/kasih

JACK' TREASURE CHEST said...

Hassan, jenama zila tu sy dah tau lama. Dlm kotak2 kasut saya byk jam yang jenamanya tak pernah dgr. Kalau buat pertemuan semalaysia boleh saya bawak kuar hehehe. Dalam byk2 jam tu, saya suka power reserved Paul Buhre (terkenal di zaman tsar Russia sbg Pavel Bure)saya ada dua, 14KGF manual dan Automatic. Sdr Asmar, anjurlah pertmeuan utk seMalaysia lak.... please

duniajam said...

Seamaster yg nak jual tu yg vintage ye... bukan yg baru tu... Ekekeke... Rolex & Omega tu boleh kontek tuannya En. Sanusi... 012-5619666.

Seamaster baru tu... rasanya bukan untuk dijual. Tuannya dah labur banyak wang untuknya.


Tuan Syed,
Insyaallah sampai masanya nanti kita buat pertemuan nih. Alang2 buat kat KL biar ramai terus. Kena cari tempat yg sesuai untuk pertemuan nih. Tempat yg kami buat ni terlalu open. Semua orang tengok. Tak syok gak nak letak jam banyak atas meja. Ramai ja mata-mata yang memerhati. Kalau tertarik tengok pasal minat takpa... takot tertarik untuk 'menariknya' terus tu yg takot. Huhuhu...

gyan MD said...

salam terima kasih tuan.
terima kasih.

ex001 said...

Tak tau pulak nak ada gtg ptg tu. tu yg jam tak byk keluar. Saudara Man pun bwk yg dia baru ambik ja. kalau dia bwk koleksi dia yg betul mau kena sambung 4 meja. zenith saja dah 4 bayangkanlah.

seamaster tu buleh letgo kalau kena harganya bro.

hehehe

duniajam said...

Banyak sungguh kalau gitu. Boleh buka kedai jam kalau camtu. Ehehehe...

Wah... tuan Seamaster nak jual gak rupanya. Boleh runding kpd sesiapa yg berminat. ekekeke...

Jay muzill said...

Sdr Asmar,

Awat tak habaq? Laaa...oghang Peghak pun bulih tughun pi Peghelih sama..seketui dua insyallah, bulih kandaq pi punye.

Orait gak kalau dah Tuan Syed bagi greenlight...jom ghamei-ghamei kite yong pi kay ell.

duniajam said...

Insyaallah... nanti kita jumpa ramai2 kat key ell. Mesti meriah hendaknya...

timur said...

Apa nama perjumpaan tu kelak? aku cadangkan kita buat le t-shirt/cap special buat kenang-kenangan...amacam?

Suka Jam said...

Bro Timur.. Aku nak gak t-shirt, walaupun aku tak dpt pegi.. haha!!

duniajam said...

Kena buat banyak perancangan. Kena lantik beberapa org jadi AJK. Buat sama2 ok skit. Nanti kita cari masa yang sesuai.

timur said...

T-shirt ko jgn risau, kalu abis aku ganti pagoda putih tu...

Tak payah rancang penat2... kita sambung2 meja je kat mamak stall... Masa ku ngan narong buat 'pamera kat alfa maju tu 3 biji jam laris macam cempedak goreng!..jam ben 10 laaa

duniajam said...

Korang boleh la dekat. Aku ni jauh nun di sana. Hahaha... Bila ramai sgt aku rasa mamak stall kurang sesuai. Ramai sangat orang dok tengok. Takot penyangak aim ja.

Kalau restoran tu ada bilik, kita sewa bilik dia untuk lebih privacy. Kutip duit ramai (sapa yg nak join), kita sewa bilik. Tertutup & ada privacy skit. Tak le takot jam ilang kena kebas kalau bukan ahli datang dok pegang2. Kalau ramai sgt, tak sempat mata kita nak jaga jam2 atas meja tu. Ni pendapat aku le. Kuikuikui...

duniajam said...

Segan lak aku kalau jumpa nanti. Koleksi aku jam2 biasa je. Takda yg menarik pun. Casio, Timex, Q&Q... Kawan2 lain semua gempak-gempak.... Kecilnya diriku ini... Huhuhuhu....

Suka Jam said...

Sama la.. Kita masih bergelumang dgn jam Seiko Diver je sekarang ni. Rolex, Omega, Tag Heuer? jauh lagi.. uhuks!!

duniajam said...

Tadi masuk kedai jam mahal... takat tengok je la jam2 sampai RM15k. Belum nampak lagi jam2 dress sampai 15k tu. Dok nampak Submariner je...