3 rangkaian model Seiko SKZ ini adalah model terbaru diver untuk 2010. Model ini pernah diberitahu oleh seorang seller di Penang akan masuk ke kedainya hujung tahun lepas. Namun, beberapa kali aku ke kedainya, model ini belum sampai lagi. Gambar-gambar ini adalah ehsan dari bro Hassan Detikduabelas.
Model ini didatangkan dengan 3 siri dengan kombinasi warna yang berlainan. Tiada maklumat lanjut atau spec yang aku dapat mengenai jam ni.
Pertama kali melihatnya terus mengaitkannya dengan Casio Gold Label. Warna keemasan pada bezelnya itu seperti jam dress. Jika Seiko 4R15 gabungan diver + pilot. Jam ni aku nampak seperti gabungan diver + dress. Ini mata aku la....
Kalau terjumpa ingin sekali aku membeleknya. Dengar cerita, harga jam ni lebih kurang RM1.2k di pasaran.
17 KOMEN ANDA:
Jarum jam ni nampak garang
Apa susah - susah nak cari. Kebetulan petang tadi saya post satu posting pasal jam diver terbaru ni. Kalau kat europe harga jualan € 399. saya jual murah murah boleh diskaun lagi. Penghantaran di malaysia pun percuma.
ergh...bling2 nih..
nampak menarik..
tahu tak agak agak berapa diameter jam nie
kalau 1.2k harga yang boleh tahan la
memang menarik
Aku tak pernah tengok live. Tapi tengok gambar tu memang garang. Kurang minat yg gold... lain tu ok.
Rasanya saiz dia 44mm.
jarun minit n jam mcm sumo daaaa....
Bukan saja setakat macam Sumo... memang jarum Sumo pun. Aha.... Jarum saat sama ngan Monster, Samurai & Dilot...
Adoi, nape la jam diver akhir2 ni ada bling2? huhu!!
macam kenat tgn tu...
hmmm... sapa ya? Ekekeke...
Trend jam sekarang memang bling -bling. Kalau biasa beli majalah jam terbaru macam World of Watches, Revolution, The Time (the Peak) dan Watch Annual 2010 memang boleh nampak trend masa kini; bling-bling.
Rasanya trend skrg bertukar bling bling... Kot la. Dulu & sekarang ni semua jam beso gedabak. Kalau jam terlalu gedabak, tak minat lak... tolak Moscow Classic Amphibian... besaq tapi aku suka... Ekekeke....
Aku dah tengok jam ni tadi kat Queensbay Mall Penang... Hmmm... kureng menarik minat akulah.... satu lagi aku dah ada jam dengan enjin 7S26.... buat aku lagi tak minat....
pakai 7s26 ker ??? alamak...potong daaaaa...mcm skx bond aku jekkk..kurg2 pakai la 4r....
Bukan 7S26, tapi 7S36... sori... silap... enjin ni kan biasa pakai kat jam2 lain. Enjin tu dok pakai kat Seiko5 sport.
Salah satu sebab skrg ni aku lebih cerewet beli jam disebabkan enjin dia. Cam Seiko, enjin yg sama banyak pakai jam yg berlainan. Kelainan cuma pada casingnya saja. Jantungnya sama. Itu yg aku cuba elak. Sebab aku bukanlah banyak duit sangat nak beli jam. Aku nak kelainan kat setiap koleksi aku.
Salam, bro Dunia Jam.
Sebenarnya jam Seiko Superior 7s36 nie bukan jenis diver, tetapi jamtangan bereka spory (sports watch).
Saya baru membelek model yg berwarna coklat (dgn strap silicone berwarna sama) dan harga bersih adalah di sekitar RM680, lepas diskaun.
Kesemua "index marker" serta nombor "12" dan "6" bercahaya di dalam gelap. Jarum jam dan minit dipinjam dari siri SBDC001/003 (Sumo) kecuali jarum saat.
Saya dimaklumkan bahawa dengan adanya model Superior 7s36 premium serta model berkaliber 4R15/4R16 akan berakhirnya siri Seiko 5 dan Seiko 5 Sports. Model Seiko 5 Superior sudah lama lupus dari pasaran.
Kalau berita ini betul, bermakna jam Seiko automatik yang di bawah paras RM600 akan lenyap.
Harap maklum.
Salam bro quartzimodo,
Terima kasih atas maklumat. Hari tu masa tengok jam ni,tak belek betul-betul.
Kiranya lepasni, Seiko 5 & Seiko 5 Sport akan menjadi jam penghabisan stok. Elok sangatlah kepada kawan-kawan nak memilikinya sebelum hilang dari pasaran.
Kalau gitu, harga Seiko lepas ni akan lebih mahal dari sekaranglah. Wah... suatu yang tak seronok plak mendengarnya....
Post a Comment