Monday, February 8, 2010

Hampir 20 tahun koma..... kini kembali bernyawa...

Hari ni aku cuti. Tiba-tiba pula terasa nak buat sesuatu. Suatu benda yang dah lama aku rancang nak buat. Apa yang aku buat ni hanyalah suatu percubaan. Jam Boy London hampir 20 tahun tersimpan dalam koleksi.... jam yang telah lama tidak digunakan ini, aku cuba untuk memberi nafas baru kepadanya.... Masa aku mula buat blog, jam ini adalah jam pertama aku belajar buat review. Boleh baca lanjut di sini.


Keadaan jam masih memuaskan walaupun casing jam ini bukanlah diperbuat dari stainless steel. Aku masih tak sangka yang aku masih menyimpannya dengan elok. Casing tiada calar, hanya mengalami pengoksiadaan yang sedikit. Namun hanya cermin saja yang mempunyai calar, itu pun hanya segaris.


Keseluruhan jam masih keadaan asal tanpa apa-apa perubahan dibuat kepadanya. Jam ini bukanlah model originalnya. Ini adalah jam yang dibeli di pasar malam kampung aku suatu ketika dahulu. Waktu tu, nak beli jam original bukanlah suatu yang mudah & pada ketika tu, aku tak tahu pun sebenarnya jenama Boy London ini adalah suatu lebel dalam dunia fesyen & memang ada model jam ni yang original.


Caseback masih elok walaupun casing belakangnya telah mengalami pengoksidaan. Namun, keadaannya tidaklah teruk sangat.


Keluar tengahhari tadi, pergi pos jam untuk bro Pang di Labuan. Lepas beli makanan aku ke kedai beli bateri baru untuk jam nostalgia aku ini...


Tak sangka percubaan aku ni mengejutkan aku... Jam Boy London yang telah lama tersimpan, kini kembali bernyawa. Hahaha...


Video ini mencatatkan segalanya....

Selama ini pun aku hanya mengagak jam ni tidak rosak, tapi hanya kehabisan bateri. Dari kecil lagi aku dah mula menyayangi sesuatu yang pada aku berharga pada waktu tu. Mungkin sebab tu sampai sekarang masih elok.


Bila tenung, baru perasan.... enjin buatan Thailand ini menggunakan komponen dari Swiss. Boleh tengok pada tandanya itu. Tak pastilah betul ke tak tu... Kalau betul pun apa salahnya, jam ni pun dah kembali bergerak.

Jam = RM?????
Bateri = RM6
Minyak motor = 2 kupang kot....
Kos keseluruhan= PRICELESS!!!


Aku dah lupa sebenarnya bila aku beli jam ni. Mungkin masa aku 13 tahun atau sebelum tu lagi. Banyak kenangan bersamanya & memakainya kembali dapat mengimbau sejarah bersamanya & fonomena lebel Boy London ketika itu... Wujudnya jam ini ditangan membuatkan hati ini diselubungi perasaan ceria. Dengan umur aku & design jam ni... rasanya sudah tidak sesuai untuk aku memakainya lagi. Mahu pengsan staff aku nanti. Muahahahaha.... Rasanya namanya itu kena tukar menjadi Men London...



17 KOMEN ANDA:

ex001 said...

tukar jadi Gay Boy pun ok kot???? hai u hensem la buleh bkenalan muhahahahaha!!!!

duniajam said...

Oh tidakkkk!!!!!! Tetiba lak rasa geli...

ayisy said...

huhu. Untungnya ada lagi simpan jam masa kecil-kecil. Aku punyer entah mana hilang. Sayang betul...

duniajam said...

Aku tak pernah tengok live jam original dia. Satu lagi jenama aku cari... Storm of London. Jenama ni keluar masa aku di sekolah menengah. Harga jam ori tak mahal pun masa tu. Tak sampai RM200. Jam cukup stylo & grunch. Sayang... masa tu aku takda duit... Sekolah lagi ma....

jam otai said...

Jam mengandungi berjuta makna....
Hanya pemakainya tahu maknanya...
itupun bagi yang bukan hanya memakai untuk sekadar hiasan saja..

duniajam said...

Betui tu bro. Setiap jam ada sejarahnya & ada ceritanya yang tersendiri. Sejuta makna terselit dengan kecantikan yang pemiliknya saja yang tahu.

JACK' TREASURE CHEST said...

Asmar, pakai le masa shopping kat OU, Pyramid, KLCC, The Mall etc mesti byk Gay Boy jeling-jeling wakaka

Narong said...

best ar ko ada jam nostalgia....

jam aku masa kecik2 semua ntah kemana...masa tuh mmg aku tak minat jam pun....letak pun sepah2 kat umah....

duniajam said...

Tuan Syed... lagi la tak berani. Takat sekarang pun pernah kena kejar dgn gay tua kat Klang. Kecut betul masa tu. Hahaha... Nanti nak try pakai tgk... nak reaksi orang. Wakakaka...

Narong... aku masih simpan jam2 masa aku pakai kecik2 dulu walaupun jam tu dah tak boleh pakai. Ada satu lagi jam aku tak cuba tukar bateri. Aku pakai masa darjah 5 dulu.... tahun 1991. Hahaha..

Suka Jam said...

Jam aku kecik-kecik dulu pun dah tak tau kat ner dah la ni. Dulu pakai casio yang ada lampu led tuh. Dapat tengok masa kalau gelap. Nostalgia betul jam-jam kita kecik2 dulu ni hek?

duniajam said...

Tu la. Tu yg aku cari balik Casio Databank tu. Jumpa gak NOS. Ekekeke... Lampu LED dia yg tak tahan tu. Ehehehe..

Anonymous said...

dulu aku ade casio digital yg pakai solar..plastik punya.
tp skrg dh xble jumpa yg plastik..
yg besi byk jual kt haniffa jln msjd india..
aku xske digital watch yg metal..

skp psl boylondon, dulu adik aku ada 1.
dia punya face ble berubah ikut temperature: panas kaler lain, sejuk kaler lain..canggih wohohoho
tp cte pn xgune sbb dh hilang~

JACK' TREASURE CHEST said...

SAYA MASIH ADA LAGI JAM TIMEX LCD MASA BELAJOR KAT U DULU TAHUN 1977, MASIH BERFUNGSI DENGAN BAIK. JAM PAKAI BATERI NI, KENA SELALU JAGA BATERI DIA, KALAU DAH MAMPOS KENA TUKAR CEPAT2 KALAU TIDAK DIA LEAKED NANTI CIRCUIT ROSAK! CARA TERBAIK KALAU TAK NAK PAKAI, BUANG BATERI DIA, BILA NAK PAKAI PASANG BALIK. SDR ASMAR TAHUN 1991 DARJAH LIMA (11 TAHUN) SAYA DAH GRADUATE DAN KERJA 12 TAHUN MASA TU...SO PANGGIL SAYA PAKCIK LE HEHEHE

duniajam said...

Ada satu lagi jam pakai masa darjah 5, Laterier. Jam ni boleh tukar casing ikut mood. Nanti nak try tukar bateri tengok...

Tuan Syed... err.. pakcik... ekekeke... boleh geng dgn abah saya.

ex001 said...

salam pakcik Tuan syed... kalau 1977 dah masuk U, saya baru lahir. Memang otai, ilmu penuh di dada. Kami baru nak belajar.

Narong said...

1977...parents aku mesti tgh dating kat Asia Jaya PJ time tuhh...huhuhu...baru nak kenal hati budi...

duniajam said...

Hahaha... Boleh tau tu... Ekekeke.... 1977 aku buat apa eh? O.. aku takda lagi.... muamuamua....