Monday, March 1, 2010

Apa yang anda perlu tahu tentang Sumo

Sumo! Sapa yang tak kenal dengan Sumo.... suatu jam idaman ramai & ramai pemilik sukakannya di serata dunia. Rating terbaik diberikan padanya & memberikan reputasi yang terbaik padanya. Namun dalam semua yang baik itu, terselit perkara yang tidak enak sebenarnya.... Walaupun begitu, ia tetap memberikan aura yang cukup hebat sampaikan ramai yang tergila-gilakannya.

Penangan Sumo yang luar biasa ini semakin besar apabila ia hanya di jual di Jepun sebagai Japan Domestic Market. Alangkah kecewanya kita kerana terdapat banyak sekali model-model hebat JDM yang tiada di pasaran kita mahupun mana-mana di dunia. Namun ada beberapa web yang menjualnya seperti Seiyajapan & Higuchi, yang boleh dipercayai & mendapat rating yang tinggi sebagai penjual Seiko online terbaik dunia. Kita masih boleh mendapatkan jam-jam JDM idaman dari mereka yang jauh lebih murah dari yang dijual di sini (ada juga beberapa model yang terlepas masuk ke sini dijual hanya oleh beberapa kedai saja di Malaysia). Contohnya, jika Sumo di sini dijual RM2.9k, mereka menjualnya lebih kurang RM2k.

Seperti review aku yang lepas, terdapat beberapa flaw (kekurangan) yang aku dapati pada jam ini. Suatu yang aku tak jangkakan pun sebenarnya pada Seiko kerana belum pernah aku jumpa pada mana-mana Seiko yang aku beli.... tambah-tambah pula ia adalah JDM. Boleh baca dengan secara lanjut dalam blog Quartzimodo pasal flaw jam ni. Rasanya tak perlu aku review lagi memandangkan aku dah pun review & Quartzimodo dah kupas dengan lengkap. Cuma aku nak highlight apa yang aku dapati pada Sumo aku. Bukanlah nak menjatuhkan semangat anda yang berkobar-kobar mandapatkannya, cuma nak sampaikan apa yang patut aku beritahu agar anda boleh ambil langkah yang perlu sebelum mendapatkannya.


Mula-mula aku ingat memang sengaja Seiko buat tarikhnya itu tak center di tengah-tengah indicator tu. Ianya 'ternaik' sedikit hampir menyentuh paras indicator tu. Bila baca review & komen-komen, barulah tahu ianya adalah 'masalah' yang turut terjadi kepada pemilik lain.


Selain itu, indeks tengah bezel jam aku tak dapat ditetapkan betul-betul di tengah. Ianya 'lari' sedikit ke tepi. Mungkin ini kesilapan semasa memasang insert bezel tu. Kualiti jam itu sendiri aku tak pertikai sebab buatan jam memang berkualiti tinggi, cumanya kualiti kontrol semasa memasang jam ini yang aku pertikai. Sepatutnya tidak terjadi masalah ini pada jam JDM. Adakah ia sengaja buat pada Sumo? Aku pun tak pasti...


Komen lain ialah pada saiz lug yg cuma 20mm. Ramai yang cadangkan 22mm terbaik untuk casingnya yang besar itu. Selain tu, end link bracelet tak rapat (fit) dengan lug. Ada sedikit ruang. Yang komen tu plak, owner sendiri. Walaupun begitu, ramai owner sukakannya disebalik kekurangan ini termasuklah aku.


Masalah lain yang diketengahkan ialah crown. Crownnya dikatakan ada yang tidak dapat engage dengan enjin. Enjin tiada masalah langsung sebab tiada masalah dengar dari model lain yang guna enjin 6R15. Hanya dengan crown Sumo masalah ini terjadi. Cuma crownnya saja kadang-kala tak dapat wind bila dipusing. Setakat ini, jam aku takda masalah ni. Harap-harap pun memang takda masalah la...


Braceletnya yang kurus itu aku buka & cuba nak padankan dengan tali kulit ni. Beli dah lama, cuma tak pernah guna. Nak tengok macammana rupanya dengan tali kulit.


Jam tampak kurus, dengan casing besar tu. Tapi nampak macam ok juga. Hari ni seharian aku pakai jam ni sempena sahut cabaran bro Timur. Best pula aku tengok.


Nampak berlainan & eksklusif dengan seluar baru ni. Setakat ini, ramai owner Sumo tidak membuat apa-apa perubahan pada badannya. Hanya setakat tukar tali saja. Ramai yang sukakan & sayang akan rupa Sumo yg unik ini.


Seperti dalam blog quartzimodo, Sumo adalah jam yang besar. Boleh tengok gandingan quartzimodo buat dengan model Seiko lain. Memang cukup besar. Tak sesuai untuk mereka yang tidak suka jam bersaiz besar. Sedikit kelainan timbul dengan tali baru ni. Aku sukakannya & tak terasa nak buat apa-apa perubahan langsung padanya. Walaupun begitu, aku lebih suka jam diver dengan bracelet berbanding tali getah.

Ini cadangan yang dikemukakan oleh bro Zulkanain:
  • Sebelum beli, email kepada Seiyajapan atau Higuchi tanya & beritahu akan masalah ini agar mereka dapat ambil perhatian. Biar mereka pilih jam yang flawless kepada anda. Kalau nak hantar semula pun bukan senang. Dari Jepun tu.... kos lagi...

Cadangan tambahan aku pula:
  • Aku cadangkan beli dari mana-mana salah satu web ini kerana reputasi & kepercayaan oleh ramai pembeli serata dunia terhadap mereka. Kalau beli dari web lain atau eBay, waranty mungkin tak dapat bagi & seller eBay boleh lari dari masalah ini & tak dapat tukar jam lain. Kalau dari Seiyajapan atau Higuchi, mereka mesti nak menjaga reputasi mereka & tak mahu imej mereka tercalar.
  • Beli sebelum harga naik. Tahun lepas lebih kurang RM1.8k aku tengok kat Seiyajapan Sekarang hampir RM2k. Takut-takut Sumo akan dihentikan seperti Samurai. Tambahan pula dengan nilai matawang Yen yang semakin kukuh, tak hairan jika harganya akan naik lagi.
  • Kalau dah berhajat, email sepertimana cadangan bro Zul & tunggu jawapan mereka sebelum ambil keputusan beli. Bila dah bersedia.... silalah beli Sumo anda itu....

Apa yang diceritakan aku ni cumalah apa yang telah diketengahkan oleh quartzimodo. Kekurangan yang ada pada jam aku ni hanyalah masalah kecil & aku tak kisah akan halnya itu. Adakah Sumo tak bagus? Ramai yang mengatakannya a true diver.... & aku terpaksa bersetuju dengan hal ini. Apa yang ada padanya itu suatu yang unik. Ciri-ciri, design serta jiwa yang ada padanya itu menjadi perhatian & admire oleh ramai orang sedunia.

Setakat ini aku amat berpuas hati dengan pembelian aku ni. Sampaikan aku tak rasa nak beli apa-apa jam lagi lepas memilikinya. Punyalah kuat auranya tu. Lain orang lain pula...

Masih berminat dengan Sumo? Kalau tanya aku.... definitely YES!!!

15 KOMEN ANDA:

Narong said...

memandangkan aku pun baru jek mendapat sumo aku semalam (seken jek)...so aku pun menyambut baik seruan kerajaan Timur Leste supaya memakai sumo pada hari semalam dan hari ini...

so far jam aku takde flaw seperti yg disebut...alhamdulillah...cuma kat solid end link tuh mmg renggang sket...advantage nya ialah senang kalau kita nak masukkan semula ss bracelet dia...kalau fit2 mmg berpeluh wooo..kena ada org tolong baru senang sket...

lug 20....bagi aku mmg aku tak kisah pun...cuba sumbat tali 22mm (2mm lebih besar)....possible geng cuma kena paksa sket.JGN POTONG SISI TALI TUH-SAYANG BEB..aku lum cuba kat sumo nih....tapi aku dah try formula 2mm bigger size nih kat Citizen Auto Chrono (18mm ke 20mm) Monster (20 ke 22) n MAko2 (22 ke 24)....19 ke 22 pun aku dah cuba kat UFO aku..........hasilnya mmg memuaskan hati aku..

bila nak guna cara sesat aku nih make sure lung tuh jenis drilled through lug-istilah aku sendiri nih (lubang yg tembus keluar lug)mcm sumo, monster, samurai....senang nak bukak semula tali tuh....kalau takde lubang mmg berpeluh sket nak bukak semula sebab tali tuh dah ketat....

apa2 hal pun aku mmg puas hati ngan sumo nih....kalau ada duit byk mmg ak nak beli kaler oren cam bro timur punya

errr...bila lg nak celebrate hari sumo semalaysia nihh..????

duniajam said...

Tahniah bro...tak kisah pun walau sekenhen. Sumo antara disireble watch to collect. Aku mmg puas hati dengan jam ni walau gitu keadaannya.

TIMUR said...

Narong! SUMO ko ada bulu tak?
Kalau ada maknanya tak ori laaaa....
Kalau licin mcm aku punya..sah ori japan mari...Hahahaaaa

Narong said...

aku dah check dah...bebas dari bulu2 ketiak mahupun ulat bulu....

duniajam said...

Weih... perli aku la tu. Cis! Muahahaha... Walaupun Samurai aku berbulu masa beli aku dah samak kasi bersih. Kelaian rambut, daki, sisa kotoran sulah belesih woooo... Mau tak terasa... wakakaka...

Suka Jam said...

Siap samak guna jus limau nipis lagi.. hehe!! Memang belesih woo... Narong & Timur memang pakat nak kenakan bro DJ nih..

duniajam said...

Tu wa. Depa pakat2 ni. Tak aci2.... hahaha...

TIMUR said...

Pakatan Rakyat la...

ex001 said...

Walaupun jodoh dengan sumo tak panjang tapi sempat jugak lah mengenali hati budinya walaupun sekejap cuma. Memang ada kekurangan dari segi rupa paras luaran tapi rupa luaran tak kekal lama. budi bahasa serta hati yang baik jugak yang dikenang orang. ibarat pepatah mat saleh... dont judge a book by its cover... (buleh ayat gitu heheh).

Memang ada satu dua kekurangan yg terdapat pada sbdc001 aka sumo ni. Tapi benda apa atas donia fana ni yg perfect??? lampu mercedes mata bulat pun lama2 kelabu jugak. tu mercedes bukan proton. patutnya masalah lampu kelabu ni tak berlaku kt mercedes kalau nak kira harganya yg mahai tu tak gitu?. Toyota estima pun ada masalah cermin depan masuk air walaupun baru 2 bulan keluar kedai. inikan pulak jam tangan seiko.

Tapi masalah2 kecik ni biasanya akan dilupakan bila ada kelebihan lain yg datang bersama kekurangan tu. Biasanya kelebihan ni lah yg akan menutup kekurangan2 tersebut. (macam bro DJ ni, walaupun dia tak loaded dan takda jam puluh2 ribu tapi dia ensem. Sampai gay pun minat.) hehehe

Kelebihan yg buat saya memaafkan semua kekurangan sumo adalah ketepatan setiap satu jarum2nya. Kepada pemilik sumo cuba perhatikan betoi2 pergerakan jarum saat dan minitnya. Yang saya perasan setiap kali jarum saat tepat ke saat ke 60 (marker 12) jarum minit pulak akan berada betul2 di marker minit. Tak kira la minit ke berapa pun. cuba try tgk. Betul kan?. Kelebihan ni secara tak langsung menutup kekurangan bezel yg tak selari dgn 12 hour marker tu. ya lah lagi baik jarum minit saat dan jam berdetik right on the dot dan bezel sedikit lari daripada bezel selari tapi jarum berdetik tak tepat. bagi saya la.

Kekurangan date yg sedikit ke atas tu pulak saya tak pasti samada disengajakan oleh pihak seiko atau memang kesilapan qc. sebab kalau kita tgk jam yg kat lengan biasanya kita akan tgk pada sudut 45darjah. Bila tgk pada sudut ni date akan berada betul2 ditengah kotak. Ni disebabkan oleh lapisan dial sumo yg tebal. kalau date berada di tengah2 kotak dan jam dilihat pada sudut 45darjah maka date akan nampak sedikit ke bawah. Perasan tak??? Sebab secara tak sedar kita sebenarnya tgk jam pada sudut 45darjah. jarang org tgk jam pada sudut 90darjah waktu jam kt lengan. Tapi bagi kita peminat jam yg belek jam berjam2, kekurangan ni akan nampak sgt mengganggu. Bagi pengguna biasa kekurangan ni akan jadi kelebihan balik.

Dan kelebihan Sumo yang memisahkannya dari jam2 seiko lain (kelebihan ni mungkin berbeza bagi setiap sumo) ialah ketepatan masanya. Kalau jam swiss berbangga dengan COSC spec nya maka Jepun juga tak terkecuali cuma jam jepun tak perlukan badan khas tu. Buktinya Sumo saya dulu accuracynya ialah +-2sec a day. Tak yah regulate pun. COSC Spec ialah +-6sec a day. Nampak tak ketepatan enjin 6R15 ni??? 8L35 Marine Master 300M pun +-3 sec a day. Tapi MM berada dlm kelas lain la. Tak boleh banding dgn sumo. Yang nyata ketepatan sumo mengejutkan saya. Kalau jam swiss nak dapat seaccurate ni kena ambik yg ada COSC certificate la. Paling kurang rm6k. Sumo baru 2k. berbaloi-baloi beb!

hehehe...

duniajam said...

Aiseh bro, pecah rahsiaku.... wakakaka...

Memang pun. Disebabkan kelebihan lain yang orang lain tak nampak pada Sumo tu lah yg buat jam ni sangat istimewa & kekurangan itu menjadi kelebihan pula. Jam apa yang bezel tak selari? Sumo ja. Wakakaka.... Serius, memang aku puas hati sangat dengan setiap mm pada Sumo. Sebab tu rating satu dunia bagi tinggi kat Sumo & ramai yang kejar Sumo untuk dijadikan koleksi.

Sumo suatu identiti, suatu kelainan dalam seni horologi... main taram ja aku ni....

kl2u said...

maaf bertanya...bila beli jam seiko sumo secara import dari luar contoh dari seiyajapan. Adakah bila jam tu sampai ke malaysia kita akan dikenakan tax oleh kastam. Harap dapat jawapan. Terima kasih

duniajam said...

shahkl2u,

jangan bimbang. Jam tidak akan dikenakan tax. Jam salah satu barang yang dikecualikan cukai oleh Kastam. Kita sangat beruntung. Tapi disebabkan takda cukai, kedai2 di sini plak la naikkan harga sesuka hati.

Ada satu kedai di PJ.... rasa2nya dia je yang bawa masuk Sumo.... RM3k+. Jauh bezakan?

JACK' TREASURE CHEST said...

Betul Dato' Dr, jam adalah dikecualikan dari duti import dan cukai jualan import tapi kalau import lens, rantai jam, kotak jam secara berasingan ianya dikenakan duti import dan cukai jualan import tapi bagi watch spares tak kena... kalau GST dilaksanakan jam mingkin dikenakan GST, masa tu harga jam akan naik le... towkay kedai up lagi hehehe

Sembang Kencang said...

Salam..serius ke.jam tak dikenakan cukai? Walaupun beli banyak2 sampai harga RM10 ribu lebih pun tak kena? Saya minat nk jual jam besar nanti dan jadi pengedar sah jenama2 jam yg susah nk dpt

duniajam said...

Adli Ahmad

Ya benar sepertimana Dato Irhomdeys Vintage Watches komen itu.