Saturday, February 6, 2010

Mitos mengenai jam automatik

Arakian tersebutlah kisah di zaman dahulu kala, perihal jam automatik menjadi sebutan hangat rakan sedarjah. Munurut seorang ahlinya, jam automatik bergerak dengan denyutan nadi..... ahli-ahli lain agak takjub kerana tidak menyangka wujudnya jam seumpama itu... termasuklah diriku ini.


Jam automatik bergerak mengikut denyutan nadi

Bila pakai jarum akan bergerak, jika tidak jam akan mati. Terfikir juga apakah mekanisme yang boleh menyebabkan pergerakannya. Fahaman ini aku bawa sampailah aku berjumpa dengan otai jam & beli jam automatik aku yang pertama. Minat aku memang dah lama, tapi proses pembelajaran mengenai jam hanya bermula dalam setahun dua ini saja. Banyak perkara masih aku kurang & masih belajar.

Realiti....

Setakat ini, tiada jam yang dicipta untuk menerima denyutan nadi sebagai sumber kuasanya. Jam automatik hanya menerima kuasa dari pergerakan rotor yang berpusing, yakni ia juga bergantung kepada pergerakan tangan. Namun Seiko pernah keluarkan satu jam yang sungguh hebat, dimana jam tersebut mendapat kuasa dari suhu badan manusia....

...Seiko Thermic.... jam yang mendapat bekalan tenaga dari suhu badan manusia ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Casebacknya mempunyai sensor yang mengesan suhu badan di pergelangan tangan. Ianya juga adalah unit terhad di mana kesemuanya sudah habis dijual. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai jam terulung ini.

Kesimpulanya, jam automatik bukanlah bergerak mengikut denyutan nadi

----------


Jam kinetik adalah automatik

Satu lagi fahaman yang salah.... ramai yang menyangkakan jam kinetik adalah automatik. Bila sebut jam automatik, dia akan sebut kinetik. Bila tolong betulkan sebutan... sampai kesudah dia sebut kinetik juga. Bilamana dirungkaikan ciri-ciri jam 'kinetinya', sah jam tu sebenarnya jam automatik. Ini yang berlaku berdasarkan pengalaman sendiri & kawan.

Realiti...

Jam kinetik adalah jam yang amat berlainan dari automatik. Mungkin disebabkan rupa enjinnya yang hampir sama pada rotornya menyebabkan ramai yang menerima pakai kinetik adalah jam yang sama dengan automatik. Movement kinetik adalah satu-satunya seumpamanya di dunia. Hanya dihasilkan Seiko, movement ini adalah yang terunik di dunia.


Persamaan hanya terdapat pada rotornya saja. Secara ringkas, enjin kinetik (sebelah kiri) mempunyai generator kecil pada enjinnya. Pergerakan rotor akan menghasilkan pergerakan generator ini lalu mengkasilkan kuasa elektrik yang akan disimpan dalam kapasitor ataupun bateri (rechargeable). Dari segi power reserve, ia mampu bertahan lebih lama berbanding jam automatik, lebih kurang seminggu atau lebih. Dari segi pergerakan jarum saat, pergerakannya seperti jam quartz. Tunggu artikel seterusnya mengenai jam kinetik.

Kesimpulannya, jam kinetik bukanlah automatik.

----------


Letak jam automatik atas peti ais atau kipas angin jika tak pakai


Sebenarnya ini adalah tips yang aku dapat dari seorang seller. Masa tu aku masih jahil pasal jam auto & baru nak belajar pakai.... jadi aku percaya cakap dia. Menurutnya, untuk supaya jam auto sentiasa bergerak... jika tak pakai letaklah atas dua benda tu. Teori dia.... kipas angin sentiasa bergegar, jadi gegaran tu akan menyebabkan pergerakan rotornya.

Jadi, aku buat..... tapi jam mati juga.... Hmmm... Konsep ni dia cakap sama dengan peti ais. Setiap beberapa minit, peti ais akan bergegar disebabkan compressor yang berfungsi. Tapi aku tak pernah buat dengan peti ais sebab masa tu dah tau konsep sebenar jam auto.... Tipah tertipu.... Alangkah jahilnya aku bila kenangkan balik... Tapi bagus juga sebab ia merupakan kenangan & proses pembelajaran aku.

Realiti...

Gegaran yang terhasil dari kipas angin atau peti ais sebenarnya tidak mampu untuk menggerakkan rotor pun. Rotor hanya akan bergerak & berpusing hanya dengan gerakan yang besar. Setakat gegaran "trrrrrrrrrrrrrrrrrrr..............." takkan mampu menggerakkannya pun.

Kesimpulannya, jika jam tak dipakai, sekali sekala goncanglah jam anda itu & jika ia mempunyai fungsi wind, wind jam anda agar ia sentiasa bergerak. Seperti yang aku cakap dulu, jam mekanikal akan lebih capat rosak jika tidak dipakai langsung berbanding jam yang dipakai.

----------


Ini adalah antara 'mitos' yang aku dapat mengenai jam. Mungkin anda punya cerita sendiri yang lebih menarik....

20 KOMEN ANDA:

ayisy said...

salam. huhuhu. teringat zaman sekolah dulu pasal jam guna nadi. aku pun percaya. bila ada member beli jam seiko 5, semua tertarik sebab ingat guna nadi padahal automatik. haha.. bila dah besar dan belajar pasal jam baru tahu kat dunia ni takder jam guna nadi.

Seiko Thermic..Peh! Lain dari yg lain. Baru aku tahu kat dunia ni ada jam yg dapat bekalan tenaga dari suhu badan.

duniajam said...

Salam. Dulu beriya-iya aku percaya pasal nadi tu. Tengok jam orang-orang tua pakai memang aku percaya betul. Sekarang dah tau... Ekekeke....

JAM OTAI said...

salam...dari mana datangnya istilah jam guna gerakan nadi ni ye?
benarkah ia wujud di dunia Melayu/Malaysia aje?
kalau ditanya, maksud 'nadi' pun mungkin terbabas..
apa pandangan Duniajam?

timur said...

Mesti tokey jam yg bikin temberang... Aku pun ada dengar kawan yg berbangga dgn jam kuasa nadi ni. Oleh kerna ramai kekawan keliling pakai jam bateri diapun dgn bangganya kata "Jam aku ni tak pakai bateri tau, tapi pakai denyutan nadi".. Cis

duniajam said...

Dari mana istilah tu entahlah. Tapi istilah tu lah aku dengar sejak dulu lagi.

Nadi ni kiranya denyutan jantunglah (heart beat). Denyutan jantung menghasilkan ritma (pulse) yang boleh dikesan samada di pergelangan tangan ataupun tengkuk. Nak kesan denyutan nadi bukanlah bahagian atas pergelangan tangan. Tapi di bahagian bawah. Di bahagian tulang radius.

Bila kenang kembali zaman tu manis je.... Ekekeke...

timur said...

Setahu aku, zaman tu 1980an jam digital/quartz menguasai pasaran,dimana jam auto menerima nasib sama spt jam kunci yg kurang sambutan kerna mati apabila tak dipakai berbanding teknologi baru digital/quartz yg cangih ketika tu.
Jadi istilah 'kuasa nadi' ini utuk jam enjin automatic dicipta seakan ia lebih hebat dari tekologi baru jam digi.

dabu said...

salam..pening gak dgr pasal jam ni yea..ni baru 2010,mcm mana la 2020 nanti..jam guna udara kot,nasibla ada pencinta2 jam mcm kita ni kan hehehe..

duniajam said...

Betul tu bro. Seiko mencipta quartz sejak 1970an. Sejak jam quartz masuk pasaran, jam auto/kunci terus merudum sampai banyak syarikat Swiss yg gulung tikar angkara Seiko. Mungkin disebabkan enjin quartz lebih reliable dari segi penentuan masa & murah, ramai yg beralih arah kepada quartz.

Ada macam2 jenis movement diciptakan. Jam auto dengan cara movement tradisional (rotor) masih dikeluarkan sampai sekarang. Swiss cuba keluar dari cara tradisional ini dengan membuat gerakan yang pelik macam Tag Heuer Monaco V4.
http://www.youtube.com/watch?v=g2lT8yhwP2Y

Urwerk pula suatu nama yang cukup futuristic. Rupa jam dia pun sangatlah unik & pelik. Banyak lagi cara Swiss hasilkan jam yang cukup hebat sampai kita tengok pun takjub & terfikir macammana depa buat jam tu. Sebab tu jam depa mahal sebab depa bukan saja jual jam... tapi jual suatu hasil seni yang mengagumkan....

Anonymous said...

1. jam guna nadi.
"weh, bukan nadi la, tp rotor yg gerak2 kt belakang tu, pusingkn spring
[kinetic energy (rotor mvmnt) --> potential energy (wind-up spring)]"
tu la ayat2 aku kalu beri penerangan utk org2 baru mengenal auto, smbil tunjuk blkg casing seiko5 aku..hehe

2. jam kinetic.
"idea sama cm auto, cuma kali ni dia guna utk cas bateri [kinetic energy (rotor mvmnt)--> battery (chemical energy)]"
pd asasnye sama cm jam quartz yg guna bateri, cuma "advance" sbb ada "in-house charger".

seiko thermic tu aku rasa sama cm jam quartz (time-keeping wise), cuma dia dpt energy drp perbezaan suhu antara 2jenis logam yg berbeza dpt menghasilkan elektrik (thermocouple principle).

3. letak atas peti ais & kipas? ni 1sttime aku dgr. tp aku agak ideanya mgkn berasal drp getaran swaktu compressor peti ais kick-in & vibration kipas meja tu.
mgkn peti ais dulu2 kickin dia besar smpi ble bergoyang rotor? :P
peti ais sekarang senyap dh..siap ada vitamin pack lg..
ok ok..aku bg suggestion, letak atas mesin basuh yg tgh membasuh.
lg slamat kalu jam tu jenis screw-lock (divers spec). mana le tau kot2 tmasuk terus dlm mesin basuh...hahaha

duniajam said...

Kalau termasuk dalam mesin basuh, jam mungkin tak masuk air. Tapi komponen enjin mau tertanggal. Wakakaka...

JACK' TREASURE CHEST said...

Baru semlm aku gi kedai jam kwn kat The Mall. Kwn aku ni dah lebih 30 tahun kenal, adik kedua kpd Towkay Wata Time. Masa sembang2 dtg sorang minah kebetulan jiran aku, tunjuk jam rolex DateJust Lady Diamonds dengan selamba je cakap" jam rolex I ni gerak guna nadi"... aku ingat dulu aje org fikir jam auto bergerak pakai nadi tapi 2010 masih ada lagi! Jenuh aku explain nak bagi minah ni faham kihkihkih! Pakai jam RM30,000 tapi tak tahu fungsi sebenarnya wakaka!

duniajam said...

Alamak! Ada lagi rupanya.... Hahahaha.... Pakai jam hebat pun tak tau fungsi camno... Aiseh man... Agaknya dia beli jam bukan pasal dia minat kot. Sampai tak tau fungsi camno. Ekekekeke... Tak pun mungkin dia ingat Rolex ni mmg pakai nadi, orang lain yang automatik. Ye lah, jam mahal.... takkan sama dgn orang lain. Wakakaka...

c!nta aWan BiRu said...

pesal law ak tido jam ak pon mati..huhu..da 3 kali mati mggu nie ble ak tdo bkak jam..2 tnda betri nk abez k??ermm plek tol..ble ak btol an n pkai idop plak..pe ye sbabnyer...

Anonymous said...

saya ada jam rolex oyster perpetual nie, dekat dua bulan saya x pakai.. so skang bila pakai, jarum dia akan mati..bila goyang baru jalan balik.. tapi dlm 10 minit dia mati semula.. mcm mana ek ? dah rosak ke atau bleh anta kedai servis ?

duniajam said...

alaMaya,

Jam apa tu? Kalau jam automatik tak pakai bateri. Mmg akan mati kalau power reserve dia habis. Tak cukup power

duniajam said...

HaluAki

Itu tandanya jam tu tak cukup power reserve mcm yg sy ckp tu. Kalau jam Rolex ada 1 kelebihan. Disamping gerakan rotor, main spring dpt dikunci dgn crown.

Goyang sekali, dua kali tak cukup nak tambah power dia. Lepas goyang, pakai & gerak2 tangan. Kalau tangan statik ja lepas pakai, jam akan mati sebab power tak cukup...

...untuk tambah power dia, guna crown & pusingkan dia. Akan ada rasa resistant & bunyi bila gerakkan crown. Itu tandanya main spring dikunci,

Unknown said...

Salam bro kalau lama x pakai jam auto bole cpat rosak ke

duniajam said...

Salam bro

Kebarangkaliannya ya & tidak. Ya....ika lama sangat tak pakai, dikhuatiri minyak yang ada di dalam jewelsnya akan keluar. Bila minyak tiada, geresan yang berlaku akan menghauskan gearnya. Tidak... sebab mungkin ia tidak berlaku atas nasib pada pendapat saya.

Saya syorkan untuk sekali sekala goncang jam tersebut jika tidak pakai. Umpama start kereta/motor yang lama tak bergerak

Unknown said...

Bos jam kinetik ak ad problem.. die xleh nk reserve power.. ap yg rosak die.. n bila kte shake tu die pnye second needle to akn brgerakndua detik

Unknown said...

Kemungkinan besar samada bateri rechargable (model baru) atau kapasitor (model lama) dah tak mampu nak simpan tenaga. Kena tukar bateri/kapasitor baru nampaknya. Saya agak ja lah berdasarkan pengalaman guna Citizen Ecodrive dulu. Lepas tukar bateri terus ok