Thursday, February 25, 2010

Magnetik!!!!!! Jaga-jaga semua!!!!!!

Sebenarnya artikel lain yang aku nak posting.... tapi aku rasa patut bagi tau benda pasal benda ni dulu. Entah macam-mana cara tak sengaja kejadian ni buat aku terfikir.... yang selama ni tak pernah terfikir pun....

Apa yang akan aku sampaikan ini mungkin ada yang dah lama tahu... bagi yang tak tahu & baru tahu macam aku ni, aku rasa terpanggil untuk sampaikan kepada semua supaya dapat diambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan jam kesayangan kita. Segaja atau tak sengaja mungkin kita pernah buat.... & mungkin tak sedar sebenarnya kita mendedahkan gelombang magnet kepada jam kesayangan yang datangnya dari handphone! Jika dulu aku dah sampaikan gelombang magnet dari laptop, sekarang dari handphone pula...

Handphone mengeluarkan gelombang magnetik. Gelombang yang tak nampak ini sebenarnya bukan saja tidak bagus untuk jam, malah apa2 alat elektronik sekali pun. Dari segi kesihatan, ada kes gelombang magnetik boleh menyebabkan kanser. Namun aku tak sangka sebenarnya gelombang magnet handphone ni kuat apabila aku secara tak sengaja tersentuh handphone aku kepada klip kertas.


Jom kita buat eksperimen mudah. Bahan-bahan yang diperlukan.... benda yang kita dah ada & tak dapat lepas dari hidup kita.... handphone. Bahan kedua cuma klip kertas ataupun apa-apa besi seperti jarum...


Bahagian bawah handphone tidak akan memberi apa-apa kesan... tapi bila bahagian atas (belakang) handphone didekatkan dengan klip kertas, boleh tengok kesannya... Tu dia!.... klip kertas terlekat dengan jayanya di belakang handphone.


Magnetik yang dikeluarkan juga kuat. Cukup kuat untuk menarik 2 klip kertas secara serentak ataupun bersiri... Aku ingatkan handphone aku saja... ya lah, handphone murah... rupanya handphone lain pun memberikan kesan yang sama.


Tengok! Dua klip kertas pun mampu ditariknya. Punyalah kuat magnetiknya. Bayangkanlah jika handphone ini berada dekat dengan jam. Kadang-kala kita tak perasan, bila buat kerja kita buka jam & masukkan dalam poket. Dalam poket seluar yang sama ada juga handphone. Jadi? Fikir-fikirkanlah. Secara tak sedar kita telah mendedahkan gelombang magnetik kepada jam.



Video ini menceritakan semuanya...


Jika sebelum ni, letak atas TV, radio, laptop adalah jelas mengeluarkan gelombang magnetik... tak sangka handphone juga boleh memberikan kesan yang sama. Selama ni memang tahu handphone mengeluarkan gelombang magnetik, tapi tak sangka begitu kuat. Sejauh mana kesannya aku pun tak pasti. Tapi ambillah langkah sepatutnya.... Mungkin sebab tu jam-jam kita capat rosak, gelong, masa laju, masa lambat sangat... walaupun kita tak letak jam atas benda-benda yang disebutkan tu.... tapi secara tak sengaja handphone pula yang kita letak dekat jam....

Sekarang semua dah tahu.... letak handphone jauh-jauh....


10 KOMEN ANDA:

JAM OTAI said...

fuhhh...tarik nafas panjang aku lepas baca artikel ilmiah duniajam ni..
nak tanya satu soalan, wifi yang kita guna kat rumah hari2 mengadap blog ni punya kesan serupa ke?
aduhhhh!!
tq

duniajam said...

Mungkin juga la pasal wifi/wireless tu pun melibatkan gelombang juga. Gelombang internet tu akan sampai ke reception modem untuk membolehkan maklumat disalurkan bagi membuka blog. Chewah... buka blog tu.... wakakaka...

Kena letak jam jauh la dari benda2 yg melibatkan gelombang ni. Langkah berjaga-jaga saja. Sejauh mana kesannya tak pastilah pula.

TIMUR said...

wah, bahya nih...

Narong said...

kalau gelombang tsunami camner plak ??? nak kena elak ke ???

aku tak mampu nak elak.....dah byk sgt aku terjerat ngan gelombang tsunami seiko nih....dok makan megi jek nih.....waaaaaaaaaaaaa

duniajam said...

Kalau tsunami ko jgn elak... tambah2 kalau jam tu ada logo tsunami macam kat Sumo.... jumpa kawan baik dia tu.... Hahaha...

TIMEasitis said...

thank you...good info...

Suka Jam said...

adoi, dah le aku guna jam tgn kiri, pegang hp pun tangan kiri. kena pegang guna tgn kanan lak pasni..

Narong said...

eerrr....kslsu istinjak guna tangan kiri camner plak tuh...????

sumo ek ??? tunnnggguuuuuu.....

duniajam said...

Hahaha... Aku rasa mgnet tu dari speaker belakang HP tu. Kena jauhkan jam dari kawasan tu la kot.

Suka Jam said...

Beristinjak takde unsur2 magnet kat situ.. haha!!