Monday, January 25, 2010

Jam dengan Swiss Design


Dengar nama Orkina pasti siapa pun tak tau jenama apa. Ramai tak pernah dengar jenama ini apatah lagi melihatnya. Orkina merupakan suatu jenama jam keluaran China. Sudah pasti ramai yang belum pernah tengok jam ni memandangkan ia bukanlah dijual di kedai jam. Jam ni aku beli dari booth jam di Tesco Sri Alam, Johor Bahru. Dari maklumat abang, jam ini kini sudah tidak dijual lagi di situ sebab dia pun pernah beli Orkina skeleton kat situ. Boleh cari jam ni dalam eBay.



Orkina menawarkan pelbagai design. Jam yang mereka hasilkan bukan saja memberi bacaan waktu, malah mereka juga menampilkan jam dengan pelbagai complication seperti kalendar, moon phase, sub second, tourbillon sepertimana pengeluar Swiss. Nampaknya kuasa China semakin berkembang, semakin maju & serius dalam penghasilan jam. Enjin-enjin dengan complication yang pelbagai ini bukanlah buatan Orkina. Orkina hanya satu jenama saja & enjin pula syarikat lain yang keluarkan. Banyak jenama menggunakan enjin-enjin ini termasuklah jam-jam replika kerana harga yang jauh lebih murah. Tapi sesuatu yang murah akan mempunyai flaw atau kekurangan. Biasalah bila sesuatu nak buat murah, banyak perkara perlu ditolak tepi.... terutamanya kualiti.

Namun, bukan semua enjin mereka tidak bagus kerana enjin-enjin mereka mempuyai gred & ada yang memang berkualiti tinggi seperti Seagull & mereka juga ada menghasilkan enjin dengan flying tourbillon.


Aku ambil contoh jam Orkina dalam koleksi aku. Jam yang telah menjangkau umur 2 tahun ini masih berfungsi dengan cemerlang & menepati waktu. Design & complication yang dipunyai jam-jam ini sangat menarik perhatian aku. Rupanya itu memberi gambaran seperti ia adalah jam yang mahal & tiada jam Jepun mahupun Swiss menawarkan complication begini pada jam-jam yang berharga rendah. Seperti yang aku cakap tadi, aspek kualiti agak kurang dengan jam-jam buatan China ini. Sesuailah dengan harganya yang sangat murah.


Orkina KC097

Bentuk segiempat jam ini sangat mengujakan terutamanya apabila ia direka dengan tourbillon yang nampak pada dail. Pergerakannya sangat mengasyikkan. Tali jam ini masih original tapi talinya sangat tak tahan. Hanya beberapa kali pakai, talinya sudah menampakkan ianya akan putus.


Mempunyai sub second di tengah (jarum merah kecil), subdail 24 jam & moon phase. Kesemuanya berfungsi dengan cemerlang sekali. Kalau perasan ada beberapa jenama yang agak terkenal menggunakan enjin ini pada jam mereka. Perkataan Swiss Design tertera pada dail pukul 6. Design yang diilhamkan dari Swiss ini membawa rupa & gaya yang mahal padanya.


Dail dengan corak kelopak bunga jelas kelihatan & nampak cantik. Marker nombor Arabic dengan lining keemasan dibuat agak kemas. Jarum mempunyai luminous marker, namun tidaklah seterang mana. Kalau perasan ada sedikit flaw pada moon phase. Aku rasa macam lebihan gam terlekat padanya. Namun ia tidak mengganggu pergerakan moon phase itu. Disebabkan buatannya tidak begitu kemas, terdapat sedikit habuk terperangkap di dalam dail. Casingnya bukanlah polished finishing, tapi hanya disadur krom. Dah nampak ia mula nak 'turun' di sambungan cermin & casing pada pukul 6 tu. Biasalah, jam murah. Apa yang nak harap sangat.


Crown diapit oleh 2 button yang tiada fungsi. Dengan adanya ia, jam nampak sarat dengan fungsi.


Enjin ini tidak boleh wind ataupun hack. Buatannya juga tidak halus dengan kesan kotoran sedikit terlekat di beberapa komponen, paling jelas pada rotornya. Walaupun begitu, perjalanan enjin lancar. Namun power reserve tak tahan lama jika cuma bergantung pada pemakaian saja. Caseback dikunci dengan 4 skru di setiap penjuru. Hanya tertera nama Orkina & nombor siri KC097 padanya. Brush finishing tidak begitu cantik & aku rasa jam ni bukanlah water resistant.


Dengan diameter casing 32mm (tidak termasuk crown) & 54mm lug to lug, ia adalah jam yang besar. Jam nampak cantik & unik. Rupanya menampakkannya eksklusif & mahal. Ramai staf tempat kerja aku sukakannya & tak berani nak tanya harganya sebab ingat mahal. Seperkara yang aku suka mengenai Orkina ialah mereka tidak menggunakan nama jenama yang lebih mahal seperti jam replika walaupun ada di antara model keluaran mereka menyamai rupa jam Swiss yang mahal itu. Boleh dikatakan Orkina adalah homage kepada jenama yang mahal itu.


Orkina KC060

Orkina ini menawarkan complication yang berlainan dengan fungsi kalendar. Ia mampunyai subdail 24 jam, hari & tarikh. Sekali imbas rupanya seperti Patek Philippe.


Berbanding KCo97, Orkina KC060 ini mempunyai kualiti yang agak bagus. Aku amat berpuas hati dalam banyak segi dengan jam ni. Rupanya sangat cantik dengan kemasan yang setanding jam Jepun.


Rupa segaknya disumbangkan oleh warna dail, jarum, chaper ring & 'berlian' (walaupun kurang bersinar) yang bergabung menghasilkan suasana yang cukup harmoni padanya. Dalam banyak view, jam nampak cukup kemas & bergaya.


Dail bercorak menambahkan rupa eksklusif padanya. Buatan jam ni nampak lebih kemas berbanding KC097 & finishingnya nampak lebih halus. Tertera Swiss Design padanya juga. Bagus kerana mereka tidak menggunakan nama-nama keluaran Swiss. Aku sukakan mereka punya standart & tidak malu untuk menggunakan nama sendiri pada jam mereka. Mereka tidak mahu berselindung & ingin memberi tahu mereka juga wujud untuk memenuhi dunia kita.


Button yang wujud padanya kini berfungsi untuk mengubah hari & tarikh. Kena tekan dengan alat tajam ataupun pen.


Caseback jenis skru menampilkan cermin exhibition yang menampakkan enjin yang memacunya. Buatan enjinnya juga lebih baik berbanding KC097. Seperkara yang cukup membanggakan, enjin ini boleh wind & juga hack. Sesuatu yang jarang berlaku pada jam Jepun. Hanya enjin high-end saja yang mempunyai fungsi ini. Tapi jika dibandingkan dari segi finishing enjin dengan Jepun, ianya kurang memberangsangkan jiwa. Namun, detikan jam ini sangat memuaskan hati si pemakai.


Jam tampak segak & handsome. Suatu dress watch yang cantik & beseri. Eksklusif suatu perkataan yang sesuai padanya. Dari jauh, orang akan tertipu juga dengan rupanya yang nampak mahal itu. Tapi bila dekat, orang akan terkejut akan jenamanya pula. Orkina? Ianya cukup untuk membuatkan mereka yang melihatnya dalam dilema berserta pelbagai tanggapan...


Orkina KC 060 vs Omega Speedmaster (replika)

Sekali imbas, Omega Speedmaster tu mempunyai fungsi chronograph. Hakikatnya fungsinya tak ubah seperti Orkina tu.


Nampak jelas buatan enjin Omega kurang kemas & kasar. Potongan komponen-komponen juga nampak kasar.


Gandingan mereka berdua menunjukkan layout enjin yang sama. Perbezaan sangat ketara pada finishingnya. Finishing Orkina nampak lebih halus & cantik berbanding Omega.


Ini adalah contoh terbaik jam yang menunjukkan enjin keluaran China yang mempunyai perbezaan gred. Gred tinggi mempunyai finishing & buatan yang lebih kemas. Kedua-dua jam mempunyai fungsi yang sama... cuma aku terlupa pula nak periksa samada enjin Omega boleh wind & hack atau tidak. Aku rasa ia tiada kelebihan itu.

Enjin sepertimana KC060 itu banyak digunakan oleh jenama ternama terutamanya jenama fesyen/butik. Walaupun jam berjenama China tidak begitu popular sekarang, mungkin suatu hari nanti mereka akan menguasai pasaran jam dunia dengan kualiti yang cukup memberangsangkan. Mungkin akan lebih banyak jenama akan keluar dengan potensi yang bakal menggugat dunia. Masa yang lama diperlukan mereka untuk meningkatkan kualiti. Aspek kualiti perlu dititikberatkan mereka. Namun untuk mengeluarkan jam dengan harga murah, kualitilah perkara pertama yang perlu dikorbankan.

Walaupun begitu, bukanlah mereka tidak mampu untuk menghasilkan jam yang berkualiti. Lihat saja link ini. Mereka juga mempunyai jenama berkualiti setanding watchmaker yang lain. Bukti lain ialah mereka juga telah mengambil-alih beberapa syarikat Swiss ternama seperti Titus, Sandoz (Hong Kong), Doxa (Hong Kong). Dunia kini sudah nampak kuasa China & mereka telah berjaya menggugat kuasa besar dunia dalam segala segi. Mungkin suatu hari nanti, dunia horologi akan meriah dengan jam mereka.

16 KOMEN ANDA:

mrLoose said...

tima kasih kerana add mrLoose sebagai rakan.Sama2lah kita kongsi sedikik sebanyak imformasi yg kita ada,

duniajam said...

No problem mrLoose. Kita sama2 blejar. Boleh sama2 kongsi ilmu

ex001 said...

Bro, yang nampak enjin kat depan tu bukan tourbillon... tu balance wheel yang sengaja di pamerkan ala ala Zenith Open Heart.

Rasanya kalau china mampu buat tourbillon pun dia takkan jual harga murah sebab terlampau la susah nak buat komplikasi ni. Kebanyakan watchmaker swiss yg buat tourbillon ni pun sekadar jam2 yg betul2 high end, ultra luxury. sebab sgt complicated dan tak lasak. Sesuai sebagi jam berlagak atau nak tayang kat orang saja. Bukan jam pakai hari2.

Watchmaker Jepun (Seiko, citizen, Orient) pun rasanya takda yg keluarkan model tourbillon. Rolex pun tak buat setakat hari ni.

duniajam said...

Ok. Tq bro... salah istilah rupanya... Kena buka kamus balik. Masih banyak istilah jam yg masih tak tau. Main sebut je.... Hahaha....

Selama ni dok terfikir balance wheel yang tersembul kat atas tu tourbillon. Yg tebuk dail nampak balance wheel kat dlm tu uh open heart. Ekekeke...

Tengok jam Seagull yang pakai flying tourbillon, rega sampai belas ribu. Erk!

ex001 said...

Tu la tu. Kalau china tourbillon pun berbelas ribu apalagi Swiss. Mahai gila.

ayisy said...

salam. Skrg ni aku tengok jam2 jepun pun byk dibuat kat china bagi sesetengah part. Contohnya mcm casio edifiec aku, movt japan tapi case china. G-Shock lagi lah Made In Thailand... Hehe. Nak tak nak beli jek lah.

Nak tanya, jam jarum kalau nak betulkan masanya, boleh pusing lawan jam tak? Ada orang kata pusing lawan jam, jam boleh rosak. Setakat ni aku buat tak rosak lagi. Huhu. Takut gak bila ada orang cakap camtu.

duniajam said...

Salam... Ya. Casio mmg banyak buatan negara lain. Casio skrg tak macam Casio dulu.... ada yg buatan indonesia, china, thailand. Mungkin nak jimatkan kos ataupun nak cukupkan permintaan pasaran. Timex pun sama.

Soalan ko tu aku pun tak pasti. Sebab ad kemungkinan juga jam boleh rosak. Kalau sekali sekala & pusing tak banyak mungkin takda masalah. Ataupun mmg takda masalah. Sebab jam vintage yg non-quick set mmg kena pusing lawan jam nak setting tarikh

timur said...

Tok sah le nak cuba-cuba pusing lawan jam, Jam seiko baru aku pernah terpatah gear kerananya...jam jadi cepat semacam, nasib baik dlm jaminan

duniajam said...

Bahaya gak rupanya. Setakat ni aku takda masalah. Mungkin sebab aku cuma puing skit je. Harap ok le...

timur said...

Sebenonya tak le bahya, cuma kena brhaty-haty aje. Kalau reverse keta jangan le tekan smpai 100km/j.

Jam mnnual winding sikit lain, Aviator aku misalnya kena putar 24j lawan arah utk tukar 1 unit hari, kalau 4 hari bermakna aku kena ulangalik putar 8X!

timur said...

Silap, kena putar 12 jam, bukan 24jam

JACK' TREASURE CHEST said...

BUKAN SEMUA TAK DIGALAKKAN PUSING JARUM LAWAN JAM MALAH. ADA JAM-JAM MANUAL DAN AUTO YANG DATENYA BUKAN QUICK SET, KENA PUSING LAWAN JAM DARI PUKUL 12:00 HINGGA BUNYI KLIK DAN PUSINGKAN ARAH JAM HINGGA KE JAM 12:00 UNTUK TUKAR DAY/DATENYA SECARA AUTOMATIK. LAGI SATU PERINGATAN KEWASPADAAN JANGAN SESEKALI TUKAR DATE/DAY (QUICK SET) BILA JARUM JAM BERADA DI ANTARA 7:00 HINGGA 11:00

timur said...

Salam tuan Syed, Invicta biru tu memang lawa, saya ada publish kat blog saya detik12 sana..simon bagitau dia gila2 puashati..., marathon diver ada?

JACK' TREASURE CHEST said...

Sdr Asmar, betul kata ex001, tu bukan tourbillon tapi open heart. Brief info on Tourbillon:
Patented in 1801 in Switzerland, the invention of the Tourbillon is often cited as the most significant development in watch history.It consists of a regulating mechanism (balance wheel with hairspring) and a lever escapement, which makes one rotation in one minute. It eliminates effects of friction and earth's gravity. Among the world's most gifted watchmakers, only a select few are capable of manufacturing a Tourbillon. When a watch's escapement is in a vertical position, the earth's gravity either speeds up or slows the balance movement, causing a rate gain or loss. The Flying Tourbillon, whose carriage is mounted on one side only, with no supporting bar, allows better visibility through the cutout window at 6 o'clock. The watch's face (and back) is made of sapphire glass, making it scratch-resistant. It is particularly complex and sophisticated in design, and suited for a man who appreciates the intricacies of watch mechanics. In watchmaking they often speak of three classic high complications collectively known as 'grandes complication'

Sdr Timur, buat masa ni belum ada lagi marathon driver tetapi New Old Stock in Box, Marathon Navigator US Govt issue 'on the way' dari kwn saya kerja kat Malaysia Trade Mission di Geneva. Jam ni special gun metal, guna H3 untuk luminous. Bila nak lepak2 kat Tesco Puchong sambil belek2 jam?

Sorry sdr Asmar, komunikasi ngan Timur dlm blog tuan hehehe

duniajam said...

Terima kasih tuan Syed. Takda masalah. Tujuan blog ni dihasilkan untuk berkongsi minat & maklumat. Segala tunjuk ajar & teguran amatlah saya alu-alukan. Terima kasih semua. Masih banyak yang perlu belajar pasal jam ni, lebih-lebih lagi istilah yang digunakan. Ada yang nak sebut tak reti pun. Ehehehe...

timur said...

Mak ai! Tuan syed tau lubuk tempat kami melepak? Waah, kalau ada kesempatan memang saya berhajat, senang2 nanti saya akan call tuan Syed pekena Teh Tarik situ...Marathon diver...ahh