Pembukaan tahun baru 2010 diserikan dengan Casio Databank 50 DB-520. Jam yang membawa banyak nostalgia pada aku ni sebenarnya NOS sebab keluaran jam ni dah lama sejak sekolah rendah dah wujud. Casio Databank begini aku pernah gunakan pada tahun 1994 masa di tingkatan 2. Masa tu, inilah jam paling gempak aku ada kerana fungsi yang pelbagai & aku guna dengan cukup lama. Sampai sekarang aku masih simpan jam ni. Sedikit sebanyak cerita mengenainya di sentuh di PENGENALAN.
Perbezaan jam lama aku dengan yang ni adalah ia keseluruhannya diperbuat dari stainless steel. Yang lama hanya dari plastik. Jam ni aku rasa sudah tidak dikeluarkan lagi & aku beli jam ni pun dari eBay. Setakat ni, aku tak jumpa lagi jam ni di pasaran kita. Pernah jumpa satu jam begini yang casing plastik juga. Tapi aku rasa model baru skit dari jam aku sebab ia Databank 150 & berlampu illuminator. Model ni hampir 100% sama dengan jam lama aku.
Dari segi rupa memang tak tumpah macam model lamanya. Perbezaan ketara ialah pada casingnya sendiri. Perbezaan lain ialah jam ni hanya water resist manakala jam lama water resist 50m. Disebabkan takmau kalah dengan kawan aku yang pakai jam 'biasa' mandi laut, aku pun pernah pakai jam Casio lama tu mandi laut. Walaupun takut-takut, tapi buat selamba. Nasib dia tak lemas. Satu kelebihan padanya berbanding yang lain ialah dengan adanya fungsi memo.
Inilah memonya. Dulu aku simpan nota ringkas bila masuk exam. Nota tu akan bergerak macam seperti gambar atas. Tulisannya juga boleh di tukar ke Jepun. Dulu suka main-main dengan tulisan Jepun ni. Inilah satu kelebihan jam Casio pada waktu tu yang sekarang ni sudah tiada. Sebab tu sampai sekarang aku minat sangat dengan jam Casio digital & kurang minat dengan jam analognya. Aku sukakan teknologi yang mereka hasilkan & merupakan jam yang menyebabkan timbulnya minat aku terhadap jam sekarang ni. Disebabkan aku mula kenal Casio dengan jam digital, keluaran model analog mereka tak menarik minat aku untuk membelinya.
Terdapat 8 fungsi termasuk lampu pada jam ni. Fungsi yang lebih dari kebanyakan fungsi basic jam digital lain memberikan satu bonus walaupun tak guna sangat. Sekitar tahun 1990an, jam yang mempunyai fungsi menyimpan nombor telefon ini adalah suatu kelebihan kerana pada waktu itu, telefon bimbit belum dihasilkan seperti sekarang. Nombor telefon boleh disimpan sebanyak 50. Model terbaru boleh simpan sebanyak 100 & sejak terbitnya lampu illuminator, simpanannya juga bertambah sehingga 150.
Pada waktu itu tiada telefon bimbit lagi. Yang ada hanyalah telefon briefcase yang besar gedabak. Pernah ternampak sorang bawa 'beg' telefon kat kedai. makan Dia letak atas meja. Besar gila. Tapi gempak sebab tak ramai orang pakai & harganya sangatlah mahal. Hanya mereka yang kaya sahaja mampu pakai sebab harganya pada waktu itu dekat RM10k. Barangan mewah ini tidak mampu orang kebanyakan pakai, maka jam Casio Databank ini menjadi suatu bonus pada aku kerana tak perlu bawa buku nota kecil telefon dalam poket.
Pada waktu itu tiada telefon bimbit lagi. Yang ada hanyalah telefon briefcase yang besar gedabak. Pernah ternampak sorang bawa 'beg' telefon kat kedai. makan Dia letak atas meja. Besar gila. Tapi gempak sebab tak ramai orang pakai & harganya sangatlah mahal. Hanya mereka yang kaya sahaja mampu pakai sebab harganya pada waktu itu dekat RM10k. Barangan mewah ini tidak mampu orang kebanyakan pakai, maka jam Casio Databank ini menjadi suatu bonus pada aku kerana tak perlu bawa buku nota kecil telefon dalam poket.
Ia juga mempunyai fungsi schedule yang boleh mengingatkan kita dengan perkara/aktiviti yang perlu kita buat apabila telah set masa, tarikh & peringatan padanya. Alarm akan berbunyi pada masa yang telah ditetapkan bersama-sama nota yang ditulis. Best!
Salah satu sebab aku beli kembali jam ni & tidak model terbarunya ialah terletak pada lampunya. Rasa teruja & teringat kembali sejarah lama dengan adanya lampu klasik begini. Jika kebanyakan jam kini berlampu indiglo (Timex) & illuminator (Casio).... dah buat rasa jemu memandang.... lampu klasik begini membuatkan hati tertarik memandangnya kembali. Sukar nak jumpa jam berlampu begini sekarang. Walaupun tidak seterang lampu illuminator, tapi memadai untuk membaca waktu dengan mudah. Lampunya kini berwarna hijau (LED), manakala model lamanya ialah kuning (mentol). Suka betul main lampunya di kala gelap.
Jam sebelah kanan adalah abangnya yang sudah lama tidak bernyawa. Sudah tidak boleh digunakan lagi, tapi itulah jam yang memberi inspirasi pada aku sampai sekarang. Jam sejarah ni, aku beli kembali dengan wajah baru.
Serupa dari segala segi melainkan yang telah aku sebut tu. Walaupun jam baru stainless steel, tapi ia sangat ringan. Model lama adalah DB-55W (Module No. 675). Jiwa mereka masih sama walau bajunya berbeza.... sudah cukup untuk aku mengingatinya dikala sepi.
Bracelet dengan design klasik ini cukup popular suatu ketika dulu. Hampir semua pengeluar jam menggunakan design clasp begini pada waktu itu.
Model ini dikeluarkan dengan 2 versi. Satu stainless steel begini & satu lagi adalah gold plated. Aku nampak stainless steel ini lebih menyerlah & sesuai dengan aku. Pendapat wife penting dalam pemilihan jam & dia juga sukakan stainless steel ini berbanding gold.
Jam yang menyimpan 1001 kenangan padaku kini kembali hidup & menjadi koleksi berharga buat aku. Nilai sesuatu jam bukanlah terletak pada harganya, tapi ia terletak pada sejarah yang di bawanya. Walaupun tak berharga pada orang lain, tapi cukup bermakna pada yang empunya diri...
10 KOMEN ANDA:
Jam casio yg paling memberikan jasa kat aku, jam digital yg ada fungsi kalkulator tuh. Exam SPM sains boleh aku tak bwk kalkulator. Nasib baik pakai jam casio calculator. Tq Casio.. haha!!!
Nostalgia aku banyak dengan Casio. Sampai skrg masih suka dengan Casio digital. Kurang ghairah dengan analog. Hehehe...
huhu.. Jam ni lah jadi kegilaan aku masa sekolah dulu. Tapi tak beli sebab tak mampu. Pastu beli jam kalkulator yg boleh isi nombor telefon jenama entah apa2. Layan jek lah. Hehe
minggu ni beli 2 casio utk adik2 ipar hehehe
casio bagus utk beginer yg baru nak dilatih berjinak jinak dengan dunia jam ni
Aiseh... terasa plak aku. Wakakaka.... Bro, mcm best ja Protrek bro tu. Hmmm....
best kalau bwk masuk xm nih...databank....mcm2 "data" bleh bwk masuk...sesuai untuk student cam aku...huhuhuh
bole sgt bro. Gambo anatomi pun bole... Haha... malampau betui...
jam ni la paling nk skrg..ada jual lg ke tak..saya org baru belajar..hehe
Sab, try caei kjat eBay. Masih ada. Kat kedai sini dah susah. Sy tak pernah jumpa model ni lg kat kedai skrg
oic..thanks.ada jmpa dlm ebay yg model lain..dh beli..tgh tggu smpai.tp kalu bley nk jugak yg ni.erm, tanak jual ker..hehe
Post a Comment