Sunday, January 10, 2010

Syarikat Swiss bakal mengalami krisis?

Jam Swiss terkenal dengan enjin ETA mereka. Syarikat ETA merupakan pengeluar & supplier utama parts & enjin kepada pengeluar jam Swiss. Bermula 2010, Swatch Group telah menghentikan pengeluaran komponen enjin kepada syarikat jam Swiss. Mereka hanya akan menjual enjin siap pasang sahaja yang sudah tentu lebih mahal dari dibeli parts by parts.

Bacaan selanjutnya, bolah layari Jam Tangan Kuno.

Keputusan ini akan memberikan masalah besar kepada pengeluar jam Swiss yang selama ini 100% bergantung kepada ETA. Beberapa pengeluar Swiss sudah mula membuat enjin in-house seperti Jepun yang sudah lama membuat enjin in-house sendiri.

Membuat enjin in-house sendiri memerlukan R&D & perbelanjaan yang cukup besar. Pengeluar yang tak sanggup mengambil risiko perlu memikirkan jalan keluar dari masalah mereka ini.

Beberapa kemungkinan bakal berlaku:
  • Harga jam pasti meningkat disebabkan pembelian enjin ETA pasang siap. Ini akan berlaku kepada syarikat yang tiada sumber lain melainkan ETA.
  • Harga mungkin akan meningkat dengan enjin in-house yang memerlukan perbelanjaan yang besar & masa yang lama untuk menghasilkan enjin yang sempurna, baik & reliable.
  • Mungkin syarikat Swiss akan beralih arah kepada enjin Rusia pula. Enjin Rusia contohnya Molnija terbukti bagus & buatan enjin mereka kini jauh lebih baik serta reliable. Harganya pula jauh lebih rendah dari enjin ETA. Mungkin ada syarikat yang bakal beli enjin pasang siap ataupun parts by parts dari Rusia.
  • Mungkin juga akan ada syarikat Swiss akan beralih arah kepada enjin Jepun pula. Banyak jenama yang menggunakan enjin Jepun contohnya Chronoforce yang menggunakan enjin Seiko & Miyota (Citizen) yang banyak sekali digunakan oleh pelbagai jenama. Pembelian enjin mungkin secara komponen ataupun pasang siap. Apakah yang bakal mengundang sekiranya ini berlaku? Syarikat Jepun & Rusia mungkin akan lebih demand dengan perminataan ini & seterusnya menaikkan harga. Jika inilah yang berlaku, harga jam Jepun akan meningkat dengan mendadak. Jika harga jam Seiko sekarang RM500, mungkin akan naik menjadi RM700 atau lebih nanti. Suatu perkembangan yang tidak menyihatkan buat kita sebagai pembeli. Bagi negara yang mempunyai cukai terhadap jam, pasti impaknya lebih besar dari kita.
  • Satu lagi alternatif ialah menggunakan enjin dari China contohnya Sea Gull. Mereka mempunyai pelbagai jenis enjin. Enjin mereka banyak digunakan syarikat jam berjenama butik, jam-jam low-end, Germany, replika dan lain-lain lagi. Dengan sumber yang banyak serta tenaga kerja yang cukup ramai & murah & merupakan sumber paling banyak.
  • Mungkin ada syarikat Swiss yang bakal gulung tikar dengan perkembangan ini. Mungkin harga jam syarikat ini akan jatuh mendadak. Disebabkan tiada sumber atau krisis kewangan yang teruk, mungkin akan ada yang akan gulung tikar.

Perkembangan yang mungkin berlaku ini bakal memberikan impak yang besar kepada semua pihak termasuklah kita sebagai pembeli. Krisis ini akan menguntungkan syarikat yang telah mempunyai enjin in-house mereka sendiri. Mungkin mereka akan menjadi pembekal komponen enjin kepada yang lain pula. Ini suatu perniagaan yang bagus buat mereka. Dari segi positif lain, bakal pembekal enjin ini mungkin akan meningkatkan kualiti buatan mereka & menghasilkan enjin yang lebih baik dari sekarang. Mungkin juga.

Tetapi yang bakal menerima kesan terbesar ialah pembeli. Aku rasakan harga jam akan meningkat & kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih besar untuk memiliki jam yang kita inginkan. Tapi semua ini hanyalah kemungkinan yang aku rasa bakal berlaku sahaja. Kita sama-sama tunggu & lihat...


19 KOMEN ANDA:

Timur said...

Memang harga jam berenjin eta akan bertambah mahal...Dan aku tak mampu membayangkan Breitling, IWC, Tag Heuer tertulis JAPAN/POLJOT movt. didialnya...

duniajam said...

Suatu yg membimbangkan. Mungkin akan ada Malaysia movement kat dail macam Landshark tu. Hahaha...

Kalau harga jam Swiss naik, rasanya orang yang selama ni tak pandang jam Jepun akan beralih arah pula.

ex001 said...

Dah lama dok perati perbincangan isu ni dlm forum2. Tumpang lalu tuan blog. Ni pendapat saya lepas dok baca thread2 berkaitan isu ni.

Dari segi bisnes rasanya payah benda ni nak jadi. Sebab mahkamah akan masuk campur mempertahankan syarikat yg mungkin akan tertindas. Monopoli market adalah isu yang dilindungi oleh undang2. Contoh terbaik, isu Microsoft dulu.

ETA adalah syarikat yang menyelamatkan dunia horology swiss yang hampir2 hilang dalam krisis tahun 80an dulu, akibat serangan quartz oleh seiko.
Yang mampu bertahan cuma Rolex, Patek dan beberapa lagi. Lepas lebih 20 tahun membekalkan movement kepada pengeluar2 jam swiss, ETA dah sedar yg apa dia buat ni hanya melemakkan pengeluar jam swiss. masing2 hanya tau beli movement, decorate sikit, pasang kat casing diorang samada Breitling, Tag atau Panerai kemudian juai 800% kali ganda dari harga ebauche asal dan claim movement tu diorang yg buat. Sedangkan realitinya, segala kos pengeluaran movement ni ditanggung oleh ETA.

Nicolas Hayek, CEO SWATCH Group berpendapat sudah sampai masanya pengeluar jam2 swiss kembali ke era kegemilangan pengeluar jam swiss yg inovatif dlm penghasilan caliber2 baru mereka. Tu sebab dia nak hentikan supply kepada 3rd party ni. Tapi secara berperingkat. bukan mendadak. (dalam masa sama movement ETA akan jadi eksklusif sebab hanya sedikit brand yg pakai. Tak macam sekarang, replika pun ada yg pakai ETA).

Perkembangan terbaru,kita dpt tgk kebanyakan brand yg dulunya bergantung sepenuhnya kat ETA dah pelan2 mendevelop movement sendiri. Panerai dah keluarkan Manifaturra Seriesnya dgn enjin PAM. Tag Heuer dah memperkenalkan enjin chrononya sendiri (base enjin grand seiko). dan beberapa pengeluar lain termasuk Breitling. Jadi langkah ETA mengempaq dgn tindakan ni rasanya berhasil.


Bab harga pulak tak berani nak spekulate sebab sekarang byk player baru muncul. Sellita, Nevarox dah buat enjin sebijik ETA 2824 dan dia boleh juai murah. Jadi pengeluar jam2 swiss ada alternative selain ETA. Mcm Bro cakp tu pun betoi jugak, guna enjin jepun atau china yang dah makin maju dlm pembuatan enjin mekanikal.

Jadi kalau kita tak kisah dgn movement dan tgk jam sekadar rupa luaran, masalah ni bukan masalah besar. movement apa pun janji kita minat jam tu beli ja. Bagi yang kisah dan nak jam yang hanya ada in house movement, isu ni diikuti dgn penuh minat.

Macam saya, tgk keadaan. kalau utk pelaburan, jenama dgn in house jadi pilihan. Untuk main2, apa pun tak tolak punya. hehehe

Timur said...

Wah... Perspektif yg bagus sekali. Tapi Enjin-enjin terbaru seiko dah tak mampu dibeli, murah lagi enjin baru kereta wira..HUUUUUUhuUUUUU....

duniajam said...

Terima kasih bro. Suatu huraian yang cukup lengkap.

Sekarang dah ramai mula buka mata bila ETA dah buat keputusan nih. Mungkin ada yang terkejut sampai jantung pun terhenti seketika. Ehehehe.... Betul juga, kalau depa stop semua secara mendadak, bakal ada yg gulung tikar nanti.

Orang kenal 'Swiss' sebagai jenama mahal. Tapi bagi aku yang pentingkan jenis enjin, penggunaan enjin ETA dirasakan seperti penggunaan enjin 'biasa' sebab terlalu banyak jenama menggunakan enjin yang sama. Contohnya ETA 2824 tu. Pelbagai jenama guna enjin yang sama untuk jam depa & jual dengan harga yang cukup berbeza. Lagi gah jenama tu, lagi mahal harganya. Jantungnya sama saja. Bila jenama tu hanya menang brand saja, aku rasa satu pelaburan yang tak berbaloi pula. Contoh, kalau harga jam lebih RM10k lebih berbaloi beli Rolex berbanding Tag Heuer yang mempunyai harga yang sama. Sudah pasti harga 2nd hand Tag jatuh merudum dekat 50% berbanding Rolex.

Contoh Tag Heuer Carrera.... harga baru RM12k. Aku jumpa 2nd hand yang hanya dipakai beberapa bulan dengan warranty yang masih ada dijual separuh harga dari harga asal. Kalau Rolex, RM10k masih dalam tangan boleh dapat. Disebabkan kepelbagaian jenama samada jenama biasa & luxury guna enjin basic ETA yang sama, aku rasa enjin ETA tu macam enjin biasa ja. Replika pun ada pakai ETA. Hadoi!!! Harga jam Swiss yang mahal tu aku rasa macam depa ambil kesempatan atas nama depa yang gah saja.

Jam Rusia/Jerman pula. Selain guna enjin depa sendiri, ada juga guna ETA2824. Harga tak setinggi Swiss walaupun kualiti buatan cukup baik.

Isu ni suatu yang penting buat aku yang sukakan jam dengan enjin yang berlainan & paling best kalau mampu beli jam Swiss dengan enjin in-house sendiri. Rasa 1 kepuasan dapat jam camtu.

Mungkin dengan polisi ETA yang bakal dibuat ni, 'status' enjin ETA akan meningkat & 'rasa mahal' bila jam guna enjin ETA. Kalau orang lain tak rasa takpa.... sekurang-kurangnya aku/pembeli dapat rasa 'feel' tu. Hehehe...

Irhomdeys Vintage Watches said...

Balik kepada asas perdagangan, "demand and supply" menentukan harga sesuatu dagangan. Kalau harga naik kita stop beli tapi jual semua stok yg ada, harga second pun naik gak hehehe. kalau harga turun kita beli yg baru buat stok, jual bila harga naik wakaka!

duniajam said...

Mungkin ini satu peluang juga. Kalau harga naik, harga jam 2nd pun akan naik juga... lebih2 lagi kalau jam tu rare. Hehehe...

sukajam said...

Bagus gak untuk jam2 vintage. Ni peluang untuk jual jam vintage swiss!!
Tapi untuk jam2 baru, pilihan terbaik sekarang ini ialah jam2 jepun jika harga jam swiss meningkat. Lebih berbaloi dengan harga dan lebih banyak variasi..

Pendapat aku je.. hehe!!

duniajam said...

Satu kemungkinan lagi. Kalau harga jam baru naik, kemungkinan ramai yang akan beralih kepada jam vintage pulak. Segalanya mungkin...

duniajam said...

Maklumat tambahan yang aku rasa akan berlaku juga...

Jika krisis ini semakin meruncing & syarikat tak dapat nak survive lagi, kemungkinan mereka akan menjual sebahagian saham, mancari rakan niaga ataupun menjual terus syarikat tu. Ini telah pun berlaku kepada beberapa syarikat Swiss sebelum ini. Umpamanya Titus, Cyma & Sandoz.

Bila mana syarikat Swiss diambil alih syarikat China, Hong Kong... harga jam akan turun disebabkan beberapa faktor...
1. tenaga kerja yang ramai & murah
2. penggunaan enjin buatan mereka sendiri yang jauh lebih murah dari mana-mana syarikat di dunia.
Contohnya, Titus. Kalau dibandingkan jenama Swiss lain, harga jam mereka amat jauh lebih murah dari jam lain termasuklah jam Jepun. Jam yang masih gunakan enjin ETA, harganya akan mahal sedikit ataupun maintain, contohnya Cyma & Sandoz. Walaupun begitu, keyakinan aku agak tergugat bila jam tu buatan China sebab ada flaw aku jumpa di beberapa jam buatan mereka walau jenama Swiss.

Tak pasti apa yang bakal menjelma nanti. Apakah keputusan ini suatu yang bagus atau sebaliknya tidak dapat dipastikan lagi. Tetapi mungkin ini suatu yang bagus supaya syarikat Swiss akan lebih berdikari & berusaha untuk membuat enjin sendiri & bersesuaian dengan harga yang dijual tu.

Timur said...

Dulu aku terkejut bila tengok buat pertamakali melihat berpuluh Cyma dan Titus menguasai ruang display City Chain... rasanya bukan satu trend (market) sesuatu jam swiss.

ayisy said...

salam. suka dengan info nih. tapi harap janganlah harga jam naik. kalau naik susahlah nak beli jam. huhuhu...

ex001 said...

Untuk perbandingan, Swiss mengeksport 26 juta jam dgn nilai 15.8 billion usd setahun. manakala china termasuk hong kong mengeksport 900 juta jam bernilai 9.8 billion usd setahun. nampak perbezaan?? jam dari china ni termasuk brand2 yg bro dj sebut atas tu. maknanya kalau brand2 seperti breitling, tag, dan brand2 selain dari richmont & swatch group menggunakan enjin selain ETA, harga jam akan turun. Peluang baik untuk kita memiliki jam2 idaman yang selama ni berharga mahal. (kemungkinan je).

Harga movement2 baru seiko memang mahal sekarang. Tapi berbaloi utk dimiliki sebab byk penambahbaikan yang seiko lakukan. Kalau mampu melabur lah dengan Grand Seiko atau seiko Prospex. Harga Seiko prospex Tuna dalam tahun 60 ialah 89,000 yen. Tu harga 50 thn dulu. kalau banding dgn harga sekarang rasanya seiko tak menaikan harga prospex ni dgn melampau sgt.

Dan kalu sekiranya swatch betul2 melaksanakan polisi baru ni sepenuhnya maka jam dgn movement ETA akan meningkat harganya dgn mendadak. Kalau ada yg berhajat nak jam2 tertentu bermovement ETA tu, belilah sekarang sebelum harga naik. Emm... Fortis chrono tunggu kau. jgn naik harga sebelum aku angkat hahaha!!!

duniajam said...

Cayalah bro. Baru nampak beza tu. Hehehe... Kalau ada duit lebih, sekarang adalah masa yang tepat nak angkat sebelum polisi ni terlaksana.

Tu wa. Kalau perasan. Titus sekarang dah takda tulis Swiss dah. Aku rasa sebab Titus hanya pada jenama saja. Casing & enjin dari China. Doxa pun kalau tak salah syarikat Hong Kong dah ambil alih kecuali Doxa Sub. Lain dari Doxa Sub semuanya dari HK.

Sebab tu kalau tengok Titus harganya macam tak munasabah untuk jam Swiss. Letak harga RM1k pun, tapi diskaun sampai 70%. Diskaun antara 15-70%. Suatu yang pelik untuk jam Swiss & takkan berlaku untuk jam 'Swiss original'. Kalau letak harga sebenar lepas diskaun, lagi tak manusabah. Jam Swiss RM200? Sebab tu diorang letak tinggi.... supaya mata & hati yang melihat tertawan dengan harga tu. Jam mahal tu....tapi murah. Kalau letak harga RM200, orang takkan pandang Titus suatu jenama mahal lagi dah. Ini kira perang psikologi juga. Salah satu strategi pemasaran gak tu.

Dari segi harga naik tu tak tau nak cakap. Tak pasti harga jam Jepun akan ikut naik atau tak kalau harga jam Swiss naik. Kalau harga naik? Hmmm....

Semua ni hanyalah pendapat dari pemerhatian aku selama ni & bacaan saja

ps: Bro, macam best ja Fortis chrono tu. Waakaka...

Timur said...

Tapi aku rasa polisi baru ETA ni mungkin membuatkan depa menturun harga, atau landskap baru pasaran yg sedia dikuasai kuasa eco timur akan memaksa menurunkannya, caya tak? Bukan senang nak lawan China dan Japan yang dah mulai kedepan dalam soal qualiti dan harga. Dulu pencabar meka Japan aje, tapi sekarang pencabar meka China, dan masih juga Japan, tak mustahil perang ini akan berulang lagi...

duniajam said...

Mungkin juga.... ini suatu yang cukup bagus.... atau mungkin juga sebaliknya... ini suatu yang membimbangkan. Takut2 Jepun pun ikut sama.

Lepas ni syarikat Jepun akan mula cari strategi baru untuk pasaran & mungkin akan meningkatkan kualiti yang sedia ada bagus. Harga jam Jepun mungkin akan maintain jika karga jam Swiss naik. Sebab? Jika harga jam Swiss naik, kuasa belian akan menurun. Pembeli akan mula beralih arah kepada alternatif lain. Semestinya jam Jepun kan dipilih kerana kualiti yang bertaraf 5 bintang sejak berpuluh tahun. Seterusnya akan meningkatkan jualan jam Jepun.

Jepun dengan dasar pandang ke Timur rasanya takkan tergugat malah satu peluang keemasan & 1 bukti usaha berpuluh tahun mereka itu suatu yang menguntungkan & dapat mengalahkan Swiss. Swiss kena bangkit & keluar dari masalah ni supaya nama mereka itu tidak akan manjadi sejarah....

China yang mula hadir dalam dunia horologi akan mengambil kesempatan dengan kesusahan Swiss & berusaha meningkatkan kualiti mereka sedikit demi sedikit. Sudah banyak enjian depa yang syarikat lain guna. Jam butik kebanyakannya guna enjin depa. Dari segi complication, hampir menyamai complication jam Swiss & gempak. Tak sangka China mampu hasilkan enjin dengan complication yang pelbagai seperti tourbillon, moon phase, jumping hour, calender dan lain-lain. Bila pasang enjin ni kat jam, nampak mahal terus jam tu walau jenama entah apa-apa. Walaupun jam replika pun ada yang pakai enjin China, mereka mempunyai pelbagai jenis enjin dengan pelbagai gred. Dengan harga yang murah, sudah tentu mereka akan berjaya 'memancing' pembeli yang baru berkecimpung dengan dunia horologi juga.

Alangkah baiknya jika harga jam tak naik samada Swiss ataupun Jepun. Kalau Swiss buat enjin sendiri & harga tetap sama macam dulu alangkah bagusnya dunia horologi ni. Dapat pakai jam pelbagai jenama yg punya in-house movement sendiri. Tak la macam sekarang... ETA2824 Oris pakai, Epos pakai, Omega, Doxa, Invicta, Junkers.... Walau ada semua jenama tu.... takda kelainan langsung melainkan casingnya & brand saja.

Swiss perlu keluar dengan trademark ETA pada enjin. Kena berdikari & cari alternatif untuk jantung mereka & ETA perlu ketatkan polisi supaya nama Swiss tidak terkenal hanya pada nama saja.

Dengan fenomena yang bakal berlaku ini, aku memang rasa harga akan naik. Harga turun takkan berlaku pada jam Swiss rasanya. Ini suatu yang akan memalukan mereka sendiri pula. Mereka yang selama ini terkenal sebagai jenama eksklusif jual jam sama harga dengan Citizen Eco-drive? Rasanya itu takkan berlaku. Sebab tu pada hemat aku, walaupun depa guna ETA, harga depa tinggi walaupun enjin yang sama tu jam Rusia pun pakai. Sebab ke'ekslusif'an tu....

hafidz said...

good info! hrp2 jgn la naik... haru jadinye...

Narong said...

nak beli epos...nak beli epos....nak beli epos....ni lah masanya....

duniajam said...

Jangan..... JANGAN TAK BELI!!!! Wakakakaka.....