Swiss Watches Since 1912
Fortis adalah satu jenama Swiss yang tidak asing lagi di kalangan watchmaker sedunia. "Swiss Watches Since 1912" itu adalah moto syarikat ini. Mereka yang dikenali dengan trademark cosmonauts & chronograph adalah sebilangan jenama yang mengekalkan trademark mereka itu dari dulu sehingga kini.
1912 merupakan tahun terciptanya syarikat ini di dalam dunia horologi. Berasal dari Grenchen, ia masih menempatkan syarikat ini sehingga sekarang. Ia ditubuhkan oleh Walter Vogt dengan kepercayaan bahawa 'pengeluar jam Swiss berkualiti tinggi, dalam design yang inovatif pada harga mampu milik' (the manufacture of high-quality quality Swiss watches, in innovative designs at inexpensive prices).
Tahun 1924 merupakan detik bersejarah apabila Walter Vogt bertemu dengan John Harwood (pencipta jam automatik dari British). Pertemuan mereka itu seperti telah ditakdirkan kerana John Harwood telah 2 tahun mencari rakan niaga untuk memproduksikan jam secara besar-besaran di Switzerland. Walter Vogt tidak menoleh ke belakang lagi bekerjasama dalam projek ini & menyalurkan sumber kewangan untuk merialisasikan impian & penciptaan mereka itu.
Kronologi penciptaan jam mereka boleh dibaca lanjut di web official mereka sendiri.
Jam bercirikan military terutamanya pilot merupakan salah satu jam kegemaran aku. Rupanya yang lebih mengikut kokpit kapal terbang, jarum yang agak besar & design yang ringkas memberikan rupa tersendiri berbanding jam lain.
Marker bernombor pada dail adalah luminous yang akan bercahaya di kala gelap & memberikan rupa yang cukup cantik. Kebanyakan jam pilot mempunyai marker segitiga yang mempunyai 2 dot padanya. Aku tak pasti apa maksudnya pula. Mungkin itu adalah lambang/kod untuk pilot.
Casing bersaiz 44mm diperbuat dari stainless steel 316L secara keseluruhannya adalah brush finishing. Ia mempunyai crown yang besar seperti jam diver, rupa-rupanya adalah....
... skru down juga. Buat apa jam pilot ada crown camni? Jam ini diciptakan untuk profesional yang lasak tidak kira keadaan cuaca ataupun persekitarannya.. Sangat sesuai digunakan oleh tentera yang inginkan keistimewaan & rasa eksklusif. Selain boleh terbang, ia juga boleh menyelam. Ia dicipta dengan water resistant sehingga 200m. Jarang sekali jumpa jam pilot yang boleh selam dengan begitu dalam. Putaran crown smooth & skru dapat dilakukan dengan baik sekali.
Logo Fortis embose dengan cantik pada crown. Tidak seperti jam diver, tiada crown guard pada jam pilot ini.
Caseback skru dibuat dengan cukup kemas & tertera tempat lahir padanya. Ia dipacu oleh movement ETA 2836-2 yang banyak digunakan oleh jenama terkenal dunia.
Persamaan ciri-ciri pilot ada pada kedua-dua jam ini. Kedua-duanya mempunyai bentuk jarum yang hampir sama & marker dail yang bernombor.
Berasal dari 2 continent yang berlainan... kedua-duanya mempunyai sejarah yang tersendiri malah cara buatannya juga berlainan. Ia boleh dilihat pada finishing kedua-duanya... finishing Junkers halus tanpa alur brushed yang begitu nyata & Fortis boleh nampak aluran brushed finishingnya. Bukanlah bermaksud salah satunya tidak bagus. Hanya nak menunjukkan perbezaannya. Masing-masing mempunyai kelebihan & identiti tersendiri. Kedua-duanya menggunakan cermin sapphire.
Tidak seperti jam lain, model military tidak perlu mempunyai polished finishing. Mengapa? Keadaan jam yang 'bling' boleh memberikan silauan & gemerlapan yang membolehkan si pemakai terdedah kepada musuh. Sesuatu yang tidak bagus kepada tentera jika dibawa berperang. Sebab tu, jam military tidak dibuat begitu. Walaupun jam ini bukanlah nak bawa perang, tapi itulah ciri-ciri military yang patut ada padanya. Junkers mempunyai casing yang lebih tebal berbanding Fortis.... logik dengan movement chronograph yang besar itu.
Caseback Junkers menampakkan isi jantungnya manakala Fortis tidak.... suatu ciri yang tidak perlu untuk jam yang menyelam dalam sebenarnya. Tekanan yang kuat boleh memecahkan cermin itu seterusnya melemaskannya. Junkers hanya boleh menyelam 50m sahaja. Walaupun begitu, memadai jika terkena percikan air atau air hujan. Aku kurang percaya dengan button chronographnya itu & ia bukanlah dicipta untuk itu. Masih banyak jam lain diciptakan khas untuk menyelam... cari penyakit namanya bawa Junkers mandi laut... tapi Fortis senyum saja. Terbang boleh... selam lagilah boleh....
Junkers yang lebih tebal itu memberikan rupa yang lebih besar walaupun kedua-duanya sama saiz. Design lug Junkers yang sedikit ke bawah itu memberikan rasa mandakap pada tangan. Keadaan lug pada Fortis pula membuatkannya rasa tergantung pada tangan. Namun itulah kelainannya.
Tidak seperti jam lain, jam military/pilot mempunyai tarikan yang tersendiri. Namun ia bukanlah kegemaran ramai orang. Hanya orang tertentu saja minat jam sebegini & Fortis Profesional Pilot memberikan rasa istimewa itu kepada tuannya.
7 KOMEN ANDA:
kalau kapal terbang terjunam ke laut & pilotnya sempat menyelamatkan diri...kurang2 jam pun selamat...sebab sapa2 yang survive,selalunya terapung2 atas permukaan laut je...mungkin tu sbb perlu crown berskru...& berguna jugak utk training rescue utk pilot2 yg selalunya dibuat di kolam renang...ok tak teori aku tu?
Ingat nak jual la fortis ni. nak angkat yang chrono mcm junkers tu pulak. hehehe
Bro Ijan. Betul gak teori tu. Mungkin sebab tu gak jam ni dibuat 200m. Kalau terjun/selam dalam laut pun pilot tu boleh tengok masa lagi. Dia perlu jam lasak untuk kerja camtu.
Bro ex001, teracun plak ka? Wakakaka...
FORTIS antara jam swiss yg aku minit, terutama model ni, tapi harga jadi penghalangnya. Aku terkenang-kenangkan oris diver la... casing macam tempayan tu..
Fortis memang mengeluarkan jam jam yang berbaloi utk dimiliki. Kualitinya setanding dgn harganya. bukan tergolong dalam jenama mewah seperti rolex, panerai, JLC atau B&R tapi kualiti jam2nya adalah setanding kalau tak lebih bagus.
Buktinya betapa susahnya kita nak jumpa jam 2nd hand utk jenama ni. Maknanya sapa2 yang ada jam ni akan simpan atau pakai utk jangkamasa yang lama. sebagai salah seorang yg bertuah memiliki jam fortis ni terpaksa mengakui yang kualitinya memang melebihi jangkaan. terutama dari segi printing angka2 kat dial. memang sharp dan takda cacat cela. nampaknya slogan 'the manufacture of high-quality quality Swiss watches, in innovative designs at inexpensive prices' memang tepat utk jam2 fortis.
Memang pun. Kualiti mmg best. Aku pun minat tambah2 yg chrono. Kalau dibandingkan dengan jam Swiss lain, model chrono depa agak murah dari yg lain. Depa boleh jual bawah RM10k. Kalau yg lain semua lebih 10k
Nak tanya Swiss hunter ATM100 300M berapa harga boleh tahu?
Post a Comment