![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4WoRhRMP-Mss7V3tOW-OMy67hVipDAU0crrQUECmiHVwAl0FzMG68RExbNEfXAizW7ZjgjmFf9Fnkiv-B_gpIhInG6gvi6XNBhrF1jg6niONQ7QdaRff5LjcWwKrOHudHbP6p_FuMVhFg/s400/Accutron.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGX95KISw1VF1sWSr80PE39cKjzaUEfB9f0Lc2UjVlg6MacMHDrZewUuZ_haPU7L4lE8eo6GpcsoceksLq5kGkemTRpbsrq008ZKgwOpr3Rr96CxSq-ZSG-ZR3ZC7j9QgD-jgpLV22uhJT/s400/DSCN4942.jpg)
Ini adalah pendapat aku saja tanpa berlandaskan fakta. Aku dah fikir beberapa kemungkinan & sebab-musababnya.
1. Kekeliruan
Mungkin tak mahu orang keliru dengan nombor V yang terlalu banyak pada dail & untuk memudahkan pembacaan waktu. IV dgn VI hampir sama & mungkin ini yang cuba dielakkan oleh kebanyakan pengeluar. Kekeliruan boleh berlaku pada kedua-dua nombor itu. Kadangkala, bacaan dari mata lain, tapi otak proses & menyampaikan maklumat yang lain.
2. Estatik (kecantikan)
Tapi pendapat aku lebih menjurus kepada kecantikan. Contohnya seperti gambar di bawah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiS1E7ZJQbysPR9Uw11O_ntDAk9hLsJ4Raxmo3kDB9-9ytb5ik8kR6Hm98K4z3W-r9D3gCd9S-ec6BgVonzOof1i27wYl5JrbwIE4PoUx0A1VAGEjKyGzl_mntoR49UpdE9TID09gQ1RSyA/s400/Titoni+Cosmo+King+vs.jpg)
Sebelah kiri adalah gambar original & kanan telah diubah nombor 4 Romannya. Boleh lihat dengan nombor IV, jam nampak agak semak dengan nombor V. Nampak tak cantik & tidak kemas.
Tapi itu hanyalah pendapat aku saja. Ini pula adalah faktanya.
Kepada yang tidak familiar dengan nombor Roman, ia bermula dengan:
I, II, III, IV (IIII), V, VI, VII, VIII, IX, X (penomboran 1 - 10).Nombor Roman adalah sistem penomboran kuno Rom yang berdasarkan huruf yang bergabung untuk menandakan jumlah. Gabungan huruf-huruf tersebut akan menentukan nilai seperti penomboran moden sekarang. Lagi tinggi nilainya maka lagi kompleks gabungan huruf Romannya. Nak baca pun susah.
Penggunaan nombor Roman pada jam memberikan rasa klasik & eksklusif pada sesuatu jam itu. Tapi bacaan nombor 4 bukanlah IV tetapi VI. Mengapa?
Pada mulanya, ianya adalah kebiasaan menggunakan IIII untuk mewakili 4 kerana IV mewakili tuhan Roman, Jupiter.... di mana dalam Latin IVPPITER (bermula dengan IV). Bagaimanapun pada masa sekarang penggunaan IV untuk mewakili 4 telah menjadi standart.
Penggunaan nombor Roman IIII dalam jam memupunyai beberapa penjelasan, di mana beberapa di antaranya mungkin benar:
- Raja Perancis, Louis XIV lebih menyukai IIII dari IV & mengarahkan pembuat jam untuk menghasilkan jam dengan nombor IIII (bukan IV)... & kekal hingga hari ini.
- Penggunaan nombor standart, 2 nombor mempunyai kesamaan & seterusnya akan menyebabkan kekeliruan kepada mereka yang tidak biasa membawa waktu pada jam. Nombornya ialah IV & VI; juga IX & XI. Disebabkan IV & VI terletak di bahagian bawah & terbalik, ia akan menambahkan lagi kekeliruan. Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan tersebut, IIII digunakan.... ini sama dengan pendapat aku di atas....
- Huruf IIII menghasilkan visual yang simetri dengan VIII, yang mana 2 huruf IV tidak.
- Simbol I hanya muncul di 4 jam pertama, simbol V di 4 jam seterusnya & manakala simbol X muncul di 4 jam seterusnya pula. Susunan begini menambahkan rupa dail yang simetri.
- Kebanyakan jam menggunakan IIII kerana ia adalah tradisi yang telah dibentuk oleh jam yang terawal, the Wells Cathedral clock dibina diantara tahun 1386 & 1392. Ia menggunakan IIII kerana ia adalah kebiasaan untuk mewakili nombor 4 dalam manuskrip kontemporari.Jam tersebut mempunyai dail 24 jam yang tidak simetri & menggunakan nombor Arabic untuk dail minit & dail moon, jadi teori yang mengatakan dail 12 jam yang simetri tidak dapat diaplikasi.
Data diambil dari Wikipedia.
Diharap sedikit penerangan ni dapat merungkai persoalan & kemushkilan sebelum ni. Dengan artikel ni, sedikit sebanyak aku pun mula faham & tahu dengan benda yang aku tak terfikir pun sebelum ni.
2 KOMEN ANDA:
bahan bacaan yang menarik.
Teng kiu... Moga2 ada lagi macam ni pasni...
Post a Comment