Dua bungkusan besar sampai serentak hari ni. Tak pernah lagi sampai benda sebesar ni. Berat lak tu. Beberapa lama sebelum ni aku dah terfikir nak beli benda-benda ni. Banyak kali fikir, congak-congak kira fulus & akhirnya beberapa minggu lepas aku ambil keputusan untuk beli benda ni. Tak sangka cepat juga sampai.
Barang Pertama
Bungkusan ni dah dibuka oleh Kastam. Mungkin disebabkan saiznya yang besar & berat tu. Takut ada bom atau dadah kot.... Namun dibungkus dengan baik semula lepas tu. Tape coklat dengan tulisan Kastam tu satu bukti mereka menjalankan tugas mereka.
Hah! Inilah dia. Kotak jam yang diperbuat dari kayu solid boleh menempatkan 6 ketul jam bersaiz besar. Satu slot 5 inci. Sangat sesuai untuk letak jam diver yang besar. Beli kotak ni pun pasal nak letak jam diver.
Kualiti kotak kayu ni sangat memberangsangkan. Dibuat dengan kayu solid, bersaiz besar & berat & berwarna hitam berkilat. Aku timbang tadi 2.5kg termasuk semua jam tu. Ruang dalaman jam nampak kemas & dibuat dengan cukup baik. Tengok pun nampak selesa.
Kini jam-jam diver ni tak perlu dibalut bila diletak dalam kotak lama yang kecil. Tiada lagi igauan mimpi ngeri jam-jam ni bergesel. Ruang untuk satu slot besar dengan diameter 5 inci. Ada juga kotak cuma 4 inci. Nampaknya saiz slot 5 inci adalah yang terbaik untuk jam-jam bersaiz 44mm ke atas.
Kotak jam ni dibeli dari eBay. Masa aku beli USD$50. Kini, dengan seller yang sama... harga dah meningkat menjadi USD$60.72. Hmmm... Ada beberapa lagi pilihan kotak. Nampaknya harga kotak-kotak lain juga turut meningkat.
Ini link dia... Black Cherry Wood Watch Storage Case Box For 6 Watches
Barang Kedua
Kalau sebelum ni aku dah buat artiker pasal winder jam, kini aku dah beli satu akibat frust dengan jam yang asyik 'mati' walau tengah dipakai. Didatangkan bersama winder & adaptor untuk sumber kuasa elektrik. Dulu ada juga terasa nak DIY buat winder sendiri. Tapi takda masa nak buat inovasi sendiri la plak....
Winder jam ini boleh menempatkan 2 jam dalam suatu masa. Kualiti agak baik & diperbuat dari China. Banyak kedai jam di sini tidak menjual winder. Yang jumpa pula sangatlah mahal. Tak termampu nak beli. Alternatif lain, beli dari eBay. Dengan modal tak sampai pun RM250, dah boleh dapat winder 2 tingkat ni.
Berbeza dari winder untuk 1 jam yang hanya ada 1 mode pusingan, winder untuk 2 jam ni mempunyai 4 mode masa pusingan jam & 3 mode untuk putaran samada ikut pusingan jam, lawan pusingan jam ataupun automatik. Ia menggunakan sumber elektrik untuk menggerakkannya. Ada juga winder yang boleh guna bateri, tapi ini tidak.
Holder jam adalah spring. Boleh ikut saiz lilitan bracelet untuk hampir semua saiz tangan. Ia juga mempunyai sambungan tambahan holder untuk jam bersaiz besar. Sampai saja winder ni, aku terus cuba dengan jam Seiko vintage aku. Cukup bagus untuk jam-jam automatik yang tiada fungsi wind & jam-jam automatik yang jarang dipakai. Biar jam-jam yang tak pakai langsung tu bergerak juga sebab akan cepat rosak seperti yang dah aku ceritakan dulu. Harganya USD$65.95. Boleh tengok link untuk maklumat lanjut.
Dual automatic watches storage watch winder (KA015)
Dual automatic watches storage watch winder (KA015)
Mechanical watch need to be wounded & the owner unwound it.
9 KOMEN ANDA:
lawa kotak tu. berbaloi dgn harga.
winder pun nampak mcm ok.
Tak sangka besar & berat sebenarnya. Buatan dia best. Rasa berbaloi juga.
tak cukup tu bro. kena beli 5 kotak tu. 5x6=30 baru cukup. levis, jeep tu semua nak letak mana? kesian kat depa hehehe
Waaa.... bankrup camni. Hahaha...
Halo from singapore... you got a good bargain for the watch winders. I will be interested if you can update me on it. Visit me ten10-projects.blogspot.com to get more info.
A nice winder you got there. How much is it?
Nak beli winder kena pastikan kualiti buatannya dari aspek kayu kotaknya, jenis motornya, berapa jumlah winder, fungsi dan modenya. Kalau salah beli, 3 bulan ngeng! motor sakut dan rosak. beli dari dalam negara kalau apa-apa hal boleh hantar kat penjual untuk repair kalau masih dalam warranty. Kalau import alamat simpan ajelah buat letak jam aje!
Dekat Amcorp Mall, ada kdai jual winder custom made, nak berapa winder pun boleh, 2, 4, 24, 36, 100 winder pun boleh. Setiap satu winder dengan switch tersendiri. Boleh juga custom made dalam almari, dalam dinding, dalam bilik air (dinding le!) boleh dengan jam-jam berdetik sambil baca paper dan termenung wakaka! harganya puluh hingga ratus ribuuuuu!!!!
Salah satu sebab beli kat eBay psl harga dia jauh lebih murah. Tgk kat sini harga semua no mercy. Yg cutom mae lak, mahai sungguh. Dulu ada hati nak buat sendiri. Tp takda masa nak buat
Post a Comment