![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvkK7gT04KbseRelneKplaTH5MWAOAKil0jJPxCA6Q1CxIy0FTdehkfHxP5_ph6bfaqt_YvpzicHBbKvn8CJbFUBlbtUvx4TwbXqZNteW3mVs_7rv0PwJOIoil1kgBd6eQM3iiRtjozZPj/s400/Epos+vs+Rolex+02.jpg)
Jam dalam keluarga diver ini mempunyai sifat & standart yang tersendiri. Masing-masing ada kelebihan yang lain tiada. Harganya jauh berbeza disebabkan penggunaan bahan yang berlainan, buatan tangan, jenis enjin & sejarah (heritage) mereka. Secara ringkas kita tengok perbezaan antara keduanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz2VlDqBsJoDdCSzga-4PsJA6RuDizReDp1lGqIRCrF-4ismnGo8MctqPgzS0edewwG2Z5X8UsROFrX78y5A37I6IXuta0SmB1Z_7LiBU0t2-HFeQWpPvYyeWLYHprJCbxqMViVnmDM-at/s400/Epos+vs+Rolex+03.jpg)
Rupa Submariner yang sangat dominan ini memberi imej yang low profile, prestige, segak & kemas. Apa yang cuba disampaikan oleh Rolex sangat jelas pada jam mereka itu hingga menjadi kegilaan ramai pengumpul jam sedunia. Maklumat yang aku dapat dari sahabat bro ex001, Submariner 16610 (model ada tarikh) belum tentu dapat dibeli oleh kita walaupun bawa cash ke kedai. Model ini, perlu mengikut turutan nama dalam waiting list yang telah lama menunggu. Model 16610 dijual macam pisang goreng sampaikan ada yang sanggup tunggu berbulan-bulan malah lebih untuk mendapatkannya. Bila kita nak beli, entah jauh mana nama kita di bawah sekali waiting list tu.
Nama Rolex sendiri amat dikenali walaupun orang kampung yang tak tahu pasal jam pun. Namanya sangat gah hingga ada kedai pajak gadai yang hanya menerima Rolex untuk digadai & tidak jam lain. Jam-jam Rolex boleh disimpan & dijadikan pelaburan. Harganya juga tidak banyak jatuh kalau nak jual. Sebab harganya meningkat saban tahun. Bila harga baru jam Rolex meningkat, jam 2nd hand juga turut menerima tempias & boleh dijual lebih tinggi dari harga beli.
Bentuk, design serta jarum lambang Mercedes mereka banyak menjadi ikutan watchmaker lain. Submariner yang dipaparkan ini adalah siri 14060M. Bentuknya 100% sama seperti 11610, cuma yang berbeza ianya tiada tarikh. Harga kedua-duanya juga berbeza. Submariner dibuat menggunakan bahan stainless steel bekualiti tinggi & hanya Rolex menggunakannya iaitu 904L (sejenis aloi corrosion-resistant stainless steel). Berbeza dengan Epos, ia menggunakan stainless steel 316L yang banyak sekali digunakan oleh watchmaker sedunia.
Dari segi tahap selaman juga berbeza. Epos hanya mampu bertahan sehingga 200 meter manakala Rolex lebih handal dengan tahap selaman sekali ganda menjadi 300 meter.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcrHRCjCBUA03uXfIEgEYsz3GsCnKZibtje-FZ9mDPmXU7s34VobioF34nCNG4aTNszVz_mK3ptcgF4mFNhyphenhyphenw_HN1R3Rm2msI7Tt2zrhJYMdbWZnUJcvLaFenlzrPDc1ZuJHjA73pL3Fj6/s400/Epos+vs+Rolex+04.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNvGZFHT8dXLEZMB2tzl4_wiPzh7XkiLmhedkffPvpz2SPsUAy8YRtjjXvJfyix9ktT4dn-h5CwO4R4dBFc7h7N3QIhx2sUMrDZ93Mj1N11vvBxIdAvyCLpDNgzHYDsHQRX8W_Kk4vCxTT/s400/Epos+vs+Rolex+05.jpg)
Kedua-dua crown jenis skru down & saiznya juga hampir sama. Saiznya sangat sesuai untuk jam jenis skru down. Tiada logo pada crown Epos, manakala Rolex ada dengan 3 dot padanya. 3 dot itu melambangkan sistem Triplock yang ada padanya. Sistem ini mempunyai 3 sistem gasket di dalamnya. Apabila crown diskru-down rapat ke dalam casing, sistem ini memberikan suatu lagi perlindungan terhadapnya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQ2PlEDRvTJri_MPDSKxTkDdq6l2ySOFUNgVFCA3bhaGLqNTFozmJj4z_Z4PV-Lhcr9Mzs3Ih3NQq34XVPM4i2St7Iv_PCKMrGaJaFFd7rueAhRn71DqFEFrsQUrH4K_USq8IK14HYculs/s400/Epos+vs+Rolex+06.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgetZVVFlg7CyFFtQ0WQMUK5yejAH9ZDmE_mVWpev3hsnSWVe-OlcSJ_08LP8mCGHkdzA8j5gQ66xJciGzd_q1nx8cHZHpJYZU7yKkAVQjARpTDjjpvYQt8zu7hoY7elGI4rnAUoXdCYJd/s400/Epos+vs+Rolex+07.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGfAX8V0Te6XqVk80Ce_V9j9fCduYMEDIhhnwW7jyWIO6so7OPisrXXHL-oMvagpIpL8f6pPPEt-zuWiOGIG7VLZztjCrTCeixMB6ZkiRunV7qdbaAwJ9HJaWFS9aWnnDVUhW7pDP9CH3t/s400/Epos+vs+Rolex+08.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe3qh-xZWMj0hxrQLrVC8XDu6G_iDlGL-VNX9X0B8VP8bWwCPn5e2onheX6SYqv6fvUwztXHTuFMrWn8HcOTxEokRvzgfrA6-mUnlq41de59YGffZiDVTC_WlfofBh8JQf__LeOiqbKZFR/s400/Epos+vs+Rolex+09.jpg)
Kedua-dua jam mampunyai ciri-ciri yang hebat & sesuai dengan gaya yang tersendiri. Epos tersendiri dengan kualiti yang mengagumkan... manakala Rolex telah menjadi lagenda & ikutan sepanjang zaman...
*********************************************
Untuk bacaan lebih lanjut untuk setiap jam ini, boleh layari review yang lepas pada link di bawah.
12 KOMEN ANDA:
Aura rolex sub memang kuat. Tak boleh tahan. Pertama kali tengok iklan sub dalam mag national geographic 20thn dulu, terus melekat dalam kepala. Mula pasang angan2 satu hari nanti mesti beli jam ni. Mesti belajaq pandai2, mesti kerja kuat. Mesti kumpul duit. Mesti beli. Mesti ada jugak 'crown' ni kat lengan.
hehehe indahnya kenangan dulu-dulu.
Bestnya. Satu cita-cita & impian yang dah kesampaian. Nak bercita-cita tambah lagi sora.... eh bukan.... jam. Ekekeke....
masa kecik2 dulu aku hanya tengok rolex kat signboard pajak aje...
Aku mula tau Rolex ni mahal masa aku sekolah. Tengok datejust RM10+k. Baru tau mahal rupanya.
Jenama epos aku aku kenal semasa ngan kau Asmar, desigannya terlalu ringkas, cantik diperhati dari jarak 0.5meter, tapi agak biasa-biasa aje kalau dilihat dari jarak 1km..err
Aku lebih suka menilai (70)dr sudut reka bentuk,kerana bentuk luaran (sebagaimana warna juga) mempengaruhi keselesaan kita.
Mak ai! 1km jam dinding pun tak nampak. Ekekeke...
Aku bukan saja pandang bentuk... design, jenama, enjin, tali/bracelet, keselesaan memakai, smart/cantik di tangan itu yang aku perhatikan. Yang paling penting pada aku sekarang enjin. Kalau boleh aku nak cari jam berlainan enjin. Seboleh-boleh aku cuba mengelak dari beli jam berenjin China yg harganya lebih RM500. Sebab doleh dapat jam berjenama China yg jauh lebih murah. Enjin yg sama, tapi bila guna pada jenama yg agak terkenal, rega jual sampai 1k. Pergh!
Ada jam yang hanya nampak cantik dipandang begitu saja. Tapi bila letak di tangan, nampak tak elok. Lepas semua aspek aku nilai, jam akan aku letak di tangan.... penilaian & keputusan untuk beli bergantung pada 'markah' yang bakal disumbangkan di tangan. Ini aspek paling utama aku lihat sebelum aku beli jam.... walaupun jenama jam tu gah & berharga ribuan ringgit. Aku nak belian aku tu berbaloi dengan susah payah cari duit...
Setakat ni aku tak jumpa lagi mana2 web yang buat review pasal Epos. Tu yg terpanggil nak buat. At least ramai boleh kenal & tahu akan kewujudan jam Epos ni. Walaupun review setakat kemampuan aku ja... at least ramai yg dpt info serba sedikit.
Enjin 20% dlm penilian aku manakala harga belakang kira, sbb dompet biasanya simpan kat poket belakang....haha
Perasan tak, jam yang kita minat biasanya jam mahal yg kita tak mampu dan jam yang kita beli ialah jam yang kita tak berapa minat tapi kita mampu??
walaupun tak semua mcm ni tapi ada satu 2 jam yang mcm ni??? kita beli jam murah sebagai alternatif kepada jam mahal yg kita tak mampu. walaupun ada kebaikannya tapi keburukan pun ada.
Rasanya lagi berbaloi kalau kita simpan duit dan beli jam yang betui2 kita minat tu. Puas hatinya berlainan. Saya mengidam Sub dekat 20thn. Secara tak langsung Sub ni menjadi salah satu sumber motivasi. sekarang berminat dengan salah satu Panerai Manifattura. Jadi jam ni akan dijadikan salah satu sumber motivasi utk kerja kuat. Mungkin lagi 10 atau 20 thn lagi buleh beli kot. Tapi tak kisah janji dapat walaupun lambat. hehehe
Tapi biasa la lain org lain pandangan dan perspektifnya.
Betul...
Bangla pun pakai RADO rm3K tau! terkejut aku bila dia bayar dgn setahun hasil titik peluhnya diMalaysia, berapa baldi ye baru diaorang dapat jam idamannya tu?
Betui tu. Ramai camtu. La ni takda target apa lagi. Rasa puas hati sangat dapat Sumo. Idaman hatiku... Ekekeke....
Jangka masa panjang cadang nak angkat Sub, Seamaster, Grand Seiko Spring Drive, Damasco, Doxa Sub, Bell & Ross... ish byk lagi... Insyaallah 1 hari nak angkat gak salah satu. Tapi Sub memang wajib dulu sebelum beli jam2 lain. Muahahaha...
epos dalam pemerhatian...sumo masih diburu...samurai masih tercari2....hhhhmmmmmm....jauh lagik perjalanan aku nih....(alamak....exam dah dekat!!!)
Lepas exam cari tiga2. Best bro jam2 nih... Ehehehe... Hari tu dalam mudah.my ada Sumo & Samurai. Member Hassan angkat dua2. Hehehe...
Post a Comment