Sunday, January 17, 2010

Modifikasi jam

Minat manusia ni pelbagai. Ada yang sukakan sesuatu berkeadaan asal & ada juga yang sukakan modifikasi untuk mencari kelainan dari orang kebanyakan, contohnya kereta & moto. Macam-macam yang dibuat ke atas kenderaan tu sampai hilang rupa asal. Ada yang sanggup melabur berpuluh ribu ringgit modifikasi kenderaan kesayangan ke tahap yang orang lain tak terfikir. Kesemuanya itu hanya untuk kepuasan sendiri. Wujudnya mereka ini juga membolehkan kita menyaksikan tahap 'kegilaan' manusia yang mempunyai minat yang pelbagai.

Begitu juga bagi mereka yang gilakan jam. Bagi yang sudah bosan dengan rupa asal, bolehlah buat modifikasi pada jam anda itu. Mungkin dengan sedikit modifikasi boleh memberikan suatu kepuasan & 'nyawa' baru kepada jam itu.

Boleh jumpa banyak jam-jam custom di internet. Tengok jam-jam ni buat rasa semangat nak buat juga. Ada yang memang cun betul. Dalam banyak-banyak jam, Seiko yang paling banyak dibuat. Mungkin disebabkan sparepart jam ni yang banyak & murah, ia menjadi pilihan mereka yang sukakan modifikasi. Saksikanlah...


Seiko SKX

Seiko diver SKX007 ataupun dikenali sebagai SKX Bond. Selain bracelet design lain, jarumnya juga telah ditukar.


SKX dengan bezel yang berlainan. Ditambah pula dengan tali kulit berlubang, rupanya yang asal telah bertukar hanya dengan modifikasi yang minimum ini.


Model yang sama dengan banyak modifikasi.... dail, jarum, insert bezel & bracelet.


SKX pilot, mungkin itu nama yang sesuai untuk jam ni.


SKX dengan casing PVD coating, jarum & dail custom dari Samurai kalau tak salah.


Perubahan yang agak ketara pada SKX ini. Owner membuat perubahan drastik dengan 'menghilangkan' hari/tarikh pada jam ni. Terfikir juga macam mana nak buat insert bezel sebegitu.


Ini pula suatu perubahan yang agak extreme. Perubahan dari diver ke military menampakkannya sesuai untuk pemandu kereta kebal.


Cun! Pemiliknya pandai bermain dengan warna & bezel. Modifikasi pada dail adalah seperti Doxa Sub & jarum adalah dari Samurai.


Modifikasi kedua pada jam yang sama ini sangat cantik. Penggunaan jarum ini sangat sesuai. 5 bintang!



Seiko Monster

Namun bukan semua modifikasi 'kena' & sesuai. Ada juga yang kurang menarik pada aku. Contohnya Monster di atas yang hanya bertukar jarum. Orange Monster dengan jarum putih agak kurang sesuai, tapi jarum hitam dengan Black Monster nampak ok juga.


Ini juga perubahan yang sedikit. Hanya bertukar layer pada dail saja. Nampak berlainan skit.


Suatu modifikasi yang agak kurang memberangsangkan. Dail dibuat hitam seperti SKX Bond. Tapi tak berapa 'masuk' dengan design jarum & dail tu.


Penggunaan dail hijau padanya melambangkan pemiliknya seorang yang berani. Nombor bezel yang engraving itu diletakkan bahan luminous padanya. Sudah pasti dalam gelap ia nampak cantik.


Satu lagi modifikasi yang agak minimum. Yang bertukar hanyalah jarum, dail & bracelet.


Modifikasi yang dibuat ini bagaikan keseluruhan jam nampak seperti diperbuat dari titanum. Entah coating apa yang digunakan. Dail hitam dengan lining jarum & marker hijau nampak cantik juga. Simple & menarik.


Ini suatu modifikasi yang pada aku sangat cantik. Penggunaan dail & jarum pilot style dengan luminous oren yang bergabung dengan casing Monster ini nampak sangat sesuai.


Modifikasi ini sangat sesuai serta cantik. Rupanya bertukar menjadi Monster Pilot.



Seiko Samurai

Samurai standart dengan modifikasi jarum.


Modifikasi bezel hitam & jarum memberikan rupa yang sangat cantik pada jam ini. Rupanya seakan-akan Seiko Samurai bro Detikduabelas.


Suatu lagi perubahan yang minimum. Tapi jam ini bukanlah dari pemilik jam. Tapi jam di kedai dalam display. Kata seller, jam ni dikeluarkan dari kilang begini. Tetapi ikut pengetahuan aku & kawan-kawan, tidak ada keluaran Samurai yang sebegini. Dah la nak jumpa original pun susah, yang jumpa pula begini rupanya. Rupa original telah tiada & jarum itu kurang 'kena' dengannya. (Gambar ehsan bro Detikduabelas)


Suatu modifikasi yang extreme. Perubahan ini menampakkan seperti jam ini sudah karam berpuluh tahun dalam laut. Dengan panorama begitu, ia betul-betul nampak macam kapal karam. Genius!



Seiko Turtle

Pemiliknya mungkin seorang peminat Doxa Sub.


Bijak kerana kombinasi jarum, dail & bezel sangat sesuai dengan bentuk casing ini.


Seiko Doxa. Dail dengan marker yang hampir sama dengan Doxa Sub & dengan kombinasi jarum itu membuatkan ia seperti Doxa Sub yang original.
Hmm... Ni yang buat aku nak cari Turtle gak ni....


Untuk melihat pelbagai lagi jam custom, boleh layari gambar Seiko custom.
(Terima kasih bro Ahmad Norman)


Ada juga website yang menjual jam mengikut kesukaan kita. Kita boleh order custom/personalize ikut seperti yang kita nak. Boleh layari 121 Time untuk maklumat lanjut.

6 KOMEN ANDA:

ex001 said...

macam macam perangai org gila jam ni haiii...
pendapat peribadi, kalau ubahsuai jam seiko utk jadi jam yang lain dari yang lain, boleh terima. tapi kalau modified utk jadi seakan-akan jam jenama lain mcm sinn ke, doxa ke, kurang boleh terima. sebab jam akan jadi 'wanabe'. hehehe

timur said...

AKU SETUJUUU... (tgh angkat tangan ni)! Tapi ada satu jam 6138 yang jarum subdial dah hilang, crown beso gila, tapi tokey jam kata ini modified lagi cun laaa...gluppp! tersedak aku.

duniajam said...

Haha... baru ja cadang nak modified Junkers jadi Panerai. Dua2 jam kunci... sama tu. Wakakaka...

Ada gak hasrat nak beli SKX lama 1. Buat mod camtu. Macam best ja. Dok cari dail & jarum slow2.

timur said...

Jarum jam dekat 300rm!? baik ko beli jam QQ atau hapa-hapa aje yg jarumnya sesuai utk projek mega ko ni...
Kalau lawa aku nak tempah sebiji..

Narong said...

sama saiz ke kalau pakai jarum jam lain ?...kalau sama aku pun nak projek skx aku nih...huhuhu

duniajam said...

Aku mmg nak buat bro. Mmg ada yg dibuat untuk seiko. Aku jumpa beberapa web yg jual aksesori ni.

Ini link yg aku jumpa...

http://www.pmwf.com/Phorum/read.php?10,158827,158827#msg-158827

http://www.10watches.com/apps/webstore/

http://www.network54.com/Forum/170229/message/1260803600/FS-+Custom+hands+for+Seiko+mods

Aku mmg serius nak buat projek nih. Hehehe... Dah tak tau jam apa nak beli. Tu yg nak buat jam projek. Nak cari turtle satu buat Doxa. Hehehe...