Thursday, January 7, 2010

Jerung Jepun menyerang Utara

Kecoh seketika bila mana seekor jerung terlepas di utara. Dengar khabarnya dari Jepun. Porak poranda jiwa yang mengetahui kehadirannya. Jerung dari Jepun yang sesat ni agak ganas kerana sangat sukar untuk dijumpai di Malaysia. Jerung yang dimaksudkan ialah Orient Mako II CEM75001MW. Jerung... satu panggilan oleh bro Narong untuk jam ni & aku rasa sangat sesuai dengannya.


Inilah jam misteri tahun baru tu... Didatangkan khas dari Jepun & menurut seller, hanya ada 10 unit sahaja Mako II Oren ni di Malaysia. Maklumat ni disampaikan sendiri oleh dealer Orient kepada dia & dia sampaikan pula kepada aku. Kalau maklumat ni salah, sila marah dealer tu... Ekekeke...


Orient Mako II adalah versi kedua kepada Mako. Perbezaan antara Mako dengan Mako II sangat ketara baik dari segi design mahupun saiznya. Saiz Mako II sangat besar. Bolehlah dikatakan jaguh Sumo untuk Orient. Boleh geng dengan Seiko Sumo. Hanya erdapat 3 versi warna dail iaitu hitam, biru & oren.


Oren vs hitam. Hitam nampak elegant. Oren nampak sporty. Cukup sporty sampai aku rasa tak dapat lepaskan jam tu. Sebenarnya ini kali kedua aku pegang Orient Mako II.

Al-kisahnya....

Setiap kali aku ke kedai jam, aku dok cari Orient Mako II. Tak banyak kedai jual Mako II melainkan hanya Mako. Aku nak survey harga serta keistimewaan jam ni & nak angkat satu kalau berkenan. Kebanyakan kedai hanya ada warna hitam saja. Akhirnya jumpa 2 versi warna.... hitam & biru di Penang.

Pertama kali aku pergi, aku berkenan dengan dail biru. Hitam kurang berkenan mungkin sebab banyak sangat jam diver aku yang warna hitam. Warna biru cukup handsome & buat aku rasa nak beli.... tapi bulan depan.... Selepas tu, main cinta sms dengan bro Narong & dia nak biru tu.

Kali kedua aku pergi kedai tu untuk belikan Orient Mako II Biru untuk bro Narong. Tapi rezeki takda.... hanya ada hitam & oren. Tak sangka, warna oren cukup memikat hati & aku rasa nak beli jam tu untuk aku pula. Tapi pegang pada janji, bro Narong nak oren tu. Takpa.... Isk... Waaupun sedih, aku minta kedai tu order untuk aku..... kalau ada lagi..... rezeki aku rupanya, jam masih ada. Hahaha.... Masih ada 1 lagi warna oren di kedai tu. Lagi 7 tak tau la mana depa pi serata Malaya.


Kanan sekali ialah Mako. Lihat saja perbezaannya dengan Mako II. Sangat berbeza.... Yang tengah tu ialah Mako II Biru. Nampak lebih handsome dari semua tu.
(Gambar ehsan dari bro ex001)


Berikut merupakan line-up model untuk Mako (gambar dari katalog).


Kalau di kiri ialah Mako, gambar kanan ialah jam diver high-end Orient.... Pro-Diver.


Orient Pro-Diver

Orient Pro-Diver didatangkan dengan kotak khas yg cukup eksklusif bersama-sama dengan tali getah sebagai tali kedua. Ia juga didatangkan dengan alat pembuka pin sekali.


Mempunyai casing yang cukup tegap & besar... ia juga mempunyai bezel yang tegap juga. Warna bezel hitam dengan dail oren sangat 'masuk' & sesuai dengan rupanya yang sasa itu. Kebanyakan jam diver, mesti ada warna oren dalam koleksi mereka. Mungkin warna ini sangat 'kena' dengan jiwa sebagai diver sejati & aku terpaksa bersetuju kerana warna oren paling memikat hati.

Dail mempunyai tarikh, hari & juga indicator power reserve. Namun aku agak kecewa dengan enjinnya yang tak boleh wind, apatah lagi hack. Kena goncang jam untuk naikkan power reservenya. Kalau tak boleh hack pun, buatlah boleh wind. Sekurang-kurangnya kita boleh wind sampai tahap maksimum power reservenya. Namun begitu, jam ni mempunyai rating yang agak tinggi di kalangan peminat jam di dunia. Sayang, dail takda lambang Orient Star. Lambang itu membuatkannya lebih gah kerana menampakannya ia bukanlah Orient biasa.


Casingnya juga tebal. Ciri-ciri yang ada padanya ini membuatkannya sangat berat. Brush finishing dipermukaan atas casing & bracelet, manakala polished finishing pada bahagian sisinya.


Namun, ia tetap mengecewakan aku. Braceletnya yang solid itu dirasakan tidak begitu 'solid'. Rasa tak sesuai dengan casingnya yang sangat sasa itu. Yang menarik perhatian, clasp diperbuat dari titanum. Sangat teguh & ringan. Tengok warnanya pun sudah tahu ia titanum.


Saja nak bandingkan saiznya dengan Epos. Dari atas nampak lebih kurang sama saiz. Tapi kalau dari tepi, nampak sangatlah berbeza saiznya. Tebal sungguh Orient tu.

Aku tak dapat buat review lebih-lebih memendangkan hanya tengok jam di kedai. Nanti mamu marah.... takot aku.... Harga? RM4900. Dah tak banyak jam ni di pasaran. Dengar katanya sudah tiada untuk diorder. Sila betulkan jika maklumat ni salah.


Warna oren Mako II ini telah membuatkan ramai mata tertawan & tertarik untuk melihatnya lagi. Tak jemu memandang jam ni sampai rasa aku sedang melihat satu kereta sport. Entahlah, susah nak jawab... kepala aku nampak kereta setiap kali tengok jam ni. Rasa macam bawa Porsche walaupun tengah bawa Beetle. Ehehehe...

Brush finishing pada casing hanya di permukaan atas & polished finishing di sisi sama seperti Pro-Diver. Design bezel bersama font begitu digabung dengan warna dail orennya, memberikan rupa yang cukup sporty pada jam ni. Sekali tengok, nampak bezel tu hanya sekadar hiasan. Design font bezel nampak sama di sekeliling bezel & tiada indeks di pukul 12 seperti kebanyakan jam diver. Boleh sedikit keliru jika betul-betul menyelam dengan jam ni. Putaran bezel hanya 60 klik dengan putaran yang smooth & mudah.


Casing menggunakan stainless steel 316L bersaiz 45mm (tidak termasuk crown) dengan saiz lug to lug 50mm. Cukup besar untuk menghiasi tangan kita. Walaupun besar, saiznya tenggelam dengan warna oren dailnya yang nampak cukup stunning.
(Bracelet jam belum dipotong - gambar sebelum pos kepada bro Narong. Thanks bro)


Crown screw-down merupakan ciri biasa jam diver. Buka/tutup crown dapat dilakukan dengan baik tanpa tersangkut. Aku rasa patut dibesarkan sedikit crown tu supaya lebih propotionate dengan saiz casing yang agak besar itu.


Suatu ciri yang agak pelik untuk jam diver.... ada button tanpa skru. Cukup pelik sebab model lama Mako buttonnya skru plak. Yang ni pula tidak. Cuma tekan untuk tukarkan hari. Hmmm.... Kenapa ya? Kalau masa menyelam tertekan benda tu, mau lemas jam tu. Mungkin pihak Orient dah memikirkan yang terbaik untuknya mengapa tidak letak skru seperti Mako & mungkin juga Orient buat satu mekanisme di bahagian dalam untuk menghalang air dari masuk jika tertekan semasa menyelam. Entahlah Labu...


Aku hanya dapat fikir satu sebab. Jika ada skru tu, jam nampak tak cantik langsung. Rupa jam akan spoil dengan skru yang besar tu. Aku cuba 'ngamkan' skru Mako dalam gambar dengan Mako II. Nampak tak cantik dengan adanya skru tu. Mungkin ini salah satu sebabnya. Segalanya mungkin...


Caseback dibuat dengan kemas & cantik. Stiker reflektif Orient seperti itu adalah kebiasaan pada setiap model mereka.


Bracelet solid namun tidak dapat menandingi kesolidan Seiko. Padanlah dengan harganya yang juga lebih rendah dari Seiko. Kebanyakan bracelet Orient dibuat sebegini rupa. Mungkin untuk kurangkan kos.


Bracelet yang polished finishing pada bahagian atas ni tiada 'shape'. Aku suka bracelet yang brush finishing berbanding polished sebab kalau calar tak nampak sangat & mudah nak hilangkannya pula. Bentuk bracelet hanya selari dari lug hinggalah ke clasp. Sangat simple. Push-button clasp mempunyai safety clasp untuk menambahkan keselamatan. Ia dimeriahkan lagi dengan engraving logo Orient yang cukup kemas pada clasp.


Namun aku agak pelik dengan jam ni.... tiada expension clasp padanya. Semua jam diver patut ada extension clasp ini. Mungkin jam ni sebenarnya bukanlah jam diver. Mungkin ia dicipta bukannya untuk scuba diving walaupun water resist 200m. Walaubagaimanapun jam ni sesuai & boleh digunakan untuk menyelam, tapi bukanlah untuk aktiviti scuba diving profesional. Ini pendapat aku saja berdasarkan semua ciri-ciri yang ada padanya ini. Mungkin ia jam diving yang cuba menjadi jam casual.


Luminous jam ini tidak cukup bagus. Tidak cukup terang di dalam gelap & tidak bertahan lama. Perbezaan sangat ketara apabila dibandingkan sebegini. Dari kiri Seiko Sumo, Epos & Orient Mako II. Ketiga-tiganya dihadapkan pada cahaya dengan jeda masa yang sama.... inilah hasilnya.


Walaupun begitu, aku sangat sukakan jam ni. Walaupun bukanlah diver sejati, ia tetap cintakan air dengan jiwa casual yang cukup handsome.


Tampak hebat & sharp di tangan. Ramai yang sukakannya dengan warna dail begini. Dengan warna oren, ia lebih terserlah berbanding warna lain. Mungkin sebab itu, ramai yang gilakan warna oren berbanding yang lain kerana aura yang dikeluarkannya.


-------------------------------------------------------


Gandingan 6 jam diver dari 3 continent yang berbeza.



Orient Mako II vs Seiko Orange Monster

Suku sakat oren dari 2 jiwa yang berlainan. Walaupun kedua-duanya oren, tapi warna oren Mako II lebih terang & terserlah. Nampak lebih garang berbanding Monster yang sudah dimamah usia itu. Gandingan begini menampakkan Monster lebih kecil saiznya berbanding Mako II. Gandingan yang tak sepatutnya ini dibuat hanya berdasarkan warna dail saja.


Gandingan ini bukanlah nak cari pemenang. Hanya sekadar bandingan sahaja. Kedua-duanya sangat berbeza dari segala segi.


Bracelet Monster ada sedikit shape & lebih solid berbanding Mako II. Saiz bracelet Mako II sangat sesuai dengan saiznya yang besar itu.


Kedua-dua bracelet mempunyai safety clasp. Memandangkan clasp Mako II tidak panjang, ia hanya mempunyai 3 lubang pin pada clasp berbanding Monster yang jauh lebih panjang & tirus.


Kepada yang tidak tahu macammana rupa extension clasp, ianya adalah seperti pada Monster (kanan). Mako II (kiri) pula tiada extension clasp ini.


--------------------------------------------------


Orient Mako II vs Seiko Sumo

Sumo vs Sumo? Mungkin juga. Kedua-duanya mempunyai saiz yang sama iaitu 45mm. Inilah sebab utama gandingan ini diadakan.


Rupa yang sangat berbeza, mahupun kualiti buatannya. Suatu gandingan yang tidak begitu adil untuk Orient masuk gelanggang dengan antara Seiko high-end ini.


Finishing Sumo yang jauh lebih baik ini dapat dilihat pada line brush finishing & polished finishing. Namun Mako II bukanlah lawan Sumo, ia hanya ingin menjadi rakan karib yang sedia menemani dikala sepi.


Masih dapat menyertai kelab diver, Mako II tampak segak & hebat dari pandangan ini.


Bracelet Sumo nampak cantik & kemas berbanding Mako II. Yang mana lebih best? Kalau tanya aku, dua-dua best.


-----------------------------------------


Orient Mako II vs Epos

Jika gandingan yang lain tu adalah suatu yang tak patut aku buat, gandingan ini pula suatu yang sangat sesuai. Aku cuma nak bandingkan rupanya sahaja. Dari segi lain, memang tak adil juga. Kenapa?


Masa aku tengok Mako II, ada suatu yang cukup familiar padanya. Ini tidak dapat aku pastikan sehinggalah aku tengok Epos. Ianya hampir serupa....


Walaupun saiz Epos kecil 1mm dari Mako II, namun shape casing kedua-duanya hampir sama. Mungkinkah Mako II homage kepada Epos? Mungkin juga... Kelainan terletak pada bezelnya saja. Design & rupa tidak sama namun putaran bezel sebanyak 60 klik kedua-duanya sama. Epos menggunakan cermin sapphire, manakala Mako II cermin mineral. Crown Epos lebih besar & sesuai dengan saiznya, manakala Mako II agak kecil. Harga kedua-dua mereka sangat jauh berbeza & tak sesuai dijadikan lawan pun sebenarnya.


Bracelet kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi design & saiznya juga hampir sama.


Mempunyai saiz lug yang juga sama & mereka juga mempunyai rekaan sambungan yang sama. Mungkin datang dari designer yang sama lain-lain bapak. Bentuk lug begini membolehkan tali getah/kulit dipasang jika mahu. Persamaan lain terletak pada shape bezel yang meleper. Gerigi bezel Mako II yang agak membulat itu memudahkan grip jari padanya, manakala gerigi bezel Epos yang agak tajam itu agak menyakitkan jari & agak ketat pula.


Persamaan agak ketara pada design sisi casing. Dari segi saiz juga hampir sama, malah bahagian bevel sisi casing juga hampir sama juga. Jika keseluruhan casing Epos adalah brush finishing, Mako II hanya di permukaan atas. Bermula dari bahagian bevel casing keseluruhannya adalah polish finishing.


Shape casing di bahagian sisi bersama bracelet nampak hampir serupa. Yang beza bangsanya, jantung & juga mas kahwinnya.


Lama aku perhatikan, persamaan wujud pada kedua-duanya. dah tak boleh berpisah nampaknya. Adik-beradik lain-lain bapak yang sudah lama terpisah kini disatukan dalam ikatan ukhwah. Polish finishing Mako II sangat kemas & berkilat. Epos pula didatangkan dengan baju brush finishing yang dibuat cukup halus & kemas.


Bahagian belakang memberikan gambaran yang berbeza. Caseback Epos yang nipis itu memberikan rasa selesa di tangan. Boleh buat cermin pula pasal sangat berkilat. Caseback & casing Mako II pula polish finishing & dibuat dengan cukup baik. Caseback hanya berkilat di bahagian tepi (bevel) & brush finishing di tengah. Di bawah stiker reflektif tu ada tulisan Orient Automatic yang besar. Rasa sayang pula nak tanggalkan stiker tu. Tiada perkataan diver di kedua-dua jam. Tapi angka 200m sudah cukup meyakinkan jiwa.


Clasp kedua-duanya berbeza. Jika Mako II didatangkan dengan push-button clasp, Epos hanya dengan clasp biasa. Namun safety clasp ada di kedua-duanya. Cuma Mako II tiada extension clasp seperti Epos.

Apa yang aku cuba sampaikan di sini bukanlah nak menaikkan atau menjatuhkan sesuatu jam. Yang ingin disampaikan hanyalah pendapat aku yang tak seberapa ni tentang apa yang aku nampak pada sesuatu jam. Masing-masing ada kelebihan & kekurangan. Aku pun bukanlah profesional & rasa tak layak pun nak buat review ni. Aku buat sekadar berkongsi minat & pendapat tentang jam atas dasar cintakan dunia horologi. Jika ada yang silap, silalah betulkan.

Tiga Mako II oren telah berada dalam pengetahuan Dunia Jam. Lagi 7 entah di mana.... mungkin tengah mencari tuan baru di seluruh Malaysia. Mako II hitam, bro Simon miliki kini. Mungkin lepas ni kita boleh buat Kelab Mako Jerung & bro Narong menjadi pengasasnya. Ekekeke...

Perbandingan Mako II dengan yang lain bukanlah gandingan yang sepatutnya & tak adil buat Mako II yang berharga lebih rendah dari yang lain. Walaupun begitu, Mako II memberikan kelainan & standart yang tersendiri. Punyalah suka jam ni sampai aku pun terpaksa beli untuk diri sendiri. Kena lihat & pegang jam ni untuk lebih appreciate. Bila dah ada depan mata, baru nampak keindahannya.

Orient Mako II dijual di antara RM750+ hingga RM800+ sebelum diskaun. Untuk yang berminat dengan Mako II oren, cubalah tanya kedai jam favourite anda, mungkin mereka boleh order untuk anda.... jika masih ada. Untuk melihat Mako II biru dengan lebih lanjut, boleh layari LT Watch Gallery untuk tawaran yang cukup menarik.


4 KOMEN ANDA:

Narong said...

huhuh...review yg mantap...sapa la insan bertuah yg dapat menyimpan mako 2 oren tuh ek....tapi aku tetap tak berpuas hati dgn push button pada mako 2 nih...mcm gatal jek tangan nak bukak caseback tgk mechanism dia.....untuk jam 200m tapi pushbutton takde lock amatlah kelakar.....

duniajam said...

Teng kiu2. Hanya mereka-mereka yang bertuah saja dapat menyimpan jam ni. 10 ketul je bro kat mesia. Harharhar...

Aku nak buka tengok enjin rasa sayang nak buka. Jam baru beb. Hehehe...

ex001 said...

10 biji saja??? bertuah2. memang sumo versi orient la jam ni... rasanya2 push button tu takda masalah. byk jam driver chrono yg pakai mekanisma mcm tu. dari G-shock, Protrek, suunto, sampai la ke high end omega seamaster chrono semua pakai push button tanpa screwdown utk butang chrono... cuma orient apply kat butang date... tu ja bezanya.. should be no problem... cewah skeping org puteh...

duniajam said...

Sedap skit dgr. Hahaha... Risau gak tapi betui gak bro ckp tu. Mmg banyak lagi jam diver yg push button camtu. Hehehe....