Nak beli barang kini mudah dengan adanya 'kedai' online. Dengan satu klik kita boleh beli barang yang kita suka. Pelbagai barang yang sukar diperolehi atau tiada di kedai-kedai di sini (Malaysia) boleh didapati dengan mudah di internet. Satu alternatif bagi kita untuk dapatkannya jika tak dijual di sini.
Banyak jenis jam samada baru, terpakai atau vintage dijual dengan banyak sekali di internet. Satu dunia boleh layari & satu peluang perniagaan bagi mereka yang ingin berniaga dari rumah. Selain jam, banyak aksesori, peralatan, spare-part & lain-lain boleh dibeli dari internet & aku pun banyak beli barang dari internet. Jadi aku nak cerita skit mengenai cara-cara atau apa yang perlu diambil tahu berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni. Sekurang-kurangnya mereka yang tidak pernah atau tak berani nak beli tahu caranya & mengambil langkah yang perlu.
Selain dari website yang boleh dipercayai, pembelian boleh dibuat dari eBay. eBay merupakan hub jualan internet terbesar di dunia. Dari sekecil-kecil benda sampai sebesar-besar benda pun dijual.... kereta, moto, bot, rumah & kapal terbang pun dijual. Penilaian aku buat dulu untuk memastikan barang tu lebih murah. Ada yang lebih murah & ada juga lebih mahal dari sini. Tengoklah yang mana lebih berbaloi. Adalah lebih untung sekiranya kita mempunyai rakan di luar negara. Lebih jimat kos. Perlu diingat juga yang pembelian di internet akan mengambil masa untuk barang sampai ke tangan kita. Masa boleh jadi 2 minggu sampai sebulan. Kalau jenis tak suka tunggu lama, kena banyakkan bersabar...
Pembelian di internet selalunya menggunakan kad kredit. Ada juga yang menggunakan cara lain... wire transfer, bank draft, money order dan lain-lain. Jangan tanya cara lain tu sebab aku tak tau pasal tak pernah buat. Untuk pembelian di eBay, pembayaran menggunakan akaun Paypal adalah yang paling mudah, selamat & berkesan. Mendedahkan nombor kredit kad kepada individu lain boleh mengundang risiko. Namun ada juga website yang tiada kemudahan paypal & perlu masukkan juga nombor kad kredit. Kena pandai cari web yang dipercayai sebelum buat keputusan beli. Cara aku, aku cuba elak untuk tidak beli barang melainkan dengan paypal saja.
Ini adalah web official Paypal. Paypal menyediakan perkhidmatan yang mudah & selamat. Nak buka akaun Paypal mudah sepertimana nak buat email saja. Nombor kad kredit yang didaftarkan kepada mereka dijamin selamat. Pihak mereka akan link nombor kad kredit kita kepada bank. Penjual hanya akan menerima bayaran sahaja. Nombor kad kredit kita mereka tidak tahu.
Namun kena hati-hati juga... kerana aku dapat tahu ada web Paypal palsu. Keseluruhan web sama melainkan ia tiada lambang 'mangga' sepertimana dalam bulatan merah di penjuru kanan bawah. Jika tiada 'mangga' tu, jangan log-in & isi apa yang diminta kerana maklumat itu akan diambil si penipu.
Bukan hanya di internet... janganlah percaya langsung jika anda menerima panggilan dari mana-mana pihak yang offer kad itu, insuran la yang memerlukan kita beri nombor kad kredit kita. Ramai penipu di luar sana yang memang nak sangat-sangat butiran perbankan kita. Cukup c*l*k* mereka ini...
Namun kena hati-hati juga... kerana aku dapat tahu ada web Paypal palsu. Keseluruhan web sama melainkan ia tiada lambang 'mangga' sepertimana dalam bulatan merah di penjuru kanan bawah. Jika tiada 'mangga' tu, jangan log-in & isi apa yang diminta kerana maklumat itu akan diambil si penipu.
Bukan hanya di internet... janganlah percaya langsung jika anda menerima panggilan dari mana-mana pihak yang offer kad itu, insuran la yang memerlukan kita beri nombor kad kredit kita. Ramai penipu di luar sana yang memang nak sangat-sangat butiran perbankan kita. Cukup c*l*k* mereka ini...
Pembelian dari eBay memerlukan kita mendatar dengan eBay dahulu. Pembayarannya akan dilink dengan Paypal. Jika kita dah ada akaun Paypal, kesemuanya akan manjadi mudah. Jika belum ada akaun Paypal, daftarlah terlebih dahulu. Kebanyakan penjual juga menggunakan perkhidmatan Paypal jadi tak susah nak buat bayaran. Aku nak cerita sedikit bagaimana nak menilai penjual yang boleh dipercayai.
Kita ambil contoh jam Seiko SKX ini. Ada barang yang dijual secara lelongan & hampir semua barang dalam eBay dijual dengan menggunakan kaedah lelong (bid). Setiap barang yang dilelong mempunyai masa yang ditetapkan. Kaedah lelong ni mudah saja, siapa yang letak harga paling tinggi sebelum masanya habis, dialah pemenang. Tapi sebelum bid, kita pastikan dulu samada di sini (Malaysia), boleh dapat lagi murah atau tak. Janganlah letak harga terlalu tinggi melebihi harga yang dijual di sini (Malaysia). Tak berbaloi jadinya.
Mulakan bid anda dengan harga paling minimum. Nanti bila tempoh dah nak tamat barulah bid habis-habisan. Sebab jika kita terus letak harga tinggi terus, nanti apabila sampai tempoh tamat... harga jam tu akan melambung terlalu tinggi dalam tempoh yang singkat. Kena pastikan juga kos penghantaran. Jangan hanya mengira harga barang tu saja. Kena campur kos penghantaran juga. Ada seller letak harga penghantaran terlalu tinggi. Ada yang lebih tinggi dari harga jualan pun ada. Tak berbaloi juga. Namun ada juga seller yang cuma free of charge.
Mulakan bid anda dengan harga paling minimum. Nanti bila tempoh dah nak tamat barulah bid habis-habisan. Sebab jika kita terus letak harga tinggi terus, nanti apabila sampai tempoh tamat... harga jam tu akan melambung terlalu tinggi dalam tempoh yang singkat. Kena pastikan juga kos penghantaran. Jangan hanya mengira harga barang tu saja. Kena campur kos penghantaran juga. Ada seller letak harga penghantaran terlalu tinggi. Ada yang lebih tinggi dari harga jualan pun ada. Tak berbaloi juga. Namun ada juga seller yang cuma free of charge.
Perlu juga pastikan seller tu sorang yang boleh dipercayai. Bulatan-bulatan merah tu menunjukkan perkara yang perlu diambil berat sebelum beli barang tu. Setiap seller mempunyai rating. Peratusan yang mereka dapat itu bergantung kepada komen pembeli. Seller yang bagus mempunyai peratusan melebihi 95%. Peratus yang rendah bermaksud mereka mempunyai komen yang tidak baik. Boleh baca komen-komen mereka untuk maklumat lanjut. Nombor dalam kurungan '()' itu menunjukkan bilangan barang yang telah dijualnya. Bilangan yang banyak menunjukkan juga dia seorang yang telah lama menjual dalam eBay & boleh dipercayai. Pihak eBay akan memberi title 'TOP RATED SELLER' kepada seller yang bagus & boleh dipercayai.
Sebelum bid, kena pastikan juga cara pembayaran (selalunya Paypal) & juga liputan penghantaran mereka. Ada yang worldwide, ada juga yang hanya ke beberapa negara tertentu saja. Namun ada juga seller yang melarang pembeli negara-negara tertentu dari membeli dari mereka. Ada seller juga yang mempunyai demand terhadap pembeli. Pembeli yang kurang komen atau mempunyai komen yang negatif, mereka mempunyai kuasa untuk tidak menjual barang itu.
Jika yang tadi perlu bid, jam ini pula kita boleh beli terus. Perlu campur harga jam dengan kos penghantaran. Untuk seller ni, dia letakkan 'FREE SHIPPING'. Free la maksudnya. Seller ini juga memberi peluang untuk kita buat offer kepadanya. Kita boleh tawarkan harga yang lebih rendah dari yang dia letak. Dia akan maklumkan kepada kita samada boleh beli atau tak dengan harga yang kita tawarkan itu. Selain jam ini, kita juga boleh tengok barang-barang lain jika seller ini menjualnya.
Jika muka hadapan tiada diletakkan kos penghantaran, muka berikutnya mungkin diletakkan kos itu. Kita boleh pilih negara kita & dapatkan nilai kos tersebut. Namun jika tiada juga, kita boleh tanya seller kos penghantaran itu. Jenis pembayaran juga diletakkannya seperti dalam bulatan merah.
Selain eBay, terdapat satu lagi web jualan yang besar iaitu Amazon. Cara tawarannya lebih kurang sama dengan eBay. Aku tak pernah beli apa-apa dari sini lagi.
Jika yang lain tu web jualan sedunia, lelong.com.my adalah salah satu hub jualan online terbesar di Malaysia selain mudah.my. Cara lelong.com.my juga hampir menyamai eBay. Apa yang perlu diambil berat juga sama seperti eBay. Tidak seperti eBay yang memerlukan kita mempunyai kad kredit, lelong.com.my hanya perlu transfer duit ke akaun bank seller saja. Selalunya mereka menggunakan Maybank2u.com. Jika kita bank-in duit pula, kita perlu menunjukkan gambar resit bank sebagai bukti pembayaran.
Walau apa pun barang anda beli dari mana-mana web sekali pun, sila pastikan anda fahamkan peraturan & syaratnya dulu supaya tidak menimbulkan ketidakfahaman & menyusahkan diri sendiri pula. Diharap sedikit penerangan ini anda boleh faham & tahu serba sedikit tentang dunia jualan online pula.
12 KOMEN ANDA:
good info!! aku memang teringin nak register paypal.. senang kalau nak purchase apa2 yang susah nak dicari kat m'sia ni.. mcm spare part keta aku tu.. thanx asmar:)
bro jam seiko yg fake pnah bro jumpa tak?mana la tau ada juga menjual fake seikos sbagai brg ori
Cik jijah, register je. Mudah macam register email je. Ada akaun paypal mudah. Nak beli barang online satu kelebihan ada paypal.
Ahmad Norman, pernah bro. Kena pandai tengok gak & beli kat seller yg dipercayai saja. Ada gak jam yang aku beli, tapi bila sampai jam tu rosak. Aku hantar balik kat seller & seller pulangkan balik duit aku.
Tak ada kad plastik tu boleh registr tak?
Register eBay boleh. Paypal aku tak pasti. Mungkin boleh kalau takda kad pun sebab kita boleh isi duit ke akaun paypal tu. Cuma aku tak pasti caranya.
SELAIN DARI FAKTA-FAKTA SANGAT BERFAEDAH DI ATAS OLEH SAHABAT KITA NI, BANYAK LAGI FAKTA-FAKTA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG PEMBIDAAN MELALUI EBAY, AMAZON DAN PEMBAYARAN MELALUI PAYPAL. DINASIHATKAN BACA RULES AND REGULATIONS TERUTAMA APA PERLU DIBUAT JIKA BARANGAN YANG DIBAYAR TIDAK SAMPAI, SYARAT DAN CARA MEMBUAT TUNTUTAN. BACA FEEDBACK SELLER UNTUK MENGETAHUI LATARBELAKANG DAN SEJARAH SI SELLER TERSEBUT, TANYA BANYAK-BANYAK SOALAN PASAL BARANGAN YANG DIHAJATI KERANA GAMBAR TIDAK MEMBERI SEMUA PETUNJUK MENGENAI BARANGAN YANG DIJUAL, BANYAK JAM-JAM TIRUAN DIJUAL DENGAN MENGABUI MATA KITA APABILA DILETAKKAN DALAM KOTAK-KOTAK JAM YANG ASLI. SAYA DAH TERLIBAT DENGAN EBAY DAN PAYPAL LEBIH 5 TAHUN, BERMACAM MASALAH, RAGAM DAN KEPERITAN DALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN DENGAN SELLER DAN BUYER DI EBAY DAN PAYPAL. APA YANG INGIN SAYA NASIHATKAN... BERHATI-HATI DAN SENTIASA ALERT, ITU PUN TIDAK MENJAMIN KESELAMATN 100% RISK TETAP ADA! SELAMAT MENCUBA. TAHNIAH ASMAR FOR POSTING THIS VALUABLE ARTICLE
Terima kasih atas nasihat Tuan Syed. Macam Tuan Syed baeritahu tu memang betul. Kadang-kala jam/barang yg kita dapat tu tak seperti yg dicakap pun. Kadang2 seller tak menjawab pun soalan kita. Sakit kepala betul. Gambar barang yg dia tunjuk pun sikit. Jenuh nak tengok bila gambo tu kecik sangat. Nak buat penilaian pun susah.
nak tanye sikit..
nak kene register ebay dan paypal ke dlm urusan jual beli dlm ebay ni..???
minta tunjuk ajar..tq..
nak tanya sikit..
untuk urusan jual beli di ebay..
kena register kedua ni ke,ebay dan paypal,?? minta tunjuk ajar..
tq..
salam eakzai0912.....
Untuk urusniaga dlm eBay mmg wajib register dgn eBay. Utk mudahkan bayaran, dinasihatkan register dgn Paypal juga. Lebih selamat & terjamin. Pendek kata, elok register dua2lah....
Terima kasih...
salam bro. tumpang tanya, pena x beli kot bodying.my? maaf kalau soklan ni xsesuai letak kat sini. actually tengah cari2 pasal bodying ni. then ur blog popped out. so saja nak tanya.. terima kasihhh
Salam Adli Razali....
Tak pernah bro. Tp harga yg ditawarkan dlm web tu agak berpatutan.
Post a Comment