

Seiko Sumo merupakan jam dalam production line Seiko Prospex JDM. Didatangkan khas dari Jepun & hanya untuk pasaran Jepun. Kepada yang terlepas, boleh baca review aku mengenai jam ni di sini. Bagi yang berminat, boleh dapatkan jam ni dari website Seiyajapan.com & beberapa web Jepun lain. Kalau ada rezeki ke Jepun, lagi eloklah. Boleh borong jam-jam JDM kat sana... Bahaya juga kalau aku pi.... Hmm...
Ataupun....
dari maklumat bro Detikduabelas, model Sumo boleh didapati di satu kedai jam di SS2, Petaling Jaya. Hanya ada beberapa lagi dengan stok terhad. Jam ni hanya di jual di kedai tu saja di Malaysia. Di jual dengan harga RM2.9k sebelum diskaun.

Untuk tahun baru 2010, aku preview beberapa jam tahun baru aku. Tahun baru aku diserikan lagi dengan jam-jam ni. Ingatkan cuma ada 2 ja, tak sangka Sumo hadir pada waktu yang tepat. Dari kanan Casio Databank NOS, Seiko Sumo & satu jam misteri..... (kalau rajin, boleh kaji & teka jam apa... ada sedikit tips aku letak kat jam tu)..... jangan biarkan diri anda diselubungi misteriii........
11 KOMEN ANDA:
semoga tahun baru berseri dgn adanye penyeri tue ..hehe
Terima kasih. Berseri-seri nampaknya nanti. Hehehe...
bro bagitau la full address kedai jam kat ss2 tu aku mmg nak beli seiko jdm macam sumo tu
Conform dah, 2 orang je rakyat Malaysia yang memiliki sumo...hehe. Norman, Sebiji lagi sedang menunggu ko melamar, kedai depan balai polis SS2 PJ, ada sebiji kedai jam aje situ...
Norman, itu alamat kedai tu. Bro Timur (Detikduabelas) pun beli situ. Warna oren telah pun dipetik. Tinggal biru & hitam saja. Kalau tak salah. HEhehe...
Ada lagi jam lain. Samurai pun ada. Tapi Samurai dia pelik skit. Aku agak confius dgn status keoriginalan jam tu. Sebab jam tu dah macam rojak skit. Tapi lawa.
jam apa yang blur tu??? saspen!!!
Kena tunggu bro... jeng, jeng, jeng.... Cuma teka.... semestinya.... ish, ish...
"termakan racun sendiri" yg xtahan tu..hehehe
selamat bergaya ngn jam baru, bro :)
Tu la psl... kena perangkap sendiri. Haru sungguh. Bahaya aku nih... Wakakaka...
haha...aku tau jam tuh jam apa....bezel itam....dial oren...hmmm...cam jerung raksasa jek....
Tak pa bagi masa lagi. Hahaha....
Post a Comment