Pernah tengok tag camni? Mesti ramai tak pernah tengok. Aku pun tak pernah tengok tag jam yang ada tulisan Jepun camni. Hmmm... Jam apakah ini? Diver Scuba pulak tu. Tag camni anda tak akan dapat pada jam Seiko pasaran kita. Jam ini didatangkan khas dari Jepun. Dibeli sendiri di Jepun & dibawa balik ke tanah air kita. Adoi.... Susahnya.... Kalau dah berkehendak tu, semua halangan takda masalah. Usaha tangga kejayaan... Semoga kalian semua berjaya...
Inilah Seiko Sumo! Jam yang tak jumpa di pasaran kita & hanya pada pasaran Jepun ataupun Japan Domestic Market (JDM). Inilah pertama kali aku tengok jam ni depan mata. Masa aku tengok ni, jam baru saja sampai semalam. Setelah hiruk pikuk kesusahan di alami dengan pelbagai emosi tercipta, sampai juga jam ni dengan jayanya & selamat. Jarang sekali kita tengok buku manual & warranty dengan bahasa Jepun.
Konichiwa! Itu ja yang tahu pun. Manual yang 100% bahasa Jepun ni sekadar boleh tengok sajalah. Tapi jam automatik mana-mana pun sama ja penjagaannya. Seronok juga simpan jam ada manual tak faham camni. Boleh baca bagi orang confius...
Bukan selalu dapat beli jam berbahasa camni. Kebanyakan manual jam ada pelbagai bahasa di dalamnya. Tapi ini hanya 1 bahasa saja. Dasar pandang ke timur....
Tag harga masih terselit bersamanya. Tengok harganya... Lebih kurang RM2.3k bila ditukar ke matawang kita. Sayang sekali, jam ni tiada dalam pasaran kita. Banyak model JDM yang hebat-hebat. Jepun tak sama macam kita. Mereka lebih pentingkan produk untuk rakyat. Produk JDM pula tak sama & jauh lebih baik dari produk untuk eksport.... tapi kita pula terbalik.... Hmmmm..... Tak payah bagitau la apa, contoh banyak....
Nama Sumo sangat sesuai dengan jam ni. Tengok sajalah bentuknya. Saiznya yang besar, tegap & membonjol di banyak tempat memberikan impak yang bermakna pada namanya itu. Tergolong dalam keluarga diver, ia menjadi idaman setiap pengumpul jam diver. Terima kasih kepada saudara Zahir kerana bagi peluang untuk aku merasai keseronokan dapat jam ni bersamanya. Mungkin Marine Master bakal ada dalam koleksinya nanti. Boleh aku review lagi... Hehehe...
Akibat terlalu asyik melihat jam ni. Ambil gambar view sana sini, rasa kenyang walaupun makanan depan mata. Perut lapar, tapi kehendak naluri yang terlalu seronok ni memaksa aku untuk memenuhi tuntutan mata & hati berbanding perutku yang sedang berbunyi tu.
Jam yang tak pernah aku lihat ni, ditatapi dari segenap segi. Rekaan Sumo yang agak berlainan dari kebiasaan diver, membuatkannya unik & tersendiri. Kombinasi di antara brush finishing & polished finishing yang dibuat begitu baik ini, membuatkannya sedap dipandang mata. Cara nak dapatkan jam ni samada order dari internet (kena rajin surf cari web yang jual) ataupun beli sendiri di Jepun. Susahkan? Ya. Bila dapat..... puas hati pengarang jantung.
Di bawah sinaran matahari, kelihatan marker dail berluminous bersaiz besar itu. Lume jam Seiko yang besar camni tak perlu disangkal lagi tahap keterangannnya. Superlumoniva Seiko sangat terang. Biasan cahaya matahari, memberikan sinar bahawa ia datang dari negara matahari terbit. Ciri-ciri ke-Jepun-an boleh dilihat padanya. Entah mengapa, memang jam ni nampak Jepun betul.
Posing maut skit. Sekali imbas, rupanya tak ubah macam adik beradik diver yang lain. Hampir serupa ja. Tapi jam camni, perlu dipegang, dibelai & tengok dekat-dekat sebab takkan nampak kelainan, keunikan jam ni dari jauh. Aku jatuh cinta dibuatnya... kata kaum hawa.... gila jam takpa.... jangan gila pompuan sudah.... Ekekeke....
Posisi ini memberikan gambaran yang lebih jelas. Bracelet solid mempunyai pin di setiap link. Bracelet agak longgar skit, tapi selesa dipakai. Rupa clasp tak tumpah macam adiknya.... Monster.'S' = Seiko
'S' = Sumo
'S' = Sumo
Sesuai sangat la tu.
Perhatikan curve tepi casing. Nampak macam aerodinamik yang boleh merentas arus. Macam percikan ombak yang memukul batu.... macam gelombang ombak tsunami pun ada.
Sumo bergandingan dengan datuknya 6309-729A. Mungkin tengah dapat nasihat tunjuk ajar camno nak jadi penyelam terhandal...
.... dengan confident, Sumo mengangkat dirinya tinggi. Jam tidak dapat 'tidur' flat seperti kebiasaan jam. Bila letak camni, jam akan terangkat macam ni.--------------------------------------------------
Epos vs Sumo
Epos vs Sumo
Akhirnya Epos dapat juga pasangan lawannya. Kedua-dua jam penyelam hebat, dari negara asing yang berlainan. Sukar nak gandingkan Epos dengan Rolex Submariner sebab tak sesuai. Nampaknya Sumo paling layak dengannya baik dari segi saiz mahupun harga. Harga kedua-duanya hampir sama. Memang kedua-duanya dalam liga yang sama.
Epos dari Swiss, Sumo dari Jepun. Ciri-ciri yang berbeza namun saiz hampir sama. Boleh nampak ketara perbezaan design jam Jepun dengan jam Swiss pada kedua-dua jam. Epos bersaiz 44mm, manakala Sumo 45mm. Dari segi saiz casing dengan bracelet, nampak Sumo agak gemuk disebabkan saiz braceletnya yang lebih kecil berbanding Epos yang nampak selari dengan saiz casing. Design bracelet juga menampakkan designer Sumo lebih rajin dengan link yang berlekuk disulami dengan polished finishing di tengah & tepi link, manakala bracelet pada Epos ke semuanya brush finishing tanpa design yang fancy. DNA diver SKX pada Sumo boleh nampak dengan posisi crown pada pukul 4.
Jarum Sumo yang lebih gemuk menampakkan ketegapan & kesasaannya. Epos merendah diri dengan jarum yang slim, sesuai dengan casingnya yang slim juga.
Sama hebat, sama cantik. Mana lebih baik? Anda tentukan sendiri. Aku bukan nak pilih pemenang. Mana satu pilihan bijak? Tepuk dada tanya selera.... Kalau tanya aku.... aku pilih dua-dua. Tak salahkan? Hehehehe...Leia Mais…




















